Ibn Wahb berkata :
لو لا مالك بن أنس والليث بن سعد هلكت، كنت أظن أن كل ما جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم يفعل به
"Kalau bukan kerana Mālik bin Anas dan Layṯ bin Sa*d, nescaya aku binasa. Dahulu aku menyangka bahawa semua yang datang daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- perlu beramal dengannya". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baghdādiyy, jilid 14, m/s 524, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].
Abū *Abdullah Muḥammad berkata :
قال ابن عيينة: الحديث مضلة إلا للفقهاء. يريد: أن غيرهم قد يحمل شيئًا على ظاهره، وله تأويل من حديث غيره. أو دليل يخفي عليه، أو متروك أوجب تركه غير شيء مما لا يقوم به إلا من استبحر وتفقه.
Ibn *Uyaynah berkata: "Hadis itu menyesatkan kecuali pada fuqaha'". Yang dimaksudkan ialah selain mereka kadangkala berhujah sesuatu pada zahirnya, walhal padanya ada takwil daripada hadis yang lainnya atau dalil yang tersembunyi padanya atau ditinggalkan atau menetapkan peninggalannya yang bukannya sesuatu daripada yang dapat menjustifikasikan dengannya melainkan orang yang berilmu dan faqih". [Al-Jāmi* Fī as-Sunan Wa al-Adab Wa al-Maġōzī Wa at-Tārīẖ, karya Ibn Abū Zayd al-al-Qoyrowāniyy, m/s 118-119, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Muḥammad Abū al-Ajfān dan *Uṯmān Biṭṭīẖ].
Apakah sememangnya ada hadis sahih yang kita tidak beramal dengannya dan penggunaannya tidak tekal sepanjang masa serta ia mempunyai takwilan dan makna tersembunyi? Ya, ada. Namun, sebelum itu perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa yang dimaksudkan tidak dapat beramal dengannya bukan semestinya bermaksud hadis itu tidak diamalkan selama-lamanya seperti hukumnya mansuh atau mustasyibhat. Tetapi maksudnya ialah keberamalan hadis itu tidak meluas sehingga ketiadaan pengamalannya lebih dominan berbanding pengamalannya disebabkan berbeza konteks dan berbeza orang yang ditaklifkan syarak.
Maksudnya, kefungsian hadis itu masih wujud, tetapi tidak begitu meluas praktikalnya. Jika suatu konteks atau orang yang ditaklifkan syarak itu menepati kehendak pada hadis itu, maka hadis itu diamalkan. Jika tidak, maka tidak boleh mengaplikasikannya. Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang munasabah. Sifat syariat ini ialah memberi keadilan kepada penganutnya. Menyalahletakkan pengamalan hadis itu pada bukan tempatnya merupakan kezaliman sedangkan itu bukan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Tidak memakainya bukan bererti syariat itu tidak relevan atau menyalahi teks secara zahirnya bukan semestinya berpaling daripada agama ini. Selagimana seseorang berlayar di atas laluan kaedah-kaedah agama ini, maka pengamalannya adalah menepati syariah sekalipun tidak memakai lafaz teks al-Qur^ān dan hadis ataupun zahirnya menyalahi teks kedua-dua itu.
Oleh itu, pengamalan hadis perlu ditimbang melalui neraca uṣūl fiqh dan kaedah-kaedah agama ini supaya tidak berlakunya penyalahgunaan teks agama sekalipun seseorang itu berencana untuk menegakkan agama. Wajar kita mengenal beberapa hadis yang tidak dapat beramal dengannya supaya kita jelas hal ini. Hadis tersebut ialah :
Pertama : Daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- :
"أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ".
"Bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- tentang penciuman untuk berpuasa, maka baginda membenarkan. Datang kepada baginda yang lain, lantas bertanya tentangnya, maka bagida pun melarangnya. Ternyata yang baginda berikan keizinan adalah seorang lelaki tua dan yang baginda menegahnya adalah pemuda". [Sunan Abū Dāwud, kitāb aṣ-Ṣoum, no. 2042].
Sudut ketiadaan pengamalan hadis ini ialah pembezaan penciuman. Kadangkala boleh jadi seseorang yang tua tidak mampu menahan diri berbanding yang lebih muda. Atas dasar itu, hukum hadis ini tidak dapat diamalkan secara dominan melainkan jika konteks yang dimaksudkan sesuai dengan hadis ini.
Kedua : Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :
الراكب شيطان والراكبان شيطانان وثلاثة ركب
"Pengembara sendiri adalah syaitan, pengembara dua bersamaan adalah syaitan dan tiga orang adalah pengembara". [Sunan Abū Dāwud, kitab al-Jihād, no. 2243].
Sudut ketidakpengamalan hadis ini ialah berbeza suasana dan tempat. Zaman itu disebabkan sekelilingnya adalah padang pasir dan liputan perhubungan terlalu terhad, maka ini suatu perkara yang bahaya bagi pengembara seorang diri, mahupun dua orang. Apabila seseorang tercedera mahupun hilang tungangannya, maka ini suatu yang sukar bagi seorang diri jika situasinya mendesak untuk mencari bantuan perubatan dan kenderaan. Jika dua orang, kemungkinan suatu yang beban untuk membantu seorang lagi yang tertimpa musibah dan dalam masa yang sama menguruskan bahagiannya berupa penjagaan tungangannya mahupun barangannya. Jika tiga orang, maka risiko lebih berkurangan dan bantuan mudah diakses.
Berbeza dengan suasana yang sekelilingnya seperti suatu yang padat dengan penduduk, kemudahan komunikasi dengan pihak autoriti yang mampu membantu dan lain-lain kemudahan menjadikan risiko itu dikurangkan dan keselamatan lebih terbuka luas. Maka, mengembara seorang diri dapat dijamin pengurangan risikonya. Kepadatan penduduk di sekeliling dengan pembinaan lebuh raya atau banyaknya kawasan yang didiami manusia di sekitarnya mengurangkan khuatir kita untuk mendapatkan bantuan jika berlakunya kecemasan. Alat komunikasi yang moden seperti telefon membolehkan seseorang menyampaikan maklumat secara pantas ketika diperlukan walaupun sepanjang perjalanan kita di kelilingi dengan sunyi sepi dari kediaman manusia.
Sekalipun begitu, pengamalan hadis ini masih wujud jika konteks suasana, realiti dan tempat selari dengan hadis ini. Misalnya, seseorang ingin menggunakan laluan yang sunyi sedangkan dia dalam keadan berseorangan diri dan liputan komunikasi kepada pihak berautoriti yang mampu membantu adalah sukar, maka hadis ini boleh dipakai sekalipun bukan di padang pasir atau berkenderaan moden. Malah, konteks hadis ini juga terpakai untuk tiga orang walaupun teks hadis telah melayakkan pengharusan tiga orang jika ketiga-tiga orang itu berkongsi sama masalah, iaitu masalah liputan komunikasi. Dengan itu, kefungsian hadis ini masih wujud dan boleh dijadikan pengamalan atau sekurang-kurangnya sebagai peringatan supaya kita perhatikan risiko kembara kita.
Ketiga : Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-bersabda :
الوَزْنُ وَزْنُ أَهْلِ مَكَّةَ وَالْمِكْيَالُ مِكْيَالُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ
"Sukatan mengikut sukatan penduduk Madīnah dan timbangan mengikut timbangan penduduk Makkah". [An-Nasā^iyy dalam as-Sunan as-Sughrō, no. 2282].
Ini telah jelas pada zaman ini bahawa timbangan dan sukatan tidak lagi menggunakan piawaian daripada Makkah dan Madīnah. Namun, kebanyakannya diambil daripada sukatan negara di bahagian barat. Sungguhpun begitu, pengamalan ini masih tetap menepati dasar syariat dan kaedah agama kerana pada asalnya saranan untuk mengikut piawaian Makkah dan Madīnah supaya timbangan dan sukatan itu dapat dilaksanakan secara adil. Apabila ada kaedah lain mampu mencapai objektif yang sama, maka kaedah tersebut boleh digunakan.
Keempat : Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :
لَهُ فِرَاشٌ لِلرَّجُلِ ، وَفِرَاشٌ لِامْرَأَتِهِ ، وَالثَّالِثُ لِلضَّيْفِ ، وَالرَّابِعُ لِلشَّيْطَانِ
"Satu katil untuk tidur seorang lelaki, satu lagi katil untuk wanita dan katil yang satu lagi untuk tetamu. Dan katil keempat untuk syaitan". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Libās wa az-Zinah, no. 3893].
Pengamalan lafaz hadis ini bukanlah sesuatu yang mungkin kerana yang dimaksudkan di sini bukannya tidak boleh bagi satu keluarga memiliki empat katil, tetapi yang ditekankan di sini ialah pembaziran dalam memiliki kediaman. Hal ini kerana katil keempat di sini merujuk kepada katil yang dibeli tetapi tidak pernah digunakan dan tidak diperlukan untuk dimiliki di rumah. Maka, hadis ini merupakan peringatan untuk tidak membazir, bukan memiliki katil keempat itu sendiri.
Menghidupkan ilmu, memantapkan kefahaman, merevolusikan budaya, memartabatkan kebenaran dan memperkasakan gerakan.
Pages
- Home
- Senarai Koleksi Penulisan Saya Tentang Manhaj Pemikiran
- Senarai Koleksi Penulisan Saya Dalam Wacana Berkaitan Dengan Ašᶜarian
- Senarai Koleksi Penulisan Saya Dalam Merespons Isu Yang Berkaitan Dengan Sufi
- Senarai Koleksi Penulisan Saya Dalam Menyinggung Aliran Liberal Dalam Agama
- Senarai Koleksi Penulisan Dalam Membenam Syubhat Terhadap Islam
- Media Sosial
Thursday, February 20, 2020
Kaedah "Penggalakan Dan Penggerunan Bukan Memestikan Pewajiban Dan Pengharaman Melainkan Dinyatakan"
Saya menerbitkan kaedah fiqh :
التَّرْغِيبُ وَالتَّرْهِيبُ لَا يَلْزَمَانِ التَّوْجِيبَ وَالتَّحْرِيمَ لِلْحُكْمِ
"Penggalakan dan penggerunan bukan memestikan pewajiban dan pengharaman bagi hukum".
Kaedah ini diwujudkan supaya seseorang tidak menyalahgunakan atau sewenang-wenangnya menggunakan kaedah mafhūm muẖōlafah atau mafhūm muwāfaqah terhadap naṣ-naṣ at-Taġrīb dan at-Tarhīb, lalu menjadikannya sebagai dalil untuk mewajibkan sesuatu perkara atau mengharamkan hal tersebut. Misalnya dalil berikut :
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ الرَّبِيعِ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ ، قَالَا : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ سَمِعَ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ رَجُلًا . ح وحَدَّثَنَا آدَمُ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ الْهَمْدَانِيُّ ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصَى رَجُلًا ، فَقَالَ : " إِذَا أَرَدْتَ مَضْجَعَكَ ، فَقُلْ : اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَا وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ ، فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ " .
Sa*īd bin ar-Robī* dan Muḥammad bin *Ar*aroh telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata; Šu*bah telah merawi hadis kepada kami, daripada Abū Isḥāq, dia mendengar al-Barō^ bin *Āzib, bahawasanya Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyuruh seseorang -riwayat lain- Dan Ādam telah merawi hadis kepada kami; Šu*bah; Abū Isḥāq al-Hamdāniy, telah merawi hadis kepada kami daripada al-Barō^ bin *Āzib, bahawasanya Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- mewasiatkan seseoorang, lalu baginda berkata; Jika engkau ingin ke tempat pembaringan kamu, maka berdoalah: "Ya Allah! Aku serahkan diriku kepada-Mu, aku mempercayakan urusanku kepada-Mu, aku menghadap wajahku kepada-Mu, aku menyandarkan belakangku dalam keadaan penuh pengharapan dan kegerunan terhadap-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat yang selamat daripada-Mu melainkan kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab-kitab-Mu yang Engkau turunkan dan Nabi-Mu yang Engkau utuskan". Jika engkau mati, maka engkau mati di atas fitrah. [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitab ad-Da*āwāt, no. 5865].
Jika ditinjau melalui hadis ini dengan melalui kaedah mafhūm muẖōlafah, adakah seseorang yang mati dalam keadaan tidak membaca doa ini adalah mati yang bukan di atas fitrah? Pastinya ia bukan difahami sebegitu. Begitu juga dengan dalil ini :
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا ضِمَامُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : سَمِعْتُ مُوسَى بْنَ وَرْدَانَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " تَهَادُوا ، تَحَابُّوا " .
*Amr bin H̱ōlid telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Ḍimām bin Ismā*īl telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar daripada Mūsā bin Wardān, daripada Abū Huroyroh, daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda bersabda: "Berilah hadiah, nescaya kamu akan dicintai". [Al-Buẖōriyy dalam al-Adab al-Mufrod, no. 591].
Dengan menggunakan kaedah mafhūm muẖōlafah, adakah seseorang yang tidak memberi hadiah, maka dia akan dibenci? Tidak semestinya.
Maka, jelaslah bahawa at-Taġrīb dan at-Tarhīb bukan untuk menyatakan tentang kewajiban mahupun keharaman terhadap sesuatu perkara.
Cara Mengenal Pasti Perbezaan at-Taġrīb Dan at-Tarhīb Dan Pewajiban Dan Pengharaman
Dalam mengenal pasti tentang pewajiban dan pengharaman. Terdapat dua elemen penting dalam hal ini.
Pertama : Perintah tersebut adalah berbentuk ta*abbudiyy sehingga tidak ada illah atau takwilan terhadapnya. Antara dalil perintah secara langsung adalah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ۚ مِّن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ۚ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ ۚطَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٥٨﴾ وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنكُمُ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴿٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba sahaya mereka dan mereka yang belum baligh meminta izin sebanyak tiga kali, iaitu ketika sebelum solat subuh, ketika kalian menanggalkan pakaian kalian pada tengahari dan selepas waktu isyak. Itulah tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atas kalian dan juga mereka pada selepas itu. Mereka keluar masuk (memberi layanan) kepada kalian. Sebahagian kalian di atas sebahagian yang lain. Demikian itu Allah memperjelaskan keterangan itu kepada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jika kanak-kanak kalian telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sebagaimana orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikian Allah memperjelaskan keterangan-keterangan-Nya pada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Surah an-Nūr ayat 58].
Jika yang ini, ia bukanlah bersifat ta*abbudiyy kerana terdapat illah untuk hal ini. Melalui dalil ini, seseorang perlu meminta izin masuk ke dalam bilik orang lain supaya tidak ternampak aurat orang lain. Namun, suruhan ini bukan terikat dengan tiga waktu sahaja, tetapi bila-bila masalah sahaja setiap kali ingin memasuki bilik orang lain. Demikian juga misal seperti ini :
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، حَدَّثَنِي أَبُو هَانِئٍ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، يَقُولُ : عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَهُ فِرَاشٌ لِلرَّجُلِ ، وَفِرَاشٌ لِامْرَأَتِهِ ، وَالثَّالِثُ لِلضَّيْفِ ، وَالرَّابِعُ لِلشَّيْطَانِ " .
Abū aṭ-Ṭōhir Aḥmad bin *Amr bin Sarḥ telah merawi hadis kepadaku; Ibn Wahb telah merawi khabar kepada kami; Abū Hāni^ telah merawi hadis kepadaku, bahawasanya dia mendengar daripada Abū *Abdul Roḥmān, daripada Jābir bin *Abdullah, bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Satu katil untuk tidur seorang lelaki, satu lagi katil untuk wanita dan katil yang satu lagi untuk tetamu. Dan katil keempat untuk syaitan" [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Libās wa az-Zinah, no. 3893].
Illah larangan ini adalah kerana terdapat unsur pembaziran dalam penyediaan katil keempat. Maka, kecaman in iadalah berbentuk at-Tarhīb dalam mengingatkan tentang pembaziran, bukan penyediaan katil keempat itu sendiri yang menatijahkan pengharaman secara ta*abbudiyy
Kedua : At-Taġrīb Dan at-Tarhīb yang bukan pewajiban dan pengharaman adalah nas-nas tersebut sama sekali tidak menunjukkan sebab keberdirian hukum, tetapi sekadar menyatakan hikmah di sebalik amalan tersebut atau menguatkan lagi galakan untuk beramal dengan menawarkan ganjaran yang ada pada amalan tersebut. Misalnya seperti firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada kekejian dan kemunngkaran". [Surah al-*Ankabūt ayat 45].
Melalui dalil ini, ia cumalah menerangkan hikmah di sebalik solat, bukan menunjukkan hukum terhadap hal tersebut. Sekalipun seseorang dapat mencegah diri daripada kekejian dan kemungkaran, solat tetap wajib didirikan walau apa jua keadaan sekalipun. Begitu juga dengan hal ini.
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ ، عَنْ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الْأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلَا يَرْفُثْ ، وَلَا يَجْهَلْ ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ ، فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ ، وَشَرَابَهُ ، وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا "
*Abdullah bin Maslamah telah merawi hadis kepada kami, daripada Mālik, daripada Abū az-Zinād, daripada al-A*rōj, daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- , bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Puasa itu adalah benteng, maka janganlah berbuat kekotoran dan jangan pula melakukan kebodohan. Apabila seseorang mengajak untuk berkelahi dengannya atau menghinanya, maka hendaklah ia berkata: #Sesungguhnya aku sedang berpuasa#, baginda mengulang dua kali. Demi yang diriku di tangan-Nya, benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Alah Ta*ālā daripada wangian kasturi. (Allah berfirman,) #Dia meninggalkan makan, minumnya dan syahwatnya kerana untuk-Ku (Allah). Puasa itu untuk-Aku dan Aku akan membalasnya. Kebaikannya adalah sepuluh yang semisalnya#". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb aṣ-Ṣoum, no. 1770].
Sekalipun Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memberitahukan tentang ganjaran pahala bagi orang yang berpuasa, namun puasa tetap diwajibkan. Dalil ini adalah bonus tambahan bagi orang yang berpuasa dan sebagai at-Tarġīb, bukan asas keberdirian hukum dalam menunjukkan kewajipan berpuasa.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ ، عَن عُبَيْدِ اللَّهِ ، أَخْبَرَنِي نَافِعٌ ، عَن سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ ، عَن أَبِي مُوسَى ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " أُحِلَّ لُبْسُ الْحَرِيرِ وَالذَّهَبِ لِنِسَاءِ أُمَّتِي ، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا " .
Yaḥyā bin Sa*īd telah merawi hadis kepada kami, daripada *Ubaydullah, Nāfi* telah merawi khabar kepada kami, daripada Sa*īd bin Abū Hind, daripada Abū Mūsā, daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda bersabda: "Dihalalkan pakaian sutera dan emas untuk wanita umatku dan diharamkan ke atas lelaki baginya". [Musnad Aḥmad, no. 19204].
Maka, ini tidak perlu ragu lagi bahawa ia adalah perintah ta*abbudiyy kerana tidak ada illah yang dapat disabitkan untuk menerangkan sebab dibezakan pemakaian lelaki dan wanita. Kemudian, wujudnya ancaman jika meninggalkan perbuatan tersebut. Ini sekaligus menunjukkan larangan secara tidak langsung sekalipun tidak menyatakan perintah secara langsung. Misalnya seperti hadis berikut :
Hal-hal yang berkaitan dengan at-Taġrīb Dan at-Tarhīb yang tidak ada kena mengena dengan pewajiban atau pengharaman, ia bukanlah sesuatu yang ta*abbudiyy. Maksudnya, ada illah yang boleh didapati sehingga ia menjadi sebab keberdirian kepada hukum. Misalnya adalah firman Allah Ta*ālā yang berikut:
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، واللفظ لإسحاق ، أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنْ عَلْقَمَةَ ، عَنْعَبْدِ اللَّهِ ، قال : " لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ " ، قَالَ : فَبَلَغَ ذَلِكَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي أَسَدٍ يُقَالُ لَهَا أُمُّ يَعْقُوبَ ، وَكَانَتْ تَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَأَتَتْهُ ، فَقَالَتْ : مَا حَدِيثٌ بَلَغَنِي عَنْكَ أَنَّكَ لَعَنْتَ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ ، فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ : وَمَا لِي لَا أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ ، فَقَالَتِ الْمَرْأَةُ : لَقَدْ قَرَأْتُ مَا بَيْنَ لَوْحَيِ الْمُصْحَفِ فَمَا وَجَدْتُهُ ، فَقَالَ : لَئِنْ كُنْتِ قَرَأْتِيهِ لَقَدْ وَجَدْتِيهِ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا سورة الحشر آية 7 فَقَالَتِ الْمَرْأَةُ : فَإِنِّي أَرَى شَيْئًا مِنْ هَذَا عَلَى امْرَأَتِكَ الْآنَ ، قَالَ : اذْهَبِي فَانْظُرِي ، قَالَ : فَدَخَلَتْ عَلَى امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ فَلَمْ تَرَ شَيْئًا ، فَجَاءَتْ إِلَيْهِ ، فَقَالَتْ : مَا رَأَيْتُ شَيْئًا ، فَقَالَ : أَمَا لَوْ كَانَ ذَلِكَ لَمْ نُجَامِعْهَا .
Isḥāq bin Ibrōhīm dan *Uṯmān bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami, dan lafaz ini milik Ishaq; Jarīr telah merawi khabar kepada kami, daripada Manṣūr, daripada Ibrōhīm, daripada *Alqomah, daripada *Abdullah, dia berkata: "Allah melaknat wanita yang membuat tatu dan wanita yang diminta untuk dibuatkan tatu, wanita yang mencabut bulu kening dan wanita yang meminta untuk dicabutkan bulu kening serta wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah". Berkata perawi; Lalu sampailah khabar itu kepada wanita daripada bani Asad, yang dikenali sebagai Ummu Ya*qūb. Ketika itu dia sedang membaca al-Qur^ān, lalu ia datang kepada Ibn Mas*ūd. "Benarkah perkhabaran daripada kamu yang telah sampai padaku bahawa engkau melaknat wanita yang membuat tatu dan wanita yang diminta untuk dibuatkan tatu, wanita yang mencabut bulu kening dan wanita yang meminta untuk dicabutkan bulu kening serta wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah?". Berkata *Abdullah: "Mengapa aku tidak boleh melaknat apa-apa yang telah dilaknat oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sedangkan ianya di dalam kitab Allah?". Berkata wanita itu: "Aku telah membaca apa-apa yang ada pada lembaran mushaf dan aku tidak menemuinya". Ibn Mas'ud berkata: "Jika engkau benar-benar membacanya, pasti engkau menemuinya. Allah *Azza Wajalla telah berfirman: {Apa-apa yang Rasul datangkan kepada kami, maka ambillah dan apa-apa yang dia larang kepada kamu semua, maka hendaklah kamu jauhi} [Surah al-Ḥašr ayat 7]". Wanita itu berkata: "Sesungguhnya aku pernah isteri kamu melakukan daripada sesuatu ini sekarang". Berkata Ibn Mas'ud berkata: "Pergilah engkau dan lihatlah!". Berkata perawi; Lalu dia menemui isteri *Abdullah dan ia tidak menemui sesuatu pun. Kemudian dia pun kembali kepadanya, lalu berkata: "Aku tidak menemui apa-apa pun". Berkata *Abdullah: "Jikalau ia melakukan sedemikian, aku tidak akan bersetubuh dengannya". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Libās wa az-Zīnah, no. 3973].
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ۚ مِّن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ۚ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ ۚطَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٥٨﴾ وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنكُمُ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴿٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba sahaya mereka dan mereka yang belum baligh meminta izin sebanyak tiga kali, iaitu ketika sebelum solat subuh, ketika kalian menanggalkan pakaian kalian pada tengahari dan selepas waktu isyak. Itulah tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atas kalian dan juga mereka pada selepas itu. Mereka keluar masuk (memberi layanan) kepada kalian. Sebahagian kalian di atas sebahagian yang lain. Demikian itu Allah memperjelaskan keterangan itu kepada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jika kanak-kanak kalian telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sebagaimana orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikian Allah memperjelaskan keterangan-keterangan-Nya pada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Surah an-Nūr ayat 58].
Jika yang ini, ia bukanlah bersifat ta*abbudiyy kerana terdapat illah untuk hal ini. Melalui dalil ini, seseorang perlu meminta izin masuk ke dalam bilik orang lain supaya tidak ternampak aurat orang lain. Namun, suruhan ini bukan terikat dengan tiga waktu sahaja, tetapi bila-bila masalah sahaja setiap kali ingin memasuki bilik orang lain. Demikian juga misal seperti ini :
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، حَدَّثَنِي أَبُو هَانِئٍ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، يَقُولُ : عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَهُ فِرَاشٌ لِلرَّجُلِ ، وَفِرَاشٌ لِامْرَأَتِهِ ، وَالثَّالِثُ لِلضَّيْفِ ، وَالرَّابِعُ لِلشَّيْطَانِ " .
Abū aṭ-Ṭōhir Aḥmad bin *Amr bin Sarḥ telah merawi hadis kepadaku; Ibn Wahb telah merawi khabar kepada kami; Abū Hāni^ telah merawi hadis kepadaku, bahawasanya dia mendengar daripada Abū *Abdul Roḥmān, daripada Jābir bin *Abdullah, bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Satu katil untuk tidur seorang lelaki, satu lagi katil untuk wanita dan katil yang satu lagi untuk tetamu. Dan katil keempat untuk syaitan" [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Libās wa az-Zinah, no. 3893].
Illah larangan ini adalah kerana terdapat unsur pembaziran dalam penyediaan katil keempat. Maka, kecaman in iadalah berbentuk at-Tarhīb dalam mengingatkan tentang pembaziran, bukan penyediaan katil keempat itu sendiri yang menatijahkan pengharaman secara ta*abbudiyy
Kedua : At-Taġrīb Dan at-Tarhīb yang bukan pewajiban dan pengharaman adalah nas-nas tersebut sama sekali tidak menunjukkan sebab keberdirian hukum, tetapi sekadar menyatakan hikmah di sebalik amalan tersebut atau menguatkan lagi galakan untuk beramal dengan menawarkan ganjaran yang ada pada amalan tersebut. Misalnya seperti firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada kekejian dan kemunngkaran". [Surah al-*Ankabūt ayat 45].
Melalui dalil ini, ia cumalah menerangkan hikmah di sebalik solat, bukan menunjukkan hukum terhadap hal tersebut. Sekalipun seseorang dapat mencegah diri daripada kekejian dan kemungkaran, solat tetap wajib didirikan walau apa jua keadaan sekalipun. Begitu juga dengan hal ini.
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ ، عَنْ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الْأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلَا يَرْفُثْ ، وَلَا يَجْهَلْ ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ ، فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ ، وَشَرَابَهُ ، وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا "
*Abdullah bin Maslamah telah merawi hadis kepada kami, daripada Mālik, daripada Abū az-Zinād, daripada al-A*rōj, daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- , bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Puasa itu adalah benteng, maka janganlah berbuat kekotoran dan jangan pula melakukan kebodohan. Apabila seseorang mengajak untuk berkelahi dengannya atau menghinanya, maka hendaklah ia berkata: #Sesungguhnya aku sedang berpuasa#, baginda mengulang dua kali. Demi yang diriku di tangan-Nya, benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Alah Ta*ālā daripada wangian kasturi. (Allah berfirman,) #Dia meninggalkan makan, minumnya dan syahwatnya kerana untuk-Ku (Allah). Puasa itu untuk-Aku dan Aku akan membalasnya. Kebaikannya adalah sepuluh yang semisalnya#". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb aṣ-Ṣoum, no. 1770].
Sekalipun Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memberitahukan tentang ganjaran pahala bagi orang yang berpuasa, namun puasa tetap diwajibkan. Dalil ini adalah bonus tambahan bagi orang yang berpuasa dan sebagai at-Tarġīb, bukan asas keberdirian hukum dalam menunjukkan kewajipan berpuasa.
Tuesday, February 18, 2020
Asal Perbuatan Rasulullah Bukanlah Hukum Šar*iyy Melainkan Ditunjukkan Dalilnya
Pada perbuatan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, bukanlah sekali-kali dianggap hukum yang šar*iyy yakni wajib atau sunat melainkan ada dalil-dalil yang menyokong hal tersebut. Pertama, jika semua perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah šar*iyy, maka wajib atau sunat mengikuti garis masa dan tahapan peringkat kehidupan baginda. Ini sangat tidak mungkin kerana bukan semua orang terikat untuk memulakan dakwah secara senyap, mengutuskan utusan dan lain-lain dalam kehidupan seharian. Kedua, jika kita berinteraksi dengan nas-nas berikut :
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، قَالَ : سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ يَزِيدَ يُحَدِّثُ ، عَنْ الْأَسْوَدِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّهَا قَالَتْ : " مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ، حَتَّى قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " .
Muḥammad bin al-Muṯannā dan Muḥammad bin Baššār telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata; Muḥammad bin Ja*far telah merawi hadis kepada kami; Šu*bah telah merawi hadis kepada kami, daripada Abū Iṣhāq, dia berkata; aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Yazīd menceritakan daripada al-Aswad, daripada *Ā^išah bahawasanya dia berkata: "Keluarga Muhammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak pernah kenyang dengan roti gandum selama beberapa hari sehingga Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- wafat". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb az-Zuhd Wa ar-Roqō^iq, no. 5280].

حَدَّثَنَا عَفَّانُ ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ يَعْنِي ابْنَ يَزِيدَ ، حَدَّثَنَا هِلَالٌ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاس ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ " يَبِيتُ اللَّيَالِي الْمُتَتَابِعَةَ طَاوِيًا ، وَأَهْلُهُ لَا يَجِدُونَ عَشَاءً " , قَالَ : وَكَانَ عَامَّةُ خُبْزِهِمْ خُبْزَ الشَّعِيرِ .
*Affān telah merawi hadis kepada kami; Ṯābit, yakni Ibn Yazīd telah merawi hadis kepada kami; Hilāl telah merawi hadis kepada kami, daripada *Ikrimah, daripada Ibn *Abbās: "Bahawasanya Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- pernah mengalami kelaparan untuk beberapa malam berturutan dan keluarganya tidak mempunyai makan malam". Dia berkata: "Sedangkan kebanyakan roti mereka adalah roti gandum".[Musnad Aḥmad, no. 2218].
حَدَّثَنَا عَبَّاسُ بْنُ مُحَمَّدٍ الدُّورِيُّ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي بُكَيْرٍ ، حَدَّثَنَا حَرِيزُ بْنُ عُثْمَانَ ، عَنْ سُلَيْمِ بْنِ عَامِرٍ ، قَال : سَمِعْتُ أَبَا أُمَامَةَ يَقُولُ : " مَا كَانَ يَفْضُلُ عَنْ أَهْلِ بَيْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُبْزُ الشَّعِيرِ "

*Abbās bin Muḥammad ad-Dūriyy telah merawi hadis kepada kami; Yaḥyā bin Abū Bukayr telah merawi hadis kepada kami; Ḥarīz bin *Uṯmān telah merawi hadis kepada kami, daripada Sulaym bin *Āmir, dia berkata; aku mendengar Abū Umāmah berkata: "Tidak pernah ada lebihan gandum pada keluarga Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb az-Zuhd, no. 2294].
Pasti tidak ada yang pernah terlintas untuk menetapkan kewajiban ataupun sunat untuk gaya hidup seperti ini. Maka, asal hukum dalam perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah bukanlah hukum šar*iyy sehingga ditunjukkan dalil terhadapnya sama ada larangan kerana pengkhususan sesuatu hukum atau kewajiban atau sunat.
Kaedah Fiqh "Penerapan Syariah Bersama Tujuannya"
Kaedah fiqh menyebutkan :
تَطْبِيقُ الشَّرِيعَةِ مَعَ مَقْصِدِهِ
"Penerapan syariah bersama tujuannya"
Adalah formulasi daripada penyebutan Wan Ji Wan Husain yang menyebut "Syariah mesti ada maqasid syariah". [Rujuk : https://www.facebook.com/wanji.attaaduddi/posts/1660800163946154].
Hal ini kerana perkara yang dilaksanakan bukan semata-mata kerana hal itu halal atau perkara yang ditinggalkan atas dasar semata-mata hal itu haram, tetapi maqasid syariah meletakkan limitasi agar perlaksanaan atas penghalalan syariat itu tidak mendatangkan kerosakan dan peninggalan yang haram itu tidak menjauhkan maslahat yang lebih besar. Sebab itu dalam apa jua perkara tidak boleh berlebihan sama ada perbuatan atau mewujudkan kesan pada aspek perlaksanaan itu, bahkan tidak boleh dikurangi walaupun atas alasan nama praktikal syariah. Sesungguhnya sifat berlebihan adalah tercela dalam agama. Misalnya firman Allah *Azza Wajalla :
وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ﴿١٤
"Dan Dialah yang menundukkan lautan agar kalian memakan daging segar daripadanya dan mengeluarkan perhiasan daripdanya agar kamu memakainya. Dan kalian melihat kapal-kapal yang berlayar padanya dan agar kalian mencari kurnia-Nya serta agar serta agar kamu bersyukur". [Surah an-Naḥl ayat 14].
Walaupun halal untuk kita menangkap ikan, tetapi maqasid syariah menetapkan limitasinya supaya penangkapan ikan itu tidak mengundang bahaya kepada ekosistem akuatik, mengganggu rantaian pemakanan, menyebabkan ketidakseimbangan alam semula jadi atau menyebabkan ketidakstabilan dalam stok makanan. Jadi, perlaksanaan syariat bukan pada hanya pengiraan hal itu halal semata-mata, tetapi melihat pada pencapaian yang dapat diperoleh dan kesan yang mendatang apabila dilaksanakan. Begitu juga dengan firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā seperti berikut :
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ﴿٣٣﴾ إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ ۖ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣٤
"Adapun balasan orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan kerosakan di muka bumi ialah dibunuh atau disalib atau dipotong kedua-dua tangannya dan kedua-dua kakinya secara bersilang atau diasingkan daripada negerinya. Demikian itulah kehinaan di dunia dan mereka mendapat azab yang pedih di hari akhirat. Kecuali orang yang bertaubat sebelum kalian menangkap mereka. Maka, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah al-Mā^idah ayat 33-34].
Zahir pada ayat ini menunjukkan bahawa orang yang bertaubat setelah memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan kerosakan di muka bumi dilepaskan jika penguasa tidak menangkapnya sebelum dia bertaubat. Namun, dalam memenuhi kemaslahatan yang lebih besar, penguasa boleh menangkap dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengannya sebagai mendidik masyarakat dan penduduk agar tidak melakukan jenayah di sekelilingnya. Hal ini kerana hukuman yang diturunkan oleh Allah bukan sekadar menghukum semata-mata, tetapi sebagai pendidikan agar tidak mengulangi jenayah atau menggertak orang lain agar tidak melakukan jenayah. Walaupun pada zahirnya kita dilarang untuk menghukum orang yang bertaubat, tetapi jika meninggalkannya menyebabkan kemudaratan yang lebih besar, maka penguasa boleh mengambil tindakan sebagai langkah ancaman kepada sekeliling.

Kadangkala teks yang disebutkan dalam al-Qur^ān dan hadistidak dapat diamalkan kerana faktor konteks berbeza. Inilah peranan maqasid syariah dalam regulasi kesemua ini. Bukan kerana teks al-Qur^ān dan hadis itu tidak relevan dan telah mansukh, tetapi konteks yang ingin diterapkan berbeza dengan penyebutan teks pada konteks itu. Perlu difahami bahawa intipati penting dalam agama ini ialah penjagaan maslahat kepada penganutnya.
Oleh itu, mana-mana pengamalan dan perlaksanaan yang kesannya membawa kepada kemudaratan diri sendiri dan kerosakan yang lebih, maka perbuatan itu haram dilakukakan dan diimplemntasikan walaupun seseorang berhujah dengna teks al-Qur^ān dan hadis. Maka, seseorang yang berjaya mewujudkan maslahat yang lebih besar pada diri sendiri, orang lain dan sekitarnya, maka itulah yang dituntut dalam syariat ini walaupun tidak disebutkan dalam al-Qur^ān dan hadis atau zahirnya bertentangan dengan al-Qur^ān dan hadis. Bukanlah itu merupakan yang lebih baik daripada al-al-Qur^ān dan hadis kerana tidak ada yang lebih berautoriti dan lebih agung daripada kedua-dua sumber ini, tetapi mana-mana yang menjamin kebaikan kepada seluruh umat, maka itulah sebenarnya bertepatan dengan kandungan al-Qur^āndan as-Sunnah padanya.
Misalnya seperti firman Allah Ta*ālā seperti berikut :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ۚ مِّن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ۚ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ ۚطَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٥٨﴾ وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنكُمُ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴿٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba sahaya mereka dan mereka yang belum baligh meminta izin sebanyak tiga kali, iaitu ketika sebelum solat subuh, ketika kalian menanggalkan pakaian kalian pada tengahari dan selepas waktu isyak. Itulah tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atas kalian dan juga mereka pada selepas itu. Sebahagian kalian saling keluar masuk sesama kalian. Demikian itu Allah memperjelaskan keterangan itu kepada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jika kanak-kanak kalian telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sebagaimana orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikian Allah memperjelaskan keterangan-keterangan-Nya pada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Surah an-Nūr ayat 58].
Walaupun Allah menyuruh agar meminta izin pada tiga waktu, tetapi sebenarnya tuntutan ini berlaku untuk sepanjang masa, iaitu meminta izin setiap kali ingin masuk ke bilik. Walaupun tiga waktu tersebut merupakan kebiasaan, boleh jadi terdapat suatu konteks yang masyarakatnya mempunyai waktu yang berbeza daripada yang disebutkan dalam al-Qur^ān ini sama ada bertambah atau berkurang atau fleksibel waktunya.
Sekalipun praktiknya berlawanan dengan zahir yang disebutkan dalam teks al-Qur^ān ini, bukan bermakna hal itu bercanggah denganal-Qur^ān. Sebenarnya, praktik itu memenuhi konteks al-Qur^ān yang dituntut perlaksanaannya, iaitu supaya kemasukan yang tiba-tiba tidak menyebabkan kejutan pada seseorang di dalam bilik dalam keadaan aurat terbuka. Begitu juga ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa ada keterangan lebih baik daripada al-Qur^ān kerana pengamalan yang berbeza itu sendiri menepati kehendak al-Qur^ān dalam perlaksanannya. Sekalipun konteks berbeza, namun objektif perlaksanan untuk mencapai sasaran yang dimaksudkan, maka itu sama sekali tidak bercanggah dengan al-Qur^ān.

Kaedah "Pada Asalnya Tiada" Dan "Pada Asalnya Terbebas Tanggungjawab"
Terdapat kaedah fiqh menyebutkan :
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿١١٧
الْأَصْلُ الْعَدَمُ
"Pada asalnya tiada".
Yang bermaksud apabila kita syak terhadap sesuatu yang mendatang dan tidak dapat dipastikan sama hal tersebut pernah ada atau pernah berlaku ataupun tidak, maka pada asalnya ditimbangkan ketiadaan baginya. Hal ini berdasarkan firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā seperti berikut :
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿١١٧
Dia menciptakan langit dan bumi. Apabila Dia memutuskan sesuatu, maka Dia hanya berkata, "Jadilah", maka menjadilah. [Surah al-Baqoroh ayat 117].
Kalimah Badī* di sini adalah menjadikan sesuatu yang tidak contoh sebelumnya sepertimana yang dinyatakan dalam al-Muḥīṭ Fī al-Luġoh, karya Abū al-Qōsim Ismā*īl bin *Abbās bin al-*Abbās, m/s 77 // Mujmal al-Lugġoh, karya Abū al-Ḥusayn Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 118, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Zuhayr *Abdul Muḥsin Sulṭōn // Mu*jam Maqōyīs al-Luġoh, karya Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 209, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq *Abdul Salām Muḥammad Hārūn // al-Muḥkam Wa al-Muḥīṭ al-A*ẓom, karya Abū al-Ḥusayn *Aliyy bin Ismā*īl bin Sayyidih aḷ-Mursiyy, jilid 1, m/s 33, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq *Abdul Ḥamīd al-Handāwiyy // an-Nihāyah Fī Ġorīb al-Ḥadīṯ Wa al-Āṯār, karya Abu as-Sa*ādāt al-Mubārok bin Muḥammad aš-Šaybāniyy, jilid 1, m/s 106, keluaran al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Ṭōhir Aḥmad az-Zāwiyy dan Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy // Ikmāl al-*lām Bi Taṯlīṯ al-Kalām, karya Muḥammad bin *Abdullah bin Mālik aṭ-Ṭō^iyy, jilid 1, m/s 60, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō, Makkah al-Mukarromah, tahqiq Sa*d bin Ḥamdan al-Ġōmidiyy // al-Miṣbāḥ al-Munīr Fī Ġorīb aš-Šarḥ al-Kabīr, karya Abū al-*Abbās Aḥmad bin Muḥammad bin *Aliy al-Ḥamawiyy, jilid 1, m/s 38, keluaran al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut // Tāj al-*Urūs Min Jawāhir al-Qōmūs, karya Abū al-Fayḍ Muḥammad bin *Abdul Rozzāq al-Ḥusayniyy az-Zubaydiyy, jilid 20, m/s 307, Dār al-Hidāyah & Lisān al-*Arob, karya Ibn Manẓūr, jilid 8, m/s 6, keluaran Dār Ṣōdir
Dengan itu, pada asalnya sesuatu itu dianggap tidak ada dengan anggapan bahawa hal tersebut belum Allah jadikan. Maka, selagimana belum dibuktikan eksistensi hal tersebut sebelumnya, maka kita anggap hal tersebut tidak ada.

Begitu juga terdapat kaedah fiqh yang menyebutkan :
الْأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ
"Pada asalnya terbebas tanggungjawab".
Maksudnya adalah jika seseorang syak sama ada dia pernah melakukan amal soleh ataupun kejahatan, maka pada asalnya dia tidak bertanggungjawab akan hal tersebut sehinggalah ia dibuktikan. Dalilnya telah dijelaskan sebentar tadi kerana manusia juga adalah sebahagian daripada alam yang berpenghuni di bumi. Kita anggap perbuatan itu belum terjadi sehinggalah dibuktikan bahawa dia pernah melakukannya.
Monday, February 17, 2020
Asal *Ibroh Itu Pada Keumuman Setiap Segi Sehingga Ditunjukkan Dalil Kekhususan
Saya menerbitkan satu kaedah fiqh :
الْأَصْلُ فِي الْعِبْرَةِ بِعُمُومِ كُلِّ جِهَةٍ حَتَّى تُدَلُّ عَلَى خُصُوصِهَا
"Asal *ibroh itu pada keumuman setiap segi sehingga ditunjukkan dalil kekhususannya".
Formulasi kaedah ini bagi menggantikan kaedah yang masyhur yang berbunyi :
العِبْرَةُ بِعُمُوْمِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوْصِ السَّبَبِ
"*Ibroh itu pada keumuman lafaz, bukan pada kekhususan sebab".
Hal ini kerana formulasi kaedah ini tidak begitu menyeluruh dan tidak mencangkupi banyak cabang perbahasan kerana kajian tentang *ibroh ini lebih luas daripada yang disebutkan itu. Sebabnya *ibroh boleh diambil pada sudut lafaznya, konteksnya dan sebab ucapannya. Ada sebahagian nas yang mempunyai lafaz yang khusus, tetapi *ibroh yang ingin diambil adalah pada keumuman konteksnya. Ada juga lafaz yang khusus dan sebab yang khusus, tetapi intipati yang ingin dikutip adalah pada keumumannya. Demikian yang seterusnya. Inilah sebabnya kaedah yang masyhur ini tidak dapat dijadikan sebagai penerapan yang menyeluruh. Oleh itu, rumusan kaedah yang pertama adalah jauh lebih tepat dan menyeluruh kerana kita bukan hanya berinteraksi dengan Asbāb an-Nuzūl, tetapi apa jua nas al-Qur^ān dan as-Sunnah sekalipun tidak ada latar belakang hal tersebut dinyatakan.
Ini kerana apa sahaja yang datang kepada kita, yakni teks al-Qur^ān dan as-Sunnah, kita ingin mengambil *ibroh daripadanya, bukan semata-mata penukilan teks itu semata-mata. Jika hanya penukilan semata-mata, maka tidak ada fungsi agama ini disebarkan, dihayati dan diamalkan. 'Ibrah di sini adalah merujuk kepada kehujahan dalam segala aspek fiqh. Maka, apabila kita ingin mengambil *ibroh daripada sesuatu nas, bermakna kita ingin mengambil nas itu sebagai justifikasi dalam sesuatu penghukuman fiqh. Penghukuman fiqh ini begitu luas, sama ada ia merujuk kepada akidah keimanan, usul fiqh, fiqh 'amali, akhlak dan lain-lain.
*Ibroh itu diambil pada keumuman setiap segi sekalipun nas tersebut menyatakan kekhususan nisbahnya sehingga ditunjukkan dalil bahawa ia sememangnya tertuju kepada kekhususannya. Dalil-dalil yang menyokong kaedah ini adalah telah pun dibentangkan di dalam penulisan saya yang berjudul "Larangan Mengkhususkan Sesuatu Hukum Hanya Kepada Rasulullah Tanpa Petunjuk Yang Jelas". Secara kesimpulan daripadanya adalah agama ini adalah untuk semua manusia. Jikalau ianya terbatas pada pespesifikan pada nisbah yang tertentu sahaja, maka tidak ada keuniversalan dalam praktik agama ini.
Banyak faktor yang menyebabkan lafaz, konteks atau sebab itu dianggap khusus. Namun faktor yang paling masyhur adalah kerana kadangkala al-Qur^ān dan hadis berbicara pada konteks yang dapat diperoleh pada uruf zaman, tempat dan situasi itu. Maka, lafaz-lafaz yang digunakan adalah bersesuaian pendekatannya dengan persekitaran dan kebiasaan tersebut. Dengan itu, tidak boleh untuk sesiapa juga meletakkan pengkhususan *ibroh pada nas-nas yang telah sampai kepadanya jika ditimbang dari faktor ini. Bahkan, cara tersebut sebenarnya menyalahi pertimbangan waras dalam realiti. Misalnya, jikalau seseorang guru menyuruh fulan untuk mempelajari sesuatu ilmu secara bersungguh-sungguh, hal tersebut tidak tertuju pada fulan yang dinamakan dan dispesifikkan, tetapi tertuju pada murid-muridnya yang lain.
Oleh itu, *ibroh sentiasa diambil pada keumuman setiap seginya melainkan terdapat petunjuk yang menegah pengambilan pada keumumannya. Berikut adalah contoh-contoh dalil yang *ibrohnya diambil secara umum supaya kita jelas ketikamana berinteraksi dengan nas-nas al-Qur^ān dan hadis.
Pertama : Sebab penurunan Surah Hūd ayat 114.
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ ، عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ النَّهْدِيِّ ، عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ ، " أَنَّ رَجُلًا أَصَابَ مِنَ امْرَأَةٍ قُبْلَةً ، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ سورة هود آية 114 ، فَقَالَ الرَّجُلُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَلِي هَذَا ؟ قَالَ : لِجَمِيعِ أُمَّتِي كُلِّهِمْ " .
Qutaybah telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Yazīd bin Zuray* telah merawi hadis kepada kami, daripada Sulaymān at-Taymiyy, daripada Abu 'Abū *Uṯmān an-Nahdiyy, daripada Ibn Mas*ūd; Bahawasanya ada seorang lelaki mencium seorang wanita. Lantas dia datang kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka diapun mengkhabarkan kepadanya. Lantas Allah *Azza wa Jalla menurunkan: {Dirikan solat pada dua tepi siang dan awal-awal malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan keburukan} [Surah Hūd ayat 114]. Berkata lelaki itu: "Wahai Rasulullah, adakah ini untukku?". Baginda berkata: "Untuk sekalian umatku keseluruhannya". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb Mawāqīt aṣ-Ṣolāh, no. 497].
Daripada ini, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- telah mengisyaratkan secara jelas berkenaan dengan keumuman praktik pada ayat-ayat al-Qur^ān. Sekalipun ayat ini diturunkan disebabkan lelaki itu dan peristiwa itu, begitu juga dengan menggunakan lafaz perintah yang tunggal dan muḏakkar, bukan bermakna *ibroh ini menjadi pengkhususan yang dinisbahkan.
Kedua : Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā tentang keharaman bangkai :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ
"Diharamkan untuk kamu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, apa jua yang disembelih untuk selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati terjatuh, yang mati ditanduk dan yang haiwan buas yang memakannya kecuali apa-apa yang sempat kalian". [Surah al-Mā^idah ayat 3].
Daripada dalil ini, bukan semestinya kematian yang disebutkan dalam teks al-Qur^ān ini sahaja yang diharamkan. *Ibroh yang diambil daripada ayat ini adalah mana-mana haiwan yang mati bukan dengan cara sembelihan yang šar*iyy adalah haram dimakan sekalipun cara mati itu tidak disebutkan dalam teks tersebut seperti mati lemas, mati diracun, mati terkena wabak penyakit dan lain-lain.
Ketiga : Tiga Waktu Aurat
Firman Allah *Azza Wajalla :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ۚ مِّن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ۚ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ ۚ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ ۚطَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٥٨﴾ وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنكُمُ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴿٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba sahaya mereka dan mereka yang belum baligh meminta izin sebanyak tiga kali, iaitu ketika sebelum solat subuh, ketika kalian menanggalkan pakaian kalian pada tengahari dan selepas waktu isyak. Itulah tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atas kalian dan juga mereka pada selepas itu. Mereka keluar masuk (memberi layanan) kepada kalian. Sebahagian kalian di atas sebahagian yang lain. Demikian itu Allah memperjelaskan keterangan itu kepada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jika kanak-kanak kalian telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sebagaimana orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikian Allah memperjelaskan keterangan-keterangan-Nya pada kalian. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Surah an-Nūr ayat 58].
Daripada dalil ini, walaupun disebutkan tiga sahaja, bukan bermakna hanya merujuk tiga waktu itu semata-mata. Mana-mana waktu jua pun, hendaklah mereka meminta izin sebelum memasukinya kerana boleh jadi waktu-waktu lain juga adanya penyingkapan aurat.
Keempat : Larangan mendekati masjid bagi yang memakan bawang
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ هِشَامٍ ، عَنْ هِشَامٍ الدَّسْتَوَائِيِّ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ ، عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : " نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، عَنْ أَكْلِ الْبَصَلِ ، وَالْكُرَّاثِ ، فَغَلَبَتْنَا الْحَاجَةُ فَأَكَلْنَا مِنْهَا ، فَقَالَ : مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ الْمُنْتِنَةِ ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا ، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ الإِنْسُ " .
Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami; Kaṯīr bin Hišām telah merawi hadis kepada kami, daripada Hišām ad-Dastawā^iyy, daripada Abū az-Zubayr, daripada Jābir, ia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melarang memakan bawang. Tetapi kami sangat berhajat untuk memakannya. Lalu baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-: "Sesiapa yang memakan pohon yang berbau busuk ini, maka janganlah ia mendekati masjid kami. Sesungguhnya malaikat terganggu terhadap apa-apa yang manusia terganggu dengannya". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Masājid wa Mawāḍi* aṣ-Ṣolāh, no. 879].
Sekalipun, teks hadis menyebutkan pemakan bawang, tetapi praktis hadis ini tidak hanya spesifik pada bawang, tetapi *ibrohnya adalah ia tertuju apa-apa sahaja jenis makanan yang menimbulkan bau yang tidak menyenangkan, maka tidak boleh seseorang mendekati masjid itu sehinggalah dia membersihkan baunya.
Kelima : Hadis tentang kecaman merampas hak Muslim.
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ جميعا ، عَنْ إِسْمَاعِيل بْنِ جَعْفَرٍ ، قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ : حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيل بْنُ جَعْفَرٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا الْعَلَاءُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَوْلَى الْحُرَقَةِ ، عَنْ مَعْبَدِ بْنِ كَعْبٍ السَّلَمِيِّ ، عَنْ أَخِيهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبٍ ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ ، فَقَدْ أَوْجَبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ " ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ : وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاك .
Yaḥyā bin Ayyūb, Qutaybah bin Sa*īd dan *Aliyy bin Ḥujr telah merawi hadis kepada kami, keseluruhannya daripada Ismā*īl bin Ja*far, dia berkata; Ibn Ayyūb berkata; Ismā*īl bin Ja*far telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Al-*Alā^ dan dia adalah Ibn *Abdul Roḥmān, maula al-Ḥurqoh telah merawi khabar kepada kami, daripada Ma*bad bin Ka*b as-Sulamiyy, daripada saudaranya, *Abdullah bin Ka*b, daripada Abū Umāmah, bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesiapa yang mengambil sebahagian hak daripada kepunyaan Muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan syurga untuknya". Seorang lelaki berkata kepadanya: "Walaupun sesuatu yang sedikit wahai Rasulullah?". Baginda berkata: "Sekalipun sebatang daripada pohon arōk". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Imān, no. 200].
Daripada hadis ini, ada dua *ibroh yang boleh diambil. Pertama, penyebutan lafaz Muslim tidak bermakna kecaman ini hanya tertuju pada mereka yang merampas pemilikan Muslim, ia merangkumi sesiapa sahaja sekalipun bukan Muslim. Kedua, kecaman ini bukan hanya mereka yang merampas dengan cara sumpah semata-mata, tetapi apa sahaja yang lain tetap juga termasuk dalam lingkungan kecaman ini.
Demikian contoh-contoh daripada contoh lain yang terlalu banyak yang *ibrohnya diambil pada keumumannya. Dengan itu, tidak ada alasan bagi sesiapa untuk mengkhususkan sesuatu *ibroh tanpa bersandarkan dalil.
Tidak dinafikan ada sebahagiannya sememangnya dikhususkan sehingga kita tidak lagi boleh mengamalkan kekhususannya. Berikut di antara contoh-contoh pengkhususan *ibroh hanya pada yang dinisbahkan :
Pertama : Sebab penurunan Surah al-Baqoroh ayat 158.
Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَائِرِ اللَّـهِ ۖ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّـهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ ﴿١٥٨
"Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian dariapda syiar Allah. Barangsiapa yang berhaji di Baitullah atau melakukan umrah, maka tidak ada dosa baginya untuk bertawaf di antara keduanya. Barangsiapa berusaha dengan sebaik-baiknya, maka Allah itu Maha Pembalas Jasa lagi Maha Mengetahui". [Surah al-Baqoroh ayat 158].
وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ ، أَخْبَرَنِي أَبِي ، قَالَ : قُلْتُ لِعَائِشَةَ : مَا أَرَى عَلَيَّ جُنَاحًا أَنْ لَا أَتَطَوَّفَ بَيْنَ الصَّفَا ، وَالْمَرْوَةِ ، قَالَتْ : لِمَ ؟ قُلْتُ : لِأَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلّ يَقُولُ : إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ سورة البقرة آية 158 ، الْآيَةَ ، فَقَالَتْ : " لَوْ كَانَ كَمَا تَقُولُ لَكَانَ ، فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ لَا يَطَّوَّفَ بِهِمَا ، إِنَّمَا أُنْزِلَ هَذَا فِي أُنَاسٍ مِنَ الْأَنْصَارِ ، كَانُوا إِذَا أَهَلُّوا أَهَلُّوا لِمَنَاةَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَلَا يَحِلُّ لَهُمْ أَنْ يَطَّوَّفُوا بَيْنَ الصَّفَا ، وَالْمَرْوَةِ ، فَلَمَّا قَدِمُوا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْحَجِّ ذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى هَذِهِ الْآيَةَ ، فَلَعَمْرِي مَا أَتَمَّ اللَّهُ حَجَّ مَنْ لَمْ يَطُفْ بَيْنَ الصَّفَا ، وَالْمَرْوَةِ " .
Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami; Abū Usāmah telah merawi hadis kepada kami; Hišām bin *Urwah telah merawi hadis kepad kami; Ayahku telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; aku berkata kepada *Ā^išah: "Tidaklah aku melihat ke atas diriku suatu kedosaan jika aku tidak bertawaf di antara Sofa dan Marwah". Dia berkata: "Kenapa?". Aku berkata; "Kerana Allah *Azza Wa Jalla berfirman : {Sesungguh as-Sofa dan Marwah adalah sebahagian syi'ar Allah} [Surah al-Baqoroh ayat 158]". Dia berkata: "Kalau engkau berkata seperti itu, pasti tidak ada ada dosa ke atasnya jika tidak bertawaf di antara keduanya. Namun, ayat ini diturunkan kepada kaum Ansar. Dahulu apabila mereka berihram, mereka berihram unuk Manat ketika Jahiliyyah. Mereka tidak bertahallul sehingga mereka bertawaf di Sofa dan Marwah. Ketikamana Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersama mereka berangkat untuk menunaikan haji, mereka menyebutkan tentang itu kepada baginda. Maka, Allah Tabāroka Wa Ta*ālā menurunkan ayat ini. Maka demi Allah! Allah tidak akan menyempurnakan haji bagi mereka yang tidak bertawaf di antara Sofa dan Marwah". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Ḥajj, no. 2248].
Daripada dalil ini, pengkhususan *ibrohnya telah disempitkan daripada menjadi harus sehingga kepada kewajiban. Hal ini sememangnya pada asalnya ayat al-Qur^ān tersebut merujuk kepada keharusannya, namun terdapat dalil yang diriwayatkan daripada *Ā^išah mengkhususkan *ibroh ayat tersebut menjadi kewajiban praktisnya.
Kedua : Memiliki isteri lebih daripada empat.
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ سَالِمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ غَيْلَانَ بْنَ سَلَمَةَ الثَّقَفِيَّ أَسْلَمَ وَتَحْتَهُ عَشْرُ نِسْوَةٍ ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اخْتَرْ مِنْهُنَّ أَرْبَعًا " .
Ismā*īl telah merawi hadis kepada kami; Ma*mar telah merawi khabar kepada kami, daripada az-Zuhriyy, daripada Sālim, daripada ayahnya, bahawasanya Ghoylān bin Salamah aṯ-Ṯaqofiyy memeluk Islam dan dia mempunyai sepuluh orang isteri. Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata kepadanya: "Pilih empat daripada mereka". [Musnad Aḥmad, no. 4470].
Dariapda dalil ini, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melarang pernikahan seorang lelaki lebih daripada empat orang wanita. Pada asalnya, ia diamalkan untuk semua orang termasuk baginda sendiri. Namun, ada pengkhususan yang mana baginda boleh memiliki lebih daripada itu sepertimana riwayat berikut :
أَخْبَرَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ يَعْقُوبَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ ، قَالَ : أَنْبَأَنَا سُفْيَانُ ، قَالَ : حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : " تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ تِسْعُ نِسْوَةٍ يُصِيبُهُنَّ ، إِلَّا سَوْدَةَ ، فَإِنَّهَا وَهَبَتْ يَوْمَهَا وَلَيْلَتَهَا لِعَائِشَةَ " .
Ibrōhīm bin Ya*qūb telah merawi khabar kepadaku, dia berkata; Ibn Abū Maryam telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Sufyān telah merawi berita kepada kami, dia berkata; *Amr bin Dīnār telah merawi hadis kepadaku, daripada *Aṭō^, daripada Ibn *Abbās, dia berkata: "Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- wafat dan dia memiliki sembilan orang isteri telah baginda gauli kecuali Saudah kerana dia memberikan siang dan malamnya untuk *Ā^išah". [An-Nasā^iyy dalam as-Sunan as-Suġrō, no. 3164].
Pengkhususan ini mendapat perkenan daripada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۗ قَدْ عَلِمْنَا مَا فَرَضْنَا عَلَيْهِمْ فِي أَزْوَاجِهِمْ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ لِكَيْلَا يَكُونَ عَلَيْكَ حَرَجٌ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٥٠
"Wahai Nabi! Sesungguhnya Kami telah menghalalkan isteri-isteri kamu yang telah kamu berikan mas kahwin untuk mereka, hamba sahaya yang kamu miliki daripada yang telah Allah berikan rampasan perang kepadamu, anak-anak perempuan pakcik sebelah ayah kamu, anak-anak perempuan makcik sebelah ayah kamu, anak-anak perempuan daripada pakcik sebelah ibu kamu, anak-anak perempuan daripada pakcik sebelah ibu kamu yang mereka berhijrah bersama kamu kepada kamu. Dan wanita-wanita mukmin jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi, jika Nabi berkehendak untuk menikahinya sebagai kekhususan untuk kamu daripada selain orang-orang Mukmin. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa-apa yang Kami fardukan kepada mereka terhadap isteri-isteri mereka dan hamba sahaya yang mereka miliki supaya mereka tidak menjadi beban ke atasmu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". [Surah al-Aḥzāb ayat 50].
Ketiga : Pengkhususan bagi Abū Burdah bin Dīnār penerimaan korban sebelum solat hari raya korban.
أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ ، قال : حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنِ الْبَرَاءِ ، قال : خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ بَعْدَ الصَّلَاةِ , ثُمَّ قَالَ : " مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَنَسَكَ نُسُكَنَا فَقَدْ أَصَابَ النُّسُكَ ، وَمَنْ نَسَكَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَتِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ " , فَقَالَ أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , وَاللَّهِ لَقَدْ نَسَكْتُ قَبْلَ أَنْ أَخْرُجَ إِلَى الصَّلَاةِ عَرَفْتُ أَنَّ الْيَوْمَ يَوْمُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَتَعَجَّلْتُ فَأَكَلْتُ وَأَطْعَمْتُ أَهْلِي وَجِيرَانِي ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ " , قَالَ : فَإِنَّ عِنْدِي جَذَعَةً خَيْرٌ مِنْ شَاتَيْ لَحْمٍ فَهَلْ تُجْزِي عَنِّي ؟ قَالَ : " نَعَمْ وَلَنْ تُجْزِيَ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ " .
Qutaybah telah merawi khbar kepada kami, dia berkata; Abū al-Aḥwāṣ telah merawi hadis kepada kami, daripada Manṣūr, daripada aš-Ša*biyy, daripada al-Barō^, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memberi khutbah kepada kami pada hari korban selepas solat, kemudian baginda bersabda: "Barangsiapa yang bersolat seperti solat kami dan berkorban sepertimana korban kami, maka dia berkorban dengan benar. Barangsiapa yang berkorban sebelum solat, maka itu hanya daging kambing". Abū Burdah bin Dīnār berkata: "Wahai Rasulullah. Benar-benar aku telah berkorban sebelum aku keluar untuk solat kerana aku mengetahui bahawasanya hari ini adalah hari makan dan minum,maka aku menyegerakan, lantas aku makan dan aku berikan kepada keluargaku dan jiran-jiranku". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-: "Itu adalah daging kambing". Dia berkata: "Tetapi aku mempunyai Jaḏa*ah yang lebih baik daripada dua daging kambing, adakah ia dibolehkan untukku?". Baginda bersabda: "Boleh dan ia tidak akan dibolehkan untuk seseorang selepas kamu". [An-Nasā^iyy dalam as-Sunan as-Suġrō].
Maka, telah jelas pengkhususan *ibroh ini.
Pertembungan Umum Dan Khusus
Jika bertembung antara umum dan khusus kerana mempunyai kesukaran untuk menentukannya, ini perlu dilihat bentuk kata pada sesuatu perkataan tersebut. Jika ia merujuk pada sesuatu yang spesifik, kita kekalkan keadaannya seperti itu sehingga ada petunjuk yang menunjukkan keumumannya. Contohnya seperti berikut :
حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيل بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ حَسَّانَ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ ، إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ ، أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ " .
Zuhayr bin Ḥarb telah merawi hadis kepada kami; Ismā*īl bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepada kami, daripada Hišām bin Ḥassān, daripada Muḥammad bin Sīrīn, daripada Abū Huroyroh, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sucinya bekas salah seorang daripada kalian ketika anjing menjilat padanya adalah ia membasuhnya sebanyak tujuh kali dan awalnya dengan tanah". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb aṭ-Ṭohāroh, no. 425].
Melalui hadis ini, sukar untuk dipastikan bahawa sama ada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- merujuk kepada air liur sahaja atau keseluruhan yang basah padanya seperti peluh, lendir dan lain-lain atau jika air liur sahaja, tidak dapat dipastikan sama ada jilatan sahaja atau ia teraplikasi dalam situasi yang lain seperti menggigit bersama air liurnya pada giginya atau selainnya. Maka, dihukumkan pada lafaznya secara khusus, iaitu bekas itu dikira najis hanya kerana jilatan sahaja, tidak pada yang lain melainkan setelah didatangkan dalilnya.
Dengan itu, dapatlah kita fahami bagaimana berinteraksi dengan nas al-Qur^ān dan hadis dengan lebih tepat supaya kita sentiasa berada di atas metodologi yang benar dalam penafsiran dan memahami teks tersebut.

Adakah Qaul Sahabat Rasulullah Yang Dianggap Bukan Ijtihad Termasuk Kehujahan Syariat?
Dalam melakukan istidlal terhadap dalil-dalil fiqh, kadangkala kita akan bertemu dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan perkataan dan perbuatan sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang kadangkala sama sekali bukan dianggap lingkungan ijtihad sama ada pada penceritaan perkara ghaib ataupun praktikal fiqh, tetapi tidak menyatakan secara jelas sama ada ia daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- ataupun tidak. Atau dengan kata lain, perkataan dan perbuatan tersebut di luar pertimbangan akal dan skop ijtihad sehingga ia seolah-olah dianggapkan hukum marfū* sekalipun riwayat tersebut berbentuk mawqūf. Maka, menjadi persoalan yang besar sama ada hal tersebut menjadi kehujahan di dalam syariat ataupun tidak.
Dalam menelusuri jawapan perlu dilihat pada dua aspek :
Pertama : Selain daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- bukanlah sumber syariat. Ini adalah penting untuk diketahui kerana wahyu tidaklah diturunkan kepada mereka sehingga hal tersebut menjadi petunjuk syariat. Adapun riwayat yang menyebutkan sunnah al-H̱ulafā^ ar-Rošīdīn seperti berikut :
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ بْنِ نَجْدَةَ ، ثنا أَبُو الْمُغِيرَةِ ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو زُرْعَةَ الدِّمَشْقِيُّ ، ثنا أَبُو الْيَمَانِ الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ ، قَالَ : ثناإِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ، قَالا : ثنا أَرْطَاةُ بْنُ الْمُنْذِرِ ، عَنِ الْمُهَاصِرِ بْنِ حَبِيبٍ ، عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ ، قَالَ : وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، بَعْدَ صَلاةِ الْغَدَاةِ مَوْعِظَةً بَلِيغَةً , ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ , وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ , فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِهِ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدَّعٍ ، فَقَالَ : " أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ ، وَالسَّمْعِ ، وَالطَّاعَةِ ، وَإِنْ كَانَ عَبْدًا حَبَشِيًّا ، فَإِنَّهُ مِنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي يَرَ اخْتِلافًا كَثِيرًا , فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي ، وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ بَعْدِي ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ " .
Aḥmad bin *Abdul Wahhāb bin Najdah telah merawi hadis kepad kami; Abū al-Muġīroh telah merawi hadis kepada kami -riwayat lain- Abū Zur*ah ad-Dimašqiyy telah merawi hadis kepada kami; Abū al-Yamān al-Ḥakam bin Nāfi* telah merawi hadis kepada kami; Ismā*īl bin *Ayyaš telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata, Arṭo^ah bin al-Munḏir telah merawi hadis kepada kami, daripada al-Muhāṣir bin Ḥabī, daripada al-*Irbāḍ bin Sāriyah, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memberikan nasihat kepada kami selepas solat Subuh dengan nasihat yang mendalam sehingga mencucurkan air mata kami dan menggetarkan jantung kami. Berkata seorang lelaki daripada sahabat-sahabatnya: "Wahai Rasulullah, seolah-olah engkau memberi nasihat perpisahan". Baginda berkata: "Aku mewasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah. Dengar dan taat sekalipun daripada hamba Habsyah. Kerana sesungguhnya sesiapa dalam kalangan kalian yang hidup selepas daripadaku, dia akan melihat perpecahan yang banyak. Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah al-H̱ulafā^ ar-Rōšīdīn al-Mahdiyyin selepasku. Gigitlahnya dengan geraham kamu". [Aṭ-Ṭobrōniyy dalam Musnad aš-Šāmiyyīn, no. 690].
Maka, ini bukanlah dalil yang menyatakan bahawa sahabat-sahabat juga mempunyai autoriti dalam sumber pendalilan syariat. Hal ini seumpama firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā berikut :
وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖوَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿١١٥
"Barangsiapa yang menentang Rasul-Nya sesudah jelas petunjuk baginya dan dia mengikuti yang bukan jalan orang-orang yang beriman, pasti kami memalingkannya kepada yang dia berpaling dan Kami masukkannya ke Jahannam. Itulah seburuk-buruk tempat kembali". [Surah an-Nisā^ ayat 115].
Sekalipun ada kecaman terhadap orang-orang yang tidak mengikut jalan orang beirman, tetapi yang dikecam adalah mereka yang mengikuti Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, bukannya menunjukkan adanya autoriti dalam kehujahan sumber syariat. Begitu juga perintah untuk ketaatan dengan ulil amri :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا﴿٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri daripada kalangan kalian. Jika kalian berselisih dalam sesuatu, maka hendaklah kalian kembalikannya kepada Allah dan Rasul jika kalian orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang lebih baik dan sebaik-baik akibat". [Surah an-Nisā^ ayat 59].
Daripada ayat ini, ketaatan terhadap ulil amri bukanlah sama sepertimana ketaatan terhadap wahyu. Dengan itu, selain daripada apa-apa yang dari Allah dan Rasul-Nya, maka ia bukanlah sumber syariat.
Bahkan, realitinya adalah ada beberapa bahagian yang para Sahabat tidak sepakat dengannya. Tidak ada seorang sahabat pun yang menyatakan bahawa menyalahinya, maka ia menyalahi syariat agama itu sendiri.
Kedua : Kita melihat para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sendiri lantang mengkritik mana-mana qowl daripada sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang lain yang pada asalnya tidak dapat dianggap ijtihad. Misal yang paling masyhur adalah *Ā^išah -roḍiyallahu *anhā- :
حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنِ الْأَسْوَدِ ، عَنْ عَائِشَةَ بَلَغَهَا أَنَّ نَاسًا يَقُولُونَ : إِنَّ الصَّلَاةَ يَقْطَعُهَا الْكَلْبُ وَالْحِمَارُ وَالْمَرْأَةُ ، قَالَتْ : أَلَا أَرَاهُمْ قَدْ عَدَلُونَا بِالْكِلَابِ وَالْحُمُرِ ! ! رُبَّمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يُصَلِّي بِاللَّيْلِ وَأَنَا عَلَى السَّرِيرِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ ، فَتَكُونُ لِي الْحَاجَةُ ، فَأَنْسَلُّ مِنْ قِبَلِ رِجْلِ السَّرِيرِ كَرَاهِيَةَ أَنْ أَسْتَقْبِلَهُ بِوَجْهِي " .
Abū Mu*āwiyah telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Al-A*maš telah merawi hadis kepada kami, daripada Ibrōhīm, daripada al-Aswad, daripada *Ā^išah; Telah sampai kepadanya bahawasanya orang ramai berkata: "Sesungguhnya solat terputus kerana anjing, keldai dan wanita". Dia berkata: "Adakah mereka tidak melihat bahawa mereka telah menyamakan kami dengan anjing dan keldai! Kadangkala aku melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersolat pada waktu malam dan aku di atas tempat perbaringan yang di antara baginda dan di antara kiblat. Lantas, aku mempunyai hajat dan aku berangkat dengan senyap-senyap dari penjuru katil kerana khuatir jika menghadap dia menghadap wajahku". [Musnad Aḥmad, no. 23602].
Begitu juga dengan para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- yang lain.
حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ أَبِي تَمِيمَةَ السَّخْتِيَانِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ فِي قَوْمٍ وَهُمْ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ فَذَهَبَ لِحَاجَتِهِ ثُمَّ رَجَعَ وَهُوَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَتَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَلَسْتَ عَلَى وُضُوءٍ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ مَنْ أَفْتَاكَ بِهَذَا أَمُسَيْلِمَةُ
Yaḥyā telah merawi hadis kepadaku, daripada Mālik, daripada Ayyūb bin Abū Tamīmah as-Saẖtiyāniyy, daripada Muḥammad bin Sīrīn bahawasanya *Umar bin al-H̱oṭṭōb berada bersama sesebuah kumpulan dan mereka membaca al-Qur^ān. Kemudian, dia pergi untuk hajatnya. Kemudian, ia kembali dan membaca al-Qur^ān. Lantas seorang lelaki berkata kepadanya: "Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau membaca al-Qur^āndalam keadaan engkau tidak ada wuduk?". 'Umar berkata kepadanya: "Siapa yang memberi fatwa ini seperti ini kepada kamu? Adakah Musaylamah?". [Muwaṭṭo^ Mālik riwayat Yaḥyā bin Yaḥyā al-Layṯiyy, kitāb ar-Ruẖṣoh Fī Qirō^ah al-Qur^ān *Alā Ġoyr al-Wuḍū^, no. 469].
حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنِي يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الشَّامِ وَهُوَ يَسْأَلُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ عَنْ التَّمَتُّعِ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ هِيَ حَلَالٌ فَقَالَ الشَّامِيُّ إِنَّ أَبَاكَ قَدْ نَهَى عَنْهَا فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ أَبِي نَهَى عَنْهَا وَصَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَأَمْرَ أَبِي نَتَّبِعُ أَمْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ بَلْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَقَدْ صَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
*Abdu bin Ḥumayd telah merawi hadis kepada kami; Ya*qūb bin Ibrōhīm telah merawi khabar kepadaku; Ayahku telah merawi hadis kepada kami, daripada Ṣōliḥ bin Kaysan, daripada Ibn Šihāb, bahawasanya Sālim bin *Abdullah menceritakan kepadanya bahawasanya dia mendengar seorang lelaki daripada penduduk Syam bertanya kepada *Abdullah bin *Umar tentang at-Tamatttu* yang memulakan *umrah, kemudian haji. *Abdullah bin *Umar berkata: "Ianya adalah halal". Orang Syam itu berkata: "Sesungguhnya ayah engkau pernah melarang daripadanya". Berkata *Abdullah bin *Umar: "Apa pendapat engkau jika ayahku melarang daripadanya, sedangkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melakukannya? Adakah pendapat ayahku yang kita ikuti atau perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-?". Maka lelaki itu berkata: "Bahkan perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". Dia berkata: "Benar-benar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pernah melakukannya". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb al-Ḥajj *An Rosūlillah, no. 823].
Walaupun pada hakikatnya kenyataan tentang terputusnya solat adalah sahih daripda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi fokus kita bukanlah benar ataupun tidak dalam kritikan itu, tetapi ia soal berprinsip dalam pegangan agama. *Ā^išah -roḍiyallahu *anh- tetap lantang mengkritik sekalipun daripada qowl daripada para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang lain yang dianggap bukan ijtihad. Pada Ibn *Umar pula, kalau kita lihat, pendapat ayahnya dalam menetapkan tiada haji tamattu* seolah-olah seperti bukan ijtihadnya kerana perkara ibadah tidak boleh diharamkan atau dibenarkan melainkan adanya sandaran daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Namun, anaknya langsung tidak melihat sepertimana sebahagian orang melihatnya bahawa ia adalah marfū*.
Maka, apa yang boleh diteladani pada perkara ini adalah sekalipun ada kenyataan yang datang daripada para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tetapi tidak dapat dipastikan hukumnya marfū* ataupun tidak, maka kita tidak menganggap sebagai marfū*. Lebih baik tawaqquf sehinggalah dapat dipastikan hal tersebut. Jikalau ia serta merta dianggap marfū*, maka bukan sahaja kita tidak mengikut manhaj para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- dalam beragama, malah kita khuatir akan terjerat dalam hal yang disebutkan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ini :
حَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَةٌ ، فَمَنْ تَرَكَ مَا شُبِّهَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ ، كَانَ لِمَا اسْتَبَانَ أَتْرَكَ ، وَمَنِ اجْتَرَأَ عَلَى مَا يَشُكُّ فِيهِ مِنَ الْإِثْمِ ، أَوْشَكَ أَنْ يُوَاقِعَ مَا اسْتَبَانَ ، وَالْمَعَاصِي حِمَى اللَّهِ مَنْ يَرْتَعْ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكْ أَنْ يُوَاقِعَهُ " .
"Halal itu jelas dan haram itu jelas. Di antara keduanya adalah perkara-perkara mutasyabihat. Barang siapa yang meninggalkan apa-apa yang meragukan kerana khuatir dosa, bererti dia telah meninggalkan perkara yang yang haram. Dan barangsiapa yang berdekatan dengan perkara-perkara yang samar, maka di dalamnya terdapat dosa. Hampir-hampir ia terjatuh kepada yang haram. Maksiat adalah kawasan larangan Allah. Barangsiapa yang berada di kawasan berhampiran dengan larangan Allah, ia hampir-hampir untuk jatuh kepadanya". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb al-Buyū*, no 1920].
Kesimpulannya adalah qowl dan perbuatan serta perakuan sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- terhadap sesuatu yang dianggap bukan ijtihad bukan semestinya akan diangkat menjadi hukum marfū*.

Subscribe to:
Posts (Atom)