Thursday, November 5, 2020

Diari Diri : Nasihat, Tips Dan Panduan Untuk Belajar Bahasa Arab Bagi Pemula

Bahasa Arab sememangnya ilmu alat yang paling asas bagi seseorang menuju kepada kefaqihan dan kemantapan dalam ilmu agama. Sesiapa yang mempelajari bahasa Arabޱ ia akan menjadi seperti magnet yang menarik banyak ilmu yang lain dan meluaskan akses kepada pembacaan yang lebih kritis dan mendalam dengan izin Allah. Ilmu nahu dan sorof benar-benar sepertimana ibu bapa yang melahirkan anak؛ iaitu kedua-dua ini akan melahirkan ilmu yang baru dengan izin Allah.

Mungkin mereka yang tidak tahu walau asas untuk bahasa Arab dalam keadaan terkial-kial kebingungan dalam mencari wahana pembelajaran yang sesuai untuk dirinya supaya dia mampu mencapai hajat yang didambakan. Saya faham situasi ini kerana saya sendiri pernah mengalami situasi iniߨ malah sesiapa pun yang lain juga berhadapan yang sama.

Oleh sebab saya juga tidak mahu orang lain mengalami nasib yang sama dan membantu mereka untuk menyampaikan kepada hajat yang diimpikanߨ maka di sini saya paparkan tips, nasihat dan panduan untuk mereka.

Tips yang saya cadangkan ini kebanyakan adalah inspirasi daripada ustaz Rusdi Alias; guru bahasa Arab saya. Melalui pengajarannyaܦ dengan izin Allah dan segala puji bagi Allah saya sampai kepada peringkat yang boleh untuk seseorang berpuas hati dan tidak mengeluh terhadap kekurangannya. Semoga Allah memberkati usahanya dalam memartabatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat kita.

Saya mengambil inspirasi daripadanya kerana dia telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam pengajaran bahasa Arab. Malahߨ ramai murid didikannya mampu membaca kitab Arab tanpa baris meskipun tiada latar belakang pengajian agama secara khusus atau pernah menjejakkan kaki ke tanah Arab. Saya antara salah seorang hasil didikannya. Segala puji bagi Allah dan semoga Allah membalas jasanya dengan kebaikan yang tidak terhitung.

Jika sesiapa yang mengikut kelasnya yang peringkat tinggi؛ iaitu membaca kitab Arab tanpa barisޱ rata-ratanya bukan dari kalangan yang muda. Namunߨ mereka yang berwarga emas. Sesiapa pun tidak akan sangka bahawa golongan ini mampu mengiᶜrab dengan baik, memahami teks Arab dengan betul dan lain-lain sedangkan mereka ini tidak ada latar belakang pengajian agama secara khusus.

Sebab itulah saya akan cadangkan sesiapa yang ingin pelajari bahasa Arabޱ maka tadahlah ilmu daripadanya. Kemudahan silibus dan penyusunan topik sememangnya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Siapa yang mampu menyangka bahawa seseorang boleh menguasai bahasa Arab selama 10 hari? Itulah yang saya peroleh dengan izin Allah.

YaSaya berjaya menguasai bahasa Arab selama 10 hari sahaja setelah mengikuti kursus insentif di bawah pengelolaannya dengan izin Allah. Kemudianߨ penguasaan saya memperoleh kemantapan setelah berkecimpung lama dalam kelasnya. Sememangnya ini memang kegilaan yang tidak mampu terbantah kehebatannya. Semoga Allah sentiasa mengalirkan rahmat-Nya agar dia sentiasa terus istiqamah dalam pendidikan ilmu bahasa Arab.

Bagi yang tidak ada akses untuk belajar daripadanya di sini saya akan paparkan tips, nasihat dan panduan untuk mereka yang mudah-mudahan mencapai tahap penguasaannya sepertimana yang diperlukan. Sebahagiannya daripada inspirasi ustaz Rusdi Alias dan sebahagiannya adalah daripada pengalaman saya sendiri.

Untuk ilmu sorof؛ iaitu ilmu perubahan perkataan seperti ₍al-Fil Māḍī₎, al-Fil al-Muḍōri, al-Fil Muḍōri Marfū, al-Fil al-Muḍōri Manṣūb, al-Fil Muḍōri Majzūm, al-Madar, Fil al-Amr, al-Fil al-Māḍī Malūm, al-Fiil al-Muḍōri al-Malūm, al-Fil al-Māḍi al-Majhūl, al-Fil al-Muḍōri Majhūl, Ism al-Fāīl, Ism al-Mafūl, Ism al-Makān, Ism az-Zamān, a-ifa al-Mušabbahaẗ₎, al-Fil a-ulāṯiyy al-Mujarrod, al-Fil a-ulāṯiyy al-Mazīd, al-Fiīl ar-Rubāīiyy al-Mujarrod dan lain-lain sebenarnya tidak perlu pembelajaran secara formal dan cukup merajinkan diri untuk menghafal berulang kali dengan kalimah yang berbeza-beza sebanyak 200 kali atau 300 kali atau lebih.

Kemudianߨ wazan yang wajib dihafal adalah ₍Afala (أَفْعَلَ), ₍Fāla (فَاعَلَ), ₍Faᓫᓫala (فَعَّلَ), ₍Infala (انْفَعَلَ), ₍Iftaala (افْتَعَلَ), ₍Ifalla (افْعَلَّ), ₍Tafaᓫᓫla (تَفَعَّلَ), ₍Tafāla (تَفَاعَلَ), ₍Istafala (اسْتَفْعَلَ), ₍Falala (فَعْلَلَ) dan ₍Ifalalla (افْعَلَلَّ) dalam kategori ₍aṣ-Ṣoḥīḥ₎, ₍al-Muḍōaf, al-Miṯāl, al-Ajwaf, an-Nāqiṣ₎, al-Lafīf dan al-Multawī₎ kerana semua ini adalah wazan yang sentiasa digunakan. Yang selebihnya adalah jarang digunakan dan saya tidak bercadang untuk menghafalnya.

Apapunߨ ilmu ini sebenarnya tidak memerlukan penggunaan kemahiran berfikir secara signifikan. Cukup bergantung kepada hafalan dan cukup tiru bulat-bulat mengikut templat (wazan) bagi sesuatu perkataan. Buku yang saya cadangkan untuk menjadi rujukan dan panduan sepanjang jalan adalah «Kitab at-Taṣrīf» susunan Ḥasan bin Aḥmad. Ia adalah buku sorof dalam penulisan jawi daripada Indonesia.

Mungkin ada yang keberatan apabila mendengar seseorang perlu pengulangan sebanyak 200 kali atau 300 kali atau lebih. Namunߨ saya katakan bahawa inilah yang berjaya ditempuh oleh murid didikan ustaz Rusdi Alias yang berwarga emas lagi tiada latar belakang pengajian agama!

Jika warga emas mampu melakukanޱ apakah yang muda yang sihat lagi cerdas yang mempunyai kemampuan otak yang jauh lebih bertenaga lebih, malah punyai latar belakang pengajian agama mudah lesu berbanding mereka? Justeruߨ lazimkan diri dengan hafalan. Makaߨ dengan izin Allah kelak ilmu sorof di tangan kalian.

Kemudianߨ pada ilmu nahu pula inilah ilmu kemahiran untuk mengirab. Sebab itu apabila diminta untuk irabߨ maka kemahiran ilmu diperlukan. Untuk ini pelajari dahulu 5 tanda ₍al-Ism₎; kata nama, mengetahui secara asas bahawa ₍Ḥarf al-Jarr₎ menjadikan ₍al-Ism₎ selepasnya menjadi ₍al-Majrūr₎ dengan kasrah, mengenal tanda ₍al-Muḏakkar₎ dan ₍al-Mu^annaṯ₎, mengenal ₍al-Jam al-Muakkar as-Sālim, al-Jam al-Mu^anna as-Sālim₎ dan ₍Jam at-Taksīrވ, mengenal ₍Ism aẓ-Ẓorf₎ untuk tempat dan masaވ, mengenal mengenal ₍Ism al-Mawṣūl₎, mengenal ₍Ism al-Išāroh₎, mengenal ₍aḍ-Ḍomīr al-Munfaṣil₎ dan ₍aḍ-Ḍomīr al-Muttaṣil₎ވ, mengenal ₍al-Iḍōfah₎, mengenal hukum asas ₍aṣ-Ṣifaẗ₎ dan ₍al-Mawṣūf₎ atau nama lainnya juga adalah ₍an-Naat dan al-Manūt؛ iaitu sama status ₍al-Marifah baginya, sama baris hujungnya, sama jantinanya dan sama bilangannyaވ, mengenal apa itu ₍Ism al-Marifah, mengenal al-Mubtada^ dan al-H̱obar, mengenal ₍al-Jumlah al-Ismiyyah₎ dan ₍al-Jumlah al-Filiyyahވ, mengenal ₍Ism Kāna₎ dan ₍H̱obar Kāna₎ވ, mengenal ₍Ism Inna₎ dan ₍H̱obar Inna₎ވ serta mengenal bahawa ₍al-H̱obar₎ boleh berbentuk tunggal, terdiri daripada ₍al-Mubtada^₎ atau ₍al-H̱obar₎, ₍Ism Kāna₎ dan ₍H̱obar Kāna₎ atau ₍Ism Inna₎ dan ₍H̱obar Inna₎ߨ lalu pada pembelajaran ini dari al-Mubtada^ dan al-H̱obar sehingga al-H̱obar boleh berbentuk kata al-Ism al-Mufrod; kata nama tunggal, Jam at-Taksīr, al-Jumlah Ismiyyah, al-Jumlah al-Filiyyah₎ dan seterusnyaߨ maka pastikan diperkenalkan dengan pelbagai bentuk ayat supaya mampu mengenal beza ₍al-Mubtada^₎ dan ₍al-H̱obar₎ serta lain-lain padanya. Ini sememangnya lebih elok memerlukan pembelajaran secara formal yang secara langsung supaya mudah memahaminya.

Setelah ituߨ pelajarilah tanda-tanda ₍al-Marfū, al-Manṣūb, al-Majrūr dan al-Majzūm yang berbaki dari yang disebutkan serta dalam masa yang sama perlulah mengenal al-Ism al-Mabniyy dan al-Ism al-Murob, mengenal al-Asmā^ al-H̱omsah₎, mengenal ₍al-Alif al-Maqṣūroh₎ dan ₍al-Alif al-Manqūṣoh₎ވ, mengenal ₍al-Mamnū Min a-orf, mengenal ₍Ḥarf al-Istifhām, ₍Ḥarf al-Af dan beberapa al-arf yang lain.

Setelah mahir kesemua iniܦ dipersilakan untuk membuka Quran bersama iᶜrab yang ringkas. Saya mencadangkan «Mujam Irōb Alfāẓ al-Qur^ān al-Karīm» karya Muammad Sayyd onṭōwiyy kerana ia adalah irab yang ringkas yang tidak dipeningkan dengan keterperincian. Rajinkan diri untuk menelusuri setiap ayat Quran dan perhatikan apa irabnya.

Jika ada iᶜrab yang tidak difahamiޱ maka ia akan menjadi topik baru untuk dipelajari. Dengan kata lain penulusuran ayat Quran bersama irab adalah supaya kalian membiasakan diri dengan cara mengirab bentuk-bentuk ayat, cara penyusunan perkataan dan mengenal pasti penggunaan iᶜrab yang kerap dan yang jarang ditemui.

Untuk kitab iᶜrab yang terperinci yang merangkumi keseluruhan ayat Quran saya mencadangkan «al-Jadwal Fī Irōb al-Qur^ān, Irōb al-Qur^ān Wa Bayānuh» dan «Irōb al-Mufaṣṣol Li Kitāb Allah al-Murottal».

Setelah beberapa lama berkecimpung dan mampu meneka iᶜrab bagi sesuatu ayat Quran tanpa perlu merujuk iᶜrab cuba pula praktik untuk kitab atau penulisan bahasa Arab yang berbaris. Teka setiap daripada irab padanya. Saya mencadangkan lebih baik jika ada yang mampu menyemak supaya tekaan dan analisis kita adalah betul. Jika sudah mampu mengiᶜrab dengan baikޱ maka dipersilakan untuk membaca kitab Arab tanpa baris.

Saya menjangkakan jika seseorang menghabiskan dalam masa sebulan sepenuh waktunya untuk berdedikasi dengan pembelajaran bahasa Arab iniޱ mungkin boleh capai ke peringkat ini. Dalam masa yang sama dalami beberapa bahagian aspek nahu yang lain seperti aspek a-ifaẗ₎ dan al-Mawṣūf yang lebih dalam daripada yang asas yang telah disebutkan supaya iᶜrab dan pemahaman makna dalam pembacaan boleh menjadi lebih tepat.

Kalian telah sampai kepada kemahiran seterusnya dan semoga mencapai apa yang dihajati. Untuk pemahaman ilmu nahu secara mendalam ketika mencapai pada peringkat ini saya mencadangkan «Jāmi ad-Durūs al-Arobiyyaẗ» karya Mušṭofā al-Ġolāyīniyy. Kitab ini telah dicadangkan oleh sahabat saya untuk mendalami ilmu nahu dan sememangnya ia benar-benar memberi manfaat kepada saya yang sangat banyak dalam penguasaan ilmu nahu dengan izin Allah. Semoga Allah merahmati sahabat saya dan pengarang kitab ini yang telah memberikan jasa yang besar dalam penghasilannya.

Bagi yang sukar untuk menelusuri kitab ini saya mencadangkan «Tatabahasa Bahasa Arab» karya Muhammad Fahmi Ahmad terbitan Pustaka Ilmi. Saya melihat buku ini agak menyerupai dan tampak mengambil faedah daripada kitab « Jāmi ad-Durūs al-Arobiyyaẗ».

Bagi para pemula saya sama sekali tidak mencadangkan untuk mempelajari matan al-Ājurrūmiyyah. Walaupun ia adalah kitab yang asasޱ tetapi ia adalah asas untuk orang Arabߨ bukan orang yang selain Arab. Inilah jurang perbezaannya.

Salah satu sebabnya orang yang bukan Arabߨ khususnya Melayu akan mengalami kesukaran apabila masuk dalam bab kedua؛ iaitu setelah mempelajari tanda-tanda ₍al-Ism₎؛ iaitu tanda-tanda ₍al-Marfū, al-Manṣūb, al-Majrūr dan al-Majzūm. Misalnya adalah tanda-tanda al-Majrūr adalah dengan kasrah, huruf al-Yā^ dan fathah. Orang Arab telah pun maklum penggunaan al-Muannā₎ boleh dengan al-Alif dan al-Yā^ߨ sedangkan bahasa Melayu sama sekali tidak ada seperti itu.

Jika tidak memperkenalkan terlebih dahulu apa itu ₍al-Muṯanna₎ dan jamakޱ bab kedua sudah pun menjadi beban untuk mereka. Atas sebab inilah saya tidak mencadangkan mereka untuk mempelajari kitab ini. Namunߨ mereka boleh mempelajarinya sesudah mengetahui apa yang telah saya sebutkan tadi.

Ini teguran saya kepada pengajar bahasa Arab. Saya cakna kecintaan kalian untuk menghidupkan karya-karya turats. Namunߨ kita perlu lebih bijaksana dan melihat kepada hal ehwal masyarakat dari segi kemampuan, jurang bahasa dan lain-lain. Tidak boleh kita mengajarkan karya asas untuk orang Arab kepada bukan orang Arab secara semberono.

Biarlah silibus kita untuk para pemula tidak mengikut sepertimana karya turats. Asalkan ia mampu menyampaikan kepada objektif. Apabila tercapaiޱ maka ajarkanlah karya turats semahu kalian. Tidak ada guna ingin menghidupkan kecintaan karya turats jika cara kita hanya memberikan kekaburan dan kekeliruan untuk memahaminya. Jika dakwah perlu difahami realiti masyarakatޱ maka pengajaran pun sama.

Kemudianߨ pada pelajaran tentang nombor, warna, nama-nama haiwan dan lain-lain sepertimana silibus kamus bergambar ini sekadar sampingan sahajaߨ bukan yang asal. Ini kerana ia bukanlah alat yang utama untuk menyampaikan kemahiran dalam bahasa Arab. Yang menyampaikannya adalah penguasaan ilmu nahu dan sorofߨ bukannya kosa kata.

Banyak kosa kata adalah sesuatu yang baikߨ tetapi ia tidak begitu membantu untuk menyampaikan kepada kemahiran pembacaan atau iᶜrab atau membuat ayat jika tidak tahu nahu dan sorof. Dengan kata lain jangan terlalu beri fokus untuk membanyakkan kosa kataߨ sebaliknya berikan fokus kepada peraturan tatabahasa.

Kemudianߨ yang perlu diingatkan adalah saya sarankan untuk tidak mengikuti mana-mana kelas yang menyuruh untuk melakukan pembinaan ayat secara kendiri sebelum pembelajaran ₍al-Mubtada^₎ dan ₍al-H̱obar₎ sehinggalah kemahiran bahawa ₍al-H̱obar₎ boleh berbentuk tunggal sehingga seterusnya.

Dalam kesempatan ini saya ingin tegur kepada pengajar bahasa Arab. Salah satu sebab tidak sesuainya suruhan untuk membuat ayat sedangkan tidak tahu apa yang dikatakan ₍al-Jumlah al-Ismiyyah₎, ₍al-Jumlah al-Filiyyah sehingga seterusnya adalah bagaimana pelajar mampu membuat ayat dengan baik jika tidak tahu kaedah-kaedah bahasa untuk subjek, prediket, objek, pelaku dan lain-lain? Malahߨ bagaimana pelajar yang tidak biasa dengan penggunaan ayat-ayat Arab mampu untuk membuat ayat yang sesuai dengan penggunaan orang Arab?

Saya sangat tidak menyarankan pembelajaran sebegini. Jika mahu menyuruh pelajar untuk membina ayat sendiriޱ pastikan mereka biasa dahulu bagaimana ungkapan orang Arab dan bagaimana orang Arab menyusun perkataannya dalam satu ayat.

Kemudianߨ sangat baik juga apabila seseorang mempunyai pengetahuan kepada tatabahasa Melayu dan Inggeris. Jika saya diberikan peluang dengan izin Allah untuk mengajar bahasa Arab punޱ saya juga akan mengaitkan dengan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sama ada peraturan tatabahasanya atau bentuk ungkapan.

Saya pernah mengajarkan sebegini dengan orang yang mahir dengan tatabahasa Inggeris. Ternyata ia memudahkan kefahaman kepada tatabahasa Arab. Saya sememangnya mencadangkan bahawa adalah lebih baik untuk menjadikan tatabahasa Melayu dan Inggeris sebagai pembelajaran sampingan.

Kemudianߨ semestinya apabila mempelajari bahasaޱ seseorang itu perlu memiliki kamus. Bagi yang telah mantap dalam ilmu sorof saya mencadangkan «Kamus al-Wafi» karya A Thoha Husein al-Mujahd dan A Athollah Fathoni al-Khalil versi Indonesia kepada Arab dan Arab kepada Indonesia yang diterbitkan oleh Gema Insani.

Juga «Kamus al-Munawwir» karya A•W• Munnawir versi Arab kepada Indonesia dan Indonesia kepada Arab. Juga «Kamus al-Khalil» terbitan 2013. Bagi saya ini antara kamus Arab kepada Melayu yang komprehensif. Juga «Kamus Dewan Bahasa Arab Ke Bahasa Melayu» juga antara yang komprehensif.

Bagi yang belum mantap penguasaan bahasa Arab saya mencadangkan «Kamus At-Tullab» karya ustaz Hussain bin Unang dan «Kamus al-Khalil» terbitan 2015. Saya sama sekali tidak mencadangkan kamus terbitan Oxford Fajar. Ini kerana kamus ini tidak memaparkan maṣdar bagi perkataan dan tidak membezakan konteks perkataan sepertimana yang dilakukan oleh «Kamus al-Wafi». Malahߨ saya katakan lebih elok jauhi dari menggunakan kamus ini kecuali sekadar untuk penggunaan tertentu sahaja.

Kemudianߨ ini kamus yang paling pentingߨ tetapi tidak pernah dicadangkan oleh mana-mana tenaga pengajar bahasa Arab؛ iaitu kamus bahasa huruf ₍al-Maānī₎. Kamus ini tidak ada dalam terjemahanߨ tetapi ia memberitahu makna-makna yang terkandung dalam huruf al-Maānī. saya berikan contoh.

Perkataan ₍Min₎ (مِنْ) kebiasaannya diterjemahkan kepada dari atau daripada. Namunߨ ada beberapa konteks, ia akan membawa makna kerana. Ia juga tidak membawa apa-apa makna melainkan penegasan. Dengan kata lain ia tidak perlu diterjemahkan.

Malahߨ terjemahannya bukan semestinya dari atau daripada. Kadangkalaܦ ia diterjemahkan yang berupa, yang terdiri daripada atau seumpamanya jika ia membawa makna Min Li Bayān al-Jins؛ iaitu menerangkan jenis kelompok. Malahߨ kadangkala ia menunjukkan menyebahagiankan sesuatu. Sebab itu kamus seperti ini sangat penting untuk dimiliki.

Antara yang berada di tangan saya adalah «al-Munjid Fī Ḥurūf Wa Irōbihā dan Mujam urūf al-Maānī Wa Aaruhā Fī Itilāf al-Ulamā^» karya Abdullah Rūbayn usayn. Sebenarnyaܦ ini diambil daripada «Muġnī al-Labīb» karya Ibn Hišāmߨ namun diringkaskan dan dipadatkan untuk terus melihat maknanya.

Cukup sekadar ini. Saya berharap apa yang saya sampaikan ini dapat membantu para pelajar yang ingin mendalami bahasa Arab secara sistematik dan tersusun serta dipermudahkan dalam mencapai hajatnya. Semoga ia bermanfaat dan menjadi sebab kepada limpah kurnia kepada kita semua agar sentiasa berada di jalan yang lurus lagi selamat.

No comments:

Post a Comment