Saturday, May 2, 2020

Hukum Fiqh Berkaitan Dengan Pornografi

Soalan Apakah hukum menonton pornografi yang berunsur penzinaan kerana menontonnya seolah-olah meredhainya?

Jawapan  Apabila disebutkan tentang pornografi, maka ia adalah paparan erotik yang wujud dalam multimedia yang berupa gambar dan video. Oleh itu, aspek yang ditujukan selain ini tidak masuk dalam perbahasan ini. Sebelum saya memulakan perbahasan dengan lebih lanjut, ingin saya ingatkan bahawa penulisan ini memiliki gabungan dan adunan daripada pelbagai penulisan saya yang lain yang diringkaskan penghujahannya di sini. Dengan itu, sesiapa yang ingin mendapatkan penghujahan lanjut, boleh merujuk kepada judul penulisan yang saya nyatakan.

Sebagai permulaan, *Abdullah bin Muḥammad al-Haroriyy berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Abū al-*Abbās Šihābuddīn Aḥmad bin Salamah al-Qolyūbiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy wa *Umayrah *Alā Šarḥ al-Muḥallā *Alā Minḥāj at-Ṭōlibīn
jilid 3m/s 209keluaran Dār al-Fikr].

Antaranya adalah Sulaymān bin Muḥammad bin *Umar al-Bujayrimiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfah al-Ḥabīb *Alā Šarḥ al-H̱otīb
jilid 4m/s 372keluaran Dār al-Fikr].

Asas bagi perbahasan ini, hukumnya adalah harus sama seperti melihat aurat yang diserupakan sepertimana yang telah saya bahaskan dalam penulisan saya yang berjudul «Aurat : Penjelasan Tuntas». Di dalamnya, telah dijelaskan bahawa aurat yang wujud dalam ukiran, lukisan, pantulan cermin dan yang terpapar di skrin digital bukanlah aurat yang sebenar-benarnya sepertimana yang ada pada anggota jasad. Ia adalah sesuatu yang diserupakan seperti aurat.

Oleh sebab objek yang terpapar di situ bukanlah anggota yang sebenar-benarnya, maka hakikatnya seseorang itu tidak menonton orang lain sedang melakukan aktiviti itu, tetapi dia menonton objek yang diserupakan itu melakukan aktiviti itu.

Jika kita tidak mengatakan bahawa watak lukisan yang membunuh itu dikira membunuh secara hakiki kerana ia tidak menghilangkan nyawa secara sebenar, maka kita juga tidak mengatakan bahawa watak pada paparan itu melakukan aktiviti seks secara hakiki. Atas sebab itulah, penontonan itu tidak dianggap maksiat secara mutlak kerana paparan itu sendiri bukanlah melakukan maksiat.

Kalau ada pun, ia adalah perkara yang mendatang dan itu pun perlu dikemukakan alasan yang jelas serta wajar mengambil kira pelbagai pertimbangan yang sebahagiannya akan diperincikan nanti yang jika diabaikan mengakibatkan pertuduhan yang membawa kepada qazaf dan kegampangan yang serius kesalahannya.

Sekalipun paparan itu bukanlah anggota jasad yang hakiki, ini tidaklah bermakna ia akan terkeluar kepemilikan diri yang hakiki kerana walaupun yang terpapar itu bukanlah anggota jasad yang hakiki, tetapi hanya sekadar apa yang diserupakan anggota jasadnya, namun ia adalah sesuatu yang boleh dimiliki dan orang tersebut boleh meletakkan autoriti padanya secara tidak langsung dan kepemilikan ini bersifat tidak konkrit.

Misalnya, jika pornografi itu adalah bersumberkan pencabulan dan pemerkosaan, maka tidak boleh sama sekali seseorang memanfaatkannya seperti menontonnya dan memuatnaik ke laman maya kerana mangsa tersebut tidaklah redha untuk diperlakukan atas dasar untuk menjadi hiburan bagi pornografi. Penegahan di sini adalah kerana ia sesuatu kepemilikan diri yang telah diambil secara zalim dan bukan dengan cara kerelaan dan keredhaan mangsa.

Pada asalnya, mangsa tersebut tidak mengizinkan ia diperlakukan sebegitu, apatah lagi disiarkan untuk tujuan seperti itu, maka kita beramal sepertimana hukum asalnya, iaitu tidak melanggar haknya. Samalah sepertimana wang seseorang itu dirampas, kemudian kita ambil beberapa sen yang terjatuh daripadanya, lalu kita manfaatkannya seperti berbelanja dan menyimpannya, sedangkan dari awal lagi mangsa tersebut tidak rela wang itu dijarah, maka tentu tidak patut duit yang bertaburan itu kita kutip untuk kegunaan peribadi atau yang bukan diizinkan pemilik tersebut.

Dalam kes ini, ia memiliki persamaan dalam pemilikan, tetapi jenis pada pemilikan adalah berlainan. Wang adalah pemilikan konkrit, tetapi apa yang dipaparkan dalam pornografi merupakan pemilikan yang tidak konkrit.

Sebab itu jika seseorang pernah mendedahkan gambar pornografinya, lalu dia menetapkan agar seseorang tidak boleh melihat gambarnya atau menyebarkannya, maka tidak boleh seseorang melanggar ketetapan ini walaupun gambar itu telah tersebar luas. Ini kerana gambar tersebut masih mempunyai perkaitan dengan kepemilikannya walaupun gambar tersebut bukanlah jasad anggota yang hakiki.

Kes yang sama juga apabila tersebarnya rakaman mesyuarat yang dilakukan secara tertutup dan rakaman itu hanya untuk simpanan dan kegunaan pihak tertentu. Maka, tidak boleh seseorang yang tidak termasuk dalam pihak itu melanggar haknya dengan mendengarnya dan menyebarkannya sekalipun ia telah tersebar luas.

Walaupun pandangan yang diutarakan dalam mesyuarat itu adalah cebisan daripada idea yang dipersembahkan dalam bentuk rakaman, tetapi ia masih memiliki nilai pemilikan secara tidak langsung. Demikian juga dalam hal ini disebabkan setiap orang berada di atas syarat orang lain :

ثنا أَبُو حَامِدٍ مُحَمَّدُ بْنُ هَارُونَ الْحَضْرَمِيُّ , نا أَبُو عَمَّارٍ الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ , نا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ , ح وَنا أَبُو بَكْرٍ النَّيْسَابُورِيُّ , نا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى , نا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ , أَخْبَرَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ , جَمِيعًا عَنْ كَثِيرِ بْنِ زَيْدٍ , عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ رَبَاحٍ , عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Abū Ḥāmid Muḥammad bin Hārūn al-Ḥaḍromiyy telah merawi hadis kepada kami Abū *Ammār al-usayn bin uroy telah merawi hadis kepada kami *Abdul *Azīz bin Abū Ḥāzim telah merawi hadis kepada kami =riwayat lain= Dan Abū Bakr an-Naysābūriyy; telah merawi hadis kepada kami Yūnus bin *Abdul A*lā^ telah merawi hadis kepada kami *Abdullah bin Wahb telah merawi hadis kepada kami Sulaymān bin Bilāl telah merawi khabar kepada kami Kesemuanya daripada Kaṯīr bin Zayd Daripada al-Walīd bin Abū Robāḥ Daripada Abū Huroyroh, bahawasanya Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Muslimin berada di atas syarat-syarat mereka. Perdamaian itu harus antara muslimin".| Ini ialah lafaz Yūnus. Berkata yang lain: "Antara sesama manusia". [Sunan ad-Dāroquṯniyyno. 2526].

Disebabkan mereka memiliki autoriti terhadap perkara yang berkaitan dengan haknya seperti pemilikan hak yang tidak konkrit atau maya, maka dia merupakan ulil amri yang perlu ditaati. Firman Allah Ta*ālā :

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul serta pemilik autoriti di antara kalian". [Surah an-Nisā^ ayat 59].

Mungkin ada yang mengatakan bahawa walaupun apa yang terpapar itu diserupakan dengan anggota jasad, tetapi ia berasal daripada anggota jasad. Sememangnya benar hal ini, tetapi sesuatu hukum akan berubah dengan berubahnya hakikat sehingga kita tidak boleh mengatakan bahawa paparan pada cetakan atau skrin itu merupakan suatu perkara yang maksiat sehingga menontonnya adalah orang yang terlibat itu tergolong dalam maksiat secara mutlak dan gampang.

Misalnya, bayangan pada pantulan air, ia terpisah dengan anggota jasad dan apa yang terpapar pada pantulan air itu bukanlah dapat kita katakan bahawa itu adalah suatu jasad yang berbuat sesuatu, tetapi ia adalah bayangan yang menyerupai jasad berbuat sesuatu. Ini tidak sama dengan idea yang diterjemahkan melalui penulisan atau kepercayaan pembayangan yang diungkapkan melalui khayalan kerana ia adalah sebahagian daripada diri yang berupa kepercayaan.

Kalaulah kemaluan yang tersiar pada bayangan itu adalah sebahagian daripada diri yang hakiki, atas dasar apa dapat disamakan atau disebahagiankan daripada anggota jasad, lalu dengan itu kita benar-benar dapat memperakui bahawa menyentuh bayangan kemaluan itu membatalkan wuduk sama seperti kemaluan yang sebenar pada anggota jasad?

Dengan memahami ini, ada dua perkara yang perlu ditimbangkan. Pertama, jika seseorang itu memanfaatkannya atas dasar sekadar apa yang terpapar yang berupa bayangan yang diserupakan, iaitu seseorang hanya terhibur disebabkan pengaruh pada paparan pada gambar dan video itu sendiri, bukan menyatakan kesukaan perbuatan itu terhadap pelaku yang asal seumpama seseorang menikmati keamanan negara tanpa mengaitkannya dengan pemerintah, maka ini tidak menatijahkan bahawa penontonan itu adalah maksiat kerana paparan itu sendiri bukanlah maksiat.

Ini kerana ia tidak ada kaitan lagi dengan anggota jasad. Ia sama seperti sesuatu benda yang telah dilalui proses istihalah. Yang diambil kira ialah pada status keadaan yang terkini, bukan apa yang berasal daripadanya. Arak tetap haram walaupun asalnya adalah nabiz yang suci dan halal sebagai contoh.

Begitu juga dengan hal ini. Yang diambil kira ialah status terkini, iaitu sesuatu yang telah menjadi yang bukan anggota jasad yang sebenar. Ia juga sama seperti kes anggota yang tercerai yang terkeluar perkaitan hukum taklifinya dengan anggota yang berbaki pada diri seseorang itu. Fahamkan ibarat yang diungkapkan oleh ar-Romliyy seperti berikut :

وَاعْلَمْ أَنَّ كُلَّ مَا حَرُمَ نَظَرُهُ مِنْهُ أَوْ مِنْهَا مُتَّصِلًا حَرُمَ نَظَرُهُ مُنْفَصِلًا

"Ketahuilah bahawa setiap yang haram untuk melihat padanya ketika dalam keadaan tersambung, maka haram juga melihatnya ketika dalam keadaan terpisah". [Nihāyah al-Muḥtāj Ilā Šarḥ al-Minhāj
jilid 6m/s 200keluaran Dār al-Fikr].

Ibn *
Ābidīn berkata :

ذَكَرَ بَعْضُ الشَّافِعِيَّةِ أَنَّهُ لَوْ أُبِينَ شَعْرُ الْأَمَةِ ثُمَّ عَتَقَتْ لَمْ يَحْرُمْ النَّظَرُ إلَيْهِ، لِأَنَّ الْعِتْقَ لَا يَتَعَدَّى إلَى الْمُنْفَصِلِ اهـ وَلَمْ أَرَهُ لِأَئِمَّتِنَا وَكَذَا لَمْ أَرَ مَا لَوْ كَانَ الْمُنْفَصِلُ مِنْ حُرْمَةٍ أَجْنَبِيَّةٍ، ثُمَّ تَزَوَّجَهَا وَمُقْتَضَى مَا ذَكَرَ مِنْ التَّعْلِيلِ حُرْمَةُ النَّظَرِ إلَيْهِ

"Sebahagian šāfiᶜian menyebutkan bahawa kalau dipotong rambut wanita hamba sahaya, kemudian dia merdeka, maka tidak haram melihatnya kerana kemerdekaan itu tidak lagi berkait dengan yang terputus.
Tamat Aku tidak menemui kenyataan ini daripada para imam kami. Demikian juga apa yang kalau terputus daripada ajnabi, kemudian dia mengahwininya. Yang ditetapkan berdasarkan apa yang disebutkan daripada alasan ini adalah haramnya lihatan padanya". [Radd al-Muḥtār *Alā ad-Durr al-Muẖtārjilid 6m/s 372keluaran Dār al-Fikr].

Yang boleh difahami adalah apabila terputusnya sesuatu anggota, maka anggota yang terputus itu tidak ada kaitan lagi dengan anggota yang masih berbaki pada diri seseorang itu. Misalnya, kalau seseorang itu terbatal wuduknya, maka tidak wajib membasuh bahagian anggota yang terputus setiap kali berhadas.

Kes lain yang boleh dikaitkan dengan teks tersebut adalah apabila ada anggota yang terputus daripada isterinya, lalu seseorang itu menceraikan isterinya, maka tidak haram untuk orang itu melihat anggota tersebut kerana status anggota tersebut tidak dipengaruhi oleh tubuh badan yang telah diceraikan olehnya. Ini disokong oleh dalil berikut :

أَخْبَرَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْبَغْدَادِيُّ ، ثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِسْحَاقَ الْقَاضِي ، ثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ ، ثَنَا زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ ، عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ ، قَالَ : كَانَ النَّاسُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ قَبْلَ الْإِسْلَامِ يَجُبُّونَ أَسْنِمَةَ الْإِبِلِ وَيَقْطَعُونَ أَلْيَاتَ الْغَنَمِ فَيَأْكُلُونَهَا وَيَحْمِلُونَ مِنْهَا الْوَدَكَ فَلَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ : مَا قُطِعَ مِنَ الْبَهِيمَةِ وَهِيَ حَيَّةٌ فَهُوَ مَيِّتٌ

Abū Ja*far Muḥammad bin Muḥammad al-Baġdādiyy telah merawi hadis kepada kami
Ismā*īl bin Isḥāq al-Qōḍī telah merawi hadis kepada kami *Aliyy bin *Abdullah bin Ja*far telah merawi hadis kepada kami Zayd bin Aslam telah merawi hadis kepada kami Daripada *Aṭō^ bin Yasār Daripada Abū Wāqid al-Layiyy, dia berkata Dahulu orang pada zaman Jahiliah sebelum Islam memotong bonggol-bonggol unta dan mereka memotong punggung-punggung kambing, lalu mereka pun memakannya dan mereka memanfaatkannya pada lemak itu. Ketikamana Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- hadir, mereka bertanya tentangnya. Baginda pun bersabda: "Apa-apa yang terpotong pada haiwan yang masih hidup, maka ia adalah bangkai". [Al-Ḥākim dalam al-Mustadrok *Alā aṣ-Ṣoḥiḥaynno. 7250 dan no. 7250].

Sisi pendalilannya adalah jika haiwan itu disembelih, tetap juga anggota yang terpotong sebelum sembelihan itu dikira bangkai kerana anggota yang terpisah tidak lagi berkait dengan anggota yang masih berbaki.

Demikian juga dengan kes ini, walaupun ia terbit daripada yang haram, itu pun jikalau benar-benar terbukti keharaman itu dengan meneliti perincian yang akan diterangkan nanti, apa yang terpapar pada bayangan air atau cermin bukan lagi yang berkait dengan anggota jasad yang sebenar. Sebab itulah bagi kes pertama ini, tidak layak untuk dihukumkan seseorang itu meredhai maksiat apabila menontonnya kerana yang terpapar itu telah terpisah dengan diri seseorang itu.

Kedua, jika seseorang itu memanfaatkannya atas dasar perkaitan daripada apa yang asalnya seperti seseorang menyatakan kesukaan perbuatan itu kepada pelaku asalnya seumpama seseorang menikmati keamanan negara dengan mengaitkannya dengan pemerintah, maka ini juga perlu dilihat daripada beberapa aspek.

Persoalan utama adalah adakah pelaku seks itu merupakan bukan dari kalangan suami dan isteri sehingga layak dia dihukum sebagai ia berasal daripada maksiat? Ini perkara penting untuk dilihat kerana membuat pertuduhan secara melulu menatijahkan seseorang termasuk dalam perbuatan qazaf. Prinsip agama ini ialah tidak menuduh sesiapa pun sebagai penzina melainkan dibawakan bukti yang jelas. Jika tidak ada bukti terhadapnya, maka boleh memanfaatkannya.

Walaupun pelaku itu menzahirkan pemakaian atau penampilan yang orang menganggapnya sebagai lambang islamik seperti kopiah, jubah, serban, rida, niqab, tudung dan lain-lain, maka kita tetap tidak berhak untuk menyabitkannya sebagai penzina dalam keadaan tiada bukti terhadapnya dan itu pun belum tentu menunjukkan pelaku itu adalah muslim secara mutlak.

Selagimana tiada empat orang saksi atau mengambil pengakuan daripadanya atau membawakan keraguan yang munasabah dalam mahkamah, maka seseorang itu boleh terheret dalam kancah qazaf. Lagipun, siapalah yang akan sengaja menyibukkan diri untuk menggeladah dan mencari kepastian sumber sama ada ia berasal daripada perbuatan zina ataupun tidak?

Persoalan yang asal ialah jika ia berasal daripada orang bukan Islam, maka apa yang mereka perbuat tidak dianggap zina secara mutlak. Ini kerana mereka tidak dibebankan hukum taklif pensyariatan nikah sehingga apa jua cara pernikahan mereka, ia tetap sah. Ibn *Abdul Barr berkata :

فَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ أَنَّ الزَّوْجَيْنِ إِذَا أَسْلَمَا مَعًا فِي حَالٍ وَاحِدَةٍ أَنَّ لَهُمَا الْمُقَامَ عَلَى نِكَاحِهِمَا إِلَّا أَنْ يَكُونَ بَيْنَهُمَا نَسَبٌ أَوْ رَضَاعٌ يُوجِبُ التَّحْرِيمَ وَأَنَّ كُلَّ مَنْ كَانَ لَهُ الْعَقْدُ عَلَيْهَا فِي الشِّرْكِ كَانَ لَهُ الْمُقَامُ مَعَهَا إِذَا أَسْلَمَا مَعًا وَأَصْلُ الْعَقْدِ مَعْفِيٌّ عَنْهُ لِأَنَّ عَامَّةِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانُوا كُفَّارًا فَأَسْلَمُوا بَعْدَ التَّزْوِيجِ وَأُقِرُّوا عَلَى النِّكَاحِ الْأَوَّلِ وَلَمْ يُعْتَبَرْ فِي أَصْلِ نِكَاحِهِمْ شُرُوطُ الْإِسْلَامِ وَهَذَا إِجْمَاعٌ وَتَوْقِيفٌ وَإِنَّمَا اخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ فِي تَقَدُّمِ إِسْلَامِ أَحَدِ الزَّوْجَيْنِ عَلَى مَا نَذْكُرُهُ ههنا

"Sesungguhnya para ulama sepakat bahawa kedua-dua pasangan apabila mereka masuk Islam secara bersama untuk hal yang sama, iaitu bahawasanya kedua-duanya mempunyai kedudukan dalam nikah mereka berdua kecuali jika ada hubungan nasab atau persusuan pada kedua-duanya, maka wajib pengharamannya. Sesungguhnya setiap daripada mereka yang mempunyai akad pada zaman syirik, mereka mempunyai kedudukan bersamanya apabila mereka memeluk Islam bersama. Asal akad adalah toleransi daripadanya kerana sesungguhnya para sahabat Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- dahulu mereka adalah kafir, lalu mereka masuk Islam setelah perkahwinan dan mereka kekal dalam pernikahan yang asal. Tidak ditanya syarat-syarat Islam dalam asal perkahwinan mereka dan ini adalah kesepakatan dan pendirian. Yang para ulama perselisihkan adalah apabila salah seorang daripada pasangan itu masuk Islam terlebih dahulu pada apa yang kami sebutkannya di sini". [At-Tamhīd Limā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd
jilid 12m/s 23keluaran Wizāroh *Umum al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyahtahqiq Muṣṭofā Amad al-*Alawiyy dan Muammad bin *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Ibn al-Qoyyim al-Jawziyyah berkata :

وَقَدْ أَسْلَمَ خَلْقٌ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَنِسَاؤُهُمْ، وَأُقِرُّوا عَلَى أَنْكِحَتِهِمْ، وَلَمْ يَسْأَلْهُمْ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَنْ شُرُوطِ النِّكَاحِ، وَلَا عَنْ كَيْفِيَّتِهِ، وَهَذَا أَمْرٌ عُلِمَ بِالتَّوَاتُرِ، وَالضَّرُورَةِ، فَكَانَ يَقِينًا.

"Ramai orang memeluk Islam pada zaman Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- dan isteri-isteri mereka dan mereka kekal dalam pernikahan mereka. Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- tidak pernah bertanya kepada mereka tentang syarat-syarat pernikahan dan tidak juga tatacaranya. Ini adalah perkara yang diketahui secara mutawatir dan tidak dapat tidak. Maka, ini adalah sesuatu yang diyakini". [Aḥkām Ahl aḏ-Ḏimmah
jilid 2m/s 641keluaran Romādiyy Li an-Našrtahqiq Yūsuf bin Aḥmad al-Bakriyy dan Šākir bin Tawfīq al-*Ārowriyy].

Ibn Qudāmah berkata :

أَنَّ الزَّوْجَيْنِ إذَا أَسْلَمَا مَعًا، فَهُمَا عَلَى النِّكَاحِ، سَوَاءٌ كَانَ قَبْلَ الدُّخُولِ أَوْ بَعْدَهُ. وَلَيْسَ بَيْنَ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي هَذَا اخْتِلَافٌ بِحَمْدِ اللَّهِ. ذَكَرَ ابْنُ عَبْدِ الْبَرِّ أَنَّهُ إجْمَاعٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ

"Sesungguhnya kedua-dua pasangan apabila masuk Islam bersama, maka mereka tetap dengan sah pernikahannya. Sama sahaja sebelum persetubuhan atau sesudahnya. Tidak ada perselisihan dalam kalangan ahli ilmu. Segala puji bagi Allah. Ibn *Abdul Barr menyebutkan bahawa ini adalah kesepakatan ahli ilmu". [Al-Muġnī
jilid 7m/s 153keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Pengambilan dalil mereka adalah berdasarkan hadis berikut :

حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ عِيسَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، قَالَ : حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّ رَجُلًا جَاءَ مُسْلِمًا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ جَاءَتِ امْرَأَتُهُ مُسْلِمَةً ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّهَا كَانَتْ أَسْلَمَتْ مَعِي فَرُدَّهَا عَلَيَّ ، " فَرَدَّهَا عَلَيْهِ " ، هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ ،

Yūsuf bin *Īsā telah merawi hadis kepada kami, dia berkata
Wakī* telah merawi hadis kepada kami, dia berkata Isrō^īl merawi hadis kepada kami Daripada Simāk bin arb Daripada *Ikrimah daripada Ibn *Abbās Bahawasanya seorang lelaki telah datang kepada muslim pada zaman Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam-, kemudian datang isterinya yang muslim. Dia berkata: "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya dia pernah memeluk Islam bersamaku. Pulangkanlah dia kepada pangkuanku". Lalu, baginda memulangkannya kepadanya.| Ini adalah hadis sahih. [Sunan at-Tirmiḏiyyno. 1059].

Daripada semua ini, jelas bahawa pernikahan orang yang bukan Islam tetap sah walau apapun cara sekalipun. Meskipun tiada mahar atau berlakunya perhubungan sesama mahram atau mengambil pasangan yang ramai atau cara yang tidak memenuhi cara Islam, mereka tidak dikira berzina.

Walaupun undang-undang atau tanggapan masyarakat menyatakan bahawa mereka berzina atau mereka sendiri mengakui bahawa mereka berzina di sisi agama mereka, selagimana tidak mengikut lunas Islam, itu semua tidak diambil kira.

Apabila mereka memeluk Islam, barulah dipertimbangkan. Ini berdasarkan dalil berikut :

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ سَالِمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ غَيْلَانَ بْنَ سَلَمَةَ الثَّقَفِيَّ أَسْلَمَ وَتَحْتَهُ عَشْرُ نِسْوَةٍ ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اخْتَرْ مِنْهُنَّ أَرْبَعًا " .

Ismā*īl telah merawi hadis kepada kami
Ma*mar telah merawi khabar kepada kami Daripada az-Zuhriyy Daripada Sālim Daripada ayahnya, bahawasanya Ġoylān bin Salamah a-aqofiyy memeluk Islam dan dia mempunyai sepuluh orang isteri. Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata kepadanya: "Pilih empat daripada mereka". [Musnad Aḥmadno. 4470].

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ أَبِي عَوْنٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو عَمَّارٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى ، عَنْ مَعْمَرٍ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ سَالِمٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : أَسْلَمَ غَيْلَانُ الثَّقَفِيُّ وَعِنْدَهُ عَشْرُ نِسْوَةٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَمْسِكْ أَرْبَعًا ، وَفَارِقْ سَائِرَهُنَّ

Muḥammad bin Aḥmad bin Abū *Awn telah merawi khabar kepada kami, dia berkata Abū *Ammār telah merawi hadis kepada kami, dia berkata Al-Fal bin Mūsā telah merawi hadis kepada kami Daripada Ma*mar Daripada az-Zuhriyy Daripada Sālim Daripada Ibn *Umar, dia berkata Ġoylān a-aqofiyy memeluk Islam dan dia mempunyai sebelas orang isteri. Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Tahanlah empat orang dan pisahkan yang berbakinya". [oḥīḥ Ibn ibbānno. 4231].

Pada hadis ini, Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- tidak menyuruh untuk melakukan akad sekali lagi, tetapi sekadar menyuruh menceraikan yang berbaki tujuh daripada isteri-isterinya. Ini menunjukkan bahawa status isteri daripada perkahwinan sebelum Islam adalah sah walau dengan macam mana cara sekalipun ia dilangsungkan walaupun cara yang dilakukan pada itu mengandungi syubhah yang tidak memenuhi syarat perkahwinan yang sah. Jika tidak sah dari awal lagi, maka tidak ada makna dalam suruhan untuk menceraikannya.

Oleh itu, kita sama sekali tidak boleh mengatakan bahawa mereka berzina sekalipun mereka melakukannya tanpa mahar, menyetubuhi mahramnya, bertukar-tukar pasangan dengan pantas dan mengambil ramai pasangan sekaligus.

Kemudian, kalau benar pelaku itu sememangnya benar bukan suami dan isteri yang sah, apakah jenis aktiviti seks yang dilakukan? Kalau sekadar bermesraan atau senggolan sahaja, maka ini tidak dapat dikira kerana sentuhan dan rasa syahwat yang datang bersama bukanlah maksiat. Ini telah saya bahaskan dalam penulisan saya yang berjudul «Hukum Bersentuhan Kulit Dengan Bukan Mahram Baginya» dan «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?».

Kalau ia adalah persetubuhan pada dubur, maka ini tidak termasuk bahagian zina kerana dubur bukanlah anggota khitan sehingga ia mewajibkan seseorang untuk mandi, lalu penyebab kepada batalnya puasa dan dikenakan hukuman had. Ia adalah persentuhan yang umum yang dibenarkan. Rujuk dua penulisan tadi. Saya telah membahaskannya di situ.

Kalau ia adalah persetubuhan melalui faraj dengan memakai kondom, maka ini juga tidak dikira maksiat kerana ia seumpama seseorang menyetubuhi pada batang paip yang dimasukkan ke dalam faraj. Maka, ini tidak dikira sebagai persetubuhan yang sebenarnya kerana ia cumalah menyetubuhi pada objek yang menyelaputinya, bukan pada anggota jasad. Ini telah saya bahaskan dalam penulisan saya yang berjudul «Yang Dikira Sebagai Persetubuhan Yang Sebenar Dan Kesan Hukumnya».

Kalau ia benar-benar persetubuhan secara eksplisit yang bukan suami isteri, maka ini juga ada perkara yang perlu diteliti. Kadangkala timbul rasa kekaguman dalam melihat kecantikan dan aksi yang dipamerkan. Namun, kita hanya takjub pada kejelitaan atau ketampanan seseorang dan aksi yang dilakukan, bukan perbuatan itu sendiri walaupun semua itu bersangkut paut dengannya.

Untuk permisalan yang mudah adalah seperti seseorang memperagakan lukisan tatu yang berupa tatu, lalu seseorang kagum dengan kecantikan lukisan itu. Di sini seseorang itu hanya kagum dengan seni lukisan itu, bukan meredhai perbuatan mentatu itu. Atas sebab itulah menuduh seseorang redha terhadap maksiat perlu diteliti dengan cermat. Hemati hadis berikut :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، قَالَ : سَمِعْتُ الْبَرَاءَ يَقُولُ : أُهْدِيَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُلَّةٌ حَرِيرٌ ، فَجَعَلَ أَصْحَابُهُ يَمَسُّونَهَا وَيَعْجَبُونَ مِنْ لِينِهَا ، فَقَالَ : تَعْجَبُونَ مِنْ لِينِ هَذِهِ ، لَمَنَادِيلُ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنْهَا أَوْ أَلْيَنُ

Muḥammad bin Ja*far telah merawi hadis kepada kami u*bah telah merawi hadis kepada kami Daripada Abū Isḥāq, dia berkata Aku mendengar al-Barrō^ berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- dihadiahkan pakaian daripada sutera. Para sahabatnya mula menyentuhnya dan takjub dengan kelembutannya. Baginda berkata: "Adakah kalian takjub dengan kelembutan ini? Benar-benar sapu tangan Sa*d bin Mu*āḏ di syurga lebih baik daripadanya atau lebih lembut". [Musnad Aḥmadno. 18388].

Kita mungkin suka dengan kelembutan sesuatu pakaian dan kesegakan jika seseorang bergaya dengannya, tetapi bukan bermakna kita redha perlakuan maksiatnya jika seseorang lelaki memakai sutera.

Demikianlah juga dengan hal ini. Namun yang jelas adalah jika benarnya hal sedemikian, maka tidak boleh menzahirkan sokongan terhadapnya seperti meminta untuk melakukan sesuatu aksi, mendanai mereka dan sebagainya. Ini berdasarkan apa yang disebutkan oleh *Abdullah bin Mas*ūd :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

"Allah melaknat wanita yang membuat tatu dan wanita yang diminta untuk dibuatkan tatu, wanita yang mencabut bulu kening dan wanita yang meminta untuk dicabutkan bulu kening serta wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-Libās wa az-Zīnahno. 3973].

Walaupun wanita tersebut tidak dibuat tatu pada dirinya, namun menzahirkan sokongannya kepada sesuatu yang dosa akan dirangkulkan bersama orang yang berdosa seperti menyumbangkan dana, memberi cadangan dan lain-lain.

Itu pun kalau benar-benar dipastikan bahawa ia sememangnya benar bahawa perbuatan menyetubuhi adalah bukan suami dan isteri. Lagipun, siapalah yang sengaja akan menyibukkan diri untuk menggeladah, menyelongkar dan mencari-cari kepastian sumbernya bahawa ia sememangnya penzina ataupun tidak? Kalau sudah tahu akan hakikat ini, maka betapa penuduhan tersebut bukan mudah untuk seseorang lakukan.

Jika status suami dan isteri masih belum dipastikan, maka tidak ada guna untuk membuat pertuduhan secara generalisasi dan gampang. Saya sediakan perincian ini pun sebagai persediaan dan bekalan pada masa akan datang jika wujudnya kes sebegitu. Itu pun hampir-hampir tidak ada aplikasi perincian ini kerana realiti kes untuk dihakimi sukar untuk ditemui.

Bukannya mudah untuk mensabitkan satu video itu memang benar-benar berasal daripada perbuatan makisat yang sebenar dengan cara penggeladahan melainkan jika hal itu diikrarkan oleh pelaku itu sendiri atau adanya kajian berskala mahkamah agar perincian yang ini menjadi panduan dan sesuatu yang berfungsi. Justeru, tidak perlu merasakan bahawa perincian yang panjang ini seolah-olah ia telah berlaku secara meluas pada realitinya.

Lagipun, saya merincikan seperti ini pun untuk menunjukkan bahawa bukan mudah untuk menuduh seseorang yang menonton pornografi itu meredhai maksiat sepertimana sikap kegampangan yang dilakukan oleh sebahagian orang. Impaknya adalah mereka hanya membuat tuduhan yang salah yang akhirnya sekadar merasa untuk mencegah mungkar, tetapi ia mencegahnya dengan melakukan mungkar jua.

Lagipun, kita tidak diperintahkan untuk menyelongkar aib peribadi seseorang. Kalau pun kita menemui suatu video pornografi yang memaparkan orang yang kita kenal melakukan seks dengan orang yang kita lihat bahawa ia bukan pasangannya yang sah, kita sama sekali tidak menuduhnya sebagai penzina dan kita sama sekali tidak akan mengorek-ngorek rahsiannya dengan bertanya tentangnya. Allah jua yang akan menentukan apa yang hamba-Nya sembunyikan dari kalangan manusia.

Kalau kita rasa tidak patut menanyakan orang lain tentang kisah silam yang buruk dan mengaibkan dirinya, maka kita tidak patut menanyakan seseorang lain tentang status video yang dia terserempak dengannya.

Saya mengumpamakan hal ini dengan merasai nikmat keamanan negara dan keredhaan terhadap pemerintah kerana bagi saya ini adalah permisalan yang terdekat untuk menerangkan situasi ini. Jika seseorang menikmati keamanan negara tanpa kaitkan dengan pemerintah yang menguasai negaranya, maka ini adalah harus.

Jika seseorang menikmati keamanan negara dengan mengaitkan keredhaan terhadap pemerintah adil yang menguasai negaranya, maka ini tidak dipermasalahkannya. Jika seseorang menikmati keamanan negara dengan mengaitkan keredhaan pemerintah yang mengekalkan keamanan dengan cara pemerintahan yang menindas, memeras ugut, menjarah hak rakyat dan genosida, maka dosanya bukan pada rasa kenikmatan pada hasil keamanan itu, tetapi pada perkara yang mendatang daripadanya, iaitu redha terhadap kemaksiatan pemerintah.

Begitu juga dengan hal ini. Jika seseorang hanya memanfaatkan objek yang diserupakan tanpa dikaitkan dengan pelaku asalnya, maka ini tidak mengapa. Jika seseorang memanfaatkan objek itu dengan mengaitkan kesukaan terhadap pelaku yang tidak disabitkan bermaksiat, maka ini tidak dipermasalahkan.

Jika seseorang berhibur dengan mengaitkan kesukaan terhadap pelaku yang sememangnya bermaksiat, maka kesalahannya bukan pada pornografi itu sendiri, tetapi pada sikap menyatakan rasa suka terhadap kemaksiatan itu.

Kemudian, kalau pornografi itu bersumber perbuatan liwat, maka ini juga tidak dapat dikira maksiat. Saya telah jelaskan hujahnya pada penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat».

Kalau video itu bersumberkan perbuatan lancap, maka melancap bukanlah sesuatu yang diingkari oleh setiap fuqaha sehingga maksiat yang diingkari hanyalah pada yang telah disepakati, bukan pada yang diperselisihkan. Saya telah jelaskan hal ini dan membawakan pendapat yang tarjih bagi ketidakharaman aktiviti lancap dalam penulisan saya yang berjudul «Hukum Melancap».

Kalau pornografi itu sekadar memaparkan ketelanjangan atau gaya erotik, maka ini juga tidak termasuk kerana ia hanyalah paparan yang diserupakan seperti aurat. Kalau pun ia menimbulkan syahwat, maka rasa syahwat itu sendiri bukanlah maksat secara mutlak sehingga objek yang membangkitkannya tidak dianggap objek maksiat. Ini telah saya jelaskan dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?».

Jika pornografi itu adalah yang berupa reka bentuk grafik dan lukisan seperti hentai dan animasi tiga dimensi, maka ini juga tidak dikira sebagai maksiat. Ini kerana ia adalah berorientasikan daripada ekspresi dari jiwa yang berpusar, lalu dizahirkan khayalan dan fantasi fikiran itu pada lukisan.

Telah dijelaskan bahawa objek yang dilukiskan itu bukanlah anggota jasad yang sebenar sehingga jika ia dilukiskan untuk melakukan perbuatan sesuatu, ia tidak dikira melakukan sesuatu perbuatan secara hakiki. Oleh itu, tidak ada penentuan objek itu bermaksiat sehingga menontonnya juga adalah bermaksiat dan meredhainya.

Menzahirkan fantasi daripada minda bukanlah maksiat kerana apa-apa yang diungkapkan yang tidak memenuhi makna sebenar bagi perbuatan itu tidak dikira dosa baginya berdasarkan sabda Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- seperti berikut :

"
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا حَدَّثَتْ بِهِ نَفْسَهَا ، مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَكَلَّمْ بِهِ"

"Sesungguhnya Allah memaafkan untukku pada apa-apa yang berpusar pada jiwanya selagimana tidak mengerjakan atau berbicarakannya". [Musnad Abū Ya*lā
no. 6354].

Ini tidak sama dengan idea sesuatu pandangan yang dipersembahkan melalui penulisan kerana ia adalah hasil kepercayaan yang telah dijazamkan, sedangkan lukisan aksi pornografi bukanlah semestinya penjazaman terhadap perbuatan zina disebabkan perbuatan zina adalah memasukkan zakar ke dalam faraj, bukan dengan perbuatan melukis. Dengan kata lain jika pusaran jiwa itu dizahirkan dengan lukisan, bukan zina, maka ini bukan sama sekali dikira perbuatan hakiki sehingga dianggap maksiat.

Seterusnya, bagaimana jika seseorang menonton pornografi yang bersifat siaran langsung? Walaupun pada asalnya adalah apa yang dilihat itu adalah objek yang diserupakan, tetapi ia ada kaitan masa yang sama dengan perlakuan itu dilakukan tersebut.

Sekalipun begitu, ia tetap tidak merubah hakikat bahawa berlakunya keterpisahan antara anggota yang sebenar dengan anggota yang diserupakan walaupun kedua-duanya saling bergerak dalam satu masa yang sama. Ini pun ditimbang melalui neraca yang telah diperincikan seperti tadi.

Soalan Bolehkah saya menatap gambar seseorang, lalu ia pun terasa syahwatnya kemudian saya melancap sambil menatap gambar orang itu sedangkan orang pada gambar itu tidak mengetahuinya?

Jawapan Pertama, perlu kita tahu seseorang itu boleh menjadi tarikan kepada seseorang lain sama ada dia sedar atau pun tidak. Dan hal itu adalah realiti yang tidak dapat dinafikan lagi dan ia adalah normal serta sama ada dia suka ataupun tidak.

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ ، عَنْ جَابِرٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى امْرَأَةً فَدَخَلَ عَلَى زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ فَقَضَى حَاجَتَهُ مِنْهَا ، ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ لَهُمْ : " إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ ، فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ ، فَإِنَّهُ يُضْمِرُ مَا فِي نَفْسِهِ " .

Muslim bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepada kami Hišām telah merawi hadis kepada kami Daripada Abū az-Zubayr Daripada Jābir Bahawasanya Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam- melihat seorang wanita, kemudian baginda pun datang kepada Zaynab binti Jaḥš, lantas baginda pun menunaikan hajat dengannya. Kemudian, baginda keluar kepada sahabatnya, lantas baginda berkata kepada mereka: "Sesungguhnya wanita datang dengan rupa syaitan. Sesiapa yang mendapati sesuatu daripada hal itu, maka datangilah isterinya kerana ia mampu menguruskan apa-apa yang pada dirinya". [Sunan Abū DāwudKitāb an-Nikāḥno. 1842].

Kedua, kadangkala ada orang mencintai seseorang lain tetapi dia tidak memberitahunya.

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا الْمُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، " أَنَّ رَجُلًا كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَرَّ بِهِ رَجُلٌ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي لَأُحِبُّ هَذَا , فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَعْلَمْتَهُ ؟ قَالَ : لَا , قَالَ : أَعْلِمْهُ , قال : فَلَحِقَهُ ، فَقَالَ : إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ , فَقَالَ : أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ " .

Muslim bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepada kami Al-Mubārok bin Faḍōlah telah merawi hadis kepada kami Ṯābit al-Bunāniyy telah merawi hadis kepada kami Daripada Anas bin Mālik Bahawasanya ada seorang lelaki berada di sisi Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam-, lantas seorang lelaki melewatinya. Dia pun berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar mencintainya". Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata: "Engkau sudah memberitahunya?". Dia berkata: "Tidak". Baginda berkata: "Beritahukan kepadanya". Anas berkata; Dia pun menyusuinya, lantas berkata: "Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah". Dia berkata: "Semoga engkau dicintai oleh yang engkau cintai kerana-Nya". [Sunan Abū DāwudKitāb al-Adabno. 4462].

Melalui hadis ini, hal ini jikalau Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- menyarankan untuk memberitahunya. Bagaimana pula dengan keadaan orang lain yang mungkin kita tidak tahu?

Ketiga, kemungkinan yang menjadi isu adalah sama ada dia suka ataupun tidak suka dengan hal itu jikalau hal tersebut diketahui. Memandangkan berlaku pertembungan hebat sebegini, perlu kita sedar bahawa sebenarnya itu adalah hal yang normal memandangkan dalam rutin muamalat harian pun kita masih menghadapi kemungkinan seperti ini. Apa yang kita suka untuk melakukannya, bukannya orang lain akan merasakan yang juga.

Jika kita jujur dan berterus terang bahawa kita bersyahwat terhadapnya yang sememangnya rupa dia memang boleh menimbulkan syahwat, mungkin sahaja dia tidak akan senang dan menemplaknya. Malah, kalau kita mencintainya pun, belum tentu dia akan merasakan yang sama dan itu bukan bermakna kita tidak boleh mencintainya walaupun demikian balasan yang dia beri.

Oleh itu, tidak ada masalah untuk melakukan demikian walaupun bertentangan dengan apa orang itu rasakan. Cuma, lebih elok jika elakkan orang yang sememangnya pasti akan membenci sekeras-kerasnya.

Soalan Jika saya menyetubuhi seseorang di alam Permainan Watak Dalam Talian Bermultipemain Masif Berealiti Maya atau Virtual Reality Massively Multiplayer Online Role-Playing Game (VRMMORPG)₎ sepertimana alam dalam anime Sword Art Online atau Infinite Dendrogram, adakah ini dikira dosa zina?

Jawapan Hal tersebut tidak dikira memandangkan ia bukanlah persetubuhan secara hakiki, yakni persetubuhan pada faraj dan zakar secara nyata lagi konkrit. Adapun, pada melalui dunia maya, maka hal itu tidak dikira.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ ، عَن عُبَيْدِ اللَّهِ ، أَخْبَرَنِي نَافِعٌ ، عَن سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ ، عَن أَبِي مُوسَى ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " أُحِلَّ لُبْسُ الْحَرِيرِ وَالذَّهَبِ لِنِسَاءِ أُمَّتِي ، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا " .

Yaḥyā bin Sa*īd telah merawi hadis kepada kami
Daripada *Ubaydullah Nāfi* telah merawi khabar kepada kami Daripada Sa*īd bin Abū Hind Daripada Abū Mūsā, daripada Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam- baginda bersabda: "Dihalalkan pakaian sutera dan emas untuk wanita umatku dan diharamkan ke atas lelaki baginya". [Musnad Amadno. 19204].

Sutera yang diharamkan di sini adalah sutera yang hakiki. Adapun sutera tiruan, maka ini tidak diambil kira kerana ia cumalah bahan lain yang dirupakan seumpama sutera.

Begitu juga dengan hal ini. Sekalipun, ia mendapat kenikmatan pada dunia realiti, maka ia bukan zina kerana persetubuhan yang berlaku bukan secara langsung.

Soalan Adakah kita boleh memuat turun gambar atau video tanpa seizin pemilik tersebut?

Jawapan Ia dibolehkan untuk dua perkara. Pertama, asal tiap-tiap sesuatu itu adalah harus. Maka, apa sahaja yang kita perbuat tidak dikira salah kecuali dibuktikan hal itu. Kedua, uruf peraturan di internet adalah seseorang boleh mengambil apa-apa sahaja yang terbentang di dunia maya tersebut. Maka, kita meraikan uruf tersebut.

Kecuali apabila laman sesawang itu mensyaratkan untuk meminta izin atau memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Hal ini kerana pemilik pada kawasan itu atau pemilik sesuatu itu adalah ulil amri yang wajib kita taat. Firman Allah Ta*ālā :

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul serta pemilik autoriti di antara kalian". [Surah an-Nis
ā^ ayat 59].

Jika ditanya sama ada boleh atau tidak untuk tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetepkan kerana pemilik itu mensyaratkan sesuatu yang membebankan sehingga kita tidak mampu memenuhinya. Kita katakan, pada asalnya dia tidak membenarkan hal tersebut sehinggalah syarat itu dipenuhi. Memandangkan dia tidak rela menyerahkan sesuatu sehingga ada orang memenuhi syaratnya, maka pada asalnya kita tidak boleh sama sekali mengambilnya.

No comments:

Post a Comment