Saturday, February 8, 2020

Diari Diri : Perkara Penting Dalam Pewacanaan Ilmu Saya Dan Sepanjang Pembacaan Karya Saya

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengikuti penulisan saya. Saya mendoakan agar apa yang saya kongsikan itu benar-benar memberi manfaat kepada kefahaman dan inspirasi kepada pengamalan.

Segala puji bagi Allahܩ ada beberapa orang yang sudi berbincang dengan saya untuk pelbagai topik yang telah saya bentangkan dalam penulisan-penulisan saya. Saya berharap niat mereka yang murni sama-sama mengisi masa kita dengan hal yang berfaedah dan dicucuri rahmat sepanjang kita berdiskusi.

Bagi mereka yang ingin mengadakan perbincangan dengan saya ada beberapa perkara yang para sahabat boleh diambil tahu tentang pertimbangan yang saya ambil.

Pertamaߨ setiap hadis yang saya berhujah dengannyaܦ saya akan sentiasa membawakan teks Arab baginya dan hadis tersebut sahih pada penilaian sayaߨ lebih-lebih lagi dalam penulisan utama saya. Bagi mereka yang mengemukan hadis kepada saya sama ada untuk kukuh kenyataan atau membantah sila bawakan teks Arab dan sumber pengambilan primerߨ bukan sekunder seperti laman web atau rujukan sekunder.

Saya tidak akan melayan sama sekali akan hal itu. Perbuatan itu bukan sahaja menyusahkan untuk kajianߨ bahkan ia menggambarkan sikap tidak teliti dalam berpegang terhadap sesuatu kerana lengah untuk mengumpulkan sesuatu kekuatan argumentasi untuk diri sendiriߨ tetapi mahu pula orang lain mengikuti yang sama. Tentu sekali saya tidak akan menumpang di atas kapal yang berlubang untuk melayar lautan. 

Saya boleh mengerah usaha untuk mencari teks arabߨ tetapi tidakkah kalian tahu betapa sukarnya mencari padanan bahasa Melayu dengan bahasa Arab? Perkataan datang mempunyai pelbagai ungkapan dalam bahasa Arab. Ia boleh jadi Jā^a (جَاءَ), ₍Atā₎ (أَتَى), ₍Ḏhaba₎ (ذَهَبَ), ₍Inṭolaqo₎ (انْطَلَقَ), ₍Daẖola₎ (دَخَلَ) dan lain-lain.

Itu baru satu perkataan. Belum lagi perkataan yang lain yang mungkin sahaja ada padanan lebih banyak lagi daripada ini. Jika mereka faham kesukaran iniޱ maka pasti mereka sesekali tidak mengambil dan membawakan hadis sesuka hati.

Itu belum lagi masalah transliterasi yang belum menyeluruh sehingga masing-masing tidak sama mengeja huruf berselari dengan sebutan huruf. Ada yang mengeja iqoh (ثِقُة) dengan tsiqah, ada yang mengeja dengan thiqah dan ada yang mengeja secara transliterasi seperti iqoh. Ada yang mengeja oīf (ضَعِيف) dengan daif, ada yang mengeja dengan dha'if, ada yang mengeja dengan dho'if, ada yang mengeja dengan doif, ada yang mengeja dengan dla'if dan macam-macam lagi ejaannya.

Sampel yang mudah ini mungkin sudah kita biasa sehingga kita boleh kenal pasti dengan pantasߨ tetapi semakin luas penerokaanޱ kita akan menemukan kesukaran menentukan beberapa perkataan yang transliterasi tepat untuk ejaan arabnya.

Jangan terlalu selesa dengan mengambil dan menukilkan hadis tanpa teks arab. Ia menghalang transparensi dalam agama sehingga akses kepada ketulenan informasi kabur. Sebab itulah dalam penulisan saya yang utama kesemuanya akan dibawakan teks arabnya jika ingin menukilkan hadis. Bahkanߨ hadis dhaif yang ingin saya perbahaskan pun tetap saya cuba memaparkan teks arabnya. Saya telah tunaikan tanggungjawab saya semampu yang dapat.

Saya bersikap sepertimana Ibn Abbās yang diceritakan Mujāhid yang berkata :

جَاءَ بُشَيْرٌ الْعَدَوِيُّ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ ، فَجَعَلَ يُحَدِّثُ ، وَيَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجَعَلَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَا يَأْذَنُ لِحَدِيثِهِ ، وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ : يَا ابْنَ عَبَّاسٍ ، مَالِي لَا أَرَاكَ تَسْمَعُ لِحَدِيثِي ، أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَلَا تَسْمَعُ ، فَقَالَ : إِنَّا كُنَّا مَرَّةً إِذَا سَمِعْنَا رَجُلًا يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ابْتَدَرَتْهُ أَبْصَارُنَا ، وَأَصْغَيْنَا إِلَيْهِ بِآذَانِنَا ، فَلَمَّا رَكِبَ النَّاسُ الصَّعْبَ ، وَالذَّلُولَ ، لَمْ نَأْخُذْ مِنَ النَّاسِ إِلَّا مَا نَعْرِفُ

"Datang Bušayr al-Adawiyy kepada Ibn Abbās. Laluߨ dia mula merawi hadis dan dia berkata: Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda. Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda. Ibn Abbās mulai tidak menampakkan minat terhadap hadisnya dan dia tidak melihatnya. Dia berkata: Wahai Ibn Abbās! Kenapa aku tidak melihat engkau mendengar hadisku? Aku merawi hadis daripada Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam kepada engkauߨ tetapi engkau tidak mendengar?. Dia berkata: Dahulu kami pada suatu kali apabila kami mendengar seseorang berkata: Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabdaޱ mata-mata kami bergegas padanya dan kami memasang telinga kami padanya. Tatkala orang ramai menunggang menunggangi pada yang sukar dan gampangޱ kami tidak mengambil daripada orang ramai melainkan apa yang kami kenali". [Ṣoḥīḥ Muslimno. 19].

Apabila seseorang meriwayatkan hadis tanpa teks Arabޱ saya adakalanya buat-buat tidak tahu dan tidak mengambil peduli melainkan apabila orang tersebut memaparkan teks Arabnya atau hadis tersebut adalah yang telah saya kenal. 

Keduaߨ bagi mereka yang ingin membawakan kalam ₍al-Jarḥ Wa at-Tadīl sila sertakan rujukan yang primerߨ bukan sekunder seperti «Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā ar-Rijāl», «Ikmāl Tahḏīb al-Kamāl», «Tahḏīb at-Tahḏīb», «Alām an-Nubalā^», «Tārīẖ al-Islām», «Mawsū«a Aqwāl» dan lain-lain melainkan jika tidak ditemui sumber primernyaߨ apatah lagi jika tidak membawakan rujukan langsung.

Saya telah menjelaskan sebabnya dalam judul penulisan «Jangan Semudah "Ini Ada Di at-Tahḏīb"». Mana-mana pembawaan kalam ₍al-Jarḥ Wa at-Ta«dīl₎ tanpa rujukan tidak akan dilayan sama sekali.

Ketigaߨ mana-mana hadis yang digunakan oleh pihak lawan yang saya kemukakan bukan bermakna hadis itu sahih. Namunߨ saya mengandaikan hadis tersebut sahih. Oleh ituߨ jika saya hanya mengulas hanya pada konteks fiqh sahajaޱ lebih baik berhati-hati kerana hadis itu belum cukup kuat penghujahannya yang memuaskan saya sehingga saya perlu memeriksa sanad pada hadis itu. Itu menjadi obligasi masing-masing untuk memeriksa status hadis itu.

Saya tidak membahaskan sanad sama ada kerana ia akan memanjangkan penulisan yang tidak penting atau hadis itu tidak sabit untuk dijadikan hujah bagi pihak lawan sehingga tidak perlu pun untuk dibahaskan sanadnya. Cukup untuk menyinggung pada bahagian fiqh atau kefahaman yang didasari dari hadis tersebut.

Malahߨ jika saya mengemukakan kritikan dari aspek sanadޱ jangan menyangka jika saya hanya membentangkan satu poin sahajaޱ maka hanya ada satu sebab sahaja kelemahan dari aspek sanad. Boleh jadi ada beberapa yang saya tidak menyebutkannya kerana saya ingin memendekkan penulisan semampunya atau hadis itu sememangnya tidak ada merit sebagai penghujahan sehingga satu kelemahan sudah cukup untuk meruntuhkannya.

Sila semak keseluruhannya. Jika saya mengkritik seorang perawi dalam sanad tersebutޱ boleh jadi ada beberapa perawi yang lain yang boleh dikritik yang tidak saya mengenunsiasikannya.

Keempatߨ saya juga tidak gemar berdiskusi sebelum saya mengetahui aliran, pendirian dan sisi seseorang itu berpihak. Hal ini kerana pendekatan saya tidak sama untuk setiap orang. Tentu sahaja ia meletihkan dan mengecewakan jika saya menggunakan suatu pendekatan terhadap seseorang ketika berinteraksiߨ namun tiba-tiba orang tersebut bukan orang yang sepatutnya saya menggunakan pendekatan seperti itu.

Untuk mengelakkan hal ini berlaku saya bersikap untuk berdiam diri sebelum saya mengenal kedudukan orang tersebut. Tentu sekali saya tidak akan melayan sesiapa yang mendahulukan cercaan, penghinaan dan ejekan kerana hujah-hujah ilmiah tidak patut dirosakkan seperti ini. Jika mereka berkehendak untuk budaya ilmu yang sentiasa kritisޱ maka tidak sepatutnya mereka mendekati unsur-unsur yang menjauhi matlamat tersebut.

Contohnya adalah bagi yang memperlekehkan mereka yang dilabel wahabi dalam bahagian akidah yang mana hakikatnya ia adalah serangan ke atas akidah salaf secara umumߨ bukan semuanya dari kalangan ašᶜarian semata-mataߨ tetapi ada juga dari zaydian. Mereka yang sudah mengikuti perbahasan dan perbincangan di wahana berbahasa Arab pasti akan maklum tentang ini. Bahkanߨ saya pernah menemukan seseorang berbicara seperti salafiߨ tetapi ternyata dia adalah antisunnah.

Atas sebab itulah saya tidak melayani semua kritikan melainkan saya meyakini apa yang menjadi pegangan sebenar bagi seseorang itu. Kalaulah saya melayan seseorang yang disangka ašᶜarianߨ tetapi sebenarnya dia adalah zaydianޱ maka saya telah membuang masa saya dan memenatkan sesuatu yang sia-sia untuk orangg yang tidak sepatutnya menggunakan pendekatan itu.

Kelimaߨ diskusi ilmu saya tidaklah semestinya terlalu skema sekalipun penulisan saya sangat serius. Saya bersikap santai, kasual dan memberikan kebebasan untuk ekspresikan apa-apa sahaja watak sepanjang diskusi. Saya tidak ada masalah jika ada carutan, jenaka atau unsur penghiburan selagimana bersesuaian dengan topik perbahasan, audien dan keadaan.

Saya serius apabila ingin menulis penulisan formal atau ketika berada di diskusi yang mana masing-masing memerlukan sikap objektif atau di tempat yang ada kehormatannya. Apapunߨ mahu bersikap santai pun hendaklah jangan mengabaikan nilai ilmiah.

Keenamߨ sepertimana yang semua pembaca lihatܦ saya mentransliterasikan beberapa perkataan yang tertentu dan saya memiliki sistem ejaan tersendiri. Malahߨ jika menukil punޱ saya akan mengubah transliterasi dan ejaan penulisan itu agar selaras dengan format penulisan saya dengan mengekalkan lenggok dan penyampaian yang asal.

Untuk memahami bagaimana format transliterasi saya sila cari di tab atau ruangan yang berdekatan. Saya akan memaparkannya selagimana boleh kecuali di media sosial melainkan Tumblr. Ia boleh dilihat di bahagian transliterasi di Wattpad atau Tumblr atau Blogger.

Tujuan saya melakukan transliterasi adalah supaya kenal huruf hijaiyah yang asal sekalipun dieja dengan tulisan latin atau rumiߨ seterusnya mengekalkan identiti bahawa itu adalah penulisan saya jika ia tersebar atau memudahkan pengenalpastian terhadap pemilikan penulisan yang asal.

Kemudianߨ ini adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sepanjang membaca karya-karya saya.

Pertamaߨ pada penulisan ilmiah sayaߨ terutamanya agama ia adalah berasaskan kemahiran ilmu bahasa Arab, uṣūl fiqh, kaedah fiqh dan ilmu hadis serta beberapa ilmu yang lain. Saya tahu ada beberapa daripadanya kontroversi dan pelik daripada yang lain. Namunߨ saya tidak akan sama sekali bercakap kosong. Penulisan saya adalah saksi. Dipersilakan nilai.

Jika ada sesiapa yang tidak bersetujuޱ sila kemukakan hujah. Jika tidak ada apa-apa kata yang bermanfaat atau komen membinaޱ lebih diam dan tinggalkan sahaja. Kalau rasa celaan, makian, sindiran, perlekehan, cemuhan, kutukan, ejekan, gertakan dan lain-lain jenis kenistaan boleh menjadi hujah di mahkamah di akhiratޱ dipersilakan lakukan.

Saya tidak akan memanjangkan hal itu di dunia. Kita akan sambung di akhirat dan di situlah penyelesaian yang seadilnya. Jika dibawakan hujahޱ kita boleh sambung perbincangan kita selagimana didasari objektif.

Keduaߨ saya juga manusia yang penuh dengan aib, kekurangan dan kesilapan. Apatah lagi untuk dibandingkan tokoh-tokoh ilmuwan lain yang disanjung tinggi. Allah lebih tahu tentangnya.

Saya juga ada menarik balik beberapa pandangan setelah semakin luas penerokaan ilmu dan setelah mendapat teguran ilmiah serta penegakan hujah ke atas saya. Saya memohon keampunan kepada Allah atas kegelinciran saya.

Namunߨ bukan bermakna saya tidak akan berbuat yang terbaik. Saya akan sedaya upaya secara maksimum untuk mengkaji, menilai, menganalisis dan membandingkan pelbagai penghujahan dan pandangan sebelum menerbitkan penulisan. Beberapa penulisan saya menjadi saksi kesungguhan saya.

Jika ada yang dirasakan saya terlepas pandangޱ boleh memaklumkan kepada saya. Saya mengucapkan kesyukuran sama ada pertanyaan atau perbincangan atau kritikan telah pun memaparkan bahagian yang saya kurang, terlepas pandang dan yang saya tersilap tentangnya. Atas sebab itulah saya mengalu-alukan input yang positif biarpun daripada seteru saya.

Ketigaߨ saya akan berkata sepertimana Abū Ḥanīfaẗ berkata :

لا يحل لمن يفتى من كتبي أن يفتي حتى يعلم من أين.

"Tidak halal untuk seseorang berfatwa daripada kitab-kitab aku yang dia berikan fatwa sehinggalah dia mengetahui sumbernya". [Al-Intiqō Fī Faḍōil a-alāṯa al-Aimma al-Fuqohā Mālik Wa aš-Šāfiiyy Wa Abū anīfa Roiyallāhu Anhumkarya Ibn Abdul Barrm/s 145keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Saya juga akan berkata sepertimana Mālik bin Anas berkata :

إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكلما وافق الكتاب والسنة فخذوا به وكلما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه.

"Aku cumalah seorang manusia yang kadangkala benar dan kadangkala tersilap. Makaߨ hendaklah kalian telitilah pandanganku. Apabila bertepatan dengan al-Kitāb dan sunnahޱ maka ambillah ia. Apabila tidak bertepatan dengan al-Kitāb dan sunnahޱ maka tinggalkanlah ia". [Jāmi al-Bayān al-Ilm Wa al-Falkarya Ibn Abdul Barrjilid 1m/s 775keluaran Dār Ibn al-Jawziyytahqiq Abū al-Ašbāl az-Zuhayriyy].

Saya juga akan berkata sepertimana aš-Šāfiiyy berkata :

كل ما قلته فكان من رسول الله صلى الله عليه وسلم خلاف قولي مما صح فهو أولى ولا تقلدوني

"Apabila kalian mendapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah ollallāhu alayhi wasallamޱ maka berfatwalah dengannya dan tinggalkan apa-apa yang aku perkatakan". [Siyar Alām an-Nubalākarya a-ahabiyyjilid 8m/s 248keluaran Dār al-adīṯ].

Maksudnya adalah jika ada mana-mana pendapat saya yang bertentangan Quran dan sunnah setelah terbukti kehujahan ilmiahnyaߨ bukan hanya menyeret kad ₍Ad Hominem₎, ₍Argumentum Ad Verecundiam₎, menggunakan kesan ₍Halo₎, kesan Kontras, ₍Bandwagon₎ dan lain-lain falasi dan biasߨ maka buanglah pendapat saya itu. Jangan ikutinya, jangan beri kompromi dan selisihilah saya.

Inilah prinsip para jaguhan ahli ilmu terdahulu sampai sekarang yang konsisten menentang ketaksuban. Makaߨ saya juga akan berkata yang sama dan setiap orang juga patut berkata yang sama.

Tinggalkan saya jika saya tetap berdegil. Kecelakaan itu akan kembali kepada saya apabila saya sengaja menutup mata dan berpaling serta menentang kebenaran tersebut. Biarlah saya tanggung dosa ini seorang diri. Orang lain janganlah ikut bersama setelah tahu pendapat saya bertentangan dengan kebenaran.

Keempatߨ saya menyarankan supaya tidak mengikuti pandangan saya bulat-bulat atau bersebabkan hanya rasa kagum sahaja. Jika tiada ilmu alat atau kemahiran yang diperlukanߨ terutamanya dalam hal ehwal agama seperti bahasa Arab, uṣūl fiqh, kaedah fiqh dn ilmu hadisޱ lebih baik jangan ikuti.

Saya sendiri tidak mahu pandangan saya diikuti tanpa diselidik, diuji dan dibandingkan dengan pelbagai pandangan. Sepertimana ahli ilmu jaguhan mengingatkan tentang untuk tidak fanatik meski terhadap diri mereka sendiriܦ demikian juga saya mengingatkan yang sama.

Kelimaߨ sekali lagi saya ingatkan saya tidaklah serius sepanjang masa. Saya serius apabila membuat penulisan formal atau terlibat dalam perbincangan yang memerlukan sikap objektif. Saya boleh sahaja santai dan berhibur bersama. Ada masa juga saya dan kita semua perlu rehatkan diri dan relaks. Jika sesiapa yang mengikut media sosial saya seperti Facebook, Twitter atau Discordޱ akan lihat keterbukaan saya untuk berkasual dan bersantai.

Namunߨ saya juga akan cuba menjaga sensitiviti pada tempat-tempat yang ada kehormatannya. Majlis dan diskusi ilmu ada kehormatannya. Masjid ada kehormatannya. Istana ada kehormatannya. Sebegitu seterusnya. Kalau ia sememangnya tidak memerlukan untuk bergurau senda atau bersikap senang lenangߨ maka saya akan hormati tempat tersebut dengan izin Allah.

Seterusnyaߨ saya ingin berbicara beberapa misi dan matlamat dalam pewacanaan ilmu sayaߨ khususnya pewacanaan keagamaan. 

Yang pertama adalah penyampaian kepada kebenaran di atas dasar hujah yang kukuh dan pembentangan ilmiahߨ bukan sekadar sembang kosong atau melalut panjang yang dibaluti dengan pembentangan atau sanggahan ilmiah. Ini adalah sesuatu yang maklum dalam mana-mana wahana dan prinsip yang selalu diangkat sehingga tidak perlu diperjelaskan lebih panjang lagi.

Yang kedua adalah berani untuk menyampaikan kebenaran sekalipun bersendirian dan tidak ada pandangan ulama yang terdahulu atau semasa dengannya selagimana berasaskan penghujahan ilmiah dan diyakini kebenarannya dengan mengambil inspirasi daripada Abdullah bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam sebagai contoh yang berkata :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Ini adalah yang belum pernah didahuluiku segala puji bagi Allah padanya dan tidak pernah aku dikalahi dan segala kurnia adalah milik Allah padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat Quran؛ iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam Quranߨ lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ulūm al-Qurān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari iniޱ pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwaẗ Bi Bayān Imtinā Nas at-Tilāwam/s 3keluaran Maktaba al-Qōhiro].

Yang ketiga adalah tidak teragak-agak dan tidak gentar untuk menyalahi tokoh kebesaran ulama jika diyakini bahawa pandangan ulama itu adalah salah setelah dibuktikan dengan jitu. Inilah prinsip yang Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam menyebutkannya dalam mengkritik as-Suyūṭiyy :

ولقد راجت هذه الدعاوى الفارغة على جماعة من علماء الإسلام صاروا كالعامة في قبول المحالات، فلقد ألف الحافظ السيوطي رسالة نقلها المنجلي في تطورات الولي"، وأتى فيها بحكايات باطلة، وأقوال عن الأدلة عاطلة، حتى كأنَّه ما عرف السنة والكتاب، ولا ملأ الدنيا بمؤلفاته التي أتى فيها بكلِّ عجاب، فلا يغتر الناظر بنقل ما يخالف السنة والكتاب، وإن حكاه من العلماء بحرُ علمٍ عبابٍ، وما أحسن ما قاله ابنُ الجوزي في كتابه صيد الخاطر قال: "واعلم أنَّ المحقق لا يهوله اسمٌ معظمٌ، كما قال رجل لعلي رضي الله عنه: أتظن أنَّا نظن أنَّ طلحة والزبير كانا على باطل؟ فقال له عليٌّ عليه السلام: "إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله" ولعمري إنَّه قد وقر في النفوس تعظيم أقوام، فإذا نقل عنهم شيءٌ فسمعه الجاهلُ بالشرع قبله لتعظيمهم في نفسه.

"Telah terserak dakwa-dakwa yang kosong terhadap sekelompok daripada ulama Islam. Mereka menjadi seperti orang awam dalam penerimaan yang mustahil. Al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy telah mengarang «al-Munjalī Fī Taṭowwurōt al-Waliyy». Dia membawakan hikayat-hikayat batil padanya dan kata-kata yang kontang daripada dalil sehingga seolah-olah dia tidak mengenali sunnah dan al-Kitāb. Tidaklah dia memenuhi dunia dengan karangan-karangannya yang dia membawakan setiap keanehan padanya. Janganlah peneliti terpedaya dengan nukilan apa yang menyalahi sunnah dan al-Kitāb kendatipun ulama yang selautan ilmu yang melimpah yang menghikayatkannya. Betapa bagusnya apa yang Ibn al-Jawziyy berkata tentangnnya dalam kitabnya «Ṣoyd al-H̱ōṭir». Dia berkata: Ketahuilah bahawa orang yang tahqiq tidak dimomokkan dengan nama yang diagungkan sepertimana kata seseorang berkata kepada Aliyy semoga Allah meredhainya: Adakah engkau menyangka bahawa kami menyangka bahawa olah dan az-Zubayr berada di atas kebatilan?. Aliyy ⁃ᵟalayhi as-Salām: Sesungguhnya kebenaran tidak dikenali dengan orangnya. Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau mengenali ahlinya. Demi umurku! Sesungguhnya telah membekas pengagungan beberapa kaum pada jiwa. Apabila dinukilkan sesuatu daripada merekaߨ lalu orang jahil pada syarak mendengarnyaޱ dia menerimanya dengan pengagungan terhadap mereka pada jiwanya". [Al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoẗ al-Awliyā Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 76keluaran Dār Ibn Affān Li an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Yang keempat adalah sentiasa lapang dada dan terbuka untuk menerima pandangan yang di luar nalar dan persekitaran pembelajaran atau capai pengetahuan kita serta menjauhkan diri daripada denaial dan defensif. Dengan kata lain ia seruan untuk menerima fakta tanpa kita menafikannya seolah-olah ia tidak wujud atau tidak ada apa-apa merit.

Sebagai contohߨ apabila saya menyatakan bahawa Abū Ḥanīfaẗ adalah fuqaha murjiahߨ bahkan yang dituduh jahmian oleh Yaḥyā bin Maīn dan Abū Zura ar-Rōziyy yang mana dia diboikot oleh ahli hadis sezaman dan yang sesudah dengannya sehingga dia dilihat tidak ada kedudukan sebagai ahli hadis, imam fiqh dan yang berakidah murniޱ saya dituduh sebagai orang yang tidak menghormati ketokohan Abū Ḥanīfaẗ sebagai imam ahli sunnahߨ lebih-lebih lagi saya tidak menyebutkan pujian untuknya atau memberikan kredit yang sama sepertimana imam yang lain. 

Padahalߨ fakta ini tidak asing dari sesiapa sahaja yang menelaah karya-karya al-Jarḥ Wa at-Tadīl seperti «al-Jar Wa at-Tadīl» karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, «a-uafā^ al-Kabīr» oleh al-Uqoyliyy, «al-Kāmil Fī uafā^ ar-Rijāl» karya Ibn Adiyy dan «Tārīẖ Baġdād» karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy. Bagi mereka yang bergelumang dengan ilmu hadisߨ khususnya dalam penilaian perawi tidak akan kaget dengan perkara ini.

Muqbil bin Hādī al-Wādiiyy melalui kitabnya «Našr a-oḥīfa Fī ikr a-oḥīḥ Min Aqwāl Aimma al-Jar Wa at-Tadīl Fī Abī anīfaẗ» dan Abdullah bin Fahd al-H̱olīfiyy melalui karyanya «at-Tarjīḥ Bayna Aqwāl al-Muaddilīn Wa al-Jāriḥīn Fī Abī anīfa an-Numān Ibn Ṯābit» telah pun mengumpulkan kalam-kalam ahli hadis yang mengkritik keras, menyinggung dan menentangnya. Jumlahnya lebih daripada 40 orang yang sezaman dan berdekatan dengannya dan nama-namanya bukan calang-calang orang.

Sebegitu juga dalam isu seksual sepertimana yang maklum bagi mereka yang mengenali saya. Apabila saya mengutarakan adanya pandangan ulama yang membenarkan lancap sepertimana yang disebutkan Abū Jafar a-obariyy dalam «Itilāf al-Fuqohā^» atau isu ketidakharaman lihatan aurat yang bukan hakiki seperti di pantulan air dan imej cermin sepertimana yang ada dalam pandangan muktamad dalam mazhab ḥanafian dan šāfiᶜianޱ sebahagian orang seperti tersentak seakan-akan dikejutkan dengan dentuman guruh dan mula memandang saya dengan jerlingan yang membenci. Malahߨada yang sampai menuduh pandangan muktamad mazhab ḥanafian dan šāfiᶜian sebagai pandangan yang syaz disebabkan ketidakmampuan mereka untuk menerima realitinya!

Kebolehpenerimaan fakta inilah antara misi dan matlamat yang saya ingin bawa dalam pewacanaan ini. Jika tidakޱ banyak yang akan tertimbus dan terselindung. Kita mungkin akan keberatan untuk melihat perspektif yang lebih baru atau yang berlainan daripada tradisi atau arus perdana. Misi ini antara yang penting untuk diketengahkan dan diperingatkan.

Yang kelima adalah penyampaian secara terus-terang tanpa perlu berlapik biarpun orang menganggapnya ia sebagai lancang, tidak bertapis, biadap, kasar dan lain-lain. Antara maksud saya pada penyampaian yang tidak berlapik adalah seperti seseorang segan untuk menyebutkan pandangan keharusan lancap kerana tidak mahu dikecam atau dikata buruk atau menggubah kata-kata yang penuh berselirat dan tampalan semata-mata untuk tidak mahu menampakkannya secara eksplisit atau seseorang yang memperakui tentang ketidakharaman melihat aurat yang bukan hakikiߨ tetapi dilapik dengan kata-kata: "Ia adalah makruh", "Ia tidak patut dibuat oleh muslim yang bermaruah", "Ia bukanlah adab yang baik", "Ia akan menimbulkan fitnah" dan pelbagai lagi.

Yang saya mahu pada penyampaian terus-terang tanpa berlapik adalah sekurang-kurangnya sepertimana Abdullah al-Haroriyy yang berkata ketika menyatakan hukum menonton filem lucah :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret؛ iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya؛ iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinyaߨ tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah؛ iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini؛ iaitu mempraktikkan perbuatan haram iniޱ maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya؛ iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Sikap berlapik ini terjadi disebabkan pengajar atau penceramah terlalu memikirkan tindak balas audien dan khuatir apa yang akan direspons oleh asatizah atau tokoh ilmuwan atau guru-gurunya sekelilingߨ khususnya apabila ingin menyebutkan pandangan yang menyebabkan kontroversi, kekecohan orang ramai dan penyalahan terhadap institusi, tradisi atau norma sekelilingnya.

Ini sangatlah tidak patut bagi seseorang yang ingin bergerak dalam usaha memandaikan umat dan memimpin jemaah dalam keberagamaan yang tulen. Tidak seyogianya agama ini tebuai dengan rentak masyarakat dan tidak wajar seorang ahli ilmu terlalu manja terhadap masyarakat atau terlalu terikut dengan kehendak audien sekeliling. Hancurlah agama jika tiada siapa yang ingin menyampaikan kebenaran secara terus terang dan kebenaran perlu disampaikan secara berlapik-lapik seakan-akan ia terselindung walaupun diucapkan secara lantang dan panjang.

Ini juga misi dan objektif yang ingin saya bawa dalam pewacanaan ilmiah. Saya tidak mahu fakta atau kebenaran atau perbahasan ilmiah yang bermanfaat terkambus dan tertutup hanya kerana masyarakat tidak mampu menelannya, para syeikh di sekeliling membencinya, asatizah yang mengelilinginya membentaknya dan tradisi yang turun-temurun tidak menerimanya.

Tidak ada masalah jika seseorang tidak menyebutkannya jika tidak diperlukan atau kerana ingin menyingkatkan masa atau meringkaskan penulisan untuk fokus kepada objektif tertentu. Akan tetapiߨ apabila berbicara tentang fakta dan kebenaranߨ lebih-lebih lagi apabila dituntut dan seseorang itu berada situasi sangat memerlukan penyebutan ituޱ maka inilah yang menjadi fokus.

Malahߨ jika seseorang itu meraikan pembudayaan kritis, objektif dan tuntasޱ perlapikan sebegini hanya memandulkan akal sahaja, melembapkan pembelajaran secara cendekia dan hanya melahirkan sikap denial yang berpanjangan. Seseorang perlu berlapang dada untuk melihat fakta yang baru yang di luarߨ bahkan yang berseteru dengan manhaj, tradisi dan persekitaran kita serta terbuka dengan pelbagai khazanah peninggalan dari pelbagai kelompok ahli ilmu yang beraneka fikiran, manhaj, mazhab dan aliran.

Yang keenam adalah perbincangan adalah berasaskan perbincangan objektif, tuntas dan kritis sama ada secara panjang atau pendekߨ bukan perbahasan yang berasaskan taklid, mengikut rentak dogmatisme, memenangi sentimen kepuakan dan hanya tahu menyalahkan opposisi hanya disebabkan perbezaan pandangan, aliran, mazhab dan pemikiran semata-mata.

Yang ketujuh adalah setiap orang mendapat tempat untuk bertanya, menzahirkan pandangannya dan berbincang tanpa diskriminasi. Saya tidak mahu mewujudkan kasta dalam pewacanaan ilmiah dan semua orang berhak menikmati hak masing-masing dalam akademik, pembelajaran dan wacana sama ada sebagai penuntut ilmu atau penyampai ilmu. 

Jika pelaku maksiat pun ingin bertanya tentang soalan agama dan hukumޱ maka berhak untuk mendapatkan haknya sebagai penuntut ilmu dan orang yang bertanya untuk dijawab tanpa perlu pengesampingan dan perlecehan. 

Kalaulah tokoh ilmuwan kebesaran yang homoseksual seperti Yaḥyā bin Akṯam, Aliyy bin amza al-Kisāiyy dan Ibn al-Anmāṭiyy masih hidup pada hari ini dan ingin membahaskan agama dan berbincang tentang isu-isu mengenainyaޱ maka kita akan mendengarkannya tanpa prejudis dan berbincang dengannya secara saksama.

Diari Diri : Pengenalan Ringkas Diri Saya

Nama yang diberi adalah Amīr (أَمِير) yang bermaksud ketua atau pemimpin. Laqab adalah Kaẓuma (كَظُمَ) yang bersempena dengan salah satu watak daripada anime Noragami. Nama laqab ini juga menepati kaedah bahasa Arab yang bermaksud ₍Sakata₎ (سَكَتَ)؛ iaitu diam.

Saya seorang yang berpersonaliti INTP؛ iaitu ₍Introversion₎, ₍Intuition₎, ₍Thinking₎ dan ₍Perceiving₎ dengan penilaian ujian daripada laman web 16personalities yang memberikan keputusan yang konsisten berkali-kali. Untuk mengenali diri saya sila ke laman web tersebut dan carilah maklumat mengenainya kerana ia sememangnya menggambarkan secara tepat tentang diri saya.

Oleh ituߨ tindakan dan interaksi saya sesuai dengan personaliti yang tersedia dalam diri saya dan saya harap sahabat sekalian memahami saya berdasarkan kaca mata INTP. Walaupun mungkin sahaja deskripsi tersebut tidak mencerminkan yang tepat secara menyeluruhޱ ia boleh untuk dijadikan sebagai panduan dan gambaran secara sekilas untuk memahami diri saya.

Jika para sahabat memperkenalkan diri kalian dengan personaliti tertentuޱ maka saya cuba akan memahami dari sudut itu. Akan tetapiߨ barangkali penafsiran dan cara kefahaman kita akan kembali dengan pengaruh personaliti yang kita adaߨ bukan eksistensi diri seseorang itu yang ekstrinsiknya؛ iaitu apa yang dideskripsikan tentang orang itu. Dengan kata lain kita lebih memahami perwatakan dan personaliti seseorang itu daripada dirinya sendiriߨ bukan daripada apa yang laman web memperkenalkan tentang dirinya meskipun laman web tersebut ada nilai bantuan.

Makaߨ diharapkan agar kita saling berlapang atas kepelbagaian watak dan saling memaafkan kerana kekurangan yang mungkin terbit dari diri kita yang salah memahaminya atau orang lain tidak memberi tanggapan yang benar sesuai dengan personaliti kita.

Saya sebenarnya seorang yang pasif dalam sosial dan saya lebih banyak mengasingkan diri serta menjadi pendiam dalam interaksi pergaulan. Saya bukan antisosialߨ tetapi saya promenyendiri. Adakalanyaܦ saya cepat sahaja lesu apabila menerima notifikasi mesej sama ada untuk bertanya atau berbual atau mengulas. Sebegitulah saya dalam interaksi sesama manusia.

Sebabnya adalah bagi semua ini ia kembali kepada pengaruh personaliti saya yang INTP. Sebenarnya saya menjadi pasif bukan kerana saya mengikatkan diri saya kepada jenis personaliti INTP yang dideskripsikan; maksudnya adalah apabila saya lulus ujian INTPޱ barulah saya menjadikan diri saya INTP. Tidak sebegitu.

Jika tidak wujud perincian tentangnya atau saya tidak pernah mengambil ujian ituޱ saya tetap seperti itu juga. Walaupun pasif dalam sosialޱ bukan bermakna saya tidak ada rasa peduli, tiada sikap menghargai seseorang, tiada ekspresi emosi dan tidak mempunyai gambaran yang cerah tentang perspektif komunikasi. Cumaߨ mungkin definisi saya tentangnya؛ iaitu cara untuk menzahirkan rasa peduli, cara menghargai seseorang dan lain-lain berbeza dengan arus perdana.

Saya akan terbuka tangan untuk membantu sesiapa yang datang kepada saya untuk sesuatu hajat atau yang saya ketahui yang dia dalam keadaan kondisi kesulitan. Dengan segala kemampuan yang saya ada saya akan mengusahakan untuk membantu sahabat dan saudara yang ditimpa kepayahan. 

Pengasingan saya daripada komuniti bukanlah bermakna saya tidak menghargai mereka. Kecenderungan saya bukanlah untuk sosial yang berterusanߨ lebih-lebih untuk obrolan atau yang orang katakan sembang kedai kopi. Saya akui sememangnya saya tidak mahir dengan komunikasi sebegini kerana masih lagi di atas sebab personaliti yang terbentuk pada diri saya.

Personaliti INTP sentiasa terdorong dengan konversasi yang bersifat erudisi dan sentiasa entusastik terhadap pengetahuan, intelektual dan erudisi. Saya lebih setia untuk bersama kemeriahan perbahasan kecendekiaan dan fokus terhadap kalam-kalam pengetahuan. Komuniti sebeginilah yang selalunya saya akan suka bergaul, ambil perhatian dan merajinkan diri untuk duduk bersama walaupun sebagai pendengar atau pemerhati. 

Ketidakcenderungan saya terhadap bicara kecil dan berobrolan bukanlah semestinya saya ini seorang yang sarat dan padat dengan pengetahuan yang menunjukkan lidah saya selalu petah dengannya. Akan tetapiߨ ia berkaitan dengan penglibatan dan keghairahan terhadap sesuatu yang ditumpu.

Pengaruh INTP ini juga menyebabkan saya lebih suka untuk menghabiskan masa dan aktiviti dengan bersendirian. Sebab itulah saya selalu berjoging, beriadah, bersukan, beristirahat, bermain, relaksasi dan lain-lain secara berseorangan kerana ini lebih menyelesakan saya. Saya tidak ada masalah untuk beraktiviti bersama. Cumaߨ kalaulah tidak ada kejanggalan dengan suasana sepi walaupun keramaianޱ maka itu sama sekali tidak menjadi masalah.

Jika ada aktiviti bersama pun yang memerlukan komunikasiޱ saya lebih suka kalau wujudnya suasana wacana erudisi berbanding sekadar suka-suka sahaja atau hanya menghabiskan masa untuk mendapat pengalaman yang sekadar beraktiviti itu sahaja. Tidak ada masalah untuk berbasikal bersama jika kita dapat berbincang tentang intelektual atau masing-masing tiada merasa kejanggalan dengan suasana yang sepi.

Hiburan kegemaran saya tidak terikat dengan mana-mana genre atau jenis yang wujud. Dalam muzik saya boleh melayani apa-apa sahaja jenis muzik sama ada rock, pop, hip hop, rap, heavy metal dan lain-lain walaupun saya lebih suka genre extreme metal.

Saya boleh dikatakan sebagai mat metal. Dalam genre ini saya lebih suka metalcore dan subgenrenya, deathcore dan subgenrenya, death metal dan subgenrenya serta black metal dan subgenrenya. Akan tetapiߨ saya tidak ada masalah untuk mendengarkan yang lain. Contohnya adalah punk, grunge dan melodic hardcore.

Dalam filem pula saya boleh melayani melayani apa jua jenis sama ada aksi, drama, sains fiksyen, seram dan lain-lain. Cumaߨ saya lebih tertumpu kepada anime. Saya mungkin dikatakan sebagai wibuߨ cuma saya bukan tegar sangat. Walaupun saya sememangnya mengutamakan filem animeޱ tetapi saya terbuka untuk yang lain. 

Mungkin orang lihat saya ini adalah wibuޱ tetapi tidak cukup penuh. Kegemaran saya tidak ada yang tetap dan tekal sehingga saya hanya menumpukan sesuatu jenis itu. Selagimana ia dapat menghiburkan saya maka saya akan layaninya dengan jiwa yang melipur.

Kadangkalaܦ  saya juga melayani pornografi tanpa mengira apa jua jenis sama ada yang hentai, gay, patung seks, heteroseksual atau apa-apa jua pun. Selagimana ia mampu membuakkan syahwat sayaܦ maka saya akan melayaninya dan selalunya diiringi dengan lancap. 

Namunߨ saya selalunya tidak mengambil masa yang lama kerana selalunya saya menghabiskannya dengan pantas semata-mata untuk tenangkan berahi yang mendesak-desak. Jika libido itu sudah tenteramޱ pornografi kadangkala menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan. Atas sebab itulah ini bukan hiburan yang menjadi kebiasaan dan kelaziman untuk saya nikmatinya.

Semua hiburan ini semata-mata untuk melegakan saya yang kadangkala kepenatan dan lelah dengan aktiviti harianߨ terutamanya dedikasi terhadap erudisi. Walaupun saya begitu asyik dengan kesibukan pengetahuanޱ tetapi sampai masa saya akan merasa lesu dan tidak bertenaga lagi. Semua ini sebagai pembantu agar saya peroleh semula motivasi dan dorongan saya untuk terus mara.

Saya mempunyai kecenderungan orientasi seksual yang bersifat biseksual yang mana saya boleh tergoda dan tergiur dengan lelaki dan wanita. Saya juga mempunyai kecenderungan agalmatofilia terutamanya terhadap patung seks yang sememangnya boleh merangsang dan menggoda saya untuk intimasi dengannya. 

Sememangnya antara kegemaran pornografi saya adalah jenis seperti ini. Saya juga sememangnya ada menyimpan keinginan bahawa saya dapat memiliki patung atau pasangan yang homoseksual untuk sama-sama mencipta keseronokan. Ini adalah kenyataan bahawa saya memang ada kecenderungan seperti itu.

Dalam masa yang sama saya adalah erotikawan; orang yang menyukai erotisisme؛ iaitu suatu perilaku yang suka menzahirkan keindahan dan keseronokan seksual melalui ungkapan, penyiaran gambar, sastera dan lain-lain yang berbentuk seni.

Saya percaya bahawa seks adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan dalam kehidupan ini. Saya tidak menganggap seks adalah sebagai suatu sampingan yang kecil atau ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Untuk mendapatkan kepuasannya kita perlu ada ideal dan pemahaman. 

Kita perlu ada kreativiti dan sentiasa komitmen untuk mencipta dan mencapai keseronokan dan kepuasan diri. Kita perlu sentiasa berlatih dan membina keupayaan agar kita peroleh aktiviti seks yang hebat dalam hidup kita. Sekiranya hanya memendam dan tidak menerokaޱ bakat kita akan terbantut dan pemikiran kita tidak akan berkembang.

Kita barangkali akan hidup lama dengan izin Allah. Adakah kita akan berada di takuk yang sama sepanjang hidup? Sebab itulah kita perlu sentiasa mempelajari, meneroka dan kreatif. Manifestasi seks kita akan dijayakan dengan kesyahduan yang kita harapkan selama ini dan keseronokan kita akan dapat dilestarikan apabila kita tidak berhenti melangkah dan entusias untuk menggembleng segala daya akal dan jasmani untuknya.

Ideologi yang saya pegang adalah neokonservatif dalam hal ehwal politik dan pascasalafi adalah idelogi dalam agama saya. Panjang hal ini untuk diterangkan mengapa saya memilih dan memperjuangkan ideologi ini. Saya telah menulisnya dalam judul «Diari Diri : Jika Ada Ideologi Yang Boleh Saya Nisbahkan Kepada Diri Saya». Di situ saya memberi kupasan secara mendalam dan panjang.

Demikian pengenalan saya yang dapat saya deskripsikan yang diharapkan boleh membantu sahabat agar mengenali diri saya dengan memahami keadaan diri saya dan seterusnya merapatkan persaudaraan sesama manusia. Walaupun saya selalu menekankan aspek untuk lihat apa yang dikata berbanding lihat siapa yang berkataޱ tetapi kita kena akui interaksi kita tidak akan selalu sebegitu.

Mengenali personaliti seseorang sebenarnya membantu kita untuk memahami pengaruh fikir seseorang untuk membentuk kelakuan dan kemahiran sebegitu. Makaߨ harap penerangan yang saya kira padat berkenaan dengan gambaran keseluruhan kehidupan saya dan personaliti saya ini dapat merapatkan jurang perbezaan kita dalam memerhati kepelbagaian yang wujud pada diri manusia.

Oleh ituߨ sekalipun saya adakalanya berkongsi tentang pengetahuan dan menyuarakan yang menjadi pendasaran intelektualismeޱ tidaklah perlu mengambil serius terhadap saya. Saya juga sebenarnya kasual dan tidak terlalu kerahiban atau kepaderian. Saya juga terhibur dengan meme, anime, muzik dan erotika serta saya juga berkongsi material hiburan itu.

Cumaߨ saya cuba seimbang antara kedua-duanya. Saya tidak mahu terlalu berlebihan dalam intelektualisme dan pergelutan ilmiah sehingga orang menganggap bahawa saya seperti paderi yang hanya begitu serius dengan itu sahaja. Dalam masa yang sama saya juga tidak mahu terlalu melarat dalam hiburan sehingga saya seakan-akan sekadar menikmati hedonisme sahaja.

Saya berharap mereka yang ingin membina perhubungan bersama saya untuk memperakui dan bertoleransi akan ini. Ini kerana ada kenalan, orang baru dan yang rapat dengan saya yang lebih berat untuk salah satu daripadanya. Sedangkanߨ saya cuba untuk menyeimbangkan kedua-duanya kerana saya tidak mahu terlalu ketat untuk satu perkara dan longgar untuk satu perkara. Saya secara peribadi pun tidak suka untuk berat kepada salah satunyaߨ apatah lagi orang lain dari kalangan sahabat yang berkongsi persamaan dengan saya.

Kemudianߨ perlu dinyatakan bahawa saya bukanlah manusia yang terbaik untuk diberikan pengharapan yang besar. Bahkanߨ tidak perlu harap terlalu banyak pun kerana saya bukanlah istimewa dan mungkin yang biasa-biasa sahaja, bahkan lebih teruk daripada orang lain.

Saya juga adalah manusia yang penuh dengan kekurangan, kesilapan, ketempatan dan aib. Allah jualah yang menutupnya dari pandangan manusia sehingga mungkin orang mengkagumi sudut yang indah dari sisi sayaߨ tetapi tidak pada dalaman yang penuh dengan kebusukan dan kenistaan.

Saya mungkin berbicara seperti ilmuwan atau orang yang entusias terhadapnya atau menzahirkan yang terbaik yang mencetuskan kepeseonaan orang sekeliling. Akan tetapiߨ saya mungkin sahaja tidaklah sebaik sepertimana orang yang ada permusuhan bersama saya. Oleh ituߨ saya menyarankan agar tidak terlalu mengharapkan yang banyak daripada saya kerana saya juga adalah kerdil, hamba yang berdosa dan manusia yang hina.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang bagaimana untuk membina pertalian persahabatan bersama saya. Sebenarnya saya merasakan elok juga saya memberitahu tentang hal ini kerana saya telah didatangi oleh orang baru yang saya belum pernah mengenalinya yang cuba ingin berinteraksi dengan saya untuk tujuan membina persahabatan.

Sebahagiannya berjayaߨ bahkan ia terbina dengan cepat sehingga saya merasakan kerapatan bersamanya yang mungkin tidak dirasai sepertimana di luar media sosial. Sebahagiannya saya tidak dapat menerimanya sebagai persahabatan bukan kerana adanya pergaduhan atau perseteruanߨ tetapi ada sebab yang lain yang saya akan terangkannya di sini.

Perlu diketahui bahawa saya sebenarnya tidak suka berkenalan dari kosong. Bahkanߨ persahabatan yang saya binaߨ khususnya di laman maya bukan bermula dengan pertanyaan nama, umur, tempat menetap, status perkahwinan, pekerjaan dan lain-lain. Itu semua pertanyaan yang masing-masing berbesar hati untuk mengongsikannya setelah menghangat pertalian persahabatan.

Saya dan rakan-rakan saya mengenali dengan kesefahaman dan perkongsian minat bersama. Kami semua berinteraksi dan bergaul bersama atas sebab minat bersama dan beberapa kefahaman yang dikongsi tanpa berbelah bahagi secara mendasar sama ada tentang pandang alam dunia, isu-isu kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang lain.

Contohnya adalah jika ada yang sama-sama minat anime dan memeޱ maka interaksi saya dengan orang yang baru akan terfokus dengan itu. Contoh yang lain adalah jika ada yang sama-sama kesefahaman dalam aliran dan sudut pandang keberagamaanޱ maka interaksi saya dengan orang yang baru akan berkaitan dengan itu. Daripada sini bermulalah persahabatan saya atas dasar sama minat dan kesefafahaman bersama serta interaksi sosial saya adalah yang berkaitan dengan apa yang menjadi sebab pertalian.

Daripada sini dan seterusnya setelah lama bergaul dan berinteraksi kita akan mula berkongsi kehidupan peribadi yang ada pada kita sama ada persekitaran kita atau apa yang telah kita alami. Kita dengan sukarelaߨ bahkan berbesar hati untuk mengongsikannya atas faktor kerapatan yang telah terjalin yang mana ia bermula dengan minat yang dikongsi bersama atau kesefahaman yang bersepadu. Apabila kita mula berbicara tentang iniޱ maka pada saya ia telah mempamerkan kerapatan saya dengannya.

Sejujurnyaߨ saya pernah ada kenalan yang tidak sampai seminggu sudah terjalin rasa persahabatan saya dengannya kerana minat yang dikongsi bersama atau kesefahaman yang beriringan yang mana jalinan itu dengan rakan saya yang lain mengambil masa yang lebih lama daripada itu. Jika orang ini ingin bertemu saya secara bersemukaޱ maka saya akan menyahutnya sekalipun belum sampai seminggu berkenalan.

Ini kerana orang baru ini berinteraksi dengan saya sepertimana yang saya sarankan walaupun mereka tidak pernah membaca apa yang saya telah mencoretkannya di sini. Atas sebab itulah saya merasakan patut untuk menjelaskannya di sini supaya orang yang berinteraksi dengan saya tidak kabur dengan bagaimana penerimaan saya untuk merangkumkan seseornag dalam bulatan rakan saya.

Saya tidak kata bahawa kita tidak ada perbezaan. Bahkanߨ boleh jadi perbezaan yang ada pada saya dengan rakan-rakan saya sangat besar yang mana kalau ditimbulkanޱ sememangnya telah menanam periuk api yang meletus bila-bila masa sahaja. Akan tetapiߨ antara sebab kami dapat terus bersahabat adalah kerana cara kita menguruskan perbezaan dan cara untuk kita saling bertoleransi antara satu sama lain.

Adakalanyaܦ orang baru yang datang kepada saya tidak memfokuskan yang ini sehingga saya merasa keberatan untuk berhubung dan bergaul dengannya. Adakalanyaܦ mereka bertanya kepada saya: "Mengapa senyap sepanjang masa?" dan "Adakah kamu tidak mahu berkawan dengan saya?". Dari sini saya mengatakan kepadanya bahawa itu terpulang kepada kamu dan berbalik kepada pilihan saya.

Jika sudah sampai bertanya sebeginiޱ maka ketahuilah bahawa sebenarnya capaian persahabatan kita dipersoalkan dan progres kepadanya adalah kabur. Selagimana tidak mengikut apa yang sepertimana yang saya sarankanܦ maka saya sememangnya tidak dapat memasukkan seseorang itu dalam bulatan rakan saya.

Saya bukanlah bongkak untuk menetapkan syarat sebeginiߨ bahkan ini bukanlah syarat. Akan tetapiߨ saya berbicara tentang pengalaman saya dan personaliti saya tentang bagaimana persahabatan saya dengan yang lain terjalin dan mengukuh. Sepanjang saya bergaul dan berinteraksi atas jalinan persahabatanܦ ia bermula dan terus berlayar dengan arus seperti ini. Saya sangat sukar menerima cara persahabatan selain daripada ini.

Jika tidak dapat menjayakan apa yang saya pintaޱ maka sememangnya sukar untuk saya membuka pintu persahabatan yang diketuk. Pun begituߨ bukanlah bermakna saya menafikan status persaudaraan antara agama dan persaudaraan sesama manusia sehingga mereka tidak ada hak yang sewajarnya untuk diberikan. Cumaߨ untuk mengatakan bahawa seseorang itu sahabat atau tidak ia adalah perkara yang berlainan.

Perhubungan dengan keluarga, guru pengajian, rakan sekerja dan netizen secara umum adalah sesuatu yang berbeza. Cumaߨ persahabatan atau tidak ia adalah bukan atas dasar kepentingan sama ada kita terpaksa bertanggungjawab terhadapnya atau yang kita ingin menggalasnya. Akan tetapiߨ sejauh mana pertalian yang kita bina atas dasar minat dan kesefahaman yang kita membesar dan membentuk personaliti diri kita dengannya.

Saya berharap apa yang saya nyatakan ini adalah jelas. Sejujurnyaܦ saya tidak menyukai cara perkenalan zaman Myspace atau cara orang lama sebelum wujudnya media sosial dan internet atau cara mat rempit yang hanya tahu mengurat dan mencari gengߨ apatah lagi bersusah payah untuk menjadi sesuatu yang tidak autentik semata-mata untuk membuktikan kita ada kesefahaman dan minat bersama.

Sejujurnyaܦ saya katakan bahawa jika tiada minat yang dikongsi bersama atau tiada kesefahaman dalam suatu perkaraߨ maka tidak usah bertandang. Kalau ada pergaulan antara saya dengan seseorang sebegini punޱ barangkali ia sekadar untuk kepentingan tertentu atau sekadar meraikan persaudaraan sesama agama atau sesama manusia.

Secara lumrahnyaܦ sememangnya orang akan melebihkan dan mendahulukan orang yang telah lama kita bina hubungan bersama sebagai sahabat. Kadangkalaߨ untuk yang lain kita boleh menyambutnya dan meraikannya. Cumaߨ ia tidak menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada sahabat kita. Jika saya atau orang lain tidak menyahutnyaޱ maka usahlah mendesak dan fahamilah posisi kita jika dibandingkan orang yang lebih lama kerapatannya dengannya.