Thursday, November 12, 2020

Diari Diri : Sang Jadong Dalam Kalangan Agamawan

Jadong. Kadangkalaߨ saya rasa terpesona dengan perkataan yang asalnya akronim kepada jahat, bodoh dan sombongߨ lalu ia menjadi suatu makna dalam perkataan yang ringkas lagi padat. Adakalanya saya kagum betapa kreatifnya orang yang mencipta perkataan sebegini. Jadong ini boleh berada di mana-mana bahagian sama ada bidang agama, politik dan lain-lain.

Untuk ini saya ingin menumpukan kepada agamawan. Saya sebenarnya sudah menghasilkan penulisan yang memberikan bantuan, tips dan nasihat untuk sampai kepada ilmu alat yang penting dalam pemahaman agama. Untuk bahasa Arab saya telah menulisnya dalam «Diari Diri ߸ Nasihat, Tips Dan Panduan Untuk Belajar Bahasa Arab Bagi Pemula». Untuk ilmu hadis saya telah menulisnya dalam «Jalan Menuju Kepada Kemahiran Ilmu Ilal al-adīṯ» dalam kolum «al-H̱iṭōb al-Wajīz ߸ Isu Hadis». Untuk ilmu uṣūl fiqh pula saya telah menulisnya dalam «Menuju Kepada Kemahiran Ilmu Uṣūl al-Fiqh dan al-Qowāid al-Fiqhiyyah» dalam kolum «al-H̱iṭōb al-Wajīz ߸ Isu Fiqh Dan Uṣūl Fiqh».

Saya akui bahawa saya bukanlah ahli ilmu yang layak dibandingkan dengan mereka yang lain yang memiliki kedudukan yang tinggi dan kewibawaan yang berprestij. Apa yang saya usahakan yang sedikit ini jika ia tidak melahirkan seorang ahli ilmuޱ sekurang-kurangnya ia mampu merapatkan jurang antara tahap ahli ilmu yang tinggi dan tahap sang awam secara purata. Di samping itu mengharapkan juga agar sama-sama kemahiran ilmu ini membawa kita kepada jalan yang lurus dan istiqamah di dalamnya dengan manhaj yang tulen lagi mapan sehingga akhir hayat kita.

Saya tidak ada apa-apa kepentingan untuk menyembunyikan tangga untuk mencapai kemahiran ilmu alat. Saya ikhlas kerana Allah Subḥānahu Wa Taālā ingin membantu semua orang meski dari orang yang memusuhi saya supaya mereka pun mampu meningkatkan diri mereka dengan pengetahuan yang berguna. Mudah-mudahan boleh menjadi lawan yang setara atau lebih baik daripada saya sehingga dia mampu mengenal pasti dan membetulkan bahagian yang saya kurang dan silapߨ tetapi saya tidak nampak dan menjadi orang yang saya boleh tadah ilmu daripadanya.

Itu pun ada yang menyindir saya dengan berkata: "Ini semua adalah pembelajaran dengan cara memandai-mandai sendiri tanpa bimbingan guru". Dalam seumur hidup saya ini saya dan mereka yang lain yang menggalakkan pembacaan tidak pernah kata pembelajaran melalui guru adalah tidak diperlukan.

Demi Allah! Ini tuduhan dusta terhadap saya dan mereka yang lain. Dalam bahasa Arab guru yang saya cadang untuk belajar adalah Rusdi Alias. Malahߨ saya juga menekankan pembelajaran secara talaqqi dalam menguasai ₍al-Jumlah al-Ismiyyah₎ dan ₍al-Jumlah al-Filiyyah serta kemahiran irab adalah sangat penting. Begitu juga saya secara peribadiܦ mengikuti kelas talaqqi secara langsung sama ada dalam talian atau di luar dan mengambil kesempatan yang semampunya untuk menghadiri ke kelasnya.

Jelas sekali bahawa ia adalah tuduhan dusta. Marilah kita bersumpah laknat kalau berani menanggung tuduhan itu di akhirat kelak. Sejujurnyaܦ saya tidak pernah sama sekali mengajak sesiapa untuk bersumpah laknat meskipun dari musuh saya. Ia sebenarnya tanggungan yang berat baik di pihak saya atau di pihak lawan.

Namunߨ tuduhan untuk menggalakkan memantapkan ilmu melalui pembacaan selalu sahaja dilemparkan secara sembarangan sebagai orang yang tidak menghargai pembelajaran secara berguru dan lain-lain seumpamanya. Oleh sebab ada orang sengaja memburukkan orang lain dengan tuduhan jahat lagi rambang sebeginiߨ mereka ini sewajarnya diajarkan secukup-cukupnya.

Ada beberapa sebab saya tidak mencadangkan nama-nama guru yang memiliki penguasaan dalam ilmu tersebut dan mengajarkannya. Pertamaߨ walaupun saya kenal beberapa guru yang terbaik untuk bidang tersebutޱ sebahagian mereka tidak membuat rakaman video pengajiannya sama ada sengaja atau sememangnya tidak berkemampuanߨ sudah tentu lagi tidak akan berpeluang untuk mendapat video pengajiannya dalam kuliahnya dalam laman maya supaya boleh dipelajari setiap orang.

Malahߨ bukan semua rakamannya adalah pengajian yang berkaitan dengan ilmu yang dihajatkan. Lagipunߨ kalau pun saya mencadangkan untuk menonton video pengajianޱ ini pun akan disindir oleh si jadong yang tidak mengerti menghargai kontribusi ilmu.

Kemudianߨ kalau pun adanya guru yang sesuaiޱ kadangkala ajal telah menjemput guru tersebut. Makaߨ penulisan saya yang mencadangkan guru untuk dipelajari menjadi tidak relevan lagi dan tidak mampu membantu lagi. Sebab itulah saya lebih menekankan penamaan karya kerana ini adalah sesuatu yang akan kekal relevan dengan izin Allah dan sekurang-kurangnya ia mampu digapai meskipun penulis karya tersebut telah pun lama meninggalkan dunia.

Saya akan mencadangkan guru yang masih hidup lagi berdekatan kepada para penanya di luar penulisan rasmi saya. Jika dalam penulisan yang rasmiޱ maka saya tidak melakukannya melainkan jika kuliahnya atau pengajarannya direkod dalam laman yang boleh diakses semua orang.

Keduaߨ bukan semua orang berkesempatan untuk duduk bersimpuh dalam mengaji secara berhadapan. Faktor jarak sudah menjadi penyukar dalam menyampaikan hajatnya. Faktor masa dan faktor pekerjaan juga adalah punca yang menghalang untuk mendapatkan pengajian secara sempurna atau baik secara minimum.

Kadangkalaܦ si jadong ini dengan mudahnya berkata: "Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih". Seolah-olah dia tidak memerhati latar belakang setiap orang dan menyamakan setiap orang sebenarnya mempunyai kelapangan dan peluang sama seperti mereka.

Bagaimana jika pengajiannya adalah waktu pagi di hari Khamisߨ tetapi dia perlu bekerja untuk menyara hidupnya dan keluarganya? Mereka suruh ingin berulang-alik di tempat yang jauhߨ sedangkan kos minyak adalah mahal dan hidupya tidak ubah seperti kais pagi makan pagiܦ kais petang makan petang. Sang jadong ini sudah tidak ada rasa simpati sampai bersikap sebegini? Ini adalah retorik burung murai yang tidak melihat kepada bumi yang dipijak.

Oleh sebab bukan semua orang mempunyai peluang yang samaߨ maka yang mampu menghubungkan mereka dengan ilmu ini adalah bahan pembacaan supaya mereka serba sedikit mampu mendalami ilmu ini dan meningkatkan diri dengan penguasaan ilmu serta merapatkan jurang kepada kemahiran ilmu. Si jadong buat apa untuk membantu mereka ini? Hanya tahu mempersenda orang lain yang menguasai ilmu melalui pembacaan. Itu sahaja yang mereka mampu buat.

Malahߨ saya melihat saudara Solah Abdul Aziz atau nama saluran Youtube untuknya adalah Ustaz Solah al-Jengkawi berkongsi terima kasih dari penontonnya yang mengikuti kuliahnya dan dia berbesar hati dengan respons sedemikian. Kalaupun kita membenci orang yang mengambil ilmu daripada pembelajaran kendiriޱ di sana tetap ada orang ingin mempelajari sebegitu dan merebut peluang yang ada. Baginya itulah kesempatan yang dia ada dan peluang yang boleh dia manfaatkan.

Pada saya sememangnya ada orang mengizinkan ilmunya diambil melalui Youtube atau mungkin dari pembacaannya seperti Solah Abdul Aziz. Malahߨ Solah Abdul Aziz juga menyatakan bahawa dia mengizinkan kuliahnya didengari ketika dalam perjalanan balik ke kampung, menjaga anak ketika isteri membeli belah dan dalam apa jua situasi pun sama ada berdiri, duduk dan terlentang. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2902336763400077&id=100008713459406].

Solah Abdul Aziz sangat tidak kedekut untuk menyampaikan ilmu dan menyebarkannya untuk tontonan umum bagi yang ingin mempelajarinya secara kendiri. Mengapa kita ingin menjadi penyempit rahmat yang telah diluaskan Allah, membebankan orang yang kesibukan bekerja sebagai contoh untuk sesuatu yang di luar kemampuannya dengan memomokkan sesuatu yang tidak patut dilakukan sebegitu sama sekali dan hanya tahu mengecam orang sahaja?

Kadangkalaܦ para pencemuh ini tidaklah sebagus Solah Abdul Aziz pun. Beza antara dia dengan pencemuh ini bagai gunung dengan satu habuk. Bahkanߨ sebahagian mereka ini dari kalangan yang jahil dalam bahasa Arabߨ tetapi mahu menjadi wira kepada masyarakat dalam isu agama. Yang lebih teruk lagi mereka ini adakalanya berlapik dengan kesantunan yang penuh beradabߨ tetapi kebuasan di jiwanya jauh lebih teruk daripada yang suka memaki dan mencarut secara terang-terangan.

Ketigaߨ sementara tidak ada guru yang mengajar di tempat dan di masa yang munasabah dengannyaܦ apa seharusnya yang mereka boleh buat? Merenung bodoh? Buat aktiviti lain yang tidak berfaedah?

Lebih baik buat apa yang patut supaya mereka juga berpeluang untuk mendalami ilmu. Tidak bolehkah sekurang-kurangnya pembacaan yang sesuai dengan keadaan mereka dicadangkan kepada mereka agar mengisi masa mereka dengan santapan minda yang berguna untuk masa hadapannya?

Keempatߨ bukan semua buku ditulis untuk menyesatkan orang secara sengaja atau tiada kesungguhan untuk membantu para pembaca dari segenap lapisan untuk faham dengan sebetulnya. Sanggupkah kita buat tuduhan ini kepada para penulisnya secara melulu? Mahu menanggung tuduhan ini di akhirat kelak? 

Para penulis juga ikhlas kerana Allah untuk memberikan kefahaman dan membantu para pembacanya supaya mendapat faedah. Ada buku yang sememangnya untuk para pemula. Makaߨ layaklah buku tersebut diketengahkan untuk para pemula. Dan seterusnya.

Apa pula si jadong ini buat untuk membantu mereka ini supaya mereka boleh juga mendapat pelajaran ilmu alat? Mereka ini tidak pernah berfikir pun cara untuk menggalakkan orang kepada ilmu dalam situasi individu yang terhad peluangnya. Hanya tahu memperlekeh orang yang tidak sependapat.

Kelimaߨ untuk pengetahuan Amad bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dalam «al-Bar al-Amīq Fī Marwiyyāt Ibn a-iddīq» sendiri menyatakan bahawa dia menguasai ilmu hadis sehingga ke tahap huffaz kebesaran tanpa bertalaqqi dengan sesiapa pun. Malahߨ adiknya; Abdullah al-Ġumāriyy dalam «Sabīl at-Tawfīq Fī Tarjamaẗ Abdillah Ibn a-iddīq» menguasai ilmu balaghah tanpa bertalaqqi dengan sesiapa pun.

Ini menunjukkan bahawa pembelajaran kendiri atau pembacaan yang luas juga boleh membantu seseorang untuk mencapai penguasaan yang diimpikan. Makaߨ janganlah sama sekali meremehkan pembacaan dan pembelajaran kendiri.

Saya sedar usaha saya ini mungkin kecilߨ tetapi saya berharap sekurang-kurangnya menjadi panduan yang berguna. Malahߨ ini juga peluang untuk si jadong menambahkan dan memantapkan ilmu yang diperlukan. Namunߨ apa yang mereka buat? Menyia-siakan tawaran yang baik agar mereka juga sampai kepada penguasaan ilmu alat walaupun sedikit.

Saya tidak ada masalah jika seseorang tidak mahu mengambil peduli apa yang saya bentangkan. Namunߨ sungguh rugi jika sedar diri itu penuh dengan kebodohanߨ lebih-lebih lagi tahu bahawa tidak ada kemampuan bahasa Arabߨ kemudian masih lagi ke sana ke sini mahu melagak menjadi pahlawan.

Mereka sedar bahawa mereka tidak mahir dalam bahasa Arabߨ malah pengetahuan kandungan yang ada dalam uṣūl fiqh dan ilmu hadis hanya sekadar suam-suam kuku sahaja. Kesungguhan untuk menekuni pun selalu sahaja hangat-hangat tahi ayam atau sekadar mengikut trendi semasa.

Malahߨ dengan mempersendakan orang yang belajar tanpa guru hanya sekadar bergantung kepada pembacaan dapat menjadi indikasi bahawa mereka ini sebenarnya kurang pembacaan untuk mencukupkan bekalan ilmu dalam dada mereka. Bagaimana orang ini sekurang-kurangnya diyakini mampu menghasilkan pandangan yang berasaskan ilmiah secara mapan?

Orang yang memperlekeh pemahaman melalui pembacaan ini sama ada sememangnya tidak cukup rujukan yang diperlukan dalam menghadapi perbahasan ilmiah atau sebenarnya menjilat ludahnya sendiri. Maksudnya adalah dia sendiri sebenarnya membaca artikel, karya atau buku yang mempertahankan pandangannya atau perkongsian di alamn sosialߨ tetapi dia juga tidak segan silu mempersenda orang yang mengambil kemahiran melalui buku.

Semamangnya hipokrit. Dia membanyakkan pembacaan serta mengambil kefahaman daripada penulisan itu adalah bolehߨ tetapi orang lain tidak boleh disebabkan berbeza aliran.

Mereka ini jahat kerana mereka ini langsung tidak mengendahkan adab dalam diskusi dengan mempersiapkan diri dengan bekalan ilmu yang secukupnya. Mereka juga suka memperlekeh kemampuan orang lain hanya kerana pemahaman berdasarkan pembacaan.

Sesiapa pun yang berdiskusi dengannya pasti akan tahu bahawa mereka ini tidak ada kecelikan dalam ilmu yang diperlukanߨ tetapi masih lagi berdegil dan keras penentangannya. Tidak ada faedah ilmu walau sedikit pun jika dia dibawa ke meja perbincangan.

Mereka ini bodoh kerana tidak memiliki bekalan ilmu yang secukupnya. Punca kebodohan kerana keegoan mereka sendiri. Musuh dia sendiri sudah beri bekalan, panduan dan pembuka jalan untuk pemantapanߨ tetapi dia sendiri menyia-nyiakan peluang itu. Mahu juga kekal dalam kebodohan hanya kerana ia datang daripada aliran yang berlainan.

Mereka ini sombong kerana sudah tahu mereka ini jahilߨ tetapi masih lagi melagak pandai untuk melawan dan membantah. Menuduh orang lain memandai-mandaiߨ tetapi mereka lebih teruk daripada yang dituduh. Mereka sedar betapa bodohnya diri merekaߨ tetapi itu pun tidak mahu berusaha lagi untuk memperbaiki kekurangan mereka setelah diberi peluang. Ini bodoh yang tidak boleh diajar lagi.

Kesemua ciri dalam perkataan jadong telah terkumpul. Ciri-ciri mereka ini yang paling senang dikenali adalah suka bermain kad ₍Argumentum Ad Verecundiam₎, ₍Ad Hominem₎ dan kesan Kontras. Sepanjang pertemuan saya dengan sang jadongܦ tiga kad utama inilah yang selalu menjadi perisai untuk menutup pekung sang jadong dan modal untuk menjatuhkan lawannya. Mereka memang dari awal lagi tidak ada asas ilmuߨ lantas bagaimana mungkin mereka akan bertindak dan berbincang dengan ilmu?

Ini baru salah satu dari siri yang banyak saya hadapi bersama sang jadong ini. Antara isu yang saya bertelingkah dan berkonflik dengan mereka ini adalah isu fiqh yang berkaitan dengan seksual. Saya akui bahawa pandangan saya kontroversi dan sememangnya mencetuskan bahang yang menggelegak apabila ia diwacanakan kepada umum.

Namunߨ sesiapa yang membaca dengan saksama ada sebahagiannya yang didasari dari pandangan ulama sebelumnya dan kesemua daripadanyaޱ saya membentangkan hujah saya. Saya tidak bercakap kosong dalam hal ini. 

Malahߨ penghujahan saya adalah sepertimana yang menjadi ketetapan para ulama uṣūl dan ahli hadis. Kalaupun liberal membaca penulisan sayaޱ pasti akan mendapati bahawa saya berhujah sama seperti cara fundamentalisme, konservatif, ortodoks dan tradisionalis.

Apabila saya mengatakan tentang perbezaan aurat di skrin digital dan aurat yang yang pada anggotaޱ saya diherdik dan dicemuh dengan pelbagai respons yang busuk dan kata-kata yang tidak elok. Padahalߨ saya mengkehedapankan pandangan fuqaha mazhab dan mempertahankannya dengan hujah. Akan tetapiߨ sang jadong ini tidak cukup dengan menghina dan memburukkan saya. Bahkanߨ mereka sanggup berkata bahawa pandangan ulama ini adalah syaz!

Lihatlah perangai sebahagian orang yang mendakwa bahawa perselisihan ulama adalah rahmat dan menegaskan kewajipan kita semua untuk mengikuti para ulama. Akan tetapiߨ apabila saya mempertahankan pandangan ulamaޱ saya pula dituduh sebagai penunggang agama dan mengikut hawa nafsu. Apakah ulama yang memfatwakan sedemikian dengan hawa nafsu mereka sehingga mereka yang mengambilnya juga termasuk pengikut hawa nafsu?

Dengan ulama kebesaran pun mereka berani mempertikaikan, menolak dengan sekeras-kerasnya, mengingkari sehabis-habisnya dan menuduh ia adalah pandangan syaz. Kemudianߨ saya pula menjadi sasaran! Ulama besar dalam fiqh yang pandangannya menjadi muktamad bagi mazhab pun mereka membakulsampahkannya apabila tidak memenuhi keinginan mereka!

Bayangkan kalau saya mengkritik pandangan ilmuwan mereka dan menolaknya sehabis-habisnya. Mereka akan berkata bahawa saya bersikap biadap terhadap ulama, tidak menghormati kewibawaan mereka, melagak ahli ilmu dan mempersoalkan kedudukan saya dengan membanding-bandingkan saya dengan ulama yang saya kritik.

Akan tetapiߨ itukah yang mereka buat ketika saya mengkehedapankan padangan ulama mazhab tentang perbezaan aurat yang diserupakan dengan aurat yang hakiki yang ada pada anggota tubuh badan? Itukah yang mereka buat ketika saya mempertahankan pandangan keharusan lancap? Bahkanߨ merekalah sebenarnya biadap terhadap ulama, tidak menghormati kewibawaan mereka dan melagak ahli ilmu. Siapalah mereka jika ingin dibandingkan nama-nama yang saya sebut?

Lihat sahaja kata Nur Hidayat Muhammad yang menjadi ustaz rujukan tempatan bagi menentang wahabi ketika mengkritik tokoh ilmuwan ahli bait; Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy: "Tentu sahaja kami bukan taraf a-onāniyy dalam ilmu dan amal. Akan tetapiߨ dakwaan beliau yang ghuluw dan telah disebar oleh salafi wahabi perlu kami jawab melalui kalam-kalam ulama Ahl as-Sunnaẗ Wa al-Jamāa agar tidak mengelirukan kaum awam dan membuka pintu takfir di kalangan masyarakat awam. Atau paling tidakߨ dengan munculnya jawapan buku ini kaum awam boleh tahu bahawa bukan hanya pendapat beliau sahaja satu-satunya dalam masalah ini. Dan sekali lagiܦ kami hanya menukil dan menterjemah kalam ulama yang pakar untuk menjawab syubhat beliauߨ bukan analisis atau pemikiran kami secara peribadi". [Jawapan Balas Terhadap Buku Pemuja Kuburm/s ixkeluaran ARG Training & Consultancy dengan sedikit penyesuaian teknikal].

Padahalߨ sebeginilah prinsip saya dalam mengkritik beberapa pandangan ulama. Namunߨ sebahagian sang dungu lagi bebal yang keras permusuhannya beranggapan bahawa kita berlaku biadap terhadap ulama, merobek kewibawaan mereka dan melagak ahli ilmu. Sang jadong dalam kalangan agamawan ini cukup bermasalah.

Apabila mereka gagal menjawab apa yang saya bentangkanޱ apa yang mereka mampu adalah mengaibkan saya di hadapan orang ramai dengan bermain isu erotisisme pada saya. Itulah yang terus dimainkan sehingga penghujahan saya dinyahkreditkan dan seakan-akan tidak berharga sekalipun ada pandangan ulama mengenainya.

Yang menghairankan adalah sang jadong ini adalah dari kalangan yang menampilkan akhlak yang murni dan adab yang tiada siapa mempersoalkan kebaikannya. Namunߨ jiwa serigalanya jauh lebih buas dari rata-rata perusuh yang suka memaki dan menghambur kata-kata kesat. Mereka ini kononnya mahu berbincang dengan baikߨ tetapi kepala batunya jauh lebih keras daripada samseng yang liar perilakunya.

Pengingkarannya terhadap hujah dan sikap bencinya terhadap perbincangan ilmiah jauh lebih teruk daripada sang bengis yang gemar merusuh terhadap orang lain. Adakalanyaߨ apabila mereka ini tahu tentang erotisismeޱ itulah isu yang dimainkan dan sama-sama menjajanya kepada orang ramai demi mengaibkan saya.

Saya berharap mereka yang suka mengaibkan saya demi mengenepikan hujah saya agar mereka juga diaibkan sama seperti mereka lakukan kepada saya. Saya mahu mereka sedar bahawa cara ini sangat teruk dalam perbincangan ilmiah.

Yang sangat mengharainkan adalah golongan yang berlagak beradab ini membiarkan para pencemuh saya dengan kata-kata yang kesat yang mampu membuatkan orang sekeliling ketawa dan seterunya boleh tersakiti yang mana kalau kata-kata itu boleh membunuhnyaޱ mereka sanggup melakukannya. Namunߨ saya pula menjadi sasaran atas kegelinciran akhlak di matanya walaupun saya berbahas dengan penuh santun.

Saya bukanlah yang terbaik dan saya bukanlah sempurna. Saya juga ada kekurangan, ketempangan, keaiban, kegelinciran dan kesilapan. Saya memohon maaf jika saya bertindak di luar dari akhlak yang sepatutnya. Akan tetapiߨ penulisan saya telah menampilkan yang sebaiknya dengan apa yang diperlukan dalam penghujahan secara ilmiah.

Mereka yang jadong ini yang suka menggembar-gembarkan tentang akhlakߨ maka di mana akhlak mereka dalam perbahasan ilmiah? Yang saya selalu terima adalah cercaan atau omongan kosong atau doa dari pelagak akhlak yang terselindung sindirannya dengan kata-kata: "Semoga Allah memberikan kamu hidayah" yang mana ia adalah tuduhan bahawa saya adalah sesat secara tidak langsung.

Mereka ini ingin dihormatiߨ tetapi mereka berbuat apa yang tidak selayaknya. Saya minta mereka hujah balasߨ tetapi yang saya dapat adalah sebaliknyaߨ bahkan yang berupa kenistaan dan najis. Apabila saya bersikap kasar terhadap merekaޱ tiba-tiba saya dipersoalkan tentang akhlak saya. Alangkah menghairankan sang jadong ini.

Seterusnyaߨ antara sikap sang jadong adalah mereka suka buat-buat tidak faham atau sengaja berbantahan pada subjek, topik, isi, poin atau isu yang sedang diketengahkan, diwacanakan, dibincangkan, dibahaskan, difokuskan dan dipertikaikan. 

Ia mengingatkan saya kepada salah seorang jawatankuasa fatwa dari negeri Kedah yang berkata ketika berbicara tentang kempen pilihan raya: "Saya mengharapkan agar hudud dan qisas atau idealisme Islam yang bersifat teoritikal tidak lagi menjadi bahan kempen politik. Mohon perjuangkan isu-isu yang praktikal dan menyangkut keperluan rakyat yang semakin kritikal. Begitu juga isu perkauman, Islam terancam dan diskriminasi bangsa selain Melayu sudah kurang releven".

Saya melihat beberapa komen yang entah sememangnya kebingungan yang natural atau kurang akalnya atau buat-buat tidak faham. Antaranya adalah seseorang berkata: "Kalaulah kerajaan yang tertubuh cukup menyediakan makan, minum, ekonomi dan keperluan untuk rakyatޱ adakah aspek spiritual agama patut ditinggalkan?". 

Entah soalan ini sememangnya benar-benar kebingungan yang natural atau buat-buat tidak faham. Adakah patut seseorang daripada jawatankuasa fatwa yang memiliki autoriti dalam bidang agama berbicara untuk meninggalkan spritual agama? Apa yang ada di fikirannya ketika membaca penulisan dari seorang autoriti dalam agama? Spiritual apa yang difahami daripada penanya ini?

Malahߨ banyak juga komentar yang negatif yang menuduh ahli jawatankuasa ini sebagai orang yang tidak mementingkan perlaksanaan syariat hudud dan tidak sensitif dengan keterancaman umat Islam di tanah air. Padahalߨ fokus daripada penyampaiannya adalah setiap politikus yang berkempen perlu mengutamakan dan mementingkan isu yang lebih realistik dan yang lebih patut diberikan keutamaan seperti kos sara hidup dan perbaikian ekonomi serta berhenti daripada bermain sentimen bangsa dan.

Tidak ada rata-rata mereka yang memegang jawatankuasa fatwa tergamak untuk mengatakan bahawa hukuman hudud adalah tidak penting, usaha pemerkasaan mahkamah syariah adalah perkara yang boleh dipinggirkan dan isu yang berkaitan dengan status yang getir pada kedudukan umat Islam sekarang adalah yang remeh.

Entah apa yang ada di pemikiran si jadong ini tentang konsep negara islamik. Yang hanya dia mampu fikir adalah potong tangan pencuri, sebat penzina, memburu khalwat dan lain-lain berbentuk hukuman. Mereka ini tidak ubah seperti psikopat yang hanya tahu menyelesaikan masalah dengan violen.

Apa guna berbangga-bangga dapat memotong tangan pencuriߨ tetapi indeks rasuah adalah yang tertinggi, air yang kotor dari paip masih tidak mampu diselesaikan dalam satu negeri, negara yang rendah pendapatan per kapita, makanan ruji masih mengharapkan import secara banyak, harga makanan ruji tempatan tidak dapat dikawalߨ khususnya disebabkan ada kartel pemanipulasi yang berkuasa di balik tabir, pembaziran makanan menyisakan ribuan tan sehari dan pelbagai lagi?

Apa yang dibanggakan dengan menyebat penzina kalau perkahwinan pun mereka sendiri akui sukar untuk merealisasikannyaߨ bahkan penceraian pun sukar untuk diselesaikan dalam mahkamah? Mereka ini ingin mengulangiߨ bahkan meneruskan apa yang terjadi pada zaman Muḥammad al-Ġozzāliyy yang mana dia berkata :

وقد استقرت هذه التقاليد الجائرة في أرض الإسلام شرقا وغربا فجعلت الشباب لا يستطيع الحلال إلا بشق الأنفس. ولذلك عندما يذهب هؤلاء الشبان إلى أوروبا يتحولون إلى ذئاب مسعورة وراء الشهوة الميسرة وما دام باب الحلال قد أحكم رتاجه فقد تهمد إلى الحرام ألف طريق!

"Telah berlarutan tradisi-tradisi ini di bumi Islam sama ada di timur dan di baratߨ lalu ia menyebabkan para pemuda tidak mampu untuk memperoleh yang halal kecuali melalui kepayahan. Sebab itulah ketikamana para pemuda pergi ke Eropahܦ mereka berubah menjadi serigala kelaparan di balik keinginan-keinginan yang dimudahkan. Selagimana pintu halal terkunci rapat pintunyaܦ maka menjadi mudah kepada seribu jalan yang haram!". [Turōṯsnā al-Islāmiyy Fi Mīzān aš-Sar Wa al-Aqlm/s 6667keluaran Dār asy-Syurūq].

Tidak malukah ingin menampilkan negara islamik dengan skor yang tercorot dalam negara yang paling bahagia, dapatan kajian saintifik perlu bertaklid, menagih dan mengemis daripada orang yang mereka selalu memanggilnya dengan perlecehan؛ iaitu kafir, ketinggalan dalam ketenteraan, institusi pendidikan yang tidak dapat dibanggakan, negara lebih banyak menjadi pengguna berbanding pengeluar, kesiapsiagaan bencana adalah lembab, pengurusan pemulihan bencana juga tidak proaktif serta banyak lagi? 

Sehingga apabila disebutkan jenama produk, sistem pendidikan dan status negara secara keseluruhan yang diangkat sebagai islamikޱ tidak banyak yang dibanggakan. Apa yang boleh ditawarkan dari negara yang kononnya islamik di sisi sang jadong ini kepada dunia dalam membina negara yang makmur, progresif dan berprestij adalah potong tangan pencuri dan sebat penzina. 

Apakah semua yang disebutkan tadi bukan perjuangan dalam agama? Apakah semua itu tidak ada nilai spiritual untuk diberikan penyorotan? Adakah disebabkan tidak disebutkan dalam Quran dan hadisߨ lalu aspek ini diabaikan dan dianggap remeh?

Inilah isu praktikal dan realistik yang patut difokuskan. Tanpa melupakan apa yang termaktub dalam skriptur atau isu kedudukan umat Islam yang di dalam tekananܦ kemakmuran rakyat dan usaha untuk memperkasakan skor yang hebat dalam ekonomi, sosial dan lain-lain juga patut diberikan keutamaan supaya apabila disebutkan jenama produk atau sistem pendidikan atau pencapaian negara muslimޱ kebanggaan yang boleh dijulang setara dan bersaing dengan negara Eropah. 

Tidak ada guna merayakan kejayaan melaksanakan potong tangan kalau sistem pendidikan masih melesukan dan dipandang rendah, makanan ruji masih perlu diimport secara kebanyakan, harga makanan tidak dapat dikawal serta pelbagai lagi lagi indeks yang sepatutnya dicapai berada di tangga yang corot.

Tidak ada guna berkata soal ketuanan muslim kalau ekonomi masih ketinggalan dan tidak mampu bersaing dengan bangsa lain. Apabila sudah memegang tampuk kerajaan punޱ ia masih lagi tidak menyelesaikan jurang ini. Apakah puncanya? Salah fokus perjuangan? Kepimpinan yang lemah? Kurang kepakaran dalam parti politik?  

Sekali lagiܦ sang jadong sememangnya simplistik, dungu, bebal dan sempit. Sebab itulah perspektif politik dalam Islam mereka sangat sempit. Apa yang mereka tahu adalah pembahagian undang-undang Islam dan undang-undang kafir atau piagam Islam dan perlembagaan kafir atau ekonomi Islam dan ekonomi kafir atau kalendar Islam atau kalendar kafir atau sebegitulah seterusnya. Tidak hairanlah ada orang ini seolah-olah mempersoalkan ahli jawatankuasa fatwa terhadap kepedulian spiritual dalam kemakmuran negara.

Adakalanyaܦ mereka lebih suka memberikan pil pelega dengan kata-kata: "Negara Barat maju dari segi materialߨ tetapi mundur dari segi moral dan spiritual" sambil melupakan bahawa negaranya ketinggalan dalam banyak aspek serta tercorot dalam skor dan indeks dalam pelbagai bahagian dan kategori yang positif berbanding negara Barat. 

Wahai sang jadong! Adakah negara yang kamu dakwa bagus dalam spiritual dapat menghasilkan cip semikondukter sendiri? Pembinaan bangunan dan infrastruktur pun masih mengharap kemahiran, kelengkapan dan teknologi daripada luar. Bahkanߨ dalam menandatangani perjanjian perdamaian bersama sang kafir pun kamu menggunakan pen yang diperbuat daripada pengeluar kafir. Untuk menghasilkan filem islamik, menyampaikan mesej Islam dan memanfaatkan penggunaan media di internet pun masih menggunakan kamera, komputer, perisian yang diperbuat daripada syarikat kafir!

Mengapa negara yang didakwa spiritualnya lebih bagus daripada negara kafir tidak mampu membangunkan kemudahan materialistik dan independen dalam pengeluaran tanpa perlu mengemis daripada orang lain? Di manakah kelompongannya? Atau kamu berkata sedemikian demi menutup keegoan kamu dalam mengiktiraf ignoran kamu dan kelemahan kamu?

Apabila kita menyuarakan isu yang lebih patut diberikan perhatianޱ mereka buat-buat tidak faham dan menyelewengkan apa yang kita tidak berkata dan tidak berpendirian padanya. Sememangnya sang jadong tidak cukup dengan bodohߨ ditambah lagi dengan jahat.

Begitu juga sikap sang jadong yang alergik, pekat sensitifnya dan cepat tersentap apabila ada unsur-unsur dari lawannya dibawa masuk sama ada dari sudut pengistilahan, perbincangan, nukilan atau seumpamanya sekalipun ia sudah ada dalam tradisi keilmuan mereka. Bagi mereka tidak ada nilai pun dari pihak berlainan melainkan sampah yang tidak perlu diambil berat.

Kita lihat contoh apabila Ahmad Faiz Hafizuddin atau dikenali dengan PU Faiz yang menyuarakan sebahagian ilmuwan aswajaean membangkitkan secara negatif terhadap pengistilah ₍Fiqh al-Muwāṭonaẗ₎; fiqh kenegaraan atas tanggapan bahawa ia adalah daripada wahabi atau beberapa politikus yang dibenci mereka. Lantasߨ dia menyatakan bahawa penggunaan istilah ini sudah digunakan oleh dari tokoh mereka sendiri seperti Ibn Bayyaẗ dan Aliyy Juma. [Rujuk  https://www.facebook.com/assayyidfaez.alaydrus/posts/pfbid0NTK7x6tJHDULcKgAAm2a3KJiJ4VsWSbzdquwuX15xqkRBwcSbsNWkuCky31gj6Cil].

Tidak perlu dihairankan perkara ini berlaku kerana mereka ini menjadi kolot disebabkan kebodohan mereka, jahat kerana melampau-lampau dalam kebencian dan sombong kerana gemar meremehkan orang yang di pihak berlainan dengan mereka.

Ini antara wajah sang jadong yang saya telah berinteraksi dengannya. Ini baru sedikit daripada apa yang tercoret di sini. Jadong ini tidak mengira sama ada orang memiliki latar belakang pengajian yang tinggi atau orang yang biasa-biasa sahaja. Bahkanߨ tidak mengira sama ada salafi, aswajaean atau selainnya. Mereka ini ada di mana-mana sahaja dan sesiapa sahaja yang merentas aliran dan taraf pendidikan.

Semoga Allah menghancurleburkan mereka ini dan mempamerkan kebodohannya di mata masyarakat agar orang yang berakal mengambil pelajaran.

No comments:

Post a Comment