Monday, July 6, 2020

Diari Diri : Usah Gentar Menyelisihi Saya Jika Saya Menyalahi Kebenaran

Walaupun saya selalu berpesan kepada para pembaca, pengikut atau sahabat untuk sentiasa menyelisihi sesiapa sahaja yang dirasakan bersalahan dengan kebenaran walaupun daripada tokoh kenamaan yang berpengaruh yang besarޱ ia juga termasuk saya sendiri yang mungkin lebih rendah daripada mereka semua itu. Allah lebih tahu tentang semua itu.

Yang wajib diikuti adalah Quran dan sunnah serta bukti-bukti kebenaran dan hujah ilmiah. Tokoh dan saya sendiri bukanlah maksum.

Inilah pesan oleh para ilmuwan sepanjang zaman dari awalnya sehingga kini yang menyeru kepada pembebasan fanatisme dan ketaksuban kepada seseorang individu atau sesuatu pihakߨ malah kepada diri mereka sendiri.

Bermula daripada zaman keemasan tiga kurun؛ iaitu zaman para sahabat Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam, zaman tabiin, zaman pengasasan mazhab, zaman kestabilan kodifikasi hadis sehinggalah zaman yang seterusnya yang dinamakan khalaf, kontemporari atau mutaakhirin. Abū anīfa berkata :

لا يحل لمن يفتى من كتبي أن يفتي حتى يعلم من أين.

"Tidak halal untuk seseorang berfatwa daripada kitab-kitab aku yang dia berikan fatwa sehinggalah dia mengetahui sumbernya". [Al-Intiqō^ Fī Faḍō^il aṯ-Ṯalāṯaẗ al-A^immaẗ al-Fuqohā^ Mālik Wa aš-Šāfiiyy Wa Abū anīfa Roiyallāhu Anhumkarya Ibn Abdul Barrm/s 145keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Mālik bin Anas berkata :

كل أحد يؤخد عن قوله ويترك إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم

"Setiap orang diambil pendapatnya dan ditinggalkan melainkan penyemadi di dalam kubur ini ollallāhu alayhi wasallam". [Siyar Alām an-Nubalā^karya a-ahabiyyjilid 7m/s 178keluaran Dār al-adīṯ].

Ibn Wahb berkata :

قال مالك: الحكم حكمان حكم جاء به كتاب الله وحكم أحكمته السنة. قال: ومجتهد رأيه لعله يوفق. وقال: ومتكلف فطعن عليه.

"Mālik berkata: Hukum itu ada dua؛ iaitu hukum yang datang daripada kitab Allah tentangnya dan hukum yang sunnah tetapkannya. Dia berkata: Pandangan mujtahid kadangkala bertepatan. Dia berkata: Orang yang mengada-adakan dicela terhadapnya". [Jāmi al-Bayān al-Ilm Wa al-Falkarya Ibn Abdul Barjilid 1m/s 775keluaran Dār Ibn al-Jawziyytahqiq Abū al-Ašbāl az-Zuhayriyy].

Aš-Šāfiiyy berkata :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بها ودعوا ما قلته.

"Apabila kalian mendapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah ollallāhu alayhi wasallamޱ maka berfatwalah dengannya dan tinggalkan apa-apa yang aku perkatakan". [Siyar Alam ām an-Nubalā^karya a-ahabiyyjilid 8m/s 248keluaran Dār al-adīṯ].

Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

لا تقلدني ولا تقلد مالكا ولا الثوري ولا الأوزاعي وخذ من حيث أخذوا.

"Jangan engkau bertaklid kepadaku dan jangan engkau bertaklid kepada Mālik, aṯ-Ṯawriyy dan al-Awzāiyyߨ tetapi ambillah daripada mana yang mereka ambil". [Ilām al-Muwaqqiīn An Robb al-Ālamīnkarya Ibn al-Qoyyim al-Jawziyyaẗjilid 2m/s 138keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyahtahqiq Muammad bin Abdul Salām Ibrōhīm].

Tidak terkira banyaknya kalam seperti ini untuk dimuatkan dalam satu artikel ini. Nasihat yang seumpama ini boleh dilihat dalam «ar-Rodd Alā Man Alada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull Ar Wa Farḍ» karya Jalāluddīn as-Suyūṭiyy.

Malahߨ nasihat sebegini pada zaman ini bukan sahaja terhad pada modernis atau golongan salafi. Ia juga nasihat daripada ahli baitߨ khususnya keluarga al-Ġumāriyy dan mereka yang melangkah di atas jalan ini. Abdul ayy bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli uṣūl yang berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam berkata :

ولسنا نقصد بهذه الدعوة إلى هدم المذاهب الفقهية وترك عمل بأقوال الأئمة بالكلية، فإن هذا أمر لا نريده ولا يخطر ببالنا لأننا أول من يعمل يها ويتبعها. وإنما نقصد ترك العمل بالقول الذي ظهر خطأه وكان النص يخالفه. فهذا هو الذي نريده ونقصده إذ لا معنى لاتباع قول تبين بالدليل أنه خطأ والجمود عليها والدفاع عنه بارتكاب التأويلات الباردة والتحملات الفارغة فإن الإمام ليس معصوما من الخطأ، بل هو عرضة كما هو شأن بني آدم كلهم وقد اعترف الأئمة كلهم بهذا وبينوا البيان الشافي أنهم يخطئون كما يصيبون وإن الواجب اتباع الحق عند خطأهم

"Kami bukan memaksudkan dengan seruan ini kepada perobohan mazhab-mazhab fiqh dan meninggalkan pengamalan pendapat-pendapat para imam dengan keseluruhan. Sesungguhnya ini adalah perkara yang kami tidak memaksudkannya dan yang tidak terlintas di fikiran kami kerana kamilah orang yang awal yang beramal dengannya dan mengikutinya. Sebenarnyaܦ kami memaksudkan peninggalkan pendapat yang jelas kesalahannya dan skriptur yang menyelisihinya. Inilah yang kami mengkehendakinya dan memaksudkannya memandangkan tidak ada makna pengikutan pendapat yang telah nyata dengan dalil bahawa ia adalah salah, bersikap jumud terhadapnya serta mempertahankannya dengan menunggang pentakwilan yang rapuh dan spekulasi yang kosong. Sesungguhnya imam itu bukanlah terbebas dari kesilapanߨ bahkan dia bersebati sepertimana keadaan anak-anak Ādam keseluruhannya. Para imam keseluruhannya telah pun mengiktiraf ini dan menghuraikan penjelasan yang menyembuhkan bahawa mereka selalu tersilap sepertimana mereka selalu betul. Sesungguhnnya yang wajib adalah mengikuti kebenaran ketikamana terjadi kesalahan mereka". [Iqōmaẗ al-Ḥujjaẗ Alā Adam Iḥāṭo Aad Min al-A^imma al-Arbaa Bi as-Sunnahm/s 2324].

Dia juga berkata :

ولسنا نقصد بهذه الدعوة إلى نبذ مذهب مالك وترك العمل به. كلا! ثم كلا! لا نريد هذا ولا يخطر ببالنا فإننا أول من يعمل به ويفتي الناس بأقوال الإمام مالك وأقوال أتباعه من أئمة مذهبه. ولكنا إذا صح الحديث وكان دالا على الحكم نصا لا ظاهرا ولم نجد له معارضا صحيحا مقبولا من جهة القواعد الحديثية والأصولية، تركنا حينئذ منصوص المذهب وعلمنا بالحديث ونكون حينئذ نحن المقلدين لمالك حقا وصدقا لعلمنا بوصيته بترك قوله إذا كان مخالفا للحديث التي تعتبر من أعظم الأصول التي بنى عليها مذهبه. وعلمنا أيضا بقاعدة مراعة خلاف العلماء التي هي أصل من أصول مذهبه. وعلمنا أيضا بقاعدة لا اجتهاد مع النص. وقد بينا هذا مفصلا فيما تقدم. وإنما أعدناه هنا لننبه على أن اتهامنا بالدعوة إلى نبذ العمل بمذهب مالك ناشئ عن خفاء هذه القواعد الثلاث عليهم لعدم قراءتهم أصول الفقه وعلوم الحديث قراءة مفيدة وعدم اطلاع على فقه المذهب.

"Kami bukan memaksudkan dengan seruan ini kepada penyisihan mazhab Mālik dan meninggalkan pengamalan dengannya. Sama sekali tidak! Kemudianߨ sama sekali tidak! Kami tidak mengkehendaki ini dan tidaklah ia terlintas di fikiran kami kerana sesungguhnya kamilah orang yang awal yang mengamalkan dengannya dan memberi fatwa kepada orang ramai dengan pendapat-pendapat al-Imām Mālik dan pendapat para pengikutinya dari kalangan imam-imam mazhabnya. Akan tetapiߨ apabila sahih hadis itu dan ia menunjukkan ke atas hukum itu secara naṣ yang tidak jelas dan kami tidak menemukan pertentangan yang sahih lagi diterima terhadapnya dari arah kaedah-kaedah hadis dan uṣūlޱ maka kami meninggalkan yang telah dinyatakan inskripsi mazhab itu pada ketika itu. Kami mengetahui mengetahui tentang hadis itu dan kami pada ketika itu menjadi orang yang bertaklid kepada Mālik secara benar dan sertitud kerana kami mengetahui tentang wasiatnya tentang meninggalkan pendapatnya apabila ia menyalahi hadis yang mana diambil kira sebahagian daripada yang paling gadang pada dasar-dasar yang dia membina mazhabnya ke atasnya. Kami juga mengetahui tentang kaedah pemerhatian perselisihan ulama yang ia adalah salah satu dasar dariapda dasar-dasar mazhabnya. Kami mengetahui tentang kaedah yang tidak ada ijtihad bersama skriptur. Kami telah menjelaskan ini secara terperinci pada apa yang telah lalu. Sebenarnyaܦ kami menyediakannya di sini untuk kami mengingatkannya tentang bahawa seruan kami kepada penyisihan mazhab Mālik adalah berpunca daripada ketersembunyian kaedah yang tiga ini ke atas mereka kerana ketiadaan pembacaan mereka dalam uṣūl fiqh dan ilmu-ilmu hadis dengan pembacaan yang memberi faedah dan ketiadaan penelaahan ke atas fiqh mazhab itu". [Naqd Maqōl Fī Masā^il Min Ilm al-adīṯ Wa al-Fiqh Wa Uṣūlih Wa Tafḍīl Ba al-Maḏāhibm/s 81].

Abdullah binAbdul Qōdir at-Talīdiyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ṣollallāhu alayhi wa ālihi wasallam berkata tentang prinsipnya dalam isu taklid :

نعم لا يمنع العوام والقاصرين من أهل العلم من تقليد مذهب من المذاهب المشهورة ما لم يتبين لهم مخالفته لصريح السنة ويرى مع ذلك تقليد الأئمة الأربعة وغيرهم في الأمور الاجتهادية التي لا نص فيها نفيا ولا إثباتا. ثم إنه يدين الله تعالى بأن كل الأئمة والمجتهدين رحمهم الله تعالى على هدى من الله تعالى في الجملة، أصابوا أم أخطأوا في اجتهادهم فأن أخطأهم مغفور لهم كما معروف لأهل العلم ولا يضللهم ولا يطعن في أحد منهم

"YaOrang awam dan golongan yang terhad dari kalangan ahli ilmu tidak ditegah dari bertaklid dengan mazhab dari mana-mana mazhab yang masyhur selagimana tidak jelas bagi mereka kesalahannya terhadap kejelasan sunnah dan dia berpandangan. Meskipun demikianޱ bertaklid kepada imam yang empat dan selain mereka dalam perkara ijtihad yang tidak ada skriptur padanya sama ada penafian atau penetapan. Kemudianߨ sesungguhnya dia membenarkan ِAllah Taālā bahawa setiap imam dan mujtahid semoga Allah Taālā merahmati mereka di atas petunjuk daripada Allah Taālā pada keseluruhan. Sama ada mereka betul atau salah dalam ijtihad merekaܦ sesungguhnya kesalahan mereka diampunkan untuk mereka sepertimana yang dikenali kepada ahli ilmu dan dia tidak menyesatkannya serta dia tidak mencela seseorang daripadanya". [Ḏikriyāt Min Ḥayātīm/s 97keluaran Dār al-Qolam].

Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam menyebutkannya :

ولقد راجت هذه الدعاوى الفارغة على جماعة من علماء الإسلام صاروا كالعامة في قبول المحالات، فلقد ألف الحافظ السيوطي رسالة نقلها المنجلي في تطورات الولي"، وأتى فيها بحكايات باطلة، وأقوال عن الأدلة عاطلة، حتى كأنَّه ما عرف السنة والكتاب، ولا ملأ الدنيا بمؤلفاته التي أتى فيها بكلِّ عجاب، فلا يغتر الناظر بنقل ما يخالف السنة والكتاب، وإن حكاه من العلماء بحرُ علمٍ عبابٍ، وما أحسن ما قاله ابنُ الجوزي في كتابه صيد الخاطر قال: "واعلم أنَّ المحقق لا يهوله اسمٌ معظمٌ، كما قال رجل لعلي رضي الله عنه: أتظن أنَّا نظن أنَّ طلحة والزبير كانا على باطل؟ فقال له عليٌّ عليه السلام: "إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله" ولعمري إنَّه قد وقر في النفوس تعظيم أقوام، فإذا نقل عنهم شيءٌ فسمعه الجاهلُ بالشرع قبله لتعظيمهم في نفسه.

"Telah terserak dakwa-dakwa yang kosong terhadap sekelompok daripada ulama Islam. Mereka menjadi seperti orang awam dalam penerimaan yang mustahil. Al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy telah mengarang «al-Munjalī Fī Taṭowwurōt al-Waliyy». Dia membawakan hikayat-hikayat batil padanya dan kata-kata yang kontang daripada dalil sehingga seolah-olah dia tidak mengenali sunnah dan al-Kitāb. Tidaklah dia memenuhi dunia dengan karangan-karangannya yang dia membawakan setiap keanehan padanya. Janganlah peneliti terpedaya dengan nukilan apa yang menyalahi sunnah dan al-Kitāb kendatipun ulama yang selautan ilmu yang melimpah yang menghikayatkannya. Betapa bagusnya apa yang Ibn al-Jawziyy berkata tentangnnya dalam kitabnya «Ṣoyd al-H̱ōṭir». Dia berkata: Ketahuilah bahawa orang yang tahqiq tidak dimomokkan dengan nama yang diagungkan sepertimana kata seseorang berkata kepada Aliyy -semoga Allah meredhainya-: "Adakah engkau menyangka bahawa kami menyangka bahawa olah dan az-Zubayr berada di atas kebatilan?". Aliyy alayh as-Salām: "Sesungguhnya kebenaran tidak dikenali dengan orangnya. Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau mengenali ahlinya". Demi umurku! Sesungguhnya telah membekas pengagungan beberapa kaum pada jiwa. Apabila dinukilkan sesuatu daripada merekaߨ lalu orang jahil pada syarak mendengarnyaޱ dia menerimanya dengan pengagungan terhadap mereka pada jiwanya". [Al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoẗ al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 76keluaran Dār Ibn Affān Li an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Ḥasan bin Aliyy as-Saqqōf; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam berkata :

يجب تعديل المنهج التفكري عندنا حيث يجب النظر أولاً في الكتاب ثم في السنة ، و بعض الناس يقولون هذا القول ولكنهم لا يطبقونه ؛ حيث نراهم يأخذون بحديث شاذ مردود أو منكر و يتركون نص آية صريحة ! وعلى هذا فلا ينبغي أن يقال : أنت الآن تقول برأي المعتزلة أو الخوارج أو نحو هذا الكلام ؛ لأن العبرة بالدليل و بالحجة الشرعية لا بقول فلان و فلان ، فالذين يريدون الوصول للحق من أهل العلم ينظرون في أي مسألة من جهة أدلتها لا من جهة من يقول بها تحقيقا ً لقول القاعدة المشهورة ( اعرف الحق تعرف أهله ) و ( الحق لا يعرف بالرجال ) . فالحق لا يعرف بأن الطائفة الفلانية أو الفلانية تقول به ، و إنما يعرف بصحة الدليل ، فلن يمنعنا إذن أن نقول بأي قول رأينا صحة دليله بأن الإباضية يقولون به أو الزيدية أو الإمامية أو الجهمية أو الظاهرية أو غير ذلك ! لأن الآبائية مرفوضة شرعا ، وهي مذكورة بالذم في كتاب الله تعالى ، قال الله تعالى { بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ }

"Wajib untuk meluruskan manhaj pemikiran di sisi kita ketikamana wajib pemerhatian pada awal dalam al-Kitābߨ kemudian dalam sunnah. Sebahagian orang berkata dengan kata-kata iniߨ tetapi mereka tidak menerapkannya ketikmana kita melihat mereka mengambil hadis yang syaz lagi tertolak atau munkar atau meninggalkan teks ayat yang jelas! Atas sebab inilah tidak sepatutnya untuk dikatakan: Engkau sekarang berpendapat dengan pendapat mutazilian atau khawarij atau seumpama kalam ini kerana ibrah adalah dengan dalil dan dengan hujah syariatߨ bukan dengan pendapat fulan dan fulan. Orang yang berkemahuan untuk sampai kepada kebenaran dari kalangan ahli ilmu adalah orang yang melihat pada setiap permasalahan dari sudut dalil-dalilnyaߨ bukan dari arah siapa yang berpendapat dengannya kerana perealisasian untuk kaedah yang masyhur: "Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau mengenali ahlinya" dan "Kebenaran tidak dikenali melalui seseorang". Kebenaran tidak dikenali bahawa sekelompok fulan atau fulan lain yang berkata dengannya. Sebenarnyaܦ ia dikenali dengan keabsahan dalil. Laluߨ kita berpendapat dengan mana-mana pendapat yang kita melihat sebagai sahih dalilnya tidak menghalang kita meskipun ibāḍian atau zaydian atau imāmian atau jahmian atau ẓōhirian atau selain itu! Ini kerana sentimen kenenek-moyangan tertolak secara syarak dan ia disebutkan dengan celaan dalam kitab Allah Taālā: {Bahkanߨ mereka berkata: "Sesungguhnya kami mendapati nenek-moyang kami atas suatu agama dan sesungguhnya kami orang yang mendapat petunjuk di atas peninggalan mereka}". [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=393424060694970&id=352929991411044].

Ini juga kata-kata Muḥammad Ibrōhīm al-Ašmāwiyy; professor bidang hadis dari Universiti Al-Azhar kepada para pemuda dalam berinteraksi dengan para ulama :

ليس من شرط العلماء العصمة، ولا السلامة من الورطة، فتعاملوا معهم على هذا الأصل، وانظروا إليهم على أنهم بشر يصيبون ويخطئون، ولا تنظروا إليهم على أنهم أنبياء معصومون، ولكل جوادٍ كَبْوَة، ولكل سيفٍ نَبْوَة، ولكل عالمٍ هفوة، ومن غلبت حسناتُه سيئاتِه فقد فاز، وجاوز القنطرة واجتاز، والكامل من عُدَّتْ هفواتُه، والفاضل من أُحصيتْ سقطاتُه!وقد نصحتكم حتى لا تكرروا خطأ وقع فيه من سبقكم، حين ظنوا أن شيوخهم لا يخطئون، وأنهم على الدوام مصيبون، حتى إذا أعلنوا خطأهم ارتد الشباب على أدبارهم، ونكصوا على أعقابهم، ومن بقي منهم بقوا في حيرة من أمرهم، والسعيد من وُعظ بغيره، والعاقل من استفاد من تجارِب الآخرين! فإذا رأيتموني أو غيري من أهل العلم أخطأنا أو تناقضنا - وكلنا عرضةٌ لذلك - فاحملونا على الأصل الذي قررته لكم، وهو أنه ليس من شرط العلماء العصمة، وأن العبرة بغلبة الحسنات على السيئات، فإنكم إن فعلتم ذلك أمنتم من الصدمات!

Bukanlahlah kemaksuman itu adalah salah satu syarat ulama dan tidak juga selamat daripada dilemma. Berinteraksilah dengan mereka atas dasar ini dan perhatikanlah kepada mereka dalam keadaan mereka adalah manusia biasa yang benar dan melalui kesilapan. Janganlah memandang mereka ini dalam keadaan para nabi yang maksum. Setiap yang mulia ada ketersungkurannya, setiap pedang ada ketumpulan dan setiap orang yang berilmu ada kegalatan. Sesiapa yang kebaikan-kebaikannya mendominasi kejahatannyaޱ maka dia berjaya, dia telah melangkaui jambatan itu dan mengharunginya. Orang yang sempurna adalah orang yang dibilang kegalatan-kegalatannya dan tokoh adalah orang yang dibilang kesilapan-kesilapannya!

Aku telah pun menasihati kalian sehingga kalian tidak mengulangi kesilapan yang orang sebelum kalian telah terjebak padanya ketikamana dia menyangka bahawa syeikh mereka tidak melakukan kesilapan dan mereka dalam kesentiasaan betulnya sehingga apabila mereka memaparkan kesalahan merekaޱ para pemuda ini berpaling ke belakang mereka dan mundur ke berungkur-ungkuran. Orang yang setia dari sebahagian mereka akan kekal dalam kehairanannya terhadap keadaan mereka. Orang yang bahagia adalah orang yang diperingatkan dengan selainnya. Orang yang berakal adalah orang yang mengambil faedah daripada pengujian orang lain!

Makaߨ apabila kalian melihatku atau selainku dari kalangan ahli ilmu yang kami tersilap atau melakukan percanggahan setiap daripada kami terdedah kepada ituޱ maka bawalah kami dalam dasar yang telah aku tetapkannya kepada kalian. Ia adalah kemaksuman bukan syarat ulama. Sesungguhnya ibrah pada dominannya kebaikan berbanding keburukan. Sesungguhnya jika kalian melakukan sedemikian, maka kalian merasa aman dengan pembenturan-pembenturan itu. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2956004247975360&id=100006974414369].

Betapa pentingnya untuk mengingatkan tentang hal ini bahawa kita perlu bertegas dan berprinsip untuk meletakkan Quran dan sunnah sebagai hakim yang adil untuk seluruh umat serta menjauhkan diri daripada ikut-ikutan yang tidak mempunyai dasar. Inilah sebabnya betapa perkara ini perlu diperingatkan dari semasa ke semasa.

Ini juga pesan yang tertuju kepada diri saya sendiri. Saya juga manusia yang sentiasa tersilap dan terbabas. Saya menyedari hal ini apabila saya membaca semula penulisan saya sendiri yang perlunya kepada editan kepada penulisan atau menghasilkan penulisan baharu. Selaras perkembangan ilmu dan pengalamanܦ kadangkala ia menimbulkan kesedaran bahawa dahulu kita seolah-olah sudah mencapai kemuncak yang tertinggiߨ tetapi rupa-rupanyaܦ ia masih ada lagi pendakian yang perlu diteruskan.

Kita sendiri akui kesilapan diri kita sendiriߨ lalu apakah kita membiarkan sahabat yang kita sayangi terus dalam igauan yang kita ini adalah sempurna dan tiada cacat cela? Kerana saya menyayangi sahabat saya dan mahukan mereka sentiasa berpijak di atas kebenaran inilah yang saya mencoretkan nasihat ini.

Apapunߨ menyelisihi insan semestinya dengan ilmu dan hujah. Bukan hanya sekadar bermain Ad Hominem₎, menjadikan kesan ₍Halo₎ dan kesan Kontras sebagai neraca atau ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ atau menggunakan pelbagai bias yang lain semata-mata untuk mempertahankan pendapat sendiri.

Sebegitu adalah sang bodoh yang ingin keluar daripada kebodohannyaߨ tetapi terpantul semula dalam kebodohannya. Saya juga sudah paparkan hujah saya untuk menjustifikasikan pendapat saya. Makaߨ tinggal mereka yang ingin menilai membuat penyemakan sama ada benar atau tidak apa yang saya utarakan.

Saya mengingatkan hal ini kerana ia kembali kepada pengalaman yang pernah saya lalui. Jika sesiapa yang membaca penulisan-penulisan sayaޱ boleh dikatakan banyak juga berkisar tentang terhadap ketaksuban, antitalfīq, sikap enggan untuk kebenaran, mendahulukan sentimen dan lain-lain. YaSaya sebenarnya seorang yang berpijak di atas landasan itu dan saya memang tegar dengannya.

Sememangnya saya agak sempit kompromi saya untuk mana-mana yang datangnya daripada salafi dan saya agak keras permusuhan saya dengannya. Sebab itulah saya sangat memahami sikap mereka tersebut yang saya gambarkan dalam penulisan saya kerana saya sendiri telah menempuh dalam dunia tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari saya dipertemukan dengan seorang salafi. Entah bagaimana dia boleh mempengaruhi saya dalam membina serta meriset kefahaman saya tentang manhaj dalam agama. Saya memang suka mengikuti penulisannya dan saya ada menyimpan beberapa penulisan daripadanya. Sampai sekarang, saya masih ada simpan penulisannya.

Penulisannya bukanlah berputar kepada mempertahankan aliran salafi. Namunߨ lebih kepada keharmonian antara salafi dan lawannya yang tegar; ašᶜarian֊sufi. Masa ituܦ saya pun agak ada kecenderungan kepada fahaman salafiߨ cuma lebih kepada pengharmonian sepertimana yang dia bawakanߨ bukan kepada ketaksuban jenis yang lain.

Tidak lama kemudianܦ dia menuju kepada fasa yang baharu. Dia menuju kepada zaman ijtihad. YaDia agak berani untuk mengatakan dia seorang mujtahid. Masa inilah dia mula membangunkan mazhabnya sendiri dan mempertahankan pendapat-pendapatnya yang mewakili dari mindanya sendiri.

Sejujurnyaܦ saya memang mengikut langkahnya untuk berubah kepada yang baharu. Pada mulanya saya teragak-agak dan masih belum berani sepertinya. Namunߨ setelah beberapa masa melihat bagaimana luasnya dunia yang kita boleh teroka apabila kita menjadi independen, maka saya mula mengorak langkah.

Dalam ramai orang saya begitu takut untuk menyelisihinya. Sebabnya adalah saya kenal ketegasannya dan sikap kerasnya terhadap musuh dan lawan yang menentangnya. Malahߨ dia sentiasa membawakan hujah-hujahnya yang saya kira agak sukar untuk dijatuhkan. Apabila saya ada pendapat yang menyelisihinyaޱ saya meletakkannya ke bawah dan mengunggulkan pendapatnya terlebih dahulu.

Walau bagaimanapunߨ saya banyak mempelajari daripadanya dan dia sememangnya membumikan pengaruhnya dalam diri saya. Saya yang sekarang adalah pengaruh daripadanya. Waktu ini pun masih tidak lekang fanatik saya terhadapnya.

Entah bagaimana pada suatu hari dia terlalu ekstrim dan mula menyimpang. Pada mulanya saya cuba bersangka baik kerana sebelum ini saya melihat tindakannya ada justifikasinya. Saya juga ada menyimpan rasa marah dan berang terhadapnya kerana melampaunya. Namunߨ saya tetap memendamkannya dan cuba menahan pedih dalam bersangka baik.

Pada masa itu saya juga malu untuk bersama dengannya atau mengambil penulisan daripadanya kerana kontroversi yang mencalit namanya. Sehinggakan saya tidak mahu menyebut namanyaߨ malah dalam penulisan ini pun saya masih enggan untuk menyebutkan namanya kerana teruknya pengaruh pada namanya.

Sampai suatu masaܦ saya menetapkan keputusan. Saya tidak ada lagi kaitan dengannya dan saya mengambil haluan yang berbeza daripadanya. Saya terpaksa tinggalkannya kerana dia sudah mula merapu dan menyimpang terlalu jauh.

Saya keberatan pada mulanyaߨ tetapi lama kelamaanܦ saya terasa beban itu diangkat. Saya rasa aman sedikit dan merasa sedikit keluasan dalam minda saya. Pada mulanya saya ada merasa resah kerana tanpanyaܦ bagaimana mungkin saya dapat melangkah ke haluan ini?

Hari ini segala puji Allah, dengan izin-Nya saya boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu ambil peduli tentangnya. Jika tidakޱ maka tidaklah terbentang penulisan yang para pembaca telah menelaahnya sekarang. Andaikata dia berdiri di hadapan saya untuk menentang pendapat sayaޱ maka saya berharap Allah berikan kekuatan kepada saya untuk menghadapinya.

Saya kadangkala menjenguk dia untuk melihat perkembangannya. Pun begituߨ sampai hari ini dia masih dengan karutnya. Saya berharap dia kembali sepertimana dia dahulu yang mempamerkan kejaguhan kepada berprinsip kuat dengan ikutan Quran dan sunnah.

Saya agak sedih yang seorang insan menjadi titik peralihan dalam saya menjadi sebegini. Kalaulah dia tidak sebegituޱ sudah tentu saya akan julangnya sebagai tokoh agung saya, ilmuwan yang paling saya hormati dan pemikir tajam yang mengagumi saya yang menyeru kepada pengukuhan kefahaman dan entusiastik terhadap kebenaran.

Namunߨ Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Di tangan-Nya milik semua hidayah dan Dialah yang menyesatkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Akhirnyaߨ mahu atau tidak mahuޱ peristiwa sebegini mengheret kita untuk kembali kepada-Nya dan sentiasa berpaut dengan tali-Nya.

Saya berpesan tentang ini kerana saya juga tidak tahu bagaimana nasib saya di pengakhiran atau pada masa akan datang. Allah adalah Empunya kepada jalan yang lurus dan taufik. Saya kadangkala bercakap seperti saya lebih baik daripadanyaߨ namun saya mungkin sahaja akan tertimpa nasib yang sama sepertimana insan tersebut. Allah lebih tahu.

Usah dilupakan bagaimana Abdullah al-Qōṣimiyy yang dahulu dipuji sebagai Ibn Taymiyya yang kedua, pernah dipuji oleh imam Masjidilharam pada ketika itu dengan gubahan syair yang khas untuknya dan karyanya «a-irō Bayna al-Islām Wa al-Waaniyyah» ditempa dengan pujian bahawa penulis ini telah membayar maharnya untuk syurga dengan kitab ini menjadi ateis pada akhirnya. Siapa sangka orang yang hidupnya menjadi ultrasalafi sepertinya dibinasakan sebegini? Tentu lagi setiap daripada kita terdedah untuk dibolak-balikkan jiwa untuk tergelincir ke jurang ini.

Saya memohon perlindungan agar saya dijauhi daripada kecelakaan sedemikian. Kita semua pun perlu berserah kepada Allah agar Dia menyelamatkan kita daripada kesesatan dan malapetaka tersebut.

Apapunߨ jika sampai masanya perlu untuk berselisihޱ maka jangan gentar buat sedemikian. Takutlah kepada Allah. Janganlah takut kepada manusiaߨ termasuk diri saya. Junjunglah kebenaran. Kenali kebenaranޱ maka kita akan mengenal ahlinya. Sebesar mana aura yang disakralkan oleh pengikut atau diri kitaܦ itu bukan penentu kebenaran. Ia adalah pada Quran dan sunnah.

Tingkatan-Tingkatan Ta*dīl Dan Tajrīḥ Perawi Hadis

Tingkatan-Tingkatan Ta*dīl Perawi

At-Ta*dīl adalah pemberian pujian kepada mereka yang memiliki rekod kredibiliti dan berkejituan yang baik. Pujian ini bertujuan untuk kemudahan kepada umat agar mereka fokus untuk mengambil periwayatan daripada orang yang dipercayai serta mereka sentiasa beringat agar untuk menumpukan pengambilan periwayatan daripada orang-orang yang benar. Pujian yang diberikan bukan semata-mata menjadi sebab semua riwayat yang dibawa boleh diterima secara secara rambang seperti itu kerana boleh juga seorang perawi yang mempunyai pujian daripada rekod kredibiliti dan berkejituan yang baik tidak terlepas daripada keliru dan tersilap. Akan tetapi, pujian ini berfungsi menghilangkan keraguan terhadap siapa yang boleh diambil riwayatnya dan kemudahan-kemudahan yang lain. Disebabkan itulah wujudnya tingkatan-tingkatan at-Ta*dīl supaya kita tahu kedudukannya

Ini telah ditunjukkan oleh Allah Tabāroka Wa Ta*ālā pada firman-Nya :

قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ ۖ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ ﴿٣٩﴾ قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ ﴿٤٠

Ifrit daripada golongan jin berkata: "Aku akan membawanya sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu. Sesungguh aku benar-benar kuat lagi dipercayai". Berkata orang yang mempunya ilmu al-Kitāb di sisinya: "Aku akan membawanya kepadamu sebelum engkau berkedip kelopak matamu". Tatkala dia (Sulaymān) melihatnya telah berada di hadapannya, dia berkata: "Ini termasuk anugerah Tuhanku untuk mengujikan sama ada aku bersyukur ataupun kufur. Sesiapa yang bersyukur maka ia bersyukur untuk dirinya dan barangsiapa yang kufur maka Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia". [Surah an-Naml ayat 39-40].

Daripada ayat ini, Allah mengajarkan kepada kita kedudukan ta*dīl daripada sisi kekuatan. Dengan itu, adalah dibolehkan untuk membuat pengelasan tingkatan-tingkatan ta*dīl bagi mengetahui kedudukan kekuatan dalam sudut kredibiliti dan kejituan seseorang. Tingkatan tersebut adalah :

Tingkatan Pertama : Para nāqid sepakat terhadap kredibilitinya dan kejituannya. Tidak ada seorang pun yang memperkatakan tentang kredibilitinya dan kejituannya. Jika berselisihan sama ada seseorang itu kredibiliti ataupun tidak, kadangkala tuduhan kedustaan terhadap seseorang itu tidak boleh diterima sama sekali. Misalnya tuduhan an-Nasā^iyy terhadap Aḥmad bin Ṣōliḥ al-Miṣriyy sebagai seorang yang tidak berkredibiliti, namun hal itu ditentang oleh nāqid lain sehingga perselisihan itu tidak lagi diambil kira. Tidak dinafikan sebahagian mereka mempunyai indikasi periwayatan mereka ditolak seperti tadlis al-Walīd bin Muslim terhadap al-Awzā*iyy dan kekurangan kejituan terhadap seseorang perawi yang lain seperti periwayatan Ja*far bin Abū Iyāss terhadap Mujāhid. Namun, pada peringkat ini adalah mereka diterima mutlak periwayatannya sehingga ada indikasi yang darurat untuk penolakannya. Bukan untuk menafikan bahawa mereka tidak punyai salah langsung. Bahkan, jika periwayatan mereka bersendirian dan menyalahi sekelompok besar yang lain, maka dia tidak terima sekalipun dia disepakati kredibiliti dan kejituannya.

Tingkatan Kedua : Para nāqid sepakat terhadap kredibiliti, tetapi nilai kejituannya tidak begitu kuat. Sama ada kenyataan jelas dari satu pihak nuqqad atau satu pihak lain mengutarakan tentang kurangnya kekuatan kejituan padanya. Misal kenyatan yang jelas dari satu pihak adalah lafaz terang-terangan yang dinyatakan oleh seorang nuqqad seperti "Ṣodūq Yuẖṭi^" (صدوق يخطئ) yang bermaksud seorang kepercayaan tetapi selalu tersilap atau yang seumpamanya dengan sandangan lafaz at-Ta*dīl dan digabungkan bersama dengan at-Tajrīḥ. Misal kenyataan dari satu pihak lain adalah seperti sekumpulan nāqid sepakat tentang kredibilitinya, tetapi seorang atau lebih yang lain mengutarakan bahawa dia mempunyai masalah dalam kejituan. Perlu diingatkan bahawa lafaz "Ṣodūq Yuẖṭi^" tidak semestinya menyatakan kedhaifan perawi. Contoh yang paling bagus ialah perawi yang bernama *Āṣim bin Abū an-Najūd. Sekalipun dia dikritik kerana kurangnya kekuatan kejituan, tetapi tiada seorang pun yang mendhaifkannya.

Demikian peringkat utama dalam tingkatan at-Ta*dīl. Namun, ada sebuah tingkatan yang boleh berkongsi sama ada tingkatan itu berada pertama atau tingkatan kedua. Yang mana kadangkala ada indikator yang mereka yang berada pada tingkatan kedua mempunyai faktor keunggulan yang lebih cemerlang berbanding mereka yang berada di peringkat pertama serta mereka yang berada pada tingkatan kedua mempunyai faktor prestasi yang gemilang berbanding mereka yang berada di peringkat kedua yang lain dan mereka yang berada pada tingkatan pertama mempunyai faktor pencapaian yang terbilang berbanding mereka yang berada di peringkat pertama yang lain. Saya namakannya sebagai tingkatan "Komparatif". Dan saya pecahkan kepada tiga bahagian. Yang pertama ialah "Komparatif Kedua Dengan Kedua", "Komparatif Kedua Dengan Pertama" dan "Komparatif Pertama Dengan Pertama".

Contoh komparatif khusus kedua dengan kedua adalah perbandingan antara Simāk bin Ḥarb dan Ibrōhīm bin al-Muhājir. Sekalipun kedua-dua perawi ini adalah di peringkat yang kedua, tetapi Simāk bin Ḥarb lebih unggul daripada Ibrōhīm bin al-Muhājir. Yaḥyā bin Ma*īn berkata :

سماك أحب إلي من إبراهيم بن مهاجر

"Simāk lebih aku sukai daripada Ibrōhīm bin Muhājir". [Tārīẖ Ibn Ma*īn riwayat ad-Dūriyy, jilid 3, m/s 538, keluaran Markaz al-Baḥṯ al-Islāmiyy Wa Iḥyā^ at-Turōṯ al-Islāmiyy, Makkah al-Mukarromah, tahqiq Dr. Aḥmad Muḥammad Nur Sayf].

Contoh komparatif khusus kedua dengan pertama adalah seperti periwayatan Sulaymān bin Mūsā terhadap Makḥūl. Sekalipun Sulaymān bin Mūsā seorang perawi di tingkatan kedua, tetapi periwayatan daripada Makḥūl sangat kukuh sehingga ia lebih unggul berbanding perawi yang lain sama ada perawi yang tingkatan pertama ataupun yang kedua. Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

حدثني أبي، قال: سمعت دحيما يقول: أوثق أصحاب مكحول سليمان بن موسى

Ayahku telah merawi hadis kepadaku, dia berkata; Aku mendengar Duḥaym berkata" "Sahabat-sahabat Makḥūl paling kukuh adalah Sulaymān bin Mūsā". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 4, m/s 141, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Contoh komparatif khusus pertama dengan pertama adalah seperti periwayatan Ḥammād bin Zayd daripada Ayyūb as-Saẖtiyāniyy. Sekalipun Ḥammād bin Zayd, Sufyān aṯ-Ṯawriyy dan Ismā*īl bin *Ulayyah sama-sama di tingkatan pertama, namun Ḥammād bin Zayd lebih cemerlang pada periwayatan Ayyūb berbanding mereka yang berada di tingkatan pertama yang lain. Yaḥyā bin Ma*īn berkata :

إذا اختلف إسماعيل بن علية وحماد بن زيد في أيوب كان القول قول حماد بن زيد. قيل ليحيى: فإن خالفه سفيان الثوري؟ قال: القول قول حماد في أيوب. قال يحيى: ومن خالفه من الناس جميعا في أيوب فالقول قوله. وقال حماد: جالست أيوب عشرين سنة.

"Jika Ismā*īl bin *Ulayyah berselisih dengan Ḥammād bin Zayd pada Ayyūb, maka hujah pada perkataan Ḥammād bin Zayd". Dikatakan kepada Yaḥyā: "Jika Sufyān aṯ-Ṯawriyy menyelisihinya?". Dia berkata, "Hujah pada perkataan Ḥammād bin Zayd pada Ayyūb". Yaḥyā berkata: "Sesiapa sahaja daripada peawi yang menyelisihinya pada Ayyūb, maka hujah pada perkataannya". Ḥammād berkata: "Aku duduk bersama Ayyūb selama dua puluh tahun".  [Tārīẖ Ibn Ma*īn riwayat ad-Dūriyy, jilid 4, m/s 214, keluaran Markaz al-Baḥṯ al-Islāmiyy Wa Iḥyā^ at-Turōṯ al-Islāmiyy, Makkah al-Mukarromah, tahqiq Dr. Aḥmad Muḥammad Nur Sayf].

Begitu juga dengan Šu*bah dan Sufyān aṯ-Ṯawriyy. Sekalipun kedua-duanya berada di tingkatan pertama, namun Sufyān aṯ-Ṯawriyy lebih tinggi kekuatan kejituan berbanding Šu*bah.

حدثنا محمد بن يحيى أخبرنا يوسف بن موسى التستري، قال سمعت أبا داود يقول: سمعت شعبة يقول: إذا خالفني سفيان في حديث فالحديث حديثه.

Muḥammad bin Yaḥyā telah merawi hadis kepada kami; Yūsuf bin Mūsā at-Tustari telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; aku mendengar Abū Dāwud berkata; Aku mendengar Šu*bah berkata: "Jika Sufyān menyelisihiku pada hadis, maka hadis itu adalah hadisnya". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 63, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Demikian peringkat at-Ta*dīl dalam kekuatan kejituan. Sebahagian kitab al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl menyenaraikan peringkat at-Ta*dīl bersandarkan lafaz penilaian at-Ta*dīl semata-mata. Namun, ini semua langsung tidak mempunyai nilai praktikal. Sebenarnya tidak ada beza penyebutan "ṯiqoh" (ثقة), yakni berkredibiliti dengan penyebutan "Ilayhi al-Muntahā aṣ-Ṣidq" (إليه المنتهى الصدق), yakni tempat akhir baginya ialah kepercayaan. Juga tidak ada beza antara "Ṯiqoh Ṯabat" (ثقة ثبت), yakni tsiqah lagi kukuh dengan penyebutan "Ṣodūq" (صدوق) sahaja. Masing-masing tetap sama di peringkat pertama yang telah saya nyatakan.

Misalnya pada perawi Mu*aḏ bin Mu*āḏ, Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn menyatakan bahawa tidak ada yang lebih kukuh berbandingnya di Kufah dan Hijaz. Aḥmad bin Ḥanbal menyatakan bahawa tempat akhir baginya ialah kekukuhan. Sedangkan Yaḥyā bin Ma*īn dan Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia seorang yang berkredibiliti sahaja, tanpa ada mana-mana penambahan lafaz. Hal ini dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 8, m/s 248, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Demikian juga Muḥammad bin Sa*d dalam aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō, jilid 7, m/s 215, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Qōdir *Aṭō menyatakan bahawa dia seorang yang berkredibiliti. Dikatakan bahawa an-Nasā^iyy menyebutkan bahawa dia seorang yang berkredibiliti lagi kukuh sepertimana yang dinukilkan oleh al-Mizziyy dalam Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl, jilid 28, m/s 135, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf.

Melalui ini, adakah para nuqqad saling berbeza dalam menentukan kedudukan Mu*aḏ bin Mu*āḏ? Tidak! Bahkan, kesemuanya bersepakat terhadap kredibiliti, reliabiliti dan kekukuhan pada dirinya walaupun dinyatakan dengan lafaz yang berbeza.

Pengelasan tingkatan ta*dīl mengikut lafaz tidak ada praktik amali secara global, hanya dipelajari dan dikaji untuk memahami konteks individu daripada kalangan nuqqad, bukan sebagai pengkanunan yang mutlak. Maka, mengelaskan kedudukan perawi berdasarkan lafaz ta*dīl merupakan kesia-siaan serta tidak berpijak di atas realiti.

Tingkatan-Tingkatan Tajrīḥ Perawi

Setelah kita tahu tentang ta*dīl, maka lawan baginya adalah tajrīḥ. Tujuan tajrīḥ adalah supaya masyarakat berwaspada dengan periwayatan seseorang tentang sesuatu khabar. Walaupun tajrih bukan sebab untuk menolak kesemua periwayatan mentah-mentah, namun ia berfungsi untuk menghilangkan keraguan agar kepada siapa untuk kita semua berhati-hati dalam menerima hadis. Dalam bahagian ini, ia pun ada tingkatan-tingkatan untuknya.

Tingkatan Pertama : Mereka yang tidak diterima periwayatannya sama sekali melainkan ada indikasi yang mudah dikenalpasti untuk diterima periwayatannya. Indikasi yang mudah diterima hanya kerana dua faktor. Iaitu, perawi mudallis. Misalnya perawi yang mudallis tegar tidak diterima periwayatannya melainkan setelah periwayatan itu diriwayatkan secara ṣorīḥ dan bebas dari unsur tadlis. Namun, yang perlu diingatkan adalah tidak semua perawi mudallis mempunyai kekuatan kejituan sepertimana tingkatan pertama dalam at-Ta*dīl. Kadangkala mereka mempunyai nilai yang setara dengan peringkat kedua dalam at-Ta*dīl. Namun, jika yang lebih buruk daripada tingkatan kedua pada at-Ta*dīl, maka ia tidak akan ditempatkan pada tingkatan ini. Kedua, faktor kejituan pada individu tertentu atau keadaan tertentu. Misal faktor kejituan pada individu tertentu adalah seperti Ismā*īl bin *Ayyāš. Periwayatannya tidak diterima melainkan daripada orang-orang Syam. Adapun, selain daripada itu, maka ia tidak diterima.

أخبرنا البرقاني، قال: أخبرنا أحمد بن محمد بن حسنويه الغوزمي، قال: أخبرنا الحسين بن إدريس الأنصاري، قال: حدثنا أبو داود سليمان بن الأشعث، قال: وسألت أحمد عن  إسماعيل بن عياش: ما حدث عن مشايخهم؟ قلت: الشاميين؟ قال: نعم، فأما حديث غيرهم عنده مناكير.

Al-Burqōniyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Aḥmad bin Muḥammad bin Ḥasanawayh al-Ġūzamiyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Al-Ḥusayn bin Idrīs al-Anṣōriyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Abū Dāwud Sulaymān bin al-Aš*aṯ telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku bertanya kepada Aḥmad tentang Ismā*īl bin *Ayyāš, maka dia berkata: "Apa yang dia meriwayatkan daripada guru-gurunya?". Aku berkata: "Orang Syam". Dia berkata: "Benar. Adapun hadis daripada selain mereka, maka padanya terdapat munkar". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, jilid 7, m/s 418, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Manakala, jika faktor tertentu adalah disebabkan hafalannya berubah sehingga ia merosakkan kejituannya, namun ia diterima jika periwayatan sebelum berubah. Misalnya, seperti *Abdullah bin Lahī*ah. Periwayatannya tidak diterima melainkan jika ia diriwayatkan oleh orang yang awal.

حدثنا محمد بن إبراهيم، قال: سمعت عمرو بن علي يقول: عبد الله بن لهيعة احترقت كتبه. فمن كتب عنه قبل ذلك مثل ابن المبارك وعبد الله بن يزيد المقرئ أصح من الذين كتبوا بعد ما احترقت الكتب. وهو ضعيف الحديث.

Muḥammad bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar *Amr bin *Aliyy berkata: "Kitab *Abdullah bin Lahī*ah telah terbakar. Sesiapa yang menulis daripadanya sebelum itu seperti Ibn al-Mubārok dan *Abdullah bin Yazīd al-Muqri^, maka ia lebih sahih daripada yang menulis selepas terbakar kitabnya. Dia lemah dalam hadis". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 5, m/s 147, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Pada tingkatan ini juga mempunyai tingkatan komparatif. Hal ini terpecah kepada tiga bahagian, iaitu komparatif tajrīḥ dan ta*dīl peringkat pertama dalam at-Ta*dīl, komparatif tajrīḥ dengan ta*dīl peringkat kedua dalam at-Ta*dīl dan komparatif tajrīḥ dengan tajrīḥ sesama tingkatan pertama. Adapun, komparatif tajrīḥ dengan tingkatan pertama dalam at-Ta*dīl ialah seperti Ibn Juroyj. Sekalipun, dia adalah mudallis yang tidak diterima melainkan ada indikasi penerimaannya, namun apabila ada indikasi penerimaannya, maka periwayatan daripada seseorang seperti *Aṭō^ lebih unggul berbanding yang lain. Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

سمعت أبي يقول: سمعت علي ابن المديني يقول: ما كا في الأرض أحد أعلم بعطاء من ابن جريج.

Aku mendengar ayahku berkata; Aku mendengar *Ali ibn al-Madiniyy berkata: "Tidak ada seorang di bumi yang paling mengetahui tentang *Aṭō^ berbanding Ibn Juroyj". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 5, m/s 357, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Manakala, komparatif tajrīḥ dengan tingkatan kedua ta*dīl adalah perawi yang berada di tingkatan ini mempunyai persamaan taraf kedudukan kejituan dengan peringkat kedua, namun ia mempunyai keunggulan berbanding mereka yang dinilai ta*dīl pada peringkat kedua. Untuk hal ini, saya masih belum menemui contoh yang sesuai tetapi saya sediakan ini sebagai persediaan apabila menemui hal tersebut. Pada komparatif jenis ini, perawi yang berada di tingkatan ini mempunyai kedudukan kejituan yang sama pada peringkat kedua pada ta*dīl, namun ia lebih unggul daripada perawi peringkat kedua dalam ta*dīl yang lain.

Adapun komparatif tajrīḥ dengan tajrīḥ sesama tingkatan pertama, maka ini ialah apabila seorang perawi pada peringkat tajrīḥ tingkatan pertama mempunyai beberapa perkara yang lebih unggul daripada perawi lain pada peringkat dan tingkatan yang sama. Pada asalnya, ini tidak perlu dipecahkan kerana ini sama seperti komparatif pertama dengan kedua atau komparatif kedua dengan kedua melainkan yang membezakannya dengan peringkat tajrīḥ dan peringkat ta*dīl ialah perawi pada peringkat tajrīḥ di tingkatan pertama ditolak keseluruhan riwayat pada asalnya melainkan setelah dibuktikan sahnya penerimaan riwayat itu. Misal untuk peringkat ini ialah perbandingan antara Baqiyyah bin al-Walīd dan Isma'il bin 'Ayyash. Sekalipun kedua-duanya berada di peringkat ini dan tingkatan ini, namun Baqiyyah bin al-Walid mempunyai keunggulan dalam periwayatannya berbanding Ismā*īl bin *Ayyāš.

أخبرنا عبد الله بن أحمد بن حنبل فيما كتب إلي، قال: سئل أبي عن بقية وإسماعيل بن عياش، فقال: بقية أحب إلي. فإذا حدث عن قوم ليسوا بمعروفين، فلا، يعني لا تقبلوه.

*Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal telah merawi khabar kepada kami daripada apa-apa yang dia tuliskan kepadaku, dia berkata; Ayahku ditanya tentang Baqiyyah dan Ismā*īl bin *Ayyāš, maka dia berkata: "Baqiyyah lebih aku sukai. Jika dia meriwayatkan daripada kaum yang mereka tidak kenali, maka tidak", yakni tidak mereka menerimanya. [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 2, m/s 434, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Tingkatan Kedua : Mereka yang tidak diterima periwayatannya, tetapi mereka tidak ditinggalkan hadisnya. Prinsip ini adalah sepertimana yang dipegang oleh Abu Hatim ar-Razi yang kerapkali menyebutkan "Yuktabu Ḥadīṯuhu Walā Yuḥtajju Bihi" (يكتب حديثه ولا يحتج به), yakni dia ditulis hadis hadisnya, tetapi tidak dihujahkan dengannya. Pada asalnya, hadis-hadis perawi yang di tingkatan ini tidak boleh dijadikan hujah. Namun, hadis mereka tetap diambil perhatian dan ditulis jikalau ada indikasi yang boleh menyokong dalam penerimaan riwayat mereka. Di peringkat ini juga ada peringkat komparatif secara khusus, namun hanya sesama peringkat ini sahaja, tidak pada yang pertama. Misalnya, seperti kenyataan nuqqad bahawa fulan lebih dhaif daripada pulan padahal kedua-dua mereka sama-sama dalam peringkat dhaif. Cuma, tahap kejituan itu tidak sama.

Tingkatan Ketiga : Mereka yang tidak diterima periwayatannya dan hadis mereka ditinggalkan. Prinsip ini adalah sepertimana yang dipegang oleh Abu Hatim ar-Razi seperti "Lā Yuktabu Ḥadīṯuhu" (لا يكتب حديثه), yakni tidak ditulis hadisnya. Di sini bermaksud bahawa hadis-hadis mereka yang berada di tingkatan ini tidak perlu dipedulikan lagi. Sepertimana juga perkataan sebahagian nuqqad "Lā Yuštaġolu Ḥadīṯuhu" (لا يشتغل حديثه), yakni dia tidak disibukkan hadisnya. Maksudnya adalah hadisnya tidak perlu lagi diperbincangkan dan diambil perhatian. Ada dua jenis perawi yang ditempatkan di tingkatan ini. Pertama, mereka ini bukanlah pendusta, tetapi kadangkala kejituannya terlalu buruk sehingga tidak boleh diselamatkan lagi. Kedua, mereka yang langsung tidak mempunyai nilai kredibiliti sehingga tidak diragui lagi penolakan terhadapnya. Atau dengan kata lain, ini tingkatan yang mengumpulkan para pendusta. Ketiga, mereka yang tidak dikenalpasti identitinya sehingga sukar untuk mengetahui bahawa sama ada perawi itu seorang yang berkredibiliti ataupun tidak. Oleh itu, ketiga-tiga jenis ini berkongsi pada sama sebab yang dikumpulkan pada tingkatan ini, iaitu mereka yang tidak mempunyai sebab yang konkrit untuk hadis mereka diambil perhatian.

Perlu diingatkan sekali bahawa bahawa pengelasan tingkatan berdasarkan lafaz tidak mempunyai nilai amali. Bahkan, jika ia dipraktikkan, ia akan menimbulkan masalah. Misalnya dalam penilaian satu perawi, ada seorang nuqqad menilainya sebagai dusta, seorang lagi menggunakan perkataan "Matrūk" (متروك), yakni ditinggalkan dan seorang lagi menggunakan perkataan "Ḍo*īf" (ضعيف). Jika kita ingin menimbang perkataan ini berdasarkan lafaz, maka kedudukan penilaian dusta lebih berat daripada penilaian matruk yang tidak semestinya merujuk kepada pendusta dan kedudukan penilaian matruk lebih berat daripada penilaian dhaif. Akan tetapi, realiti tidak semestinya memihak seperti itu. Kadangkala ungkapan yang digunakan adalah berlainan, tetapi maksudnya adalah sama. Dengan kata lain, kesemuanya sepakat bahawa perawi yang dinilai itu adalah pendusta.

Ini tidak menghairankan apatah lagi sesuatu yang janggal. Seorang perawi itu ditinggalkan kerana dia berdusta dan dia dinilai dhaif sebab dia adalah orang ditinggalkan. Jika melihat rumus cara sebegini, maka tidak ada pertentangan sama sekali antara nuqqad. Jika kita melihat seseorang nuqqad menilainya sebagai dajjal dan seorang lagi menilainya sebagai "Ḍo*īf Jiddan" (ضعيف جدا), yakni sangat lemah, hal seperti ini juga tidaklah bertentangan walaupun sebahagian penulisan menyatakan bahawa "dhaifjiddan" tidak merujuk kepada perawi dusta. Hal ini kerana seseorag itu dinilai sangat lemah kerana dia pendusta seumpama dajjal. Bahkan, kadangkala ḍo*īf jiddan semirip makna dengan dhaif sahaja. Jangan terlalu melihat pada lafaz itu, lihat pada kaedah perumusan yang digubal tadi supaya kita faham makna yang ingin disampaikan.

Misalnya pada perawi yang bernama *Abdul Mālik bin Hārūn bin *Antaroh. Aḥmad bin Ḥanbal menilainya sebagai dhaif, Yaḥyā bin Ma*īn menyatakan bahawa dia seorang pendusta dan Abū Ḥātim ar-Rōziyy menilainya sebagai orang yang ditinggalkan hadisnya lagi hilang hadisnya. Ini dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 5, m/s 374, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Al-Buẖōriyy dalam at-Tārīẖ al-Kabīr, jilid 5, m/s 436. keluaran Dā^iroh al-Ma*ārif al-*Uṯmāniyyah, Hyderabad, Deccan menyatakan bahawa dia seorang yang munkar hadisnya. An-Nasā^iyy dalam aḍ-Ḍu*afā^ wa al-Matrūkūn, m/s 70, keluaran Dār al-Wa*y, Halab, tahqiq Maḥmūd Ibrōhīm Zāyid menyatakan bahawa dia ditinggalkan hadisnya. Ibn *Adiyy dalam al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl, jilid 6, m/s 529, keluaran al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut menyatkaan bahawa dia memiliki hadis yang pelik yang tidak dapat diikuti padanya. Abū Nu*aym al-Aṣbahāniyy dalam aḍ-Ḍu*afā^, m/s 105, keluaran Dār aṯ-Ṯaqofah, tahqiq Fārūq Ḥammādah menyatakan bahawa dia memiliki hadis munkar. Ibrōhīm bin Ya*qūb al-Jūzajāniyy dalam Aḥwāl ar-Rijāl, m/s 101, keluaran Ḥadīṯ Akādamiyy, Faisalabad, Pakistan, tahqiq *Abdul *Alīm *Abdul *Aẓīm al-Bastawiyy menyatakan bahawa dia seorang dajjal lagi pendusta.

Pada penilaian ini, adakah para nāqid berbeza pendapat dalam menentukan status *Abdul Mālik bin Hārūn? Tidak sama sekali! Bahkan, mereka semua bersepakat terhadap kedustaannya walaupun lafaz yang lain. Sebab itu pengelasan tingkatan berdasarkan lafaz bukan sahaja tidak mempunyai nilai praktikal secara global, tetapi adalah kedelusian yang tidak berpijak di atas realiti. Ini kerana bukan seorang sahaja nāqid yang wujud di muka bumi ini dan mereka juga bukan terikat dengan pengkanunan yang sama sepertimana yang digubal oleh mutaakhirin secara khusus. Fahami realiti zaman itu bahawa belum ada lagi pengakunan yang dipraktikkan secara global dan masing-masing perlu membangunkan istilah dan kaedah tersendiri dalam membuat penilaian.

Kesilapan generasi moden yang berlaku pada hari ini ialah mereka cuba heret lafaz yang mereka gunakan untuk selari dengan silibus yang digunakan hari ini, padahal belum tentu ia bersejati dengannya. Kadangkala selari dan kadangkala tidak mampu disesuaikan dengan sililbus terkini. Cubalah perhatikan sudut makna lafaz secara dimensi mereka, usah terlalu bergantung dengan pengkanunan yang ditekankan pada hari ini. Kadangkala, pengkanunan daripada silibus mutakhirin perlu dicampak dan tidak boleh dipakai apabila ada indikasi yang menyatakan percanggahan dengan silibus itu. Dahulukan apa yang mereka faham dan jangan terlalu berpegang kuat dengan pemaknaan yang dikanunkan oleh mutaakhirin.

Saya pernah menemui seseorang mengatakan bahawa berlaku perbezaan kedudukan perawi kerana perbezaan lafaz ḍo*īf jiddan dan ḍo*īf, lalu mereka berkata nuqqad ini hanya berpendapat lemah yang biasa sahaja, bukan lemah yang berat. Sesungguhnya ini memang kenyataan yang agak berbahaya. Jika kita buka kitab-kitab *Ulūm al-Ḥadīṯ, jenis-jenis yang ḍo*īf mempunyai beragam, bahkan sebahagiannya memasukkan yang matrūk sebagai kelompok dhaif. Oleh itu, dhaif yang mana nuqqad itu tujukan? Maka, jika faham perkara ini, maka kita sesekali tidak hanya melazimkan bahawa penyebutan ḍo*īf sahaja merujuk kepada kelemahan yang ringan atau yang biasa sahaja.