Friday, February 14, 2020

Ilmu Agama Ḍorūriyy Yang Diabaikan

Apabila berkata tentang ilmu ḍorūriyy, iaitu ilmu yang penting dan wajib diketahui dalam agama sehingga apabila seseorang berbicara tentangnya, maka pengetahuan itu automatik diketahui oleh umatnya dan tidak ada tanda tanya lagi tentang kesamaran dan ketidaktahuannya, kebanyakan orang menyatakan tentang ilmu fardu ain seperti ilmu usuluddin yang membahaskan ilmu ketuhanan, kerasulan, alam ghaib dan lain-lain atau ilmu fiqh yang merangkumi hal-hal ibadah dan praktik individu atau ilmu penyucian jiwa dalam mendidik aspek adab, kesantunan dan hal ehwal jiwa. Pentingnya yang ditekankan dalam perkara ini seolah-olah seseorang tidak berhak mendapat gelaran Muslim yang sejati dan tidak berhak mendapat syurga serta kesempurnaan dalam beragama jika beberapa hal dalam perkara ini tidak diketahui atau tidak dihabiskan pelajaran baginya.

Dalam penekanan terhadap ilmu-ilmu ini walaupun penting, tetapi sebenarnya terdapat perkara yang penting perlu ditekankan dalam pendidikan ilmu ḍorūriyy. Antaranya ialah ilmu yang menghasilkan jiwa yang seseorang tidak akan mengambil sesuatu perkara dalam urusan agama melainkan setelah dipastikan kebenaran dan kekukuhan penghujahannya sebelum beramal dengannya. Ilmu ini sebenarnya sangat penting kerana teras penting dalam agama ini ialah seseorang berdiri di atas keyakinan yang tertegaknya bukti dan sandaran yang kuat bagi menjadi kepercayaan yang sejahtera dan amalan yang berpijak di tapak yang stabil dalam kehidupan. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

قُلْ هَـٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّـهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّـهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿١٠٨

Katakanlah, "Inilah jalanku yang aku seru kepada Allah. Aku dan orang yang mengikutiku di atas kenyataan. Maha Suci Allah dan bukanlah aku daripada orang Musyrik". [Surah Yūsuf ayat 108].

Pendirian yang dinyatakan ini ialah sebagai mercu bahawa agama ini tidak dianuti dan diikuti melainkan di atas pegangan yang tidak dapat diragukan lagi kebenarannya. Apabila seseorang mengakui bahawa dia berlepas diri daripada orang Musyrik, pasti dia punyai hujah dan alasan yang munasabah lagi jitu dalam menyatakan perlawanannya di antara dirinya dengan golongan yang dia menyelisihinya. Jika tidak, maka dia tidak memenuhi tuntutan agama yang mesti dipenuhi oleh umatnya dan penganutnya. Apakah gunanya seseorang yang mendakwa dirinya di atas kebenaran, tetapi kebenaran yang dicanangkan dan digembar-gemburkan itu sekadar sentimen kosong yang tidak berisi sesuatu apappun?

Antara salah satu peranan, sifat dan ciri-ciri al-Qur^ān sebagai bukti bagi setiap petunjuk-petunjuk yang diturunkan kepada manusia. Firman Allah *Azza Wajalla :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

"Bulan Romaḍōn ialah bulan yang diturunkan al-Qur^ān sebagai petunjuk kepada manusia serta bukti daripada petunjuk dan pembeza". [Surah al-Baqoroh ayat 185].

Maknanya, dalam menjiwai al-Qur^ānsebagai penghayatan hidupnya, seseorang perlu berteraskan bukti dan dalil dalam setiap pegangan dan seruan dakwah. Orang yang berpedomankan al-Qur^ān dan menjadikan al-Qur^ān sebagai junjungan yang mutlak lagi berdaulat, maka dia perlulah sentiasa berpaut dengan keterangan-keterangan yang bebas daripada sebarang pencemaran syubhat dan syak wasangka. Jika al-Qur^ān menunjukkan contoh yang mulia dalam mempamerkan bukti yang nyata, apakah mungkin seseorang yang ingin hidup di lembayung al-Qur^ān hanya berasaskan angan-angan dan khayalan?

Malah, banyak kali ayat diulang-ulang tentang datangnya ayat al-Qur^ān bersama nilai bukti yang jelas. Misalnya seperti firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā seperti berikut :

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ مَّا كَانَ حُجَّتَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا ائْتُوا بِآبَائِنَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٢٥

Apabila dibacakan ayat-ayat Kami yang jelas, tidaklah mereka berhujah melainkan mereka berkata: "Hidupkanlah nenek moyang kami jika kalian orang yang benar". [Surah al-Jāṯiyah ayat 25].

Firman Allah Ta*ālā :

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَهُمْ هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ ﴿٧

Apabila dibacakan ayat-ayat yang jelas kepada mereka, berkatalah orang yang kafir apabila datangnya kebenaran kepada mereka: "Ini ialah sihir yang nyata". [Surah al-Aḥqōf ayat 6].

Tidak ada alasan dan dalih lagi untuk menerapkan perkara ini ke dalam pendidikan dan pembelajaran bagi setiap Muslim kerana inilah dasar yang membina dan membentuk agama. Sesungguhnya agama ini tidak mendidik umatnya menjadi jahil, bebal, dungu, bodoh lagi tolol dalam perhatian terhadap ilmu, kecelikan dan kecendekiaan. Sememangnya agama ini menerapkan penganutnya terhadap nilai-nilai intelektual yang tahqiq dan kefahaman yang tuntas serta cemerlang pencapaian dalam pengetahuan dan cerapan. Sesuatu yang tercela dalam agama ini ialah mengikuti sesuatu yang bukan pengetahuan terhadapnya. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦

"Janganlah engkau mengikuti sesuatu yang tidak engkau mempunyai ilmu tentangnya. Sesungguhnya telinga, pendengaran dan fuad kesemuanya itu akan ditanyakan tentangnya". [Surah al-Isrō^ ayat 36].

Firman Allah Yang Maha Agung :

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُوا بِاللَّـهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَن تَقُولُوا عَلَى اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٣٣

Katakanlah: "Tuhanku hanyalah mengharamkan kekejian yang zahir daripadanya dan yang tersembunyi daripadanya, dosa, melampaui batas tanpa hak, mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang diturunkan keterangan tentangnya dan mengatakan sesuatu terhadap Allah dengan apa-apa yang kalian tidak ketahui". [Surah al-A*rōf ayat 33].

Jika kita mendakwa sesuatu itu sebagai salah satu bahagian dalam pensyariatan agama, apakah kita bersedia untuk bertanggungjawab akan hal itu di akhirat kelak? Di sini peri pentingnya sikap yang perlu diserapkan dalam ilmu yang dipelajari bagi setiap Muslim kerana Allah tidak mengingatkan hal ini melainkan di situ terdapat kepentingan terhadapnya. Ini benar-benar dhoruri bagi umat kerana mengikuti sesuatu dalam keadaan tidak mengerti tentangnya bersama keyakinan yang disuntikkan bahawa itu ini daripada Allah dan Rasul-Nya, sedangkan kedua-duanya berlepas diri daripada dakwaan itu?

Apakah sekadar ikut-ikutan yang menjadi penenang hati yang gelisah dengan waswas yang berpusar dan berbisik-bisik, sedangkan dirinya mampu dan berkebolehan untuk menilainya secara komprehensif? Adakah kerana terpedaya dengan aura sakti lagi keramat yang bergema ketika disebut-sebutkan nama seseorang menyebabkan kita lentur diri untuk menyaring? Sesungguhnya Allah Jalla Wa *Azza mengecam orang yang sengaja tidak menggunakan akalnya dalam keadaan deria itu berfungsi elok dan mampu dimaksimumkan dayanya untuk mengamatinya dengan teliti. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ﴿١٠٠

"Tidaklah seseorang akan beriman melainkan dengan izin Allah. Dan Dia menjadikan kehinaan ke atas orang yang tidak berakal". [Surah Yūnus ayat 100].

Firman Allah Ta*ālā :

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦

"Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lantas jantung mereka berakal terhadapnya atau telinga mereka mendengar terhadapnya. Maka, sesungguhnya bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta ialah jantung dalam dada". [Surah al-Ḥajj ayat 46].

Usah dipandang ringan lagi dalam hal ini kerana menjauhkan diri daripada nilai yang diperjuangkan dalam agama merupakan kecelakaan yang kita halakan arah tujunya. Agama kita berasaskan sandaran bukti yang jelas lagi nyata. Jangan kita letakkan pegangan kita terhadap sesuatu sebelum kita yakin dengan pasti tentang pilihan yang dibuat. Biarlah proses penyaringan dan penelitian itu berjalan lama kerana wahyu diturunkan bukan sekaligus. Ikuti kebenaran bukan soal lama atau sekejap, tetapi soal sama ada tahqiq ataupun tidak sehingga hal itu berhak menjadi sesuatu yang kita setia terhadapnya. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ ۗ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ ﴿١٣٥

Katakanlah: "Wahai kaumku! Beramallah berdasarkan kedudukanmu. Sesungguhnya aku pun beramal. Kelak kalian mengetahui siapakah yang memperoleh balasan yang baik. Sesungguhnya tidaklah orang yang zalim itu berjaya". [Surah al-An*ām ayat 135].

Firman Allah Yang Maha Mulia :

وَيَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ ۖسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَن يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَمَنْ هُوَ كَاذِبٌ ۖ وَارْتَقِبُوا إِنِّي مَعَكُمْ رَقِيبٌ ﴿٩٣

"Wahai kaumku! Beramallah berdasarkan kedudukanmu. Sesungguhnya aku pun beramal. Kelak kalian akan mengetahui siapakah yang akan ditimpakan azab yang menghinakannya dan siapakah yang berdusta. Nantikanlah kerana aku pun menantikan bersama kalian". [Surah Hūd ayat 93].

Melalui ayat ini, pengetahuan tentang kebenaran mungkin akan diperoleh dari suatu masa tertentu yang lama. Sekalipun hal ini berkaitan dengan hari akhirat, tetapi pengajaran daripada hal ini juga ia juga berkaitan dengan dunia yang kita diami sekarang. Jika berbalah antara satu sama lain dalam suatu permasalahan, maka masing-masing berpendirian sepertimana pendirian yang dinyatakan dalam al-Qur^ān. Kemudian, masing-masing terus mengkaji dan menganalisis, lalu mendapati kebenaran terungkap di suatu pihak dan kesalahan terbeber di pihak yang lain. Kronologi seperti ini tetap menepati yang diterangkan dalam al-Qur^ān dan memberikan pengajaran kepada kita bahawa kebenaran mungkin akan lambat diperoleh yang kita tidak tahu waktu ditemukan dan diungkapkannya. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَانتَظِرْ إِنَّهُم مُّنتَظِرُونَ ﴿٣٠

"Berpalinglah daripada mereka dan tunggulah kerana sesungguhnya mereka juga menunggu". [Surah as-Sajadah ayat 30].

Sebab itulah saya selalu tegaskan bahawa selagimana seseorang tidak menguasai bahasa Arab yang essensial untuk memahami agama, maka janganlah dia terjun dalam pengamalan yang bersandarkan pensyariatan. Malah, seseorang perlu mendalami usul fiqh dan menyelami lautan ilmu *ilal al-Ḥādīṯ sebelum berhujah akan hal itu sebagai amalan untuk agama dirinya. Menjadikan ini sebagai prioriti yang kurang utama dan tidak penting hanyalah pentaksiran daripada orang yang tidak lalai daripada tuntutan agama ini. Sekalipun subjek ini susah, sukar dan rumit untuk dipelajari dan memahirkannya itupun kalau bukan sepertimana yang dimomokkan, itu lebih baik daripada yang mudah tetapi hanya menerbangkan layang-layang yang rapuh talinya. Firman Allah Yang Maha Mulia :

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦

"Maka, sesungguhnya pada kesenangan itu ada kemudahan. Sesungguhnya pada kesusahan itu ada kesenangan". [Surah aš-Šarḥ ayat 5-6].

Usah terpedaya dengan dakwaan perkara itu telah sepakat tentang penghukumannya, diamalkan secara meluas merata-rata tempat dan telah terus-menerus tradisi dan warisan tersebut sepanjang zaman. Selagimana belum jelasnya terhadap penghujahan daripada al-Qur^ān dan as-Sunnah, maka perkataan seseorang atau sesiapapun tidak diambil kira sekalipun telah disokong oleh jutaan yang lain. Yang menentukan kebahagiaan terletak pada diri kita, bukan orang lain. Ilmu fardu ain ialah yang mesti dipenuhi untuk keperluan dirinya dan diri individu itulah yang mengisi bekalan diri, bukan sekadar menumpang pencapaian orang lain. Biarlah kita lambat daripada beramal lima puluh lamanya kerana agama ini sendiri bukan dididik dan diimplementasikan sekaligus, tetapi berperingkat dan beransur-ansur. Lebih-lebih lagi sanad hadis yang berkepelbagaian sehingga hal ini mendesak seseorang memerlukan kajian yang besar dan lama untuk memastikan tiada kecacatan tersembunyi dalam beramal. Bukanlah semudah untuk terus beramal.

Tidakkah mereka sedari bahawa kesukaran mereka untuk tahqiq dan tuntas dalam mencari kebenaran yang penuh kepayahan dan lelah serta memakan masa yang lama akan menatijahkan kesenangan yang mereka akan begitu asyik mencicipinya? Walhasil kesenangan adalah pencapaian ilmu yang banyak, kefahaman yang teguh, keimanan yang kukuh, hujah yang tegap konkrit dan konsisten di jalan yang lurus. Tidakkah semua ini adalah nikmat kesenangan yang seharusnya disyukuri dan dituntut untuk memperolehnya? Usah mengeluh dan merengek dalam kesungguhan yang dilaburkan. Yakinilah bahawa kesenangan sentiasa bersama dalam kesukaran itu.

Kesan yang paling ketara untuk dilihat kepincangan dalam ikutan membuta tuli ialah pada penentuan darjat hadis. Kadangkala apabila seseorang terbiasa untuk memilih taklid, seseorang hanya akan berhujah dengan berdasarkan pandangan ahli hadis yang sepakat dengan kehujahan dalam amalannya. Jika ada pendapat sebaliknya, seseorang sanggup membuangnya tanpa alasan yang kukuh. Malah, apabila beramal amalan yang lain, seseorang akan memilih pendapat ahli hadis yang dia tolak dan dia pula menolak pendapat yang dahulu dia ambil. Sangatlah keji praktik ini dalam agama kerana berpindah pendapat tanpa alasan yang kukuh. Hanya berpaksikan kaedah "Ikutilah selagimana terdapat pandangan ahli hadis ternama tentangnya".

Tentu lagi tidak patut beramal sesuatu hanya kerana orang ramai melakukannya dan berterusan dalam warisannya. Banyaknya orang bukan pengukur segala-galanya. Malah, yang sedikit pun bukan juga indikatornya. Bilangan bukan penentu kebenaran yang mutlak untuk diikuti. Selagimana tiada paksi al-Qur^ān dan as-Sunnah yang menjadi landasan kepada perjalanan amalan itu, maka tidak ada terhadapnya. Ingatlah bahawa sebaik-baik amalan ialah amalan yang didasari dengan penghujahan yang jitu padanya dan amalan yang terbaik merupakan tuntutan daripada Allah *Azza Wa Jalla :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴿٢

"Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kalian yang mana satukah di antara kalian yang terbaik amalnya. Dialah Maha Luhur lagi Maha Pengampun". [Surah al-Mulk ayat 2].

Jangan kerana dipengaruhi rasa tamak untuk beramal dan terliur dengan kegopohan menyebabkan kita abai pengamatan kita dalam menjalani aktiviti dan perbuatan yang disandarkan kepada agama. Tidak perlu peduli kecaman dan bentakan orang jahat yang kita lambat beramal disebabkan orang sekelilingnya sudah selesa dengan rutin mereka. Tutuplah pendengaran dari celaan orang yang bebal kerana tidak mahu beramal sesuatu yang belum dipastikan keabsahannya dalam agama walaupun ia telah dibiasakan secara turun-temurun dan meluas berleluasa. Sebab kita yang memilih jalan kebahagiaan dan kita yang menjadikan al-Qur^ān sebagai teman sewajarnya kita mengutamakan petunjuknya lebih daripada yang lain. Bukan daripada sesiapa yang mendakwa-dakwi tentang agama sehinggalah dibuktikan dengan kukuh. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ ﴿١١٦

"Kalau engkau taat terhadap kebanyakan orang di bumi ini, pasti mereka menyesatkan engkau daripada jalan Allah. Tidaklah mereka mengikuti melainkan persangkaan dan bukanlah mereka itu melainkan orang yang degil". [Surah al-An*ām ayat 116].

Firman Allah Ta*ālā :

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا ﴿٢٨

"Tidaklah mereka mempunyai pengetahuan terhadapnya. Tidaklah mereka mengikuti melainkan persangkaan. Sesungguhnya persangkaan tidak mencukupkan kebenaran walau sesuatu pun". [Surah an-Najm ayat 27].

Firman Allah Ta*ālā :

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا ۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ ﴿٣٦

"Tidaklah kebanyakan mereka mengikuti apa-apa melainkan persangkaan. Sesungguhnya persangkaan tidak mencukupkan kebenaran walau sesuatu pun. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa-apa yang mereka lakukan". [Surah Yūnus ayat 36].

Firman Allah Ta*ālā :

وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢٠

"Benar-benar sesungguhnya iblis telah membenarkan persangkaan mereka, lantas mereka mengikutinya melainkan sekumpulan daripada orang yang beriman". [Surah Saba^ ayat 20].

Sebab itulah menjauhi segala sangkaan yang tidak membawakan kita kepada kebenaran merupakan tuntutan dalam agama. Tidak patut kita berkata sesuatu itu merupakan sah dan batal di sisi syariat sedangkan kita hanya menyangka dan tidak nyata dengan terang sama ada Allah dan Rasul-Nya membelanya ataupun tidak tidak. Firman Allah Yang Maha Mulia :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada persangkaan. Sesungguhnya sebahagian persangkaan adalah berdosa". [Surah al-Ḥujurōt ayat 12].

Sebahagian bukti bukanlah semestinya pembuktian yang sempurna seratus peratus. Kadangkala sembilan puluh peratus sahaja keyakinan itu. Walaupun tidak sempurna, bukanlah bermakna bukti itu tidak kuat. Sesiapa yang memilih bukti yang lemah daripada itu sedangkan terdapat bukti yang lebih kuat tertegak ke atasnya, maka dia telah memilih hawa nafsunya sebagai tunggangan dan kenderaan. Sesiapa yang berpaling daripada bukti yang berkuasa tujuh puluh peratus, tetapi berpaling memilih selainnya yang lebih lemah, maka dialah yang memilih persangkaan.

Adapun yang masing-masing sama kuat tetapi tidak terbukti salah satunya yang lebih jelas, maka inilah pilihan yang masing-masing untuk menjejakkan jalan yang ditujukan. Ini tidak lagi dikira persangkaan yang batil diikuti kerana masing-masing saling bertolak-tolakan dan tarik-menarik sehingga keputusan muktamad sukar ditentukan. Di sini tidak ada pencelaan terhadap yang lain atau lebih baik daripada yang lain kerana kekuatan untuk membatalkan yang lain tidak mencukupi sehingga mampu menjadi dominan. Persangkaan yang tercela ialah apabila seseorang memilih potensi salah dan mudarat yang lebih besar, sedangkan yang lebih kecil telah dibentangkan hujahnya, maka inilah yang ditempelak. Firman Allah *Azza Wajalla :

قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَىٰ بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ

Musa berkata: "Adakah kalian ingin menukarkan sesuatu yang lebih kurang dengan yang lebih baik?". [Surah al-Baqoroh ayat 61].

Walau bagaimanapun, kita sentiasa perlu mengkehadapankan sikap tamak terhadap menuntut kepada kebenaran dan mengikutinya tatkala hal itu menyuluh dengan sinaran cerah. Demikian sahutan cabaran ini sentiasa dikumandangkan dan digema secara berulang kali dan lantang kerana agama ini sentiasa berpaksikan atas hujah, fakta dan dalil. Agama ini sentiasa meriah dengan suasana budaya dan wacana cenndekia serta aktif dalam mengejar kenyataan yang menjadi kebenaran yang didambakan. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

قُلْ فَأْتُوا بِكِتَابٍ مِّنْ عِندِ اللَّـهِ هُوَ أَهْدَىٰ مِنْهُمَا أَتَّبِعْهُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٩

Katakanlah: "Bawakanlah kitab di sisi Allah yang lebih memberi petunjuk daripada kedua-duanya, pasti aku akan mengikutinya jika kalian orang yang benar". [Surah al-Qoṣoṣ ayat 49].

Firman Allah Ta*ālā :

ائْتُونِي بِكِتَابٍ مِّن قَبْلِ هَـٰذَا أَوْ أَثَارَةٍ مِّنْ عِلْمٍ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤

"Bawakan kitab daripada sebelum ini atau peninggalan daripada pengetahuan jika kalian orang yang benar". [Surah al-Aḥqōf ayat 4].

Firman Allah Ta*ālā :

قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ ﴿٨١

Katakanlah: "Kalau ar-Roḥmān memiliki anak, pasti aku orang yang terawal menyembahnya". [Surah az-Zuẖruf ayat 81].

Kalau seseorang enggan dan berpaling daripada jalan ini, mana mungkin seseorang ingin meneladai firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā seperti berikut :

بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهُ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ ۚ وَلَكُمُ الْوَيْلُ مِمَّا تَصِفُونَ ﴿١٨

"Bahkan kami melemparkan kebenaran kepada batil, lantas kebenaran itu menghancurkannya, maka kebatilan itu lenyap. Kecelakaan bagi kalian terhadap apa-apa yang kalian sifatkan". [Surah al-Anbiyā^ ayat 18].

Jika seseorang ingin mengalahkan kebatilan dan menghancurkannya, pasti perlunya kebenaran yang menyirnakan kegelapan dengan pelita yang menyala. Seseorang yang menjadikan al-Qur^ān sebagai panduan hidupnya pastilah mengisi dan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi tentangan dan terkaman kebatilan dalam menzahirkan kewibawaan keunggulannya. Tidaklah Allah menyampaikan dengan kata-kata kosong dan sekadar mencangkul angin. Bagaimana mungkin kita membiarkan diri dalam keadaan kekosongan sedangkan kita mendakwa bahawa kita merupakan hamba-Nya? Apakah kita ingin menyeru manusia kepada bukti yang nyata sedangkan kita hanya berlayar dengan kapal yang tidak dipastikan keselamatannya? Firman Allah *Azza Wajalla :

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ﴿٤٤

"Adakah kalian mengajak manusia kepada kebaikan sedangkan kalian melupakan diri kalian dan kalian membaca kitab? Tidakkah kalian berakal?". [Surah al-Baqoroh ayat 44].

Beberapa Teladan

Berikut saya paparkan beberapa kenyataan daripada tokoh dan sarjana dalam pendirian mereka dalam ikutan terhadap agama. Sesungguhnya kenyataan yang dipaparkan ini adalah sebagai peringatan kepada kita bahawa agama ini bukan milik sesiapa dan bukan dipengaruhi oleh sesiapa, tetapi agama ini berdiri sendiri dengan kekuasaan Allah yang diteguhkan ke atas rasul-Nya. Maka, sesiapa yang ingin menggapai sebenar-benar kefaqihan dan kebaikan dalam beragama, maka sentiasalah al-Qur^ān dan as-Sunnah menjadi timbangan yang berat untuk segala urusan yang diperselisihkan dan yang dinyatakan. Berikut adalah ungkapan-ungkapan yang boleh diambil teladan daripadanya supaya kita melihat semula sisi penting dalam beragama :

A) Abū Ḥanīfah berkata :

لا يحل لمن يفتى من كتبي أن يفتي حتى يعلم من أين.

"Tidak halal untuk seseorang berfatwa daripada kitab-kitab aku yang dia berikan fatwa sehinggalah dia mengetahui sumbernya". [Al-Intiqō^ Fī Faḍō^il aṯ-Ṯalāṯah al-A^immah al-Fuqohā^ Mālik Wa aš-Šāfi*iyy Wa Abū Ḥanīfah Roḍiyallahu *Anhum, karya Ibn *Abdur Barr, m/s 145, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Kita juga wajar berpendirian sedemikian tatkala menyatakan pendapat kita. Walaupun kita telah kerahkan segala tenaga dan daya dalam menggeladah kebenaran daripada al-Qur^ān dan as-Sunnah, maka kita sama sekali tidak berhak untuk memaksa orang lain bersependapat dengan kita. Serahkan selebihnya untuk mereka analisis hujah kita dan meneliti segala kajian yang kita kemukakan. Kita telah pun tunaikan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu yang mengejarkan kebenaran. Apabila orang lain bersependapat dengan kita bahawa hal itu terbukti benar-benar menepati al-Qur^ān dan as-Sunnah, maka itu bukan sahaja keuntungan diri kita sahaja, tetapi keuntungan kepada umat kerana memanfaatkan dan mengambil perhatian dengan pendapat. Jika mereka menyalahi tanpa alasan yang munasabah, maka beban itu terpikul pada mereka, bukan lagi pada kita. Kita tidak dapat memberi hidayah sekalipun terhadap orang yang kita amat cintai. Hanya Allah sahaja yang segala kekuasaan di sisi-Nya.

B) Abū Yūsuf berkata ketikamana saat kematiannya :

كل ما أفتيت به فقد رجعت عنه إلا ما وافق الكتاب السنة

"Setiap apa-apa yang aku fatwakan tentangnya, maka aku telah menarik balik daripadanya kecuali mana-mana yang menepati al-Qur^ān dan as-Sunnah". [Siyar A*lam ām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 7, m/s 471, keluaran Dār al-Ḥadīṯ, al-Qōhiroh].

Walaupun kita telah lama dan banyak menelusuri pengetahuan dan kefahaman demi memperoleh kebenaran yang agung, kadangkala kita terlepas pandang terhadap kesalahan kita yang tidak kita sengaja dan tanpa kita sedari sedangkan kita bukan sememangnya bertujuan untuk beralih dari jalan yang sejahtera. Maka, mudah-mudahan Allah mengampuni kita atas kesilapan yang kita lakukan sama ada besar atau kecil yang kita lakukan secara sedar atau tidak sedar dan yang sengaja atau tidak sengaja. Apabila kita telah menyedari hal itu, maka seharusnya bagi kita menarik semula pandangan itu dan beralih kepada mentari yang bersinar. Demikian juga kita peringatkan kepada saudara kita bahawa kita berlepas diri daripada penyimpangan kepada kiblat kebenaran. Mana-mana yang didapati bahawa hal itu bertentangan arah, maka peringatkanlah kepadanya supaya usah peduli untuk menyelisihinya dan ambillah bekalan yang memenuhi jiwa dengan ketakwaan. Jika kita sayangi saudara kita untuk beriltizam dengan kebenaran, maka sentiasalah wasiatkan dan nasihatkan yang ini.

C) Mālik bin Anas berkata :

كل أحد يؤخد عن قوله ويترك إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم

"Setiap orang diambil pendapatnya dan ditinggalkan melainkan penyemadi di dalam kubur ini, iaitu Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". [Siyar A*lam ām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 7, m/s 178, keluaran Dār al-Ḥadīṯ, al-Qōhiroh].

Agama ini telah pun terputus wahyunya sejajar kewafatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Tidak ada yang lebih autoriti dalam urusan agama melainkan di tangan Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang mendakwa sesuatu itu dalam pensyariatan Allah dan Rasul-Nya, maka hendaklah diteliti sumber ambilannya. Jika benar dan menepati kaedah-kaedah yang digariskan oleh agama ini, maka pendapat itu menjadi hujah dan kebenaran. Ini bukannya bermaksud kalam manusia lain itu menjadi sisipan yang setara dengan kedudukan firman Allah dan Rasul-Nya, tetapi seseorang itu menjadi cermin yang memantulkan cahaya kebenaran-Nya kepada umat ini. Dengan kata lain, kebenaran itu zahir melalui wasilah dirinya, bukan dia itu sendiri menjadi tiang bagi agama ini.

D) Mālik bin Anas berkata :

إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكلما وافق الكتاب والسنة فخذوا به وكلما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه.

"Aku cumalah seorang manusia yang kadangkala benar dan kadangkala tersilap. Maka, hendaklah kalian telitilah pandanganku. Apabila bertepatan dengan al-Qur^ān dan as-Sunnah, maka ambillah ia. Apabila tidak bertepatan dengan al-Qur^ān dan as-Sunnah, maka tinggalkanlah ia". [Jāmi* al-Bayān al-*Ilm Wa al-Faḍl, karya Ibn *Abdul Barr, jilid 1, m/s 775, kelaran Dār Ibn al-Jawziyy, as-Saudi, tahqiq Abū al-Ašbāl az-Zuhayriyy].

Sesiapa yang tidak dikurniakan wahyu daripada Allah, maka janganlah dia segan, malu dan keberatan untuk mengungkapkan seperti ini. Sesungguhnya kebenaran mampu melangkaui sesiapa sahaja tanpa kita sangka. Jika bertuah, seseorang mendapat bahagian kebenaran itu di sisi Allah. Jika tidak, maka kebenaran bukan terikat dengan sesiapa. Allah menurunkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa kita sangka, jangka dan ramalkan. Maka, Allah bebas untuk zahirkan kebenaran dengan cara yang Dia mahu dan semua itu di atas kebijaksanaan-Nya, keadilan-Nya, pengetahuan-Nya dan ketelitian-Nya. Jika seseorang mendapati kebenaran daripada orang yang bukan kita sukai dan gemari, maka sesungguhnya janganlah kita mengingkari kurniaan yang Dia anugerahkan kepada kita. Kalau kita sayang kepada seseorang, maka kebenaran lebih berhak untuk dicintai dan didambai.

E) Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

لا تقلدني ولا تقلد مالكا ولا الثوري ولا الأوزاعي وخذ من حيث أخذوا.

"Jangan engkau bertaklid kepadaku dan jangan engkau bertaklid kepada Mālik, aṯ-Ṯawriyy dan al-Awzā*iyy, tetapi ambillah daripada mana yang mereka ambil". [I*lām al-Muwaqqi*īn *An Robb al-*Ālamīn, karya Ibn al-Qoyyim al-Jawziyyah, jilid 2, m/s 138, keluaran Dālr al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad bin *Abdul Salām Ibrōhīm].

Sekalipun pendapat itu telah disepakati oleh ramai orang, maka janganlah dia peduli dengan jumlah itu selagimana kehujahan al-Qur^ān dan as-Sunnah belum diyakini dengan pasti dan belum dibuktikan dengan kukuh. Agama ini bukan dipengaruhi oleh sesiapapun sekalipun seseorang itu atau kelompok itu merupakan bayangan dan cerminan kepada agama ini. Tetapi, kitalah yang perlu dipengaruhi oleh agama yang diredhai oleh Allah. Agama mempengaruh tetapi tidak dipengaruhi. Sesiapa yang mendakwa sesuatu perkara itu daripada Allah dan Rasul-Nya, maka telitilah kerana wahyu merupakan milik Allah yang mutlak dan disampaikan kepada rasul-Nya sahaja. Yang selain itu boleh jadi menepati dan boleh jadi menyimpang.

F) Aš-Šāfi*iyy berkata :

إذا صح الحديث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فاضربوا بقولى الحائط

"Apabila sahihnya hadis daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka campaklah pendapatku ke dinding". [I*lām al-Muwaqqi*īn *An Robb al-*Ālamīn, karya Ibn al-Qoyyim al-Jawziyyah, jilid 3, m/s 223, keluaran Dālr al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad bin *Abdul Salām Ibrōhīm].

Setiap orang wajib menjadikan rasul-Nya sebagai hakim yang mutlak untuk segala keputusan dan tidak boleh bagi sesiapapun menyelisihinya tatkala ketetapan telah dimuktamadkan ke atasnya. Sesiapa yang menyampaikan kebenaran kepada kita, maka berpalinglah daripada keenakan yang kita santap dan menujulah kepada penawar yang menyembuhkan jantung. Janganlah kita menolak kebenaran hanya kerana daripada orang yang kita tidak suka sedangkan alasan untuk meragukan kebenaran itu tidak mencapai kemunasabahan. Kebenaran mampu dizahirkan di mana jua dengan izin Allah dan Dialah merezekikan hamba-Nya dengan laluan yang Dia kehendaki.

G) Aš-Šāfi*iyy berkata :

كل ما قلته فكان من رسول الله صلى الله عليه وسلم خلاف قولي مما صح فهو أولى ولا تقلدوني

"Setiap apa-apa yang aku berpendapat tentangnya, lantas terdapat hadis daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyalahi pendapatku setelah terbukti kesahihannya maka hadis itu lebih utama dan jangan kalian bertaklid kepadaku". [Siyar A*lam ām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 8, m/s 248, keluaran Dār al-Ḥadīṯ, al-Qōhiroh].

Begini sepatutnya yang menjadi pendirian setiap orang yang beriman terhadap rasul-Nya yang merupakan kemuncak segala hikmah dan pengetahuan. Jika sesiapa berpaling daripada cahaya mentari yang memadam sinaran rembulan dan bintang, maka dia telah memilih kesesatan dan kecelakaan untuk dirinya. Merasa berat untuk melepaskan segala yang menyinggung kebenaran yang mutlak dan berkeras terhadapnya, maka itu adalah ikutan hawa nafsu sebagai kekasih yang meracuni jiwa dan sanubari.

H) Aš-Šāfi*iyy berkata :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بها ودعوا ما قلته.

"Apabila kalian mendapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka berfatwalah dengannya dan tinggalkan apa-apa yang aku perkatakan". [Siyar A*lam ām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 8, m/s 248, keluaran Dār al-Ḥadīṯ, al-Qōhiroh].

Sebagai orang yang sentiasa menjunjung kebenaran dengan sepenuh jiwa dan raga, maka bersiap sedialah untuk menyelisihi pendapat yang kita salah dan menjaring kebenaran yang zahir kepada kita. Hendaklah kita berani untuk menerima kesalahan diri setelah terbukti dan merelakan diri untuk dibawakan arus kebenaran yang membawanya. Hidup ini bukan hanya untuk kepuasan ketamakan diri, tetapi menikmati kemenangan dengan terbitnya kebenaran. Kalau kita sentiasa mendambakan kebenaran, maka sanggupkan diri untuk menerimanya sekalipun pahit dan sakit. Itu lebih baik keselesaan dan keseronokan yang dihidangkan oleh fantasi dan ilusi.

I) Ibn Wahb berkata :

قال مالك: الحكم حكمان حكم جاء به كتاب الله وحكم أحكمته السنة. قال: ومجتهد رأيه لعله يوفق. وقال: ومتكلف فطعن عليه.

Mālik berkata: "Hukum itu ada dua, iaitu hukum yang datang daripada kitab Allah tentangnya dan hukum yang as-Sunnah tetapkannya". Dia berkata: "Pandangan mujtahid kadangkala bertepatan". Dia berkata: "Orang yang mengada-adakan dicela terhadapnya". [Jāmi* al-Bayān al-*Ilm Wa al-Faḍl, karya Ibn *Abdul Barr, jilid 1, m/s 775, kelaran Dār Ibn al-Jawziyy, as-Saudi, tahqiq Abū al-Ašbāl az-Zuhayriyy].

Setelah kita mengerti akan hal ini, maka sentiasalah kita teliti dengan pengambilan amalan dan penghujahan dalam agama ini. Janganlah kerana aura sakti dan keramat tatkala disebutkan nama seseorang, maka kita tersalah anggap untuk mementaskan bersama dalam posisi al-Qur^ān dan as-Sunnah. Jangan kerana kita merasa tersinggung dengan seseorang, maka kita abaikan dan tidak mengendahkan kebenaran yang disampaikan kepadanya. Kebenaran tetap kebenaran walau daripada sesiapapun.

J) Ibn *Umar ditanya tentang pendapatnya yang bertentangan dengan ayahnya dalam isu haji tamattu^, dia menjawab :

أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ أَبِي نَهَى عَنْهَا وَصَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَأَمْرَ أَبِي نَتَّبِعُ أَمْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ بَلْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَقَدْ صَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Apa pendapat engkau jika ayahku melarang daripadanya, sedangkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melakukannya? Adakah pendapat ayahku yang kita ikuti atau perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-?". Maka lelaki itu berkata: "Bahkan perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". Dia berkata: "Benar-benar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pernah melakukannya". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb al-Ḥajj *An Rosūlillah, no. 823].

Ini sebagai tempelak kepada orang yang menyamatarafkan penghujahan sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dengan penghujahan syariat. Kadangkala sebahagian orang manis berkata dalam menyebutkan keperluan dalam mengikut al-Qur^ān dan as-Sunnah, tetapi apabila berkenaan dengan para sahabat -roḍiyallahu *anh- , mereka tiba-tiba kerdil dan kaku untuk menyatakan pendirian yang sama. Kadangkala mereka seperti menganggap sama kehujahan para Sahabat -roḍiyallahu *anh-  dengan kehujahan syariat. Sedangkan para sahabat sendiri bertegas sepertimana yang mereka tegaskan bahawa hanya al-Qur^ān dan as-Sunnah merupakan tonggak segala hujah. Mereka sendiri pun tidak segan dan tidak pula keberatan untuk menyelisihi sesama mereka apabila nyata kehujahan al-Qur^ān dan as-Sunnah pada mereka. 

Maka, Sahabat -roḍiyallahu *anh-  bukan diterima kesemuanya dan ditolak kesemuanya. Telitilah dengna sebaik-baiknya. Jangan kerana sesuatu yang dianggap ta*abbudiyy dan tidak ada unsur ijtihad padanya menyebabkan kita terlindung untuk menyemak semula asal usulnya. Biarlah kita tidak beramal dengannya berbanding kita beramal dalam keadaan kita tidak mengerti apa-apa. Hujah kita tetap sentiasa berpaksikan dengan al-Qur^ān dan as-Sunnah, bukan selainnya.

Manhaj Tafsir Dan Fiqh Ahli Sunnah Adalah Manhaj Yang Konsisten

Dalam penafsiran atau penghukuman fiqh, wajar bagi setiap yang berdiri di atas manhaj ahli sunnah mempunyai set pemikiran yang lurus, disiplin minda yang teratur dan neraca pertimbangan yang lurus supaya penilaian kita didasari dengan kerangka dan metodologi yang kemas, lalu menghasilkan suatu pendirian yang konsisten dan boleh adaptasi untuk mana-mana jua kes. Manhaj ahli sunnah mengerti dengan sesungguhnya di mana perlunya tekal, di mana boleh menerima pengecualian dan di mana boleh menghasilkan lebih daripada dua pendapat. Mana-mana penghukuman fiqh atau penafsiran yang menatijahkan kontradik tanpa sebab munasabah, maka yakinilah ia bahawa adalah salah dan tidak benar. Ini sama sekali bukan dari manhaj ahli sunnah. Allah Tabāroka Wa Ta*ālā telah mengingatkan celaan terhadap manhaj ini :

قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللَّـهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّـهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ أَمْ عَلَى اللَّـهِ تَفْتَرُونَ ﴿٥٩

Katakanlah: "Apa pandangan kalian tentang apa yang Allah turunkan kepada kalian berupa rezeki, lalu kalian menjadikannya itu adalah halal dan itu adalah haram?". Katakanlah: "Adakah Allah yang mengizinkan kalian? Ataukah kalian mengada-adakan terhadap Allah?". [Surah Yūnus ayat 59].

Ayat ini mencela orang yang menetapkan sesuatu itu adalah halal dan haram secara sesuka hatinya. Demikian juga mereka yang menisbahkan hal itu adalah halal dan haram tanpa didasari ilmu yang kukuh terhadapnya. Sebab itulah manhaj ahli sunnah sangat berwaspada dalam hal ini kerana ia bukan sahaja melibatkan masalah fiqh semata-mata, ia juga akan membabitkan kepada masalah iman dan kufur.

Renungilah firman Allah *Azza Wajalla seperti berikut :

أَلَكُمُ الذَّكَرُ وَلَهُ الْأُنثَىٰ ﴿٢١﴾ تِلْكَ إِذًا قِسْمَةٌ ضِيزَىٰ ﴿٢٢

"Adakah anak lelaki itu adalah untuk kalian dan anak perempuan untuk Allah? Kalau demikian, itu adalah pembahagian yang tempang!". [Surah an-Najm ayat 21-22].

Allah menemplak pembahagian seperti itu kerana menganggap Allah memiliki anak perempuan dan itu seberhak baginya sedangkan anak perempuan di sisi mereka adalah kehinaan kalau diandaikan sememangnya Allah itu ada hak untuk memiliki anak. Bagaimana mungkin kehinaan yang mereka meluat dengan sesungguhnya itu dicampurkan bersama zat yang Maha Mulia tiada tara bagi-Nya? Bagaimana pula jika perkara yang berkaitan dengan kebenaran, tetapi dicampuradukkan dengan manhaj yang bercelaru dan rancu sehingga menghalalkan dan mengharamkan sesuatu tanpa metodologi yang jelas. Sudah tentu ia adalah perkara yang serius.

Saya akan bawakan beberapa contoh antara manhaj yang bercelaru dalam penghukuman fiqh. Contoh pertama adalah kes melihat aurat yang bukan hakiki. Aḥmad bin Muḥammad bin *Aliyy bin Ḥajar al-Ḥaitamiyy berkata :

خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ غَيْرُ وَاحِدٍ وَيُؤَيِّدُهُ قَوْلُهُمْ لَوْ عَلَّقَ الطَّلَاقَ بِرُؤْيَتِهَا لَمْ يَحْنَثْ بِرُؤْيَةِ خَيَالِهَا فِي نَحْوِ مِرْآةٍ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا وَمَحَلُّ ذَلِكَ كَمَا هُوَ ظَاهِرٌ حَيْثُ لَمْ يَخْشَ فِتْنَةً وَلَا شَهْوَةً

Terkecuali pada yang diserupakannya (aurat), maka tidaklah haram lihatannya pada bayangan cermin sepertimana yang telah difatwakan lebih daripada seorang. Pendapat ini disokong oleh pendapat mereka yang menyatakan jika seseorang seseorang berta*līq talak terhadap isterinya dengan lihatannya pada seorang wanita, maka tidaklah dia melanggar ta*līqnya hanya dengan lihatan pada bayangannya di cermin kerana dia tidak melihatnya (secara hakiki). [Tuḥfah al-Muḥtāj Fi Šarḥ al-Minhāj, jilid 7, m/s 192, keluaran al-Maktabah at-Tijāriyah al-Kubrō].

Sebahagian orang tidak mahu menerima adanya perbezaan hukum antara lihatan jasad yang hakiki dengan lihatan sesuatu yang diserupakan dengan aurat seperti imej pantulan cermin atau air, gambar, ukiran, foto, paparan elektronik, hologram dan lain-lain. Namun, mereka tidak sedar kesan hukum yang mendatang apabila mereka menyamakan kedua-duanya. Jika kedua-duanya sama, maka menyentuh gambar faraj boleh membatalkan wuduk! Pasti tidak akan ada orang terima pendapat ini melainkan seseorang itu sanggup digelar gila dan tidak waras. 

Namun, dalam masa yang sama, saya tidak menemukan lagi pendapat kontemporari yang menyatakan bahawa persetubuhan dengan patung seks atau patung seks adalah sama dengan zina. Ini sekaligus membenarkan perbezaan antara faraj yang hakiki dengan objek yang diserupakan dengan faraj. Jika sesiapa yang menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah zina, maka ia juga menatijahkan bahawa persetubuhan tersebut menatijahkan wajibnya mandi dan batalnya puasa seseorang itu. Lihat, bagaimana manhaj keliru ini dalam menentukan hukum.

Contoh kedua adalah pengharaman mencium kaki seseorang atas dasar cinta dan hormat. Namun, mereka sama sekali tidak segan silu mengharuskan untuk menyepong. Bahkan, ada yang memetik nukilan al-Qurṭubiy yang menyebutkan :

وَقَدْ قَالَ أَصْبَغُ مِنْ عُلَمَائِنَا: يَجُوزُ لَهُ أَنْ يَلْحَسَهُ بِلِسَانِهِ.

Berkata Aṣbaġ dari kalangan ulama kami: "Diperbolehkan untuk menjilatnya (faraj) dengan lidahnya". [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, jilid 12, m/s 232, Dār al-Kutub al-*Aṣriyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad al-Bardawiy dan Ibrōhīm Aṭfayš].

Mungkin ada orang membezakan bahawa kedua-dua hal tersebut berbeza kerana mencium kaki adalah pentakziman yang berlebihan, manakala yang lainnya adalah untuk menghangatkan keghairahan dalam aktiviti seks. Ini pembahagian yang tidak jelas, bagaimana kehangatan keghairahan itu dapat diperoleh kalau tiada rasa cinta yang mendalam sesama pasangan? Jika ada yang konsisten mengharamkan kedua-dua hal ini pun, sebenarnya tetap juga salah kerana tidak ada beza mencium dahi, hidung, pipi, tangan atau mana-mana anggota atas dasar cinta dan penghormatan. Ya, pentakziman berlebihan perlu dikawal dan dielakkan, tetapi untuk mengharamkan anggota tertentu seolah-olah hanya bahagian itu sahaja tempat atau cara memuliakan dan menzahirkan kasih sayang, maka ini sama sekali tidak benar.

Contoh ketiga, mereka yang berpendapat syariat para rasul terdahulu boleh terpakai untuk syariat Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Namun, yang anehnya, apabila berlakunya pertentangan antara syariat terdahulu dengan syariat ini, perkara pertama yang mereka fikirkan adalah menganggap hukum tersebut telah mansukh. Ke mana mereka telah campak kaedah ini? :

إِعْمَالُ الدَّلِيلِ أَوْلَى مِنْ إِهْمَالِهِ

"Mengamalkan dalil lebih utama daripada mengabaikannya".

Contoh dalam kecelaruan ini adalah dalam interaksi hadis tentang mandi bertelanjang secara bersama pada bani Isrō^īl :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، عَنْ مَعْمَرٍ ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ ، وَكَانَ مُوسَى يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ ، فَقَالُوا : وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلَّا أَنَّهُ آدَرُ ، فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ فَفَرَّ الْحَجَرُ بِثَوْبِهِ ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ ، يَقُولُ : ثَوْبِي يَا حَجَرُ ، حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى ، فَقَالُوا : وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ وَأَخَذَ ثَوْبَهُ فَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا " ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : وَاللَّهِ إِنَّهُ لَنَدَبٌ بِالْحَجَرِ سِتَّةٌ أَوْ سَبْعَةٌ ضَرْبًا بِالْحَجَرِ .

Isḥāq bin Naṣr telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; *Abdul Rozzāq telah merawi hadis kepada kami, daripada Ma*mar, daripada Hammām bin Munabbih, daripada Abū Huroyroh, daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda bersabda; Dahulu bani Isrō^īl mandi dalam keadaan telanjang, melihatlah sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain. Dan Mūsā -*alayhissalām- mandi secara bersendirian. Mereka berkata: "Demi Allah! Tidak ada yang menghalang mula untuk mandi bersama kita melainkan bahawasanya dia berpenyakit pada zakarnya". Lalu pada saat Mūsā -*alayhissalām- mandi dan meletakkan pakaiannya pada batu, lalu batu itu lari dengan pakaiannya. Kemudian, Mūsā keluar dari tempat mandinya lalu berkata: "Bajuku! Wahai batu!". Sehingga terlihatlah bani Isrō^īl pada Mūsā. Lalu mereka berkata: "Demi Allah! Tidak ada pada Mūsā sesuatu yang penyakit". Lalu Mūsā mengambil pakaiannya dan memulai memukul batu tersebut". Abū Huroyroh berkata: "Demi Allah! Sungguh pada batu tersebut ada enam atau tujuh bekas kerana pukulan pada batu". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriy, kitāb al-Ghusl, no. 247].

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ ، حَدَّثَنَا عَوْفٌ ، عَنْ الْحَسَنِ وَمُحَمَّدٍ وَخِلَاسٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ مُوسَى كَانَ رَجُلًا حَيِيًّا سِتِّيرًا لَا يُرَى مِنْ جِلْدِهِ شَيْءٌ اسْتِحْيَاءً مِنْهُ فَآذَاهُ مَنْ آذَاهُ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، فَقَالُوا : مَا يَسْتَتِرُ هَذَا التَّسَتُّرَ إِلَّا مِنْ عَيْبٍ بِجِلْدِهِ إِمَّا بَرَصٌ وَإِمَّا أُدْرَةٌ وَإِمَّا آفَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ أَرَادَ أَنْ يُبَرِّئَهُ مِمَّا ، قَالُوا لِمُوسَى : فَخَلَا يَوْمًا وَحْدَهُ فَوَضَعَ ثِيَابَهُ عَلَى الْحَجَرِ ثُمَّ اغْتَسَلَ فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ إِلَى ثِيَابِهِ لِيَأْخُذَهَا وَإِنَّ الْحَجَرَ عَدَا بِثَوْبِهِ فَأَخَذَ مُوسَى عَصَاهُ وَطَلَبَ الْحَجَرَ فَجَعَلَ ، يَقُولُ : ثَوْبِي حَجَرُ ثَوْبِي حَجَرُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى مَلَإٍ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ فَرَأَوْهُ عُرْيَانًا أَحْسَنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ وَأَبْرَأَهُ مِمَّا ، يَقُولُونَ : وَقَامَ الْحَجَرُ فَأَخَذَ ثَوْبَهُ فَلَبِسَهُ وَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا بِعَصَاهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ بِالْحَجَرِ لَنَدَبًا مِنْ أَثَرِ ضَرْبِهِ ثَلَاثًا أَوْ أَرْبَعًا أَوْ خَمْسًا فَذَلِكَ قَوْلُهُ يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا سورة الأحزاب آية 69 " .

Isḥāq bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepadaku; Rowḥ bin *Ubādah telah merawi hadis kepada kami; *Awf telah merawi hadis kepada kami, daripada al-Ḥasan, Muḥammad dan H̱ilās, daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- , dia berkata, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda; Sesungguhnya Mūsā adalah seorang lelaki yang pemalu dan tertutup sehingga tidak tampak pun kulitnya kerana pemalunya dia. Pada suatu hari, ada daripada orang-orang bani Isrō^īl mengolok-olokkannya. Mereka berkata: "Tidaklah dia menutup dengan tutupan ini melainkan ada aib pada kulitnya, atau sangat jelek, atau kusta, atau bisul atau penyakit lainnya". Dan sesungguhnya Allah berkehendak untuk membebaskannya daripada apa-apa yang mereka perkatakan pada Mūsā. Pada suatu hari, dia mandi bersendirian, kemudian dia meletakkan pakaiannya pada batu. Kemudian dia pun mandi. Dan ketika ia berganjak untuk mengambil pakaiannya, lalu batu itu lari dengan pakaiannya. Lalu Mūsā mengambil tongkatnya, lalu mengejar batu tersebut sambil memanggil: "Pakaianku! Wahai batu! Pakaianku! Wahai batu!". Hingga akhirnya, dia sampai ke tempat kerumunan pembesar bani Isrō^īl dan melihat Mūsā dalam keadaan telanjang yang sebaik-baik ciptaan Allah. Lalu Allah membebaskannya daripada apa yang mereka perkatakan. Akhirnya batu itu berhenti, lalu dia mengambil pakaiannya dan memakainya, kemudian dia mula memukul batu itu dengan tongkatnya. Maka demi Allah! Sesungguhnya pada batu itu terdapat bekas tiga atau empat atau lima pukulan. Demikianlah firman-Nya: {Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu semua menjadi orang-orang yang menyakiti Mūsā, lalu Allah membebaskannya daripada apa yang mereka perkatakan, sesungguhnya di sisi Allah itu punyai kemuliaan} [Surah al-Ahzab ayat 69]. [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb Aḥādiṯ al-Anibiyā^, no. 3175].

Disebutkan bahawa syariat zaman Mūsā membenarkannya. Namun, mereka mengharamkannya untuk praktik syariat ini kerana hal itu telah dimansukhkan melalui hadis berikut :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ ، عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ عُثْمَانَ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ " ، وحَدَّثَنِيهِ هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ ، أَخْبَرَنَا الضَّحَّاكُ بْنُ عُثْمَانَ ، بِهَذَا الإِسْنَادِ ، وَقَالَا : مَكَانَ عَوْرَةِ ، عُرْيَةِ الرَّجُلِ ، وَعُرْيَةِ الْمَرْأَةِ .

Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami; Zayd bin al-Ḥubbāb telah merawi hadis kepada kami, daripada aḍ-Ḍoḥḥāk bin *Uṯmān, dia berkata; Zayd bin Aslam telah merawi khabar kepada kami, daripada *Abdul Roḥmān Abū Sa*īd al-H̱udriyy, daripada ayahnya, bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan jangan seseorang wanita melihat aurat wanita lain. Jangan seseorang lelaki berkelubung dengan lelaki lain dalam satu baju dan jangan seseorang wanita berkelubung dengan wanita lain dalam satu baju". Hārūn bin *Abdullah dan Muḥammad bin Rōfi* telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata; Ibn Abū Fudayk telah merawi hadis kepada kami; Aḍ-Ḍoḥḥāk bin *Uṯmān telah merawi khabar kepada kami dengan sanad ini. Mereka berdua berkata dengan penggantian aurat dengan telanjang lelaki dan telanjang wanita. [Soḥīḥ Muslim, kitāb al-Ḥayḍ, no. 517].

Semudah ini? Sepatutnya apa yang mereka buat adalah jangan lupuskan riwayat Abū Huroyroh itu. Apa yang sepatutnya mereka buat adalah palingkan hukum daripada haram kepada sunat untuk tidak melihatnya atau dituntut untuk tidak melihatnya atau apa sahaja yang membawa kepada pengharaman yang mutlak menurut analisis masing-masing. Bukan tinggalkan salah satu riwayat sebegitu sahaja.

Salah satu sebab manhaj seseorang itu bercelaru adalah kerana sentimen. Sedangkan ahli sunnah membuat penilaian secara objektif dan menganlisis dengan metodologi ilmu, bukan perasaan yang membuak dalam jiwa. Saya sengaja ketengahkan contoh yang berkaitan dengan seksual kerana ingin paparkan betapa parahnya dan seriusnya kebobrokan apabila manhaj agama atas dasar sentimen. 

Dalam kesempatan ini, ingin dinyatakan bahawa fiqh andaian sangat berguna apabila ia mampu untuk menguji kekonsitenan dalam membina metodologi dan pendirian. Ini telah banyak dilakukan dalam kitab fiqh mazhab yang empat serta kitab uṣūl al-fiqh dan kaedahnya. Walaupun hal itu belum berlaku dalam dunia nyata atau mungkin sahaja tidak mungkin, tetapi cara tersebut boleh menjadi bahan eksperimen dalam pengujiannya.

Misalnya, seseorang menyatakan bahawa mimpi boleh dijadikan hujah dan sandaran dalam mensahihkan hadis. Dalam membuktikan keampuhan dan kukuhnya pendapat ini, kita akan uji dalam beberapa andaian. Contohnya, jika mimpi boleh jadi alasan untuk mensahihkan sesuatu hadis, maka mimpi juga boleh menjadi sebab untuk melemahkan hadis. Bahkan, ia mampu melemahkan hadis dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy! Tentu ada orang yang berkata: "Perkara ini belum pernah berlaku setakat ini". Kita katakan, sememangnya ia belum berlaku, tetapi kita perlu ingat bahawa andaian sebegini boleh menjadi pengukur sejauh mana kemunasabahan pendapat seperti ini boleh dipakai. Kita andaikan seberapa banyak yang boleh isu lain yang menyusul yang mempunyai persamaan dalam cakupannya atau kesan domino apabila pendapat itu dijadikan pendirian. 

Ini kerana manhaj ahli sunnah berdiri di atas konsistensi, bukan berselerak sana sini. Tidak boleh mengatakan mimpi boleh dijadikan hujah, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menerima bahawa mimpi juga boleh menjadi hujah dalam melemahkan hadis dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy. Apa alasan untuk membezakannya sehingga mimpi untuk kes ini tidak boleh dipakai? Jika tidak ada, maka ingatlah kecaman Allah Jalla Wa *Azza sepertimana yang telah dinyatakan! Ia sama sahaja seperti seseorang mengatakan haram meminum arak, tetapi tidak mahu mengharamkan konsumsi dadah. Jelas betapa buruknya sikap memilih-milih seperti ini, lebih-lebih lagi jika dasarnya adalah sentimen.

Jauhi Menganggap Sesuatu Hukum Itu Mansukh Semampu Yang Boleh

Terdapat kaedah menyebutkan :

إِعْمَالُ الدَّلِيلِ أَوْلَى مِنْ إِهْمَالِهِ

"Mengamalkan dalil lebih utama daripada mengabaikannya".

Maksudnya, jika bertembungnya naṣ yang sahih yang tampak saling bertentangan antara satu sama lain adalah hendaklah mengambil kesemuanya untuk mengharmonikannya berbanding kita bersikap memilih-milih. Lebih buruk perbuatan itu jika ia didasari hawa nafsu dan sentimental yang membuak-buak. Buat apa sahaja untuk selesaikannya mengikut landasan ilmu asalkan tidak mengabaikan, apatah lagi membuang salah satu daripadanya atau mana-mana naṣ sesuka hati.

Ini juga peringatan supaya seseorang tidak bermudah-mudahan mengabaikan sesuatu naṣ yang memberikan hukum syariat atas alasan ia sudah mansukh. Sedangkan itu sekadar andaian. Perlu diingatkan bahawa perbezaan masa dan waktu yang padanya terdapat perbezaan amalan atau kata-kata atau pengakuan tidak semestinya ada unsur penasakhan padanya. Boleh jadi ia sekadar sunat sahaja atau pengharaman itu ada pada konteks tertentu atau apa sahaja yang tidak sama sekali menatijahkan penasakhan hukum.

Misalnya seperti pengharaman arak secara berperingkat. Firman Allah *Azza Wajalla :

سْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩

Mereka bertanya tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat untuk manusia. Namun, dosa kedua-duanya lebih besar dariapda manfaatnya". Mereka bertanya tentang apa yang mereka infakkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Sedemikianlah Allah menerangkan ayat-ayat itu kepada kalian agar kalian berfikir". [Surah al-Baqoroh ayat 219].

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kalian dekati solat sedangkan kalian mabuk sehinggalah kalian mengetahui apa yang kalian katakan". [Surah an-Nisā^ ayat 43]. 

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٠

"Wahai orang yang beriman! Hanyasanya arak, judi, korban berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah kotoran yang berupa amalan syaitan. Maka, hendaklah kalian jauhkannya, mudah-mudahan kalian berjaya" [Surah al-Mā^idah ayat 90].

Sebahagian orang beranggapan bahawa berlakunya mansukh secara berperingkat. Telah pun dijelaskan, terutamanya daripada ilmuan kontemporari bahawa ia tidak sedemikian. Ia cumalah pendekatan dalam menyatakan keharaman atau pendekatan supaya seseorang itu menjauhi arak itu adalah dengan peringkat. Katakan jika ada zaman atau tempat yang mana masyarakatnya adalah kaki botol, maka kita boleh gunakan pendekatan seperti ini.

Apa yang ingin ditunjukkan bahawa perbezaan zaman bukan semestinya hukum pada zaman yang terkemudian akan menasakhkan hukum pada yang terdahulu.  Contoh yang lain adalah  hadis tentang mandi bertelanjang secara bersama pada bani Isrō^īl :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، عَنْ مَعْمَرٍ ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ ، وَكَانَ مُوسَى يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ ، فَقَالُوا : وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلَّا أَنَّهُ آدَرُ ، فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ فَفَرَّ الْحَجَرُ بِثَوْبِهِ ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ ، يَقُولُ : ثَوْبِي يَا حَجَرُ ، حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى ، فَقَالُوا : وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ وَأَخَذَ ثَوْبَهُ فَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا " ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : وَاللَّهِ إِنَّهُ لَنَدَبٌ بِالْحَجَرِ سِتَّةٌ أَوْ سَبْعَةٌ ضَرْبًا بِالْحَجَرِ .

Isḥāq bin Naṣr telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; *Abdul Rozzāq telah merawi hadis kepada kami, daripada Ma*mar, daripada Hammām bin Munabbih, daripada Abū Huroyroh, daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda bersabda; Dahulu bani Isrō^īl mandi dalam keadaan telanjang, melihatlah sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain. Dan Mūsā -*alayhissalām- mandi secara bersendirian. Mereka berkata: "Demi Allah! Tidak ada yang menghalang mula untuk mandi bersama kita melainkan bahawasanya dia berpenyakit pada zakarnya". Lalu pada saat Mūsā -*alayhissalām- mandi dan meletakkan pakaiannya pada batu, lalu batu itu lari dengan pakaiannya. Kemudian, Mūsā keluar dari tempat mandinya lalu berkata: "Bajuku! Wahai batu!". Sehingga terlihatlah bani Isrō^īl pada Mūsā. Lalu mereka berkata: "Demi Allah! Tidak ada pada Mūsā sesuatu yang penyakit". Lalu Mūsā mengambil pakaiannya dan memulai memukul batu tersebut". Abū Huroyroh berkata: "Demi Allah! Sungguh pada batu tersebut ada enam atau tujuh bekas kerana pukulan pada batu". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriy, kitāb al-Ghusl, no. 247].

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ ، حَدَّثَنَا عَوْفٌ ، عَنْ الْحَسَنِ وَمُحَمَّدٍ وَخِلَاسٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ مُوسَى كَانَ رَجُلًا حَيِيًّا سِتِّيرًا لَا يُرَى مِنْ جِلْدِهِ شَيْءٌ اسْتِحْيَاءً مِنْهُ فَآذَاهُ مَنْ آذَاهُ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، فَقَالُوا : مَا يَسْتَتِرُ هَذَا التَّسَتُّرَ إِلَّا مِنْ عَيْبٍ بِجِلْدِهِ إِمَّا بَرَصٌ وَإِمَّا أُدْرَةٌ وَإِمَّا آفَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ أَرَادَ أَنْ يُبَرِّئَهُ مِمَّا ، قَالُوا لِمُوسَى : فَخَلَا يَوْمًا وَحْدَهُ فَوَضَعَ ثِيَابَهُ عَلَى الْحَجَرِ ثُمَّ اغْتَسَلَ فَلَمَّا فَرَغَ أَقْبَلَ إِلَى ثِيَابِهِ لِيَأْخُذَهَا وَإِنَّ الْحَجَرَ عَدَا بِثَوْبِهِ فَأَخَذَ مُوسَى عَصَاهُ وَطَلَبَ الْحَجَرَ فَجَعَلَ ، يَقُولُ : ثَوْبِي حَجَرُ ثَوْبِي حَجَرُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى مَلَإٍ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ فَرَأَوْهُ عُرْيَانًا أَحْسَنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ وَأَبْرَأَهُ مِمَّا ، يَقُولُونَ : وَقَامَ الْحَجَرُ فَأَخَذَ ثَوْبَهُ فَلَبِسَهُ وَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا بِعَصَاهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ بِالْحَجَرِ لَنَدَبًا مِنْ أَثَرِ ضَرْبِهِ ثَلَاثًا أَوْ أَرْبَعًا أَوْ خَمْسًا فَذَلِكَ قَوْلُهُ يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا سورة الأحزاب آية 69 " .

Isḥāq bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepadaku; Rowḥ bin *Ubādah telah merawi hadis kepada kami; *Awf telah merawi hadis kepada kami, daripada al-Ḥasan, Muḥammad dan H̱ilās, daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- , dia berkata, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda; Sesungguhnya Mūsā adalah seorang lelaki yang pemalu dan tertutup sehingga tidak tampak pun kulitnya kerana pemalunya dia. Pada suatu hari, ada daripada orang-orang bani Isrō^īl mengolok-olokkannya. Mereka berkata: "Tidaklah dia menutup dengan tutupan ini melainkan ada aib pada kulitnya, atau sangat jelek, atau kusta, atau bisul atau penyakit lainnya". Dan sesungguhnya Allah berkehendak untuk membebaskannya daripada apa-apa yang mereka perkatakan pada Mūsā. Pada suatu hari, dia mandi bersendirian, kemudian dia meletakkan pakaiannya pada batu. Kemudian dia pun mandi. Dan ketika ia berganjak untuk mengambil pakaiannya, lalu batu itu lari dengan pakaiannya. Lalu Mūsā mengambil tongkatnya, lalu mengejar batu tersebut sambil memanggil: "Pakaianku! Wahai batu! Pakaianku! Wahai batu!". Hingga akhirnya, dia sampai ke tempat kerumunan pembesar bani Isrō^īl dan melihat Mūsā dalam keadaan telanjang yang sebaik-baik ciptaan Allah. Lalu Allah membebaskannya daripada apa yang mereka perkatakan. Akhirnya batu itu berhenti, lalu dia mengambil pakaiannya dan memakainya, kemudian dia mula memukul batu itu dengan tongkatnya. Maka demi Allah! Sesungguhnya pada batu itu terdapat bekas tiga atau empat atau lima pukulan. Demikianlah firman-Nya: {Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu semua menjadi orang-orang yang menyakiti Mūsā, lalu Allah membebaskannya daripada apa yang mereka perkatakan, sesungguhnya di sisi Allah itu punyai kemuliaan} [Surah al-Ahzab ayat 69]. [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb Aḥādiṯ al-Anibiyā^, no. 3175].

Antara kecelaruan sebahagian orang adalah mereka menyatakan bahawa hal tersebut dibolehkan pada zaman Mūsā, tetapi telah dimansukhkan hukumnya dengan hadis berikut yang menasakhkannya yang mengharamkannya :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ ، عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ عُثْمَانَ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ " ، وحَدَّثَنِيهِ هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ ، أَخْبَرَنَا الضَّحَّاكُ بْنُ عُثْمَانَ ، بِهَذَا الإِسْنَادِ ، وَقَالَا : مَكَانَ عَوْرَةِ ، عُرْيَةِ الرَّجُلِ ، وَعُرْيَةِ الْمَرْأَةِ .

Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami; Zayd bin al-Ḥubbāb telah merawi hadis kepada kami, daripada aḍ-Ḍoḥḥāk bin *Uṯmān, dia berkata; Zayd bin Aslam telah merawi khabar kepada kami, daripada *Abdul Roḥmān Abū Sa*īd al-H̱udriyy, daripada ayahnya, bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan jangan seseorang wanita melihat aurat wanita lain. Jangan seseorang lelaki berkelubung dengan lelaki lain dalam satu baju dan jangan seseorang wanita berkelubung dengan wanita lain dalam satu baju". Hārūn bin *Abdullah dan Muḥammad bin Rōfi* telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata; Ibn Abū Fudayk telah merawi hadis kepada kami; Aḍ-Ḍoḥḥāk bin *Uṯmān telah merawi khabar kepada kami dengan sanad ini. Mereka berdua berkata dengan penggantian aurat dengan telanjang lelaki dan telanjang wanita. [Soḥīḥ Muslim, kitāb al-Ḥayḍ, no. 517].

Semudah itu? Sepatutnya mereka buat sepertimana yang diterangkan tadi. Bukan secara gampang menasakhkannya hanya kerana terdapat perbezaan zaman.

Kita memberikan peringatan ini adalah kerana ia melibatkan manhaj ilmu. Kita sama sekali tidak boleh memandang ringan dalam hal ini. Sekurang-kurangnya kesilapan dalam mengharmonikan naṣ-naṣ yang saling berselisih lebih ringan mudaratnya daripada menetapkan mansukhnya sesuatu hukum. Perlu ingat bahawa hanya wahyu sahaja yang boleh menasakhkan wahyu. Maka, meletakkan pandangan peribadi atau secara gampang menganggap itu adalah pandangan daripada langit yang menyatakan hukum itu mansukh dikhuatiri masuk dalam kesilapan yang parah. Sebab itulah hal ini wajar diperingatkan secara serius.

Thursday, February 13, 2020

Analisa Dalam Menetapkan Ijmak Sebagai Sumber Kehujahan Syariat

Ijmak yang selalu didefinisikan adalah sebagai kesepakatan para mujtahid daripada umat Islam dalam hukum syarak pada zaman selepas kewafatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Ijmak telah dianggap sebagai salah satu sumber kehujahan syariat. Namun, hal tersebut perlu diteliti semula dengan beberapa analisa seperti berikut :

Analisa Pertama : Syarat-syarat untuk seseorang dianggap mujtahid pun sudah mempunyai perbezaan pendapat. Bagaimana mungkin boleh berlakunya ijmak dari seorang mujtahid yang sejati? Hal ini ibarat seseorang mengatakan bahawa objek yang tulen mengukuhkan suatu binaan sedangkan pentafsiran tentang tulen mempunyai perbezaan pendapat. Tentu sahaja ini adalah kecelaruan bagi akal. 

Pendapat pentaklid tentu tidak sekali tidak diambil kira kerana mereka berpegang atas ikutan tanpa mengetahui dan memahami penilaian dalil. Bagaimana mungkin ingin mengatakan orang yang tidak mengetahui boleh bersepakat di atas kefahaman yang sama dengan orang yang mengetahui tentang keberadaan sesuatu? 

Maka, mungkin sekali ijmak yang diterima adalah kesepakatan mereka yang berijtihad terhadap sesuatu. Akan tetapi, adakah mereka yang berijtihad, lalu semua yang bersepakat dengan itu menjadi hujah syariat? Jika hal itu berlaku pada zaman moden, adakah ini suatu yang setaraf dengan wahyu yang wajib diterima oleh umat Muslim?

Analisa Kedua : Syarat-syarat ijmak yang diterima pun punyai perselisihannya. Dengan kata lain, tidak ada ijmak yang ideal dan sabit untuk hal ini. Sebahagian ahli ilmu menetapkan mujtahid itu perlu mempunyai sifat rektitud, manakala sebahagian lain berpendapat sebaliknya. Sebahagiannya menetapkan hanya ijmak para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sahaja diterima, sebahagiannya yang lain berpendapat sebaliknya. Sebahagiannya menetapkan perlunya kemutawatiran pada hal itu, sebahagiannya yang lain berpendapat sebaliknya. Sebahagian mereka tidak memasukkan ahli uṣūl sebagai anggota yang muktabar untuk kesepakatan. Sebahagian mereka menerima ijmak tanpa bicara, manakala sebahagian lain berpendapat sebaliknya. Semua ini boleh dilihat keterangan lanjut oleh Aḥmad Fatḥiyy Ḥijāziyy yang berkomentar dalam kitab Šarḥ al-Waroqōt Li Imām al-Ḥaromayn Fī Uṣūl al-Fiqh karya Ibn Imām al-Kāmiliyyah, m/s 303-316, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah. 

Jika hal ini tidak selesai, bagaimana mungkin ijmak itu boleh didirikan sebagai hujah syariat dalam keadaan tidak diyakini pegangannya yang mutlak? Keserabutan sama sekali tidak akan menghasilkan keteraturan!

Analisa Ketiga : Selain daripada Allah dan rasul-Nya bukanlah sumber syariat. Ini adalah kenyataan paling jelas. Bagaimana pendapat seorang manusia boleh terangkat menjadi setaraf dengan kehujahan wahyu hanya kerana ia disepakati oleh beberapa orang yang lain? Bukti yang menguatkan sokongan ini adalah ijmak tidak boleh sama sekali bahawa menasakhkan nas al-Qur^ān dan hadis. Jelaslah bahawa kalau ijmak adalah setara tarafnya dengan wahyu, maka perkara ini tidak akan berlaku.

Tidak dinafikan bahawa ada beberapa pandangan adalah yang terkuat sehingga ia diikuti oleh para jemaah. Namun, selagimana ia dalam lingkungan ijtihad, bukan apa-apa yang ditetapkan daripada naṣ al-Qur^ān dan as-Sunnah sama ada secara tekstual atau penggalian makna, maka kesepakatan itu bukanlah menjadi hukum syarak. Boleh jadi pendapat itu bersesuaian dengan maksud sebenar al-Qur^ān dan as-Sunnah sehingga ia tidak ada bantahan lebih utuh daripadanya. 

Maka, orang yang mengikuti ijtihad tersebut serta bersepakat terhadapnya tidak dianggap ijmak yang menjadi sumber ketetapan syariat, tetapi hakikatnya adalah makna teks al-Qur^ān dan as-Sunnah itu sendiri yang menjadi hukum syariat dengan maksud yang telah diperjelaskan oleh mereka yang memahami maksud sebenar memandangkan lafaz tidak terpisah daripada makna. Ia seumpama cermin dan cahaya. Mujtahid yang mempunyai kehujahan yang jelas ibarat cermin yang memantulkan cahayanya. Maka, pendapat mujtahid itu bukanlah menjadi sumber kehujahan syariat itu sendiri, tetapi dia berjaya menjadi cerminan yang terbaik untuk memantulkan cahaya itu.

Oleh itu, sesiapa yang menyalahi ini, sama ada dia telah berpihak pada yang rapuh atau dia adalah seorang yang bodoh atau dia telah merelakan diri termasuk menjadi orang yang sesat kerana telah menyalahi penghujahan yang kuat dalam agama. Ijmak di sini boleh menjadi penguat bahawa seluruh ahli ilmu telah bersepakat terhadap penghujahan yang kuat ini dan di atas pandangan yang terbukti benar ini, bukan menjadi hujah syariat.

Analisa Keempat : Jika pada hari ini seseorang cuba menyatakan bahawa syarat mujtahid adalah demikian dan demikian, kemudian semua orang bersepakat terhadapnya, lalu mereka bersepakat dalam satu permasalahan, maka wujudlah hukum syariat pada zaman abad ke-14 Hijrah. Ini pasti mustahil untuk diterima kerana sesuatu yang setara wahyu tidak mungkin berlaku secara baharu pada abad selepas kewafatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Analisa Kelima : Terdapat sebahagian perkara yang para mujtahid bersepakat dengan sesuatu makna bagi lafaz dalam teks al-Qur^ān dan hadis dalam penghujahan syariat. Namun, pada hakikatnya mereka mengikuti makna yang disampaikan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sepertimana yang difahami dalam pertuturan arab atau kefahaman yang telah maklum padanya yang kemudiannya diwarisi zaman berzaman. Ia bukan pendapatan baharu bagi makna tersebut diperoleh dari hasil ijtihad mereka terhadap sesuatu naṣ. Seumpama pada ibarat cermin dan cahaya yang disebutkan tadi.

Analisa Keenam : Terdapat sebahagian penilaian perawi hadis yang para nāqid bersepakat dalam kedudukan kredibilitinya. Hakikatnya, mereka bersepakat atas kesahihan hadis yang disampaikan melalui saluran yang bersih dan baik, bukan perawi itu sendiri yang menjadi tonggak kepada penghujahan syariat. Ibarat cermin dan cahaya sepertimana yang telah dijelaskan.

Kesimpulannya adalah tidak ada konsep yang dinamakan sebagai ijmak sebagai penetapan kehujahan syariat secara mutlak. Jika disebutkan pun, itu sekadar majaz bahasa sahaja, bukan hakikatnya kerana sekalipun yang disepakati itu adalah benar dalam penghujahan al-Qur^ān dan as-Sunnah, sebenarnya para mujtahid kesemuanya ibarat cermin yang memantulkan cahaya, bukan kesepakatan mereka itu mengangkat menjadi kehujahan syariat.

Kesepakatan semata-mata tidaklah menatijahkan hal tersebut terangkat menjadi hujah syariat. Buktinya adalah kesemua ulama sepakat tentang perkhabaran kewujudan Abū Ḥanīfah. Menafikannya tidaklah kafir sekalipun ianya adalah kebodohan kerana menyalahi sesuatu yang telah jelas kewujudannya. Adapun menafikan sesuatu perkhabaran daripada al-Qur^ān dan as-Sunnah, ia adalah kafir secara jelas. Malah, tidak boleh sama sekali kesepakatan setiap ulama membina suatu bentuk penghujahan syariat baharu bahawa mempercayai kewujduan Abū Ḥanīfah adalah termasuk dalam keimanan. Dengan ini, jelaslah perbezaannya.

Sebahagian orang berkata hanya pada bahagian pensyariatan sahaja bagi ruang lingkup ijmak, tetapi selain itu tidak dikira. Kalau begitu, apa beza dengan keimanan? Bukankah ini juga sebahagian daripada pensyariatan? Keimanan adalah kepercayaan sesuatu dan mempercayai kewujudan Abū Ḥanīfah merupakan kepercayaan. Namun, bezanya adalah tahap dan nilai kepercayaan itu berbeza. Jika ijmak boleh menjadi sumber pensyariatan, maka ijmak terhadap perkara ghaib boleh berlaku kerana itu bahagian pensyariatan. 

Akan tetapi, sekalipun kepercayaan dengan kewujudan Abū Ḥanīfah itu pasti dengan jelas, ia tidak setaraf sepertimana satu petikan ayat al-Qur^ān dan hadis yang sahih walapun berlaku ijmak terhadap kewujudannya. Pengasingan seperti ini tidak ada sandaran dan asasnya. Demikian sekaligus akan mewujudkan sesuatu yang setara dengan wahyu pada satu generasi seterusnya, iaitu dengan kewujudan Abū Ḥanīfah berlakunya bahagian keimanan yang baharu. Ini pasti tidak mungkin sama sekali.

Sebahagian orang menjadikan dalil firman Allah *Azza Wa Jalla berikut sebagai kehujahan keabsahan ijmak sebagai sumber kehujahan syariat :

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖوَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿١١٥

"Barangsiapa yang menentang rasul selepas jelasnya petunjuk dan mengikuti jalan selain orang yang beriman, maka Kami palingkannya kepada arah yang mereka berpaling dan Kami masukkannya ke dalam Jahannam. Itulah seburuk-buruk tempat kembali" [Surah an-Nisā^ ayat 115].

Ini sama sekali bukan dalil yang boleh menetapkan ijmak kerana orang beriman tidak diberikan wahyu dan mereka perlu mengikuti rasul yang diutuskan kepada mereka. Mereka sama sekali tidak mempunyai autoriti dalam menggubal dan menetapkan sesuatu hukum syarak. Mereka tidak boleh menetapkan sesuatu itu haram tanpa hujah daripada Allah. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللَّـهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّـهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ أَمْ عَلَى اللَّـهِ تَفْتَرُونَ ﴿٥٩

Katakanlah: "Apa pandangan kalian tentang apa-apa yang Allah turunkan kepada kalian berupa rezeki, lantas kalian menjadikannya itu haram dan itu halal?". Katakanlah: "Adakah Allah yang memberi izin kepada kalian atau kalian mengada-adakan sesuatu ke atas Allah?". [Surah Yūnus ayat 59].

Bagaimana mungkin seseorang daripada Muslim atau sekelompok daripada mereka boleh mendakwa itu ini haram di sisi syariat dan agama Allah sedangkan dia bukanlah penerima wahyu dan dia bukanlah yang diberikan mandat sepertimana Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-? Pasti tidak mungkin ucapan mereka dalam pengharaman tentang sesuatu diangkat menjadi sumber syariat. Adapun, penyebutan jalan orang beriman sama sepertimana firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā seperti berikut :

قُلْ فَأْتُوا بِكِتَابٍ مِّنْ عِندِ اللَّـهِ هُوَ أَهْدَىٰ مِنْهُمَا أَتَّبِعْهُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٩

Katakanlah: "Bawakanlah kitab dari sisi Allah yang lebih berpetunjuk berbanding kedua-duanya agar aku mengikutinya jika kalian orang yang benar". [Surah al-Qoṣṣoṣ ayat 49].

Sekalipun Allah menyatakan bahawa kitab Taurat dan Injil merupakan kitab yang mengandungi petunjuk, walhasilnya tetap perlunya mengikuti al-Qur^ān. 

Demikianlah contoh surah an-Nisā^ tadi. Walaupun jalan orang beriman mengandungi nilai petunjuk, tetapi akhirnya autoriti mutlak dan berdaulat kembali kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Tujuan penyebutan pada perkara ini ialah sebagai penguat bahawa kalau menyelisihi pengikutnya yang tulen sudah dianggap kesesatan, apatah lagi jika seseorang berusaha untuk menyelisihi pemegang tiara yang berdaulat.

Kesan Penerimaan Ijmak Sebagai Sumber Kehujahan Syariat

Menerima ijmak sebagai kehujahan syariat menatijahkan beberapa perkara :

Pertama : Ini bermakna syariat boleh dicipta tanpa perlunya wahyu daripada Allah dan rasul. Cukup hanya dengan kesepakatan ahli ilmu, lalu sesuatu hukum itu setaraf dengan apa yang diwahyukan. Sekaligus pegangan ini menafikan peranan rasul sebagai penyampai wahyu yang mengajarkan manusia tentang perkara yang tidak manusia ketahui dan penjelas hal-hal ghaib.

Kedua : Kesepakatan manusia boleh menjadi hukum syariat. Ini menisbahkan kesyirikan secara tidak langsung kerana menganggap kemampuan kesepakatan manusia adalah setara dengan Yang Maha Bijaksana. Syariat diturunkan dengan kebijaksanaan-Nya. Lalum tiba-tiba ada selain-Nya yang mampu menandingi kebijaksanaan-Nya dalam menggubal syariat yang akan diamalkan oleh manusia kelak? Ini mustahil sama sekali.

Ketiga : Kalaulah ijmak itu sebagai kehujahan syariat, maka ia boleh dibatalkan dengan pendapat berbeza dari seorang mujtahid dan pembatalan itu adalah setara dengan syariat kerana mampu membatalkan sesuatu hukum yang disepakati. Misalnya, para fuqaha pada kurun pertama tidak berselisih dalam hukum sesuatu itu. Namun, ia dibatalkan dengan pendapat seorang mujtahid pada kurun kedua. Ini bermakna pendapat mujtahid itu setaraf dengan wahyu yang mampu membatalkan hukum syariat terdahulu. Kami memohon perlindungan daripada Allah daripada pegangan yang jijik seperti ini bahawa seseorang itu mempunyai kemampuan seperti seorang rasul dengan usaha.

Jika seseorang merasakan ini sesuatu yang tidak mungkin, maka lihat apa yang as-Suyūṭiyy sebutkan :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى. 

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].

Kita lihat contoh yang sebenar. Pertama, *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyatakan :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Adapun setelah itu. Kajian ini belum pernah didahuluiku -segala puji bagi Allah- padanya dan tidak pernah aku dikalahi -dan segala kurnia adalah milik Allah- padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat al-Qur^ān, iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam al-Qur^ān, lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ilmu *Ulūm al-Qur^ān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari ini, pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah, m/s 3, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Dalam hal ini, jika terbukti pandangan *Abdullah al-Ġumāriyy adalah benar, maka adakah kita boleh mengatakan bahawa pensyariatan tentang penasakhan pembacaan al-Qur^ān telah terbatal kerana mujtahid ahli bait ini telah menyelisihi pandangan tersebut?

Kedua, Ibn Taymiyyah membantah ijmak yang disebutkan Ibn Ḥazm tentang tiada sesuatu pun yang bersama Allah *Azza Wa Jalla :

اتَّفقُوا ان الله عز وَجل وَحده لَا شريك لَهُ خَالق كل شَيْء غَيره وَأَنه تَعَالَى لم يزل وَحده وَلَا شَيْء غَيره مَعَه ثمَّ خلق الاشياء كلهَا كَمَا شَاءَ وَأَن النَّفس مخلوقة وَالْعرش مَخْلُوق والعالم كُله مَخْلُوق

"Mereka bersepakat bahawa Allah *Azza Wa Jalla adalah tunggal yang tiada perkongsian bagi-Nya, Maha Pencipta segala sesuatu selain-Nya dan Dia sentiasa tunggal yang tiada sesuatu pun selain-Nya bersama-Nya. Kemudian Dia menciptakan sesuatu keseluruhannya sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan bahawasanya diri ini adalah makhluk, singgahsana adalah makhluk dan alam keseluruhannya adalah makhluk". [Marōtib al-Ijmā* Fī al-*Ibādāt Wa al-Mu*āmalāt Wa al-I*tiqōdāt, m/s 167, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Walaupun Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa kesetujuan bahawa Allah itu tunggal lagi Maha Pencipta segala sesuatu dan menurutnya ini adalah pandangan benar, tetapi dia menyatakan bahawa yang paling menghairankan dalam dakwaan ijmak bahawa Dia sentiasa sahaja tunggal, tidak ada sesuatu selain-Nya bersama-Nya. Kemudian, Dia menciptakan sesuatu sebagaimana yang Dia kehendaki. Dia menyatakan bahawa ungkapan ini tidak ada dalam kitab Allah dan hadis. Kritikan lanjut ada dalam Naqd Marōtib al-Ijmā* dan dia menyebutkan sedikit sebanyak tentang kebaharuan yang berdiri pada zat Allah. Malah, dia tidak teragak-agak untuk mengatakan adanya qadim selain Allah. Dia berkata :

لا يصح أن تحتج بالإجماع على نفي قديم غير الله تعالى مع حكايتك الخلاف في أن الله متحيز وبنائك الحجة على أن الحيز أمر وجودي بل إن كان ما ذكرته من النزاع نقلاً صحيحًا وما ذكرته من الحجة صحيحة فقد ثبت أن في الأمة من يقول بثبوت قديم غير الله

"Tidak benar untuk engkau berhujah dengan ijmak pada penafian qadim selain Allah Ta*ālā meski petikanmu tentang penyelisihan pada bahawa Allah itu mengambil tempat dan pembinaanmu terhadap hujah ke atas bahawa tempat itu adalah perkara yang wujud. Bahkan, jika apa yang engkau menyebutkannya dari pertikaian itu adalah nukilan yag sahih dan apa yang engkau menyebutkannya adalah daripada hujah yang benar, maka telah sabit bahawasanya pada umat ini yang berpendapat dengan kesabitan qadim selain Allah". [Bayān Talbīs al-Jahmiyyah Fī Tasīs Bida*ihim al-Kalāmiyyah, jilid 3, m/s 656, keluaran Majma* al-Malik Fahd Li Ṭobā*ah al-Muṣḥaf aš-Šarīf].

Kalaulah benar pandangan ini, adakah bermakna validitas pegangan akidah tersebut tidak lagi menjadi qoṭ*iyy, tetapi menjadi ẓonniyy kerana mujtahid ini telah terang-terangan membantah kenyataan ijmak ini?

Ketiga, an-Nawawiyy menyatakan bahawa jawatan khilafah adalah khas untuk kaum Quroyš adalah kesepakatan ahli sunnah :

الْخِلَافَة مُخْتَصَّة بِقُرَيْشٍ لَا يَجُوزُ عَقْدُهَا لِأَحَدٍ مِنْ غَيْرِهِمْ وَعَلَى هَذَا انْعَقَدَ الْإِجْمَاعُ فِي زَمَنِ الصَّحَابَةِ ، فَكَذَلِكَ بَعْدَهُمْ وَمَنْ خَالَفَ فِيهِ مِنْ أَهْلِ الْبِدَعِ أَوْ عَرَّضَ بِخِلَافٍ مِنْ غَيْرِهِمْ فَهُوَ مَحْجُوجٌ بِإِجْمَاعِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ فَمَنْ بَعْدَهُمْ بِالْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ. قَالَ الْقَاضِي : اشْتِرَاطُ كَوْنِهِ قُرَشِيًّا هُوَ مَذْهَبُ الْعُلَمَاءِ كَافَّةً. قَالَ : وَقَدِ احْتَجَّ بِهِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ عَلَى الْأَنْصَارِ يَوْمَ السَّقِيفَةِ ، فَلَمْ يُنْكِرْهُ أَحَدٌ. قَالَ الْقَاضِي : وَقَدْ عَدَّهَا الْعُلَمَاءُ فِي مَسَائِلِ الْإِجْمَاعِ وَلَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ فِيهَا قَوْلٌ وَلَا فِعْلٌ يُخَالِفُ مَا ذَكَرْنَا وَكَذَلِكَ مَنْ بَعْدَهُمْ فِي جَمِيعِ الْأَعْصَارِ قَالَ : وَلَا اعْتِدَادَ بِقَوْلِ النَّظَّامِ وَمَنْ وَافَقَهُ مِنَ الْخَوَارِجِ وَأَهْلِ الْبِدَعِ أَنَّهُ يَجُوزُ كَوْنُهُ مِنْ غَيْرِ قُرَيْشٍ وَلَا بِسَخَافَةِ ضِرَارِ بْنِ عَمْرٍو فِي قَوْلِهِ : إِنَّ غَيْرَ الْقُرَيْشِيِّ مِنَ النَّبَطِ وَغَيْرِهِمْ يُقَدَّمُ عَلَى الْقُرَشِيِّ لِهَوَانِ خَلْعِهِ إِنْ عَرَضَ مِنْهُ أَمْرٌ وَهَذَا الَّذِي قَالَهُ مِنْ بَاطِلِ الْقَوْلِ وَزُخْرُفِهِ مَعَ مَا هُوَ عَلَيْهِ مِنْ مُخَالَفَةِ إِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ . وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Khilafah ditentukan dengan Quroyš. Tidak boleh menetapkannya kepada seseorang daripada selain mereka. Hal ini ditetapkan secara ijmak pada zaman sahabat. Begitu juga selepas mereka. Sesiapa yang menyelisihi padanya, maka ia termasuk ahli bidaah dan sesiapa yang menyindir penyelisihan dari selain mereka, maka dia orang yang kalah dengan ijmak sahabat, tabiin serta mereka yang selepasnya dengan hadis yang sahih. Berkata al-Qōḍī: "Pensyaratan perlantikan orang Quroyš ialah mazhab ulama secara keseluruhannya". Dia berkata: "Abū Bakr dan *Umar -roḍiyallahu *anhumā- berhujah dengannya kepada orang Anṣōr pada hari as-Saqīfah. Tiada seorang pun yang mengingkarinya". Berkata al-Qōḍī: "Ulama telah menganggapnya sebagai permasalahan ijmak. Tidak dikomentari oleh seorang pun daripada salaf padanya mahupun penyelisihan apa-apa yang kami sebutkan. Begitu juga yang selepas mereka pada setiap masa". Dia berkata: "Tidak diambil kira perkataan penguasa dan mereka yang menyepakati golongan khawarij dan ahli bidaah bahawa ia membenarkan perlantikan daripada selain Quroyš. Wallahua*lam". [Al-Minhāj Šarḥ Ṣoḥīḥ Muslim, jilid 12, m/s 200, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Sekarang, tokoh-tokoh dari kalangan uṣūl dan yang berpengkhususan dalam lapangan maqasid tidak begitu menekankan perlantikan pemimpin tertinggi dari kalangan Quroyš. Mereka lebih menekankan aspek kebolehan dan kompeten seseorang dalam menguruskan pentadbiran negara tanpa mengira latar belakang kaum. Adakah mereka ini termasuk dari kalangan ahli bidaah pada waktu ini kerana memilih pandangan yang sebaliknya atau tidak begitu menekankan syarat yang disepakati ini?

Keempat, Ibn Ḥazm berkata :

وَاتَّفَقُوا على تَسْمِيَة الْيَهُود وَالنَّصَارَى كفَّارًا

"Mereka bersepakat ke atas penamaan orang Yahudi dan Nasrani sebagai kafir". [Marōtib al-Ijmā* Fī al-*Ibādāt Wa al-Mu*āmalāt Wa al-I*tiqodāt, m/s 119, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Hari ini, sudah ada usaha dari kalangan ulama kontemporari untuk menekankan ketidakmutlakan terhadap semua yang bukan menganut agama Islam wajar dipanggil kafir. Adakah para ulama sekarang ini sudah melakukan ijtihad yang menyalahi syariat kerana melanggar ijmak yang telah dinukilkan?

Sekarang, fikirkanlah jika ijmak itu adalah hujah syariat secara total. Apakah akan jadi pada mereka yang hari ini yang ada pada pendapat yang baharu?

Keempat : Menetapkan ijmak bermakna menyatakan bahawa wahyu masih berterusan sekalipun selepas pemergian Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Maksudnya, selepas kewafatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, apabila ada isu baru, lalu setiap fuqaha tidak berselisih pendapat tentangnya, lantas hal itu dikira ijmak yang disyariatkan. Ia sekaligus menisbahkan bahawa wahyu masih diturunkan walaupun ketiadaan Rasulullah-ṣollallahu *alayhi wasallam-. Semoga Allah selamatkan kita semua daripada kesesatan dan kecelaruan semacam ini. Hendaklah mereka bawakan dalil bahawa wahyu yang berupa pensyariatan itu masih berterusan atau mereka termasuk orang yang membinasakan diri mereka sendiri.

Keenam : Kesepakatan yang diterima adalah daripada kalangan mujtahid. Masalahnya adalah syarat untuk seseorang dikira mujtahid tidak disepakati. Bagaimana mungkin kita katakan ahli berkelayakan itu bersepakat terhadap sesuatu sedangkan kriteria untuk seseorang itu berkelayakan pun tidak disepakati? Itu belum lagi melihat perbahasan sekitar had zaman yang ijmak itu diambil kira, pandangan tentang ijmak tanpa bicara, insan yang diperselisihkan sama ada pandangannya diambil kira ataupun tidak, pendakwaan sesuatu hukum itu adalah ijmak ataupun tidak, sifat rektitud bagi mujtahid, kemutawatirannya dan pembatasan zaman dan lain-lain. 

Selagimana tidak jelas sesuatu, kita tidak boleh menisbahkan sesuatu. Lantas, dalam keadaan kacau-bilau ini, seseorang tergamak berkata adanya ijmak dalam sesuatu isu yang menjadi hukum syariat dengan yakin? Ini ucapan dari orang yang dungu yang sangat layak dicampak ke dinding sebab dia cuba membangunkan binaan dengan tiang yang rapuh.

Ketujuh : Akibat penerimaan ijmak, maka pendapat yang menyelisihinya ditolak mentah-mentah dan dianggap ganjil hanya disebabkan tidak mendapat tempat majoriti, bukan sebab dari penilaian kekuatan hujah. Bahkan, boleh mencampakkan seseorang kepada kekafiran sembarangan atas alasan menolak ijmak. Sedangkan, sebenar-benar pendapat yang ganjil ialah pendapat yang menyalahi al-Qur^ān dan as-Sunnah sekalipun majoriti yang berpandangan seperti itu. Penilaian ganjil mestilah pada neraca ilmu yang didukung oleh al-Qur^ān dan as-Sunnah, bukan bilangan orang yang menganutnya.

Kelapan
 : Kalaulah kita menerima ijmak tersebut hanya pada zaman tertentu, maka jika ada pendapat zaman berikutnya yang lain daripada yang tidak diperselisihkan pada zaman sebelumnya yang pendapat zaman berikut itu terbukti benar dari sudut kekuatan hujahnya, apakah pendapat ini akan tertolak walau apa jua keadaan sekalipun? Jika tertolak, maka ini menolak pendapat yang benar berdasarkan al-Qur^ān dan as-Sunnah! Adakah beramal dengan pendapat yang kuat itu dikira berdosa kerana atas alasan melanggar ijmak? Jika berdosa, mengapa pula mengikuti kebenaran dianggap berdosa? Mohonlah kepada Allah agar kita terselamat daripada kecelaruan orang tolol.

Kesembilan : Kalaulah kita menerima ijmak tersebut berlaku sepanjang zaman, ini bermakna pensyariatan itu tidak dijamin kekal kerana berkemungkinan wujudnya pendapat seorang mujtahid yang menyelisihinya dengan hujah yang kuat yang mampu membatalkan pensyariatan itu. 

Maksudnya, apabila tiada perselisihan daripada kalangan fuqaha pada kurun pertama, ini bermakna pensyariatan itu tidak diyakini dan tidak dijamin ia akan diimani, diterima, terpakai dan diamalkan secara universal pada zaman kurun kedua kerana boleh sahaja akan ada mujtahid pada zaman kurun kedua itu akan menyelisihi pendapat itu dan terbukti ia lebih benar atau salah satu yang diterima sebagai benar sehingga termasuk dalam perselisihan yang muktabar. 

Pasti ini tidak mungkin kerana hukum syariat yang mutlak itu, contohnya seperti wajibnya sesuatu perkara itu atas kesepakatan, mestilah berdiri di atas jaminan relevannya sepanjang masa, setiap tempat dan seluruh zaman, iaitu revelannya kewajipan itu dijamin kekal setiap keadaan.

Kalau ia merupakan sesuatu yang terdedah seperti ini, maka ia termasuk dalam ruang lingkup isu yang diijtihadkan, bukan pensyariatan yang mutlak. Ijtihad boleh menjadi lebih kuat persangkaan kebenarannya daripada yang lain dan sama-sama kuat sehingga termasuk dalam perselisihan yang diiktiraf. 

Kadangkala persepektif tentang kekuatan itu berbeza setiap orang. Maka, hal ini tidak terjamin kerevelanannya yang dijamin sepanjang masa dan ini sama sekali tidak akan masuk ke dalam pensyariatan yang mutlak kerana terdedah dengan penyelisihan yang sama kuat atau keraguan yang munasabah.

Tiada Ijmak Yang Ideal

Telah saya dedahkan terdahulu bahawa apa yang dikatakan ijmak itu tidak ada gambaran yang ideal kerana masing-masing dari kalangan ahli ilmu tidak sependapat dalam beberapa perkara dalam syarat penerimaan ijmak. Di sini, saya paparkan sebahagian teks Aḥmad Fatḥiyy Ḥijāziyy yang berkomentar dalam kitab Šarḥ al-Waroqōt Li Imām al-Ḥaromayn Fī Uṣūl al-Fiqh karya Ibn Imām al-Kāmiliyyah, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah supaya sama-sama kita renungkan. Katanya :

قوله: <اتفاق العلماء> ليخرج العوام إذ ليسوا من أهل الاجتهاد ولا يمكن الوقوف على قول كل فرد منهم لكثرتهم بخلاف العلماء. وذهب بعض الأصوليين إلى اعتبار موافقة العوام لأنهم من الأمة وقد حكم لهم بالعصمة لعدم اجتماعهم على الضلالة. قوله: <علماء العصر> ليخرج من بعدهم لأنهم إذا اجتمعوا في العصر الواحد على حكم لا يضر من خالفهم بعده. قوله: <ونغني بالعلماء الفقهاء> ليخرج المتكلمين والنحويين وغيرهم. والمراد بالفقهاء المجتهدون المستنبطون الأحكام الشرعية بالأدلة بخلاف من نقل مذهبه عن غيره فإنه لم يكن منهم ولا تضر مخالفتهم.

"Katanya <Kesepakatan ulama> adalah untuk mengasingkan orang awam ketikamana mereka bukanlah ahli ijtihad dan tidak mungkin diketahui tentang pendapat setiap seorang daripada mereka kerana ramainya mereka. Hal ini berbeza dengan ulama. Sebahagian ahli uṣūl berpendapat dalam mengambil kira kesepakatan orang awam kerana mereka termasuk dalam umat ini dan telah ditentukan ismahnya kerana mereka tidak bersepakat untuk kesesatan. Katanya <Ulama masa itu> adalah untuk mengasingkan mereka yang selepasnya kerana mereka apabila bersepakat pada masa yang sama untuk sesuatu, orang yang selepasnya yang menyalahi mereka. Katanya <Kami merasa cukup ulama fiqh> untuk mengeluarkan golongan mutakallimin, ahli nahu dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan ulama fiqh adalah mujtahid yang mengistinbatkan hukum syariat dengan dalil. Ini berbeza dengan orang yang menukilkan mazhabnya daripada selainnya kerana mereka tidak termasuk daripada mereka dan tidak dimudaratkan dengan penyelisihan mereka". [m/s 303].

Katanya :

والمراد بهم الفقهاء المجتهدون المستنبطون للأحكام الشرعية بالأدلة. وهذا قول جمهور العلماء أن العبرة بالمجتهدون فقط دون غيرهم. انظر التلخيص (3/42)، اللمع (ص: 257)، الإحكام (1/228)، المسودة (ص: 331)، أصول السرخسي (1/313)، شرح الكوكب المنير (2/224). وهنا مسألة لا نغفلها وهي أن جمهور العلماء على أن الأصولي غير معتبر في أهل الإجماع خلافا للقاضي الباقلاني والغزالي والفخر الرازي. انظر تفصيل ذلك في البرهان (1/685)، التلخيص (3/41-45)، المستصفى (1/183)، المحصول (2/282)، الإحكام (1/228)، التقرير والتحبير (3/81) بيان معاني البديع (1/1016)،

"Yang dimaksudkan dengan fuqaha adalah mujtahid yang mengistinbatkan hukum syariat dengan dalil. Ini adalah pendapat majoriti disebabkan ungkapannya yang bukan selain mereka. Lihat at-Talẖiṣ (3/42), al-Luma* (m/s 257), al-Iḥkām (1/228), al-Musawwadah (m/s 331), Uṣūl as-Sarẖosiyy (1/313), dan Šarḥ al-Kawkab al-Munīr (2/224). Ini adalah isu yang kami tidak abaikannya. Iaitu, ia adalah majoriti ulama berpandangan ahli uṣūl tidak mukatabar dalam anggota ijmak. Ini berbeza dengan al-Qōḍī al-Bāqolāniyy, al-Ġozāliyy dan al-Faẖr ar-Rōziyy. Lihat penjelasannya dalam al-Burhān (1/685), at-Talẖiṣ (3/41-45), al-Mustaṣfā (1/183), al-Maḥṣūl (2/282), al-Iḥkām (1/228), at-Taqrīr wa at-Taḥbīr (3/81) dan Bayān Ma*ānī al-Badī* (1/1016)". [m/s 304].

Katanya :

ولا يعتبر وفاق العوام على إجماع العلماء في حكم الحادثة. هذا مذهب جمهور العلماء. وقال بعض المتكلمين يعتبر وفاقهم. نقله الشيرازي في اللمع (ص: 258)، ونقل عن القاضي الباقلاني واختاره الآمدي في الإحكام (1/226)، وانظر البرهان (1/684)، التلخيص (3/38)، المستصفى (1/181-182)، شرح المحلي على جمع الجوامع (2/177)، شرح العضد (2/33)، إرشاد الفحول (ص: 87)، بيان معاني البديع (1/1014)، تيسير التحرير (3/224)، كشف الأسرار (3/237).

"Tidak diambil kira kesepakatan orang awam untuk ijmak ulama dalam hukum sesuatu perkara. Ini adalah mazhab majoriti ulama. Sebahagian mutakallimin berpendapat untuk mengambil kira kesepakatan mereka. Ini dinukilkan oleh aš-Šīrōziyy dalam al-Luma* (3/38), al-Mustaṣfā (1/181-182), Šarḥ al-Muḥallā *Alā Jam* al-Jawāmi* (2/177), Šarḥ al-*Aḍd (2/33), Iršād al-Fuḥūl (m/s 87), Bayān Ma*ānī al-Badī* (1/1014), Taysīir at-Taḥrīr (3/224) dan Kašf al-Asrōr (3/237)". [m/s 305].

Ketika teks al-Waraqōt menyebutkan :

وإجماع هذه الأمة حجة

"Ijmak untuk umat ini adalah hujah".

Aḥmad Fatḥiyy Ḥijāziyy berkomentar :

أي حجة قطعية وهذا جمهور العلماء واختاره إمام الحرمين في التلخيص (3/52)، قال ابن نجار: وهذا مذهب الأئمة الأعلام منهم الأربعة وأتباعهم وغيرهم من المتكلمين. وقال الآمدي والرازي: هو حجة ظنية لا قطعية، وقيل ظنية في السكوت ونحوه دون القطعي. شرح الكوكب المنير (2/214-215). وانظر تفصيل ذلك في البحر المحيط (4/442)، البرهان (1/717)، شرح المحلي على جمع الجوامع (2/195)، المستصفى (1/204)، فواتح الرحموت (2/213)، تيسير التحرير (3/227)، الإحكام (1/200)، إرشاد الفحول (ص: 79)، شرح العضد (2/30)، أصول السرخسي (1/295)، كشف الأسرار (3/227)، شرح تنقيح الفصول (ص 322)، المحصول (2/46)، الإبهاج (2/352)، بيان معاني البديع (1/988).

Iaitu, hujah yang qoṭ*iyyah. Ini adalah pandangan majoriti ulama dan imam al-Ḥaromayn memilihnya dalam at-Talẖīṣ (3/52). Berkata Ibn Najjār: "Ini adalah pendapat imam ilmuwan. Antaranya adalah imam yang empat, pengikut mereka dan selain daripada dari kalangan mutakallimin. Berkata al-Āmadiyy dan ar-Rōziyy: "Ia adalah hujah ẓonniyyah, bukan qoṭ*iyyah". Disebutkan bahawa ẓonniyyah pada ijmak tanpa bicara dan selainnya. Ia bukan qoṭ*iyy. Šarḥ al-Kawkab al-Munīr (2/214-215). Lihat penjelasannya dalam al-Baḥr al-Muḥīṭ (4/442), al-Burhān (1/717), Šarḥ al-Maḥalliyy *Alā Jam* al-Jawāmi* (2/195), al-Mustaṣfā (1/204), Fawātiḥ ar-Roḥmūt (2/213), Taysīr at-Taḥrīr (3/226), al-Iḥkām (1/200), Iršād al-Fuḥūl (m/s 79), Šarḥ al-*Aḍd (m/s 79), Uṣūl as-Sarẖosiyy (1/295), Kašf al-Asrōr (3/227), Šarḥ at-Tanqīḥ al-Fuṣūl (m/s 322), al-Maḥṣūl (2/46), al-Ibhāj (2/352) dan Bayān Ma*ānī al-Badī* (1/988). [m/s 305].

Ketika teks al-Waraqōt menyebutkan :

والإجماع حجة على العصر الثاني وفي عصر أي كان

"Ijmak adalah hujah untuk kurun kedua dan juga mana-mana kurun".

Aḥmad Fatḥiyy Ḥijāziyy berkomentar :

وهذا مذهب جمهور العلماء وهو أن الإجماع المحتج به غير مختص بإجماع الصحابة، بل إجماع أهل كل عصر حجة. قاله الآمدي في الإحكام (2/230)، وانظر البرهان (1/820)، التلخيص (3/53)، المعتمد (2/283)، المستصفى (1/185)، المحصول (2/283)، إرشاد الفحول (ص: 81)، أصول السرخسي (1/313)، شرح العضد (2/34)، العدة (4/1090) نزهة الخاطر (1/372). وذهب أكثر الظاهرية إلى أن الإجماع المحتج به هو إجماع الصحابة فقط. وهذا قول داود الظاهري وخالفه ابن حزم. انظر الإحكام لابن حزم (1/659). وهو إحدى الروايتين عن الإمام أحمد. انظر المسودة (ص:318)، أصول مذهب أحمد (ص: 331)، التلخيص (3/53)، الإحكام (2/330)، بيان معاني البديع (1/1021)، العدة (4/1092) ونزهة الخاطر (1/372).

قال المرديني: يشير الجويني إلى أن إجماع العصر الأول حجة في العصر الثاني وكذا إجماع كل عصر حجة لمن يعدهم إلى الأبد خلافا للظاهرية، فلم يثبتوا الإجماع إلا للصحابه فقط. ولهذا قال: وأي عصر كان؛ وهل يشترط لانعقاد إجماع العصر الثاني انقراض العصر الأول، قولان: صحح الشيخ رحمه الله وجماعة أنه لا يشترط انقراضهم لأنه عليه الصلاة والسلام شهد لهم بالعصمة من غير تخصيص وقت دون وقت. وذهب أبو بكر بن فورك وغيره إلى اشتراط انقراضهم لأنه يلزم منه رجوع معض من اتفق معهم كما جرى لعلي رضي الله وافقهم في عدم بيع أمهات الأولاد، ثم بعد ذلك رأى بيعهن. فقال له عبيدة السلماني: رأيك في الجماعة أحب الينا من رأيك وحدك. فدل على اشتراط انقراضهم، وإلا لم يجز له الرجوع وخرق الإجماع. والأصح الأصوول لأنق الانقراض لو كان شرطا لامتنع حصول الإجماع لإمكان أن يرجع بعضهم. ورد قول من استدل بقول علي بأن الإجماع منعقد على عدم بيع أم الولد ولم يلتفتوا إلى أي رأي واحد إذ لا تأثير له في خرق الإجماع؛ الإجماع السكوت وحجية قول الصحابي. انظر الأنجم الزاهرات على حل ألفاظ الورقات (1/43).

Ini adalah mazhab majoriti ulama dan ijmak yang dijadikan hujah tidak khusus untuk ijmak pada Sahabat, bahkan ijmak untuk setiap kurun adalah hujah. Ini adalah pendapat al-Āmadiyy dalam al-Iḥkām (2/230). Lihat al-Burhān (2/230), at-Talẖīṣ (3/53), al-Mu*tamad (2/283), al-Mustaṣfā (1/185), al-Maḥṣūl (2/283), Iršād al-Fuḥūl (m/s 81), Uṣūl as-Sarẖosiyy (1/313),Šarḥ al-*Aḍd (2/34), al-*Iddah (4/1090) dan Nuzhah al-H̱ōṭir (1/372). Kebanyakan mazhab aẓ-Ẓōhiriyy berpendpat bahawa ijmk para Sahabat sahaja. Ini adalah pendapat Dāwud aẓ-Ẓōhiriyy dan Ibn Ḥazm menyalahinya. Lihat al-Iḥkām karya Ibn Ḥazm (1/659). Dia adalah salah seorang dua riwayat daripada al-Imām Aḥmad. Lihat al-Musawwadah (m/s 318), Uṣūl Maḏhab Aḥmad (m/s 311), at-Talẖīṣ (3/53), al-Iḥkām (2/230), Bayān Ma*ānī al-Badī* (1/1021), al-*Iddah (4/1092) dan Nuzhah al-H̱ōṭir (1/327).

Berkata al-Mardīniyy: "Al-Juwayniyy memberi petunjuk bahawa ijmak kurun awl adalah hujah ada kurun yang kedua. Begitu juga ijmak setiap zaman. Ia adalah hujah bagi orang yang meng keabadian. Berbeza dengan mazhab aẓ-Ẓōhiriyy. Mereka tidak menetapkan ijmak melainkan hanya untuk Sahabat sahaja". Kerana itu dia berkata: "Mana-mana zaman pun". Adakah disyaratkan kehapusan kurun pertama pada berlakunya ijmak kurun kedua. Ada dua pendapat. Aš-Šayẖ roḥimahullah dan para jemaah mensahihkan bahawa tidak disyaratkankehapusan kerana baginda *Alayhi aṣ-Ṣolāh Wassalām membenarkan ismahnya tanpa mengkhususkan waktu demi waktu. Abū Bakr bin Fūrok dan selainnya mensyaratkan berlakunya kehapusan kerana wajibnya merujuk sebahagian orang yang bersepakat dengan mereka sepertimana yang berlaku kepada *Aliyy -roḍiyallahu *anh-  yang bersepandapat dengan mereka pada tiada jual beli Umm al-Walad. Kemudian, setelah dari itu, dia berpandangan adanya jual beli. Berkata *Ubaydah as-Salmāniyy kepadanya: "Pendapat kau bersama para jemaah lebih kami sukai daripada pandangan kau yang bersendiri". Maka ini menunjukkan berlakunya kehapusannya. Jika tidak, maka tidak harus menarik balik dan merobek ijmak. Yang paling sahih adalah yang awal kerana kalau penghapusan adalah syarat, nescaya tertegah untuk terjadinya ijmak kerana berkemungkinan berlakunya tarik balik pada sebahagian mereka. Pendapat yang mengambil dalil pendapat *Aliyy dibantah bahawa ijmak berlaku pada tiadanya jual beli Umm al-Walad, namun mereka tidak mempedulikan mana-mana pendapat yang bersendirian kerana tidak ada kesan dalam merobek ijmak, iaitu ijmak tanpa bicara dan qaul Sahabat. Lihat al-Anjum az-Zāhirōt *Ala Ḥall Alfāẓ al-Waroqōt (1/43). [m/s 307].

Katanya :

الإجماع السكوتي هو أن يفتي مجتهد بحكم ويسكت أهل عصره بعد علمهم بما أفتى به ولم ينكروا عليه. بيان معاني البديع (1/1054). وما قرره إمام الحرمين هنا في الورقات وهو أن الإجماع السكوتي حجة وهو قول جمهور العلماء وبه قال أحمد وأكثر الحنفية وبعض الشافعية كأبي إسحاق الإسفرايني وأبي إسحاق الشيرازي. ولكن إمام الحرمين اختار في البرهان (1/107) أن الإجماع السكوتي ليس بحجة اتباعا للإمام الشافعي وهو قول القاضي الباقلاني واختاره الغزالي والفخر الرازي واليضاوي وأبو عبد الله البصري المعتزلي. وفي المسألة أقوال أخرى. انظر الأقوال والأدلة في التبصرة (ص: 392)، المستصفى (1/191)، المحصول (2/215)، أصول السرخسي (1/303)، فواتح الرحموت (2/232)، التقرير والتحبير (3/101)، الإحكام (1/254)، شرح العضد (2/37)، شرح المحلي على جمع الجوامع (2/189)، إرشاد الفحول (ص: 84-85)، التوضيح (2/41)، البحر المحيط (4/494)، المسودة (ص: 335)، شرح الكوكب المنير (2/253)، نثر الورود (2/437-439)، العدة (4/1170)، معراج المنهاج (2/100)، المعتمد (2/533)، كشف الأسرار (3/228).

Ijmak tanpa bicara adalah fatwa mujtahid untuk suatu hukum dan ahli sezamannya selepas tahunya mereka dengan apa yang difatwakannya, tetapi tidak mereka mengingkarinya. Bayān Ma*ānī al-Badī* (1/1054). Apa yang imam al-Ḥaromayn memperakukan di sini dalam al-Waroqōt adalah ijmak tanpa bicara adalah hujah dan ini adalah pendapat majoriti ulama. Aḥmad, yang terbanyak dari mazhab Ḥanafiyy dan sebahagian mazhab aš-Šāfi*iyy seperti Abū Isḥāq al-Isfirōyīniyy dan Abū Isḥāq aš-Šīrōziyy juga berpendapat dengannya. Namun, imam  al-Ḥaromayn dalam al-Burhān bahawa ijmak tanpa bicara bukanlah hujah kerana mengikut al-Imām aš-Šāfi*iyy. Ini adalah pendapat al-Qōḍī al-Bāqolāniyy dan al-Ġozāliyy, al-Faẖr ar-Rōziyy, al-Bayḍōwiyy dan Abū *Ubayd al-Mu*taziliyy memilihnya. DAlam isu ini ada beberapa pendapat yang lain. Lihat pendapat dan dalilnya di at-Tabṣiroh (m/s 392), al-Mustaṣfā (1/191), al-Maḥṣūl (2/215), Uṣūl as-Sarẖosiyy (1/303), Fawātiḥ ar-Roḥmūt (2/232), at-Taqrīr wa at-Taḥbīr (3/101), al-Iḥkām (1/254), Šarḥ al-*Aḍd (2/37), Šarḥ al-Maḥalliyy *Alā Jam* al-Jawāmi* (2/189), Iršād al-Fuḥūl (m/s 84-85), at-Tawḍīḥ (2/41), al-Baḥr al-Muḥīṭ (4/494), al-Musawwadah (m/s 335), Šarḥ al-Kawkab al-Munīr (2/253), Naṯr al-Wurūd (2/437-439), al-*Iddah, (4/1170), Mi*rōj al-Minhāj (2/100), al-Mu*tamad (2/533) dan Kašf al-Asrōr (3/228). [m/s 307].

Dalam mengakhiri bab ijmak, dia mengakhiri komentar dengan kesimpulan berikut :

وفي مبحث الإجماع عند بن إمام الكاملية فوائد نراها فيما يلي:

أبان أن الإجماع لغة يطلق على معنين؛ أحدهما: العزم، وثانيهما: الاتفاق.

وقال ابن إمام الكاملية: يصح على الأول إطلاق اسم الإجماع على الواحد بخلاف الثاني.

وفي الاصطلاح: هو اتفاق خاص أي اتفاق علماء العصر من أمة محمد صلى الله عليه وسلم على حكم الحادثة شرعية. (انظر: الإمام الغزالي في المستصفى /173).

وقد خرّج ابن إمام الكاملية رحمه الله القيود الموجودة في تعريف الإجماع. فقال: قوله: اتفاق، كالجنسم ونغني به الاشتراك إما في الاعتقاد أو القول أو الفعل، أو إطباق بعضهم على الاعتقاد وبعضهم على القول أو الفعل الدالين على الاعتقاد وما في معناه من التقرير والسكوت عند القائل به وشمل اتفاق هذه الأمة واتفاق غيرهم. قوله: <علماء أهل العصر> أي الزمان قل أو كثر، فدخل زمن الصحابة وزمن التابعين وزمن من بعدهم. فلا يختص الإجماع بالصحابة وأخرج به اتفاق المقلدين واتفاق بعض المجتهدين فإنه فسر العلماء بالفقهاء والفقهاء هم المجتهدون.

علما أن داود الظاهري خالف ذلك وقال: إنه لا حجة في إجماع من بعد الصحابة أي لا إجماع إلا إجماع الصحابة رضي الله عنهم. انظر الإحكام لابن حزم (4/147).

 وذهب ابن إمام الكاملية إلى عدم اعتبار مخالفة الأصولي في الإجماع وهو مذهب الجمهور. انظر البحر المحيط (4/422). وقد فصل القول الإمام الشوكاني وقال: أما الأصولي الماهر المتصرف في الفقه ففي اعتبار خلافه في الفقه وجهان. حكاهما الماوردي. وذهب القاضي إلى أن خلافه معتبر. قال الجويني: وهو الحق. وذهب معظم الأصوليين ومنهم أبو الحسين بن القطان إلى أن خلافه لا يعتبر لأنه ليس من المفتين ولو وقعت له واقعة لزم أن يستفتي المفتي فيها. وقال الكيا: والحق قول الجمهور لأن من احكم الأصلين فهو مجتهد فيهما. انظر إرشاد الفحول: 77).

 ورجح ابن إمام الكاملية أن العدالة ليست شرطا يجب توافره في المجمعين. قال: وعلم منه اختصاصه بالعدول إن كانت العدالة ركنا في الاجتهاد وعدم الاختصاص بهم إن لم تكن ركنا وهو الأصح. انظر شرح الورقات: (ص: 191). وقاك الأنصاري في كتابه "فواتح الرحموت": لا يشترط عدالة المجتهد في الإجماع فيتوقف على غير العدل في مختار الآمدي والغزالي لأن الأدلة الدالة على حجية الإجماع مطلقة عن تقييد الأمة بكونها عدلا فاعتبار إجماع العدول مع مخالفة الفاسق لا مدرك له شرعا. وكل حكم لا مدرك له شرعا وجب نفيه. أما ما ذهب إليه الجمهور فهو اشتراط العدالة بين المجمعين وهو ما نقله محب الله بن عبد الشكور في كتابه "مسلم الثبوت" وقال: الجمهور شرطوا العدالة وهو الحق لأن قول الفاسق واجب التوقف فلا دخل لهفي الحجية ولأن في حجية الإجماع حقيقة التكريم لأهله. والفاسق لا يستحق التكريم. انظر المستصفى بحاشيتة: (2/218).

ورجح رحمه الله عدم اشتراط التواتر في المجمعين وقال: لا يشترط في المعجمين عدد التواتر لصدق المجتهدين وهو الأصح. انظر شرح الورقات: (ص: 192). وبه قال أبو الحسين البصري والإمام الجويني والإمام الغزالي والآمدي وهو ما صححه الزركشيي. وقد خالف ذلك ابن الحاجب وطائفة من المتكلمين منهم القاضي الباقلاني حيث جعلوا التواتر شرطا من شروط المجمعين. انظر المعتمد للبصري: (2/353)، والبرهان: 1/691، والمنخول، (ص: 313-314)، والإحكام للآمدي:(1/185-186)، وإرشاد الفحول: (ص: 89-90)، ومنتهى الوصول والأمل: (ص: 42). وقال رحمه الله: اعلم أنه إذا لم يكن في العصر إلا مجتهد واحد لم يحتج به إذ أقل ما يصدق به اتفاق المجتهدين اثنان وهو القول الذي ذهب إليه الجمهور. وقال أبو إسحاق الإسفراييني: إن الواحد حجة وقال بعضهم لا خلاف في أنه ليس بإجماع. انظر: نهاية الوسول للأسنوي: (2/237)، والبحر المحيط: (4/156)، وشرح الكوكب المنير: (2/253).

Dalam perbincangan ijmak di sisi imam al-Kāmiliyyah, ada beberapa faedah yang kita telah melihat sepertimana yang berikut :

Dia menjelaskan ijmak secara bahasa ditentukan atas dua makna. Salah satunya adalah al-*Azm dan yang adalah al-Ittifāq.

Berkata Ibn Imam al-Kāmiliyyah: "Yang benar pada penentuan kata nama ijmak pada awalnya akan pada yang pertama. Ini berbeza dengan yang kedua".

Dalam istilah, ia adalah kesepakatan khas ulama masa itu dari kalangan umat Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- untuk suatu hukum syariat yang baru berlaku. (Lihat al-al-Imām al-Ġozāliyy dalam Mustaṣfā, m/s 173).

Imām al-Kāmaliyyah telah pun mengeluarkan ikatan yang wujud dalam pendefinisian ijmak. Dia berkata: "Katanya: <Kesepakatan> sepertimana jenisnya. Kami merasa cukup dengan perkongsian sama ada dalam akidah, kata-kata atau perbuatan atau mempunyai persamaan pada akidah. Sebahagian mereka berpegang pada kata-kata dan perbuatan yang menunjukkan akidah serta apa yang seerti dengannya yang berupa pengakuan dan diam di sisi mereka yang berpendapat sedemikian. Kesepakatan ini merangkumi kesepakatan umat ini dan selainnya. Katanya: <ulama masa itu>, iaitu zaman itu sama ada sedikit atau ramai, maka ia masuk ke zaman Sahabat, zaman tabiin dan zaman selepas mereka". Dia mengeluarkan kesepakatan muqallid dan kesepakatan sebahagian mujtahid kerana dia mentafsirkan ulama fiqh yang mana ulama fiqh adalah mujtahid.

Telah pun diketahui bahawa Dāwud aẓ-Ẓōhiriyy menyalahi hal itu. Dia berkata: "Tidak ada hujah pada ijmak selepas zaman Sahabat, iaitu tidak ada ijmak melainkan ijmak para Sahabat -roḍiyallahu *anhum-. (Rujuk al-Iḥkām karya Ibn Ḥazm: 4/147).

Al-Imām al-Kāmaliyyah berpendapat bahawa tidak mengambil kira penyelisihan ahli Uṣūl dalam ijmak dan ini adalah mazhab majoriti. Lihat al-Baḥr al-Muḥīṭ (4/422). Al-Imām aš-Šawkāniyy telah pun menjelaskan pendapat itu, dia berkata: "Adapun, ahli Uṣūl yang mahir menguruskan fiqh, maka pengambil kiraan pada penyelisihannya dalam fiqh terdapat dua pendapat. Al-Māwardiyy memetik hal itu. Al-Qōḍī berpendapat bahawasanya penyelisihannya adalah muktabar. Berkata al-Juwayniyy: Ia adalah benar. Ramai ahli Uṣūl seperti Abū al-Ḥusayn bin al-Qoṭṭōn pendapat bahawa penyelisihannya tidak diambil kira kerana dia bukan dari kalangan mufti. Kalau sabit realiti baginya, pasti si mufti itu diminta fatwa padanya. Berkata Ilkiyā: "Yang benar adalah pendapat majoriti kerana sesiapa yang menekuni dua teras yang asas, maka dia adalah mujtahid. Lihat Iršād al-Fuḥūl (m/s 77)

Al-Imām al-Kāmaliyyah merajihkan bahawa rektitud bukanlah syarat yang wajib anggota ijmak perlu memenuhinya. Dia berkata: "Telah diketahui bahawa pengkhususannya pada sifat rektitud, jika rektitud adalah rukun dalam ijtihad dan tidak ada kekhususan untuk mereka jika *adālah  bukan rukun. Dan ini adalah pendapat yang sahih. Lihat Šarḥ al-Waroqōt (m/s 191). Berkata al-Anṣōriyy dalam kitabnya Fawātīḥ ar-Roḥmūt: "Rektitud mujtahid tidak disyaratkan dalam ijmak dan telah disebutkan untuk tidak perlu rektitud dalam pilihan al-Āmadiyy dan al-Ġozāliyy kerana dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak adalah bebas daripada ikatan umatnya dengan sebab keadaan umat itu sendiri yang rektitud. Maka, diambil kira ijmak orang yang mempunyai rektitud bersama penyelisihan sang fasik tidak mungkin dalam syariat. Setiap hukum yang tidak mungkin dalam syariat, maka wajib penolakannya". Adapun apa yang majoriti berpendapat, maka disyaratkan rektitud dalam anggota ijmak. Ini apa yang dinukilkan oleh Muḥibbullah bin *Abdul Šakūr dalam kitabnya Musallam aṯ-Ṯubūt. Dia berkata: "Majoriti mensyaratkan rektitud dan ini adalah yang benar kerana pendapat sang fasik wajib tawaqquf. Maka, tidak termasuk ia dalam kehujahan. Ini kerana dalam kehujahan ijmak, hakikatnya adalah pemuliaan terhadap anggotanya dan fasik tidak berhak dimuliakan. Lihat: al-Mustaṣfā di bahagian nota (2/218).

Dia -roḥimahullah- merajihkan bahawa tidak disyaratkan mutawatir pada anggota ijmak. Dia berkata: "Tidak disyaratkan untuk para penyepakat dalam jumlah mutawatir kerana kejujuran para mujtahid. Ini pendapat benar". Lihat Ṣarḥ al-Waroqōt. Abū al-Ḥusayn al-Baṣriyy, al-Imām al-Juwayniyy, al-Imām al-Ġozāliyy dan al-Āmadiyy berpendapat sedemikian dan ini apa yang az-Zarkašiyy sahihkan. Ibn al-Ḥājib dan segolongan daripada mutakallimin seperti al-Qōḍī al-Bāqolāniyy yang mana mereka menjadikan mutawatir sebagai salah satu syarat anggota ijmak. Lihat al-Mu*tamad karya al-Baṣriyy (2/353), al-Burhān (1/691), al-Manẖūl (m/s 313-314), al-Iḥkām karya al-Āmadiyy, (1/1885-186), Iršād al-Fuḥūl (89-90) dan Muntahā al-Wuṣūl (m/s 42). Dia -roḥimahullah- berkata: "Ketahuilah jika pada masa itu hanya seorang mujtahid, maka tidak dihujahkan dengannya kerana yang paling sedikit kesepakatan mujtahid yang membenarkannya adalah dua orang. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan". Berkata Abū Isḥāq al-Isfirōyīniyy: "Sesungguhnya seorang adalah hujah". Berkata sebahagian mereka: "Tidak ada perselisihan bahawanya ia bukan ijmak". Lihat  Nihāyah al-Wusūl karya al-Asnawiyy (2/237), al-Baḥr al-Muḥīṭ (4/516) dan Šarḥ al-Kawkab al-Munīr (2/253). [m/s 311].

Saya hairan apabila ada orang memarahi saya apabila saya bangkitkan isu ini dan mencela saya apabila saya mengkritik hal ini, sedangkan mereka sendiri celaru dan tidak ada asas untuk dikatakan ijmak yang ideal. Mengapa perlu mengajarkan orang untuk teratur sedangkan mereka sendiri bertaburan? Apa yang patut mereka buat adalah selesaikan masalah ini, kemudian persembahkan kepada dunia ijmak yang ideal yang wajib bagi setiap Muslim, khususnya ahli ilmu untuk berpegang padanya. Jika kesemua mereka meyakini apa yang dikatakan ijmak, barulah mereka menghadap saya.