Wednesday, November 18, 2020

Diari Diri : Saya Tiada Kaitan Dengan LGBTQ+

Seperti yang telah saya maklumkan di bahagian maklumat peribadi saya di setiap wahana atau laman sosial sayaܦ sememangnya saya berorientasikan dwiseksual. Akan tetapiߨ untuk membabitkan saya dengan gerakan LGBTQ+ saya sama sekali tidak mendukung gerakan tersebut. Orang yang mengaitkan saya dengannya jelas mengamalkan falasi assosiasi.

Salah satu sebab saya membenci gerakan ini adalah kerana di situ berkumpulnya golongan Panglima Keadilan ₍Sosial atau Social Justice Warrior₎ (SJW). Mereka ini adalah evangelis dalam membawa gagasan normalisasi budaya LGBTQ+ dan berperanan sebagai puritan sukarelawan dalam menjadi pengawas moral untuk gerakan mereka.

SJW yang saya benci ini kerana dua sebab. Pertamaߨ menjadikan isu LGBTQ+ sebagai isu fokal dunia yang seolah-olah dunia hanya bertarung kerana isu penerimaan mereka atau penolakan mereka yang sama seperti marxisime yang beranggapan bahawa sejarah pergolakan di dunia ini adalah tercetus hanya kerana berpusatkan isu ekonomi.


Kita tidak ada masalah apapun untuk setiap budaya, bangsa dan agama mempromosikan apa yang mereka mahu. Umat Islam ada promosinya, Kristian ada tawarannya, parti politik ada perjuangannya, kelompok tertentu ada penyebaran ajarannya dan begitu juga yang lain. Sememangnya lumrah dunia yang kelompok masing-masing ingin mempromosikan apa yang ada pada kelompok mereka.

Namunߨ kadangkala LGBTQ+ ini terlalu melampau dalam mempromosikannya sehingga mencampuri urusan agama-agama lain. Saya pernah melihat video iklan komersial daripda Nike yang memaparkan wanita yang meluncur papan selalu dari berhijab kepada tidak berhijab dengan membawa obor LGBTQ+ yang sememangnya bertujuan memperlekeh umat Islam yang tidak menerima normalisasi LGBTQ+ ini sebagai kolot.


Malahߨ saya pernah sahaja terjumpa halaman Facebook yang bernama Allah Is Gay untuk memperkenalkan gerakan ini kepada komuniti muslim. Kalau kita salah merujuknya pada kata ganti nama diri He atau She atau salah perujukan jantina kepada dia atau seseorang individuޱ sebahagian mereka akan mengamuk. Namunߨ mereka tidak segan silu pula menyeret nama Allah untuk sifat yang tidak sepatutnya dan penghinaan terhadap tuhan penganutnya.


Beginikah cara mereka mempromosi meraikan keterbukaan dan penghormatan kepada perbezaan? Mengapa perlu menistakan perkara dasar agama orang semata-mata untuk mempromosikan LGBTQ+?

Saya faham perjuangan asalnya adalah untuk membela mereka yang dilayan secara tidak adilߨ bahkan ditindas kerana orientasi seksual mereka. Kita pun tidak akan menindas penganut agama lain hanya kerana meminum arak dan memakan khinzir.


Malahߨ kita pun tidak akan tindas umat Islam yang merokok sekalipun ia adalah dosa besar dan jelas haramnya atau kerana dari beraliran tertentu. Kita akan membela sesiapa sahaja yang dizalimi. Sepertimana kita tidak akan simbah air, melontar batu, menjerkah dan menganggu penganut agama lain yang lalu lalang di hadapan kitaܦ maka kita tidak patut menzalimi pihak yang lain hanya kerana berbeza norma, budaya dan aspek yang lain.


Namunߨ kalau sampai bertukar untuk menjadi gerakan yang mendedikasikan normalisasi yang melampau sehingga mengatakan bahawa orang tidak menerima normalisasi itu sebagai kolot dan musuhߨ malah sampai mencemarkan agama orangޱ maka saya berlepas diri.


Sejujurnyaܦ saya pun kadangkala diperlekeh dan dicemuh kerana berorientasi dwiseksual. Meskipun saya membentangkan hujah saya dalam membela amalan iniޱ ia bukan sahaja tidak dipedulikanߨ malah saya tetap dicerca sekeras-kerasnya.


Namunߨ saya juga perlu hormat dengan budaya dan adat tempatan sekeliling. Di mana langit dipijak di situ langit dijunjung. Pepatah Inggeris mengatakan apabila berada di Romޱ lakukan cara orang Rom. Normal atau tidakܦ itu terpulang kepada adat setempat masing-masing. Jika mereka membenciޱ itu bukan urusan saya selagimana mereka tidak keterlaluan dan saya akan mendekati sesiapa yang ingin mendekati.


Saya lihat LGBTQ+ langsung tidak menghormati iniߨ tetapi kononnya meraikan keterbukaan dan toleransi. Saya pernah melihat desakan agar seorang transgender wanita dibenarkan untuk bersolat di saf wanita dan meraikannya sebagai tetamu Allah yang wajar dihormati serta tidak patut disisihkan.


Namunߨ mereka sendiri tidak hormat sensitiviti privasi oleh jemaah muslimah apabila ajnabi masuk ke ruangan yang khas untuk mereka sama ada untuk menukar pakaian mereka atau membetulkan penampilan mereka yang mana ia akan menyebabkan bahagian aurat mereka terbuka. Mereka desak untuk transgender dihormatiߨ tetapi mereka tidak pernah hormat sensitiviti jemaah muslimah.


Kalau pun tandas wanita dimasuki dirasakan cemas dan tidak senangߨ malah dibenci oleh golongan yang tidak sepatutnya kerana itu pencerobohan terhadap privasi khasޱ mengapa tidak boleh menghormati tempat yang khas untuk wanita muslimah? Di mana toleransi mereka dalam hal ini?


Yang kedua adalah mereka selalu sahaja tidak berpuas hati pada orang lain. Mereka ini selalu sahaja melaungkan keterbukaan kepada kepelbagaian dan menghormati perbezaan. Hakikatnya adalah mereka melanggar apa yang mereka perjuangkan.

Saya pernah melihat bahawa ada sebilangan mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap anime Lycoris Recoil tidak mewujudkan hubungan lesbian dalam penghujung siri animasi tersebut. Bahkan, sebahagian mereka sanggup menyerang staf disebabkan ini. Apakah ini? Inikah cara mereka menghormati perbezaan dan terbuka kepada kepelbagaian?


Kalau rasa mahu ada watak yang mempunyai perhubungan homoseksualޱ hasilkanlah filem sendiri. Jangan mengganggu karya orang lain. Ini baru salah satu contoh. Hakikatnya adalah banyak lagi contoh yang lain yang kita melihat ada sahaja penonjolan mereka untuk tidak berpuas hati dengan filem yang tidak memasukkan elemen LGBTQ+ atau fahaman yang mereka berkongsi bersama.


Pernah saya melihat ada orang membuat kecoh terhadap orang tidak ingin menerima permintaan rakan media sosial jika ada kaitan dengan LGBTQ+. Padahalߨ ada sahaja orang yang tidak mahu menerima permintaan rakan jika dari aliran tertentu, peminat K-pop, suka melayan TikTok dan lain-lain.


Tidak pernah pula timbul kekecohan untuk syarat sebegini. Malahߨ rata-rata orang menghormati pendirian dan sempadan orang lain dalam penerimaan rakan di media sosial. SJW ini pula yang bising berlebih-lebihan.


Isu yang berkaitan dengan homoseksual ini pada saya sama sahaja seperti isu muzik genre metal. Bukan semua orang suka mendengarkannya dan bukan semua budaya akan menerima muzik seakan-akan seperti barbarik, ganas, buas dan keras. Ia hanya diminati dan dinikmati oleh segelintir dan komuniti yang tertentu sahaja.

Akan tetapiߨ sekalipun saya secara peribadi memiliki minat yang tinggi terhadap muzik metalޱ tetapi saya tidaklah sampai mendesak supaya lagu rasmi kebangsaan dan negara atau lagu perarakan sukan untuk dibuat irama muzik metal, dinyanyikan orang ramai secara bersama, didendangkan dalam kaca televisyen atau dipromosikan secara giat seolah-olah ia kempen yang rasmi atau menormalisasikan dendangan muzik ini sama ada pada musim perayaan atau di pusat beli-belah.


Kalau ada yang ingin buatޱ itu terserah kepada individu atau kumpulan muziknya. Saya tidak ada masalah jika ada orang ingin menerimanya ataupun mencemuh penghasilan muzik sebegitu dan dendangan muzik seperti itu. Ia adalah perbezaan penerimaan budaya dan minat yang perlu kita hargai, terima dan akui realitinya.


Yang teruknya adalah gerakan LGBTQ+ ini sampai mendesak semua industri perfileman atau permainan video atau komik atau segenap industri hiburan memasukkan elemen ini dan menekan agar yang berkulit hitam pun dimasukkan bersama agar nampak industri tersebut menerima kepelbagaian dan meraikan keterbukaan walaupun plot asal dan latar belakang kebudayaan yang ada dalam filem itu tidak memerlukannya atau mampu merosakkan kemurniaannya.

Yang lebih menambahkan berang adalah mereka masuk campur kepada perkara yang teras dalam agama yang tidak patut mereka sentuh sama sekali semata-mata ingin menggiatkan promosi kebudayaan mereka!

Gerakan ini sentiasa sahaja cuba untuk menjajah kebudayaan secara agresif dan keras sama ada melalui iklan atau hiburan serta ada melancarkan paksaan agar orang menerimanya. Sedangkanߨ peminat muzik metal dan pembawa norma muzik ini atau mereka yang terlibat dalam industri ini pun tidaklah sampai ke peringkat sebegitu walaupun saya perlu akui realiti bahawa ada sebahagian mereka yang merasa diri mereka adalah elitis yang bebal dan dungu mengutuk citarasa muzik yang arus perdana secara kebudak-budakan, ketidakmatangan dan kesia-siaan.


Saya pernah melihat komentar dari sebuah syarikat produksi filem yang enggan bekerjasama dengan beberapa negara yang mengharamkan penyiarannya di pawagam untuk memotong babak aksi cumbuan homoseksual menyindir bahawa mereka tidak akan berkompromi untuk pengubahan filem hanya disebabkan kepercayaan yang membelakang dari beberapa negara.

Walaupun saya adalah dwiseksual dan adakalanya menzahirkannya serta mengongsikan erotika mengenainyaޱ saya tidaklah sampai mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mahu menerimanya atau menentangnya dengan kepercayaan yang membelakang.


Sepertimana yang saya sebutkan tadi. Ia sama seperti muzik metal. Sama ada orang mahu minat atau tidakܦ itu terpulang pada masing-masing. Seseorang yang menyukai muzik arus perdana atau yang menjadi trendi semasa atau disukai generasi yang sebahagian orang menyindirnya sebagai pondan lagi lembik bukan bermakna kita membencinya atau mengutuknya.


Apapunߨ saya tidak ada kena-mengena dengan gerakan ini. Saya dengan cara saya sendiri. Sama ada orang ingin terima saya atau tidakܦ itu terpulang pada masing-masing dan saya tidak melalak ke sana ke sini untuk merealisasikan normalisasi pengamalan ini. Itu terserah kepada masyarakat untuk menerima perubahan atau menolaknya.


Kalau saya ingin memperkenalkan atau berkongsi tentang gay di laman sosial punޱ saya didasari dengan hujah yang telah saya bentangkan di Wattpad khususnya. Saya tidak begitu peduli kalau ada orang mahu menerimanya atau tidak. Saya sudah sampaikan hujah saya dan selebihnya terpulang pada masing-masing.


Kalau yang mahu menjadi pengikut atau sahabat saya dalam sefahaman pada isu iniޱ saya akan tegaskan bahawa agar ikutan itu atas dasar pemahaman yang utuhߨ bukan taklid atau ikut secara membuta tuli atau hanya kerana semata-mata sama minat.


Kemudianߨ saya sama sekali tidak menyokong transgender kerana ia sememangnya menyalahi syariat agama. Saya sama sekali tidak akan menyokong perbuatan seseorang itu menukar jantina asalnya. Jantina dalam Islam cuma dua sahaja dan ia adalah apa yang telah tetap pada kelahirannya. Atas sebab itulah saya tidak mendukung gerakan ini.


Banyak lagi ideologi dan idea perjuangan yang menyalahi syariat Islam tersisip bersama dalam gerakan ini sama ada yang bakal masuk atau sudah masukߨ tetapi belum disedari lagi.


Saya dan berlepas diri atau tidak akan berasosiasi atau mendukung gerakan ini atau mana-mana gerakan dalam usaha untuk merubah pensyariatanߨ malah penentangan terhadap agama sama ada secara halus atau terang-terangan.


Perbezaan halus ini sama seperti veganisme. Walaupun kita suka memakan sayur atau sememangnya vegetarian atau mengutamakan diet sayur-sayuranߨ bukan bermakna kita menyokong gerakan veganisme yang mana gerakan ini mendukung penuh penentangan terhadap pemakanan daging haiwan.


Ini terang-terangan gerakan yang melawan syariat dan ada pengaruh ideologi di dalamnyaߨ bukan semata-mata mereka ini mengamalkan diet pemakanan yang berasaskan sayur sahaja.


Samalah juga seperti dwiseksual. Adanya kecendungan kesukaan pada amalan ini atau mengamalkannya bukan bermakna ia ada sokongan kepada LGBTQ+.

No comments:

Post a Comment