Sunday, October 15, 2023

Isu Pengijazahan Sanad Pada Masa Kini

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah yang menghubungkan jantung hamba-Nya dengan rantaian kecintaan sesama mereka kerana-Nya. Selawat, salam dan keberkatan ke atas junjungan nabi kita yang mulia; Muḥammad yang sumber kepada segala kebaikan dan penghujung segala tuntutan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebegitu juga ke atas keluarga baginda sepertimana Dia telah berselawat kepada Ibrōhīm dan keluarganya. Di sekalian alam ini❟ Dialah Yang Maha Terpuji lagi Maha Dikara.

Adapun sesudah ituޱ umat Islam melalui dua fasa periwayatan. Fasa pertama adalah fasa yang telah berlalu sepertimana yang diisytiharkan oleh Ibn aṣ♮Ṣolāḥ pada nukilan an♮Nawawiyy dalam al♮Minhāj Šarḥ Ṣoḥīḥ Muslim Ibn al♮Ḥajjāj dan ia adalah fasa penyaringan yang mana setiap periwayatanߨ khususnya dalam hadis tidak akan diterima melainkan setelah disemak latar belakang perawinya dan dianalisis status kecacatan yang ada padanya. 

Fasa kedua adalah apa yang kita boleh memanggilnya dengan fasa tabarruk. Ia adalah penerusan legasi pada apa yang diamalkan pada fasa pertama dengan meriwayatkan sesuatu periwayatan dengan isnad yang berantaian lagi bersambung melainkan proses penyaringan tidak seketat seperti fasa pertama. 

Ia sekadar bertujuan mengambil keberkatan dengan penyambungan nama dalam silsilah para pewaris, meniru apa yang dilakukan oleh para pendahulu dan mengekalkan keistimewaan yang ada pada umat nabi kita; Muḥammad ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃ .

Kita bersyukur kepada Allah ⁃ᵟAzza Wa Jalla⁃ kerana sekalipun telah berlalu fasa periwayatan hadis yang diaplikasikan penyaringan penerimaan keabsahannya untuk beberapa ratus tahun kemudiannyaܦ periwayatan secara bersanad yang berantaian masih diamalkan pada masa kini sama ada melalui majlis yang khas atau penyampaian ijazah secara umum.

Walaupun syarat penyampaian dan penerimaan tidak seketat dahuluޱ tradisi ini diteruskan dan diamalkan kerana ada keberkatan dan kemuliaan tersendiri. Buku-buku yang mengumpulkan sanad periwayatan ke sumbernya masih tetap diteruskan sekalipun tiada lagi keperluan untuk menyemak satu persatu nama perawi yang ada di dalamnya kecuali terbukti ada tanda-tanda yang nyata untuk menentukan statusnya.

Apabila ia tidak sama sepertimana di awal periwayatan dan penerimaan hadis serta perubahan sekeliling dari aspek teknologi dan suasanaޱ terdapat perbincangan yang terkhusus untuk menanggapi beberapa isu yang ada dalam pengijazahan masa kini atau ia telah wujud sebelum zaman digitalisasi lagiߨ tetapi masih terheret pada masa kini dan penyelesaian bagi permasalahan yang wujud dalam pengijazahan.

Jika kita ingin mengimbau bagaimana perkembangan perbincangan tentang topik iniޱ dialu-alukan untuk membaca buku «Ṯalāṯ Rosāᄅil Fī al♮Ijāzaẗ Fī al♮Ḥadīṯ» yang mana Muḥammad bin ᵟAbd፤llāh al♮Mubārokiyy telah mengumpulkan tiga risalah dari Muḥammad bin Isḥāq bin Mandaṭ, Muḥammad bin Mūsā al♮Ḥāzimiyy dan Muḥammad bin Saᵟīd ad♮Dubayṯiyy yang membahaskan tentang ijazah. Kita akan lihat bagaimana cara periwayatan pada setiap zaman berbeza sehingga orientasi perbahasan pun memperlihatkan perbezaannya.

Dalam kesempatan ini❟ saya ingin mentuntaskan pandangan saya terhadap isu-isu yang timbul berkaitan dengan pengijazahan sama ada ia kontemporari atau telah lama terjadi, kritikan saya terhadap beberapa pendapat yang tidak realistik atau tidak bersesuaian dengan maqasid pengijazahan pada masa kini dan apa yang saya ingin menjelaskan lebih lanjut dalam karya saya yang berjudul «Tashīl Ṭilābaẗ al♮Mujīz Wa al♮Mujāz Wa al♮Mustajīz Bi Marwiyyātī Wa Qōriᄅ Haḏā al♮Kitāb ᵟAmmaⁿ Li al♮Istifādaẗ»ߨ khususnya yang berkait dengan keabsahan periwayatan.

Apa yang saya tuntaskan di siniᚗ sebahagiannya yanga belum pernah diwacanakan oleh mana-mana orang sebelum saya atau sezaman dengan saya, menyalahi pandangan kebanyakan orangߨ termasuk dari kalangan ahlinya atau mungkin kesemuanya dan yang tidak terlintas oleh mana-mana penulis yang berkaitan untuk membahaskannya.

Ia mungkin wacana yang baruߨ di samping provokatif atau kontroversi tanpa saya minta atau mengharapkan terjadi dan ia adalah sesuatu yang tidak dielakkan sama ada di pentas nusantara atau rantau antarabangsa.

Antara sebab ia mungkin terjadi sedemikian؛ iaitu provokatif atau kontroversi kerana adakalanyaܦ saya tidak bersetuju dengan beberapa metod dalam penerimaan dan penolakan sebahagian ahli hadis dan muhaddits pada rijal hadis atau hadisnya kerana pada penelitian saya❟ ia tidak realistikߨ bahkan tidak rasional dari sudut praktikalnya.

Malahߨ sebahagiannya juga adalah taklid atau penerus sahaja dari pendahulu tanpa kritis dan diterima sahaja seolah-olah ia adalah perkara taabuddi dan sesiapa menyalahinyaޱ seolah-olah dia membuat bidaah dalam lapangan hadis dan orang tersebut alpa dengan maqasid yang ingin dicapai dalam sebahagian metod yang digunakan dalam penilaian hadis dan mengabaikan roh bagi suatu kaedah itu dibina. Mereka juga lupa bahawa sebahagian metod itu adalah ijtihad yang adakalanya benar dan adakalanya salah.

Walaupun saya selesa dengan manhaj Ḥamzaẗ ᵟAbd፤llāh al♮Malībāriyy dan yang sama-sama segolongan dalam mendukungi gagasannya pada penilaian hadis kerana lebih berpandukan realistik dan nilai praktikalޱ ada beberapa perkaraܦ saya memiliki ikhtiyarat tersendiri yang menyalahi malībārian.

Saya mementingkan nilai realistik pada praktikal penilaian yang sesuai dengan rasional walaupun berasaskan dengan spekulatif yang tinggi dan sepadan dengan idealistik untuk suatu roh kaedah itu dibangunkan dan maqasid yang ingin dicapai dalam menjalankan suatu kaedah dalam penilaian hadis.

Saya berharap pembaca membacanya dengan minda yang matang serta bersama-sama untuk kekal objektif untuk kebenaran dan ketepatan di atas manhaj ilmu yang muktabar. Jika pembacaan di sini hanya untuk melayani emosional yang ditunggangi oleh jiwa yang meracau, hati yang busuk, ketamakan untuk permusuhan antara kedua-dua pihak, kesukaan untuk bertelingkah sesama orang lain dan hanya mahu membenarkan perbuatan jijiknya yang berupa sindiran, ejekan, celaan dan makianޱ lebih baik sahaja tinggalkan sahaja.

Penulisan saya adalah untuk orang yang ingin berfikir dan saya menulis pun dengan berfikir dalam mengkehadapankan pencerahan dengan rasional. Bukan memuntahkan sesuka hati dengan emosi yang membuak-buak seperti binatang buas seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang yang sentiasa sinis dengan saya.

Saya sendiri memperoleh pelbagai sanad yang bersambung lagi berantaian ke kitab pemiliknya dan saya juga menjalankan tradisi pengijazahan sepertimana yang dilakukan oleh pendahulu kita dan mereka dari kalangan ahli ilmu pada zaman ini.

Saya juga ambil tahu tentang beberapa isu yang berkaitan dengan musnid, aktiviti pengijazahan, isu periwayatan, status periwayatan dan pelbagai lagi. Saya bukanlah ingin mendabik dada bahawa sayalah yang paling berkeahlian lagi berkepakaran dalam hal ehwal ini.

Sekurang-kurangnyaܦ saya mengusahakan diri saya untuk capai tahap yang sewajarnya dan berkecimpung di dalamnya sebelum menyajikan diskusi secara tuntas dan memaparkan argumentasi dengan rasional.

Namunߨ kadangkalaܦ para pencela ini tidak ada satu sanad pun yang mereka dapat walaupun ada sebahagian dari kelompok mereka sering mengata orang lain yang orang lain belajar tanpa berguru secara bersanad. Bahkanߨ rata-rata mereka pun jahil dalam bahasa Arab.

Akan tetapiߨ mereka dari bagai ini sibuk menghabiskan banyak masa untuk mempersalahkan orang lain dan melagak wira bahawa dialah yang paling betul, paling pandai dan paling mengerti dalam urusan agama dan masyarakat. Lupa dirinya itu penuh aib, kekurangan, kelompongan, ketempangan, noda dan pelbagai lagi sifat tercela yang mereka selalu menyifatkannya kepada orang lain.

Cukuplah berbicara tentang mereka kerana saya sudah menyingkap perangai mereka ini dalam pelbagai penulisan. Seeloknya kita mula fokus pada bicara supaya orang yang ingin mendengar dengan jiwa yang tulus mudah-mudahan mendapat manfaat dan biarlah si bodoh yang lain terus menyalak seperti anjing.

Sebelum saya memulakan penuntasanܦ saya ingin mengingatkan kepada para pembaca bahawa apa yang saya tulis ini adalah untuk pembaca yang sudah ada asas ilmu 〈Musṭolaḥ al♮Ḥadīṯ〉. Ini kerana saya hanya menyebutkan istilah dengan beranggapan bahawa para pembaca sudah tahu tentangnya dan saya tidak mahu memperpanjangkan bicara pada istilah tersebut melainkan hanya sekilas sahaja.

Namunߨ ada satu perkara yang perlu saya bantu supaya para pembaca tidak terkeliru؛ iaitu perkataan pengijazahan. Adakalanyaܦ penyebutan pengijazahan ini tertuju kepada yang khusus dan yang umum bersamaan tanpa terikat dengan salah satu antara kedua-duanya.

Pengijazahan khusus boleh bermakna pengijazahan yang disampaikan dengan majlis yang khusus seperti majlis dengar atau bacaan atau pengajaran seperti seseorang ingin mengijazahkan kitab «aš♮Šamāᄅil al♮Muḥammadiyyaẗ» karya at♮Tirmiḏiyy. Makaߨ orang itu akan mengadakan majlis khas untuk mengijazahkan setelah selesai baca atau pengajaran. 

Adakalanyaܦ pengijazahan khusus ini juga boleh bermakna pengijazahan kitab atau riwayat tertentu dan spesifik seperti kitab «aš♮Šamāᄅil al♮Muḥammadiyyaẗ» meskipun tanpa melalui majlis khas untuk dengar atau bacaan.

Pengijazahan umum boleh bermakna dengan pengijazahan yang disampaikan tanpa majlis khusus untuknya. Ia seperti ceramah umum tentang keperibadian mulia bagi kanjeng kita; Rasulullah ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃ߨ lalu orang itu mengijazahkan seluruh kitab «aš♮Šamāᄅil al♮Muḥammadiyyaẗ» karya at♮Tirmiḏiyy tanpa dibacakan langsung atau dibacakan dengan kadar yang sedikit sahaja.

Boleh jadi juga pengijazahan khusus adalah yang tanpa melalui majlis khas untuknya yang mana sama dengan pengijazahan umumߨ tetapi telah dispesifikkan riwayat yang ingin diijazahkan seperti seseorang mengijazahkan riwayat satu kitab tertentu yang ada di dalam beberapa senarai yang ada di dalamnya tanpa mengadakan majlis yang khas untuk setiap satu daripadanya.

Begitu juga pengijazahan umum adalah dengan seseorang yang datang kepada pemegang sanad bagi suatu kitabߨ lalu dia meminta sanad kepadanya. Kemudianߨ orang itu mengijazahkannya terus tanpa ada bacaan sedikit pun pada kitab itu.

Begitu juga pengijazahan umum adalah seseorang yang dapat ijazah dengan satu tsabat atau karya koleksi periwayatan secara keseluruhannya. Laluߨ orang yang menerimanya bukan sahaja mendapat sanad kitab «aš♮Šamāᄅil al♮Muḥammadiyyaẗ» karya at♮Tirmiḏiyy. Dia juga mendapat sanad kitab yang lain yang terkandung dalam karya itu.

Secara kesimpulan mudah adalah ijazah umum pada kesemua ini adalah ijazah yang diperoleh tanpa melalui majlis khas untuknya. Ini adalah makna pertama bagi penyebutan ijazah umum.

Namunߨ apabila disebutkan seseorang meriwayatkan suatu sanad kitab secara ijazahޱ ia merujuk kepada ijazah secara umum. Pun begituߨ adakalanyaܦ ia merujuk kepada ijazah khusus bersamaan atau ijazah khusus sahaja.

Mungkin sahaja dia mendapat sanad kitab itu melalui majlis khusus. Cumaߨ mungkin ada sebab yang dia tidak mahu menggunakan periwayatan dengan penyebutan: "Fulan telah mengkhabarkan kami" atau "Syeikh itu berujar kepada kami" kerana bersikap warak seperti ada bahagian yang dia cuai atau ala ketika majlis dengar atau mungkin dia sudah lama menerimanyaߨ tetapi tidak ingat sama ada dia mendengar kesemuanya atau tidak sehingga dia tidak mahu untuk menggunakan format pengujaran sedemikian.

Kerana itulah Ibn Ḥajar al♮ᵟAsqolāniyy dalam «al♮Muᵟjam al♮Mufahros Aw Tajrīd Kutub Asānīd al♮Kutub al♮Mašhūroẗ Wa al♮Ajzāᄅ al♮Manṯūroẗ» ada membawakan riwayat dengan berkata: "Daripada fulan dengan ijazah jika dia tidak mendengarnya". Ikatan dengan "jika dia tidak mendengarnya" adalah dugaannya bahawa ijazah di sini bukan bermakna ijazah umum. Mungkin sahaja ia adalah ijazah khususߨ tetapi diriwayatkan dengan lafaz ijazah.

Adakalanyaܦ ijazah secara umum merujuk kepada ijazah kepada setiap orang tanpa ditentukan orangnya. Mungkin sahaja hadirin di majlis pertemuan dengannya atau mungkin sahaja ia adalah ijazah kepada seluruh warga semasa dengannya.

Makna ini bergantung kepada konteks dan dapat saya katakan bahawa konteks ini tidak selalu digunakan. Namunߨ selalunya ia merujuk kepada dua makna yang disebutkan sebelum ini.

Oleh ituߨ perhatikan baik-baik dalam memahami perletakan makna bagi penyebutan ijazah ini.

Kemudianߨ perlu juga diketahui di mana pembeza antara pengamalan pada fasa periwayatan yang pertama dan yang kedua kerana masing-masing ada tradisi praktik yang berbeza. Untuk fasa yang pertama❟ ia adalah sebagaimana yang dipelajari dalam ilmu hadis dan pengaplikasiannya dalam penganalisisan hadis.

Untuk fasa yang kedua pula❟ ia dilihat dengan tiga ciri. Pertama꛶ߨ penerimaan dalam penapisan riwayat dari segi sahihnya dan kroniknya tidak diambil berat dalam fasa kedua sepertimana yang dipelajari dalam ilmu hadis sepertimana yang akan dibahaskan sebahagian aspeknya di judul ini dengan izin Allah.

Kedua꛶ untuk mengabsahkan periwayatan pada fasa yang kedua, seseorang perlu mendapatkan hak keizinan dari orang yang dia ingin meriwayatkannya dalam menyambungkan namanya kepada nama orang tersebut untuk suatu riwayat secara khusus atau umum. Makaߨ seseorang itu tidak berhak untuk menjadikan nama seseorang lain dalam periwayatanߨ khususnya yang mempunyai sanad tanpa keizinan daripada orang yang menjadi sumber pengambilannya.

Berbeza dengan fasa yang pertama di mana seseorang boleh menisbahkan sumber pengambilannya sekalipun tidak ada keizinan untuk menyebutkan namanya kerana hadis adalah untuk disebarkan dan dimensyenkan sumber ambilannya.

Ketiga꛶ perbezaan cara periwayatan dalam sebahagian hadis musalsal yang mana ia mementingkan . Contohnya adalah hadis musalsal untuk hari 〈Asyura〉 yang mana disebutkan bahawa Rasulullah ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃ bersabda :

وصِـيَامُ يوم عاشُوراء، إنّي أحتَسِبُ عَلَى اللهِ أن يُكفِّر السَّنة التي قَبْلَهَا

|Dan puasa hari 〈Asyura〉ᚗ sesungguhnya aku berharap kepada Allah agar Dia melupuskan dosa tahun sebelumnya.| 

Jika pada fasa pertamaޱ sesiapa sahaja yang menemukan hadis ini boleh meriwayatkan kepada sesiapa yang lain pada bila-bila masa sahaja dan memensyen nama orang yang menjadi sumber periwayatannya bersama isnadnya. 

Akan tetapiߨ pada fasa kedua❟ hadis ini hanya boleh disampaikan pada hari 〈Asyura〉 sahaja sebagai absah untuk menjadi periwayatan yang bersambung kepada orang lain kerana para perawinya menyampaikan hadis ini pada hari yang khusus dan mendapat keizinan daripada penyampainya untuk menyampaikan orang lain dengan syarat pemensyenan nama orang yang dia terima sebagai sumber isnadnya.

Maqasid Pengijazahan Zaman Kini

Sekalipun syarat dalam periwayatan dan penerimaan keabsahan dalam pengijazahan zaman kini tidaklah seketat zaman saringan؛ iaitu fasa pertamaܦ pengijazahan ini tidak diteruskan melainkan ada maksud yang ingin dicapai daripadanya.

Kebiasaannya disebutkan bahawa pengijazahan sanad pada zaman ini adalah semata-mata untuk keberkatan sahajaߨ tetapi adakalanyaܦ tidak difahami bagaimana rupa keberkatannya. Adakalanyaܦ tradisi ini disebut dengan sekadar untuk meneruskan apa yang pendahulu telah lakukan sepanjang zamanߨ tetapi ini akan jadi semata-mata buat tanpa tahu sisi murninya.

Seeloknya bagi pengamal dan penerus kepada tradisi ini untuk tahu apa tujuan agung lagi murni yang ingin dicapai ketika mereka mengadakan majlis pembacaan atau dengarߨ lalu mereka mengijazahkan sanad atau mengijazahkan sanad secara umum apabila diminta supaya pengisian kepada aktiviti dan kegiatan ini tidak kosong dari penghayatan dan kesampaian maksud.

Pertama꛶ jika pengijazahan adalah melalui majlis yang khas seperti bacaan, dengar dan pengajaranޱ maka ia faedah tambah yang datang bersama dengan fadilat majlis ilmu secara umum. Sekurang-kurangnyaܦ pendedahan nama kitab dan pengarangnya sudah bermakna untuk memperkenalkan peninggalan khazanah ilmu yang berharga untuk diingati. Sekurang-kurangnyaܦ peserta pernah mendengar nama kitab dan pengarangnya.

Tambah lagi jika pengisiannya adalah pembacaan teks-teks yang mulia, analisis kandungan yang ada dalam kitab, menyebut nama-nama perawi dari kalangan ilmuwan yang ada di dalamnya dengan doa rahmat untuk mereka dan ambil tahu tentang apa yang ada di dalamnya sememangnya akan menambahkan lagi pahala dan keberkatan.

Kedua꛶ jika pengijazahan adalah secara umum tanpa majlis yang khasޱ tetap juga ada dua sisi kemurniaan bagi ini dan mudah-mudahan ada keberkatannya tersendiri.

Yang pertama adalah sekurang-kurangnyaܦ para penerima sanad akan memerhati nama-nama yang ada pada sanad dan mungkin sahaja mereka akan mula ambil tahu beberapa nama tentang siapa, latar belakang, karya peninggalan jika ada, kedudukannya dan lain-lain.

Saya sendiri sebagai contoh mengenal beberapa nama perawi dari kalangan ilmuwan yang berketurunan Rasulullah ⁃ᵟalayhim aṣ♮Ṣolāẗ Wa as♮Salām⁃. Pada saya❟ tidak sia-sia untuk mencari nama ulama yang ingin kita kenal melalui penelitian perawi yang ada pada sanad.

Bahkanߨ terlalu banyak karyawan tsabat, fahrosah dan seumpama dengannya yang tidak sahaja memaparkan riwayat yang mereka dapat. Mereka juga mengusahakan untuk membiografikan setiap guru yang mereka terima periwayatannya. Daripada sini❟ pengkaryaan sebegini juga sebenarnya hasil usaha untuk membiografikan ulama pada masa mereka. Dengan kata lain❟ sambil para karyawan ini mengumpul riwayatܦ sambil itu para ulama mereka dibiografikan. 

Usah disebut ini adalah usaha yang sia-sia yang tiada apa-apa makna sama sekali atau sekadar menjadi perhiasan lampu lip-lap yang dipasang pada malam hari. Ia lebih besar daripada semata-mata meneruskan tradisi pendahulu atau memperoleh berkat tanpa ada sebab yang besar untuknya.

Yang kedua adalah menyambung pertalian persaudaraan melalui rantaian periwayatan kitab atas dasar redha dan kasih sayang antara pengijazah dengan penerimaannya yang mana pengijazah sudah memasukkan namanya dalam rantaian sanad periwayatan kepada penerima dan penerima redha bahawa dia sebagai penghubung riwayat untuk suatu sumber. Untuk ini pun ada dua aspek kemurniaannya.

Yang pertama adalah apabila nama kita tersenarai dalam perawi sanadޱ kebiasaannya nama kita akan dipandang baik kerana kebiasaan bagi orang yang tersenarai di dalamnya adalah orang yang baik. Semoga pandangan baik daripada para peneliti sanad adalah doa kebaikannya kepada pengeran bersama dengan para soleh dan ulama.

Antara contoh yang jelas adalah apabila kita mengijazahkan sanad kepada seseorangޱ sekurang-kurangnyaܦ kita akan mendengar terima kasih daripada penerima. Bonus tambahan adalah kita menerima doa dan penghormatan daripada mereka yang menerima. Tidakkah ini menyuburkan penyebaran yang baik juga?

Yang kedua adalah ia tidak lari dari nilai sentimental yang menggembirakan jiwa. Sebagai contoh adalah seseorang ayah yang memakai topi milik datuknyaߨ kemudian dia menghadiahkan topi itu kepada anaknya. Kemudianߨ sang anak yang memakai topi itu pula menghadiahkannya kepada cucunya. Begitulah seterusnya.

Tidakkah ada nilai sentimental pada topi itu yang mana ia dipakai oleh setiap generasi dan diwariskan pula ke generasi yang lain? Sanad juga tidak ubah seperti itu. Penyerahan item dari zaman ke zaman sememangnya hadiah yang bermakna untuk penerima dan pengguna.

Topi itu pula akan meningkat nilai sentimentalnya jika topi itu pernah dipakai oleh orang kenamaan seperti panglima, artis, menteri dan lain-lain. Sebegitu juga sanad juga berharga jika ia adalah pendek atau penuh dengan nama-nama ahli ilmu.

Jika kita berbicara tentang pemilikan sepertimana topiޱ maka sanad juga adalah kepemilikan yang abstrak dalam hak untuk menyambungkan pertalian seseorang dengan seseorang yang lain dengan redha dalam satu komuniti rantaian sanad melalui penyerahan atau pewarisan melalui akad ijazah.

Tidakkah kita sedari bahawa kepemilikan ini juga adalah yang diwarisi oleh para ulama yang berkaliber lagi soleh yang turun-temurun sehingga ke tangan kita? Bukankah kepemilikan ini mengandungi berkat supaya kita menyambungkan tali kepemilikan yang abstrak ini sepertimana kita menyambungkan tali yang konkrit kepada tali yang lain?

Konsep ini sama seperti riwayat yang berantaian tentang bersalaman dan pemakaian serban sekalipun tidak sabit tentang ini pada sumber asalnya dan awal-awalnya; Rasulullah ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃  dan yang di bawahnya. Contoh ini sebagai mendekatkan kefahaman sahaja dan tidak salah mengamalkannya asalkan tidak menisbahkannya kepada baginda.

Apabila kita bersalaman dengan orang yang soleh sebagai contohnyaޱ tangan orang soleh itu pula pernah disalami oleh orang soleh sebelumnya dan sebegitulah seterusnya di atas kasih sayang antara kedua-duanya dan keredhaan antara kedua-dua belah pihak. Sebegitulah keberkatan tersebar dan sebegitu juga keberkatan pada penerusan penyambungan sanad kendatipun ia berupa abstrak.

Konsep keberkatan seumpama inilah apa yang Muḥammad bin al♮Amīn Būẖubzaẗ at♮Tiṭwāniyy; ilmuwan yang berketurunan Rasulullah ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃ menyebutkan tentang tradisi ini :

وأن مقصود الرواية بالإجازة إنما التبرك بربط الاتصال بأولئك العلماء وأصولهم الحديثية تقليد علمي جرى به العمل منذ قرون. فمن تبناه وحرص عليه بحسن نية فقد أحسن. وأولى وأحق بالعناية منه حفظ المتون والتفقه فيها والاستنباط بشروطه بعد نقد الإسناد والبحث عن العلل وما يتعلق بذلك. وهذا مجال فسيح جدا تنقطع الأعمار دون استقصائه

|Bahawasanya maksud riwayat dengan ijazah sebenarnya pengambilan berkat dengan ketersambungan dengan para ulama itu dan dasar-dasar hadisikal kerana tradisi ilmu yang berlegasi amal dengannya semenjak beberapa kurun. Sesiapa yang memungutnya dan berambisi untuknya dengan niat yang baikޱ maka baguslah dia. Yang lebih utama dan lebih berhak untuk menaruh padanya adalah menghafal matan, tafaqquh padanya, mengesktrak padanya selepas kritik isnad serta membahaskan tentang ilal dan yang berkaitan dengan itu. Ini adalah lapangan yang begitu lawas yang terputus segenap umur tanpa memperlustrasinya.|〖Min Ḏikroyāt Maᵟa aš♮Šayẖ al♮Albāniyy﹇m/s 40﹇keluaran Maṭbaᵟaẗ al♮H̱olīj al♮ᵟArobiyy〗.

Mungkin sebahagian orang sukar untuk merasakan ijazah sanad ini merupakan suatu pemilikan. Jika seseorang itu ragu tentangnyaޱ bayangkan jika sanad yang dikumpulkan itu hilang dan akhirnyaߨ dia tidak dapat meriwayatkan apa-apa pun untuk sanad kitab yang diperoleh. Tidakkah itu lebih menyedihkan berbanding hilangnya kitab?

Itulah sebabnya ijazah sanadߨ bahkan teks perakuan ijazah itu dijaga dan dihargai kerana ia kepemilikan yang tiada galang ganti. Lebih-lebih lagi jika yang menyampaikan sanad itu adalah orang yang kita cinta, sanjung dan hormat. Menerima cinta dan keredhaan dari orang yang mulia adalah keberkatan dan menyebarkannya juga adalah keberkatan.

Justeruߨ memiliki sanad ini merupakan penganugerahan yang besar yang mahal harganya jika seseorang benar-benar mengerti tentang nilainya. Atas sebab itu juga meneruskan tradisi pengijazahan ini juga sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dengan menyebarkan apa yang Dia menganugerahkannya kepada kita kepada orang yang kita berkenan atas dasar rasa redha, persaudaraan dan kasih sayang untuk sama-sama dihubungkan dalam satu nikmat ini.

Mungkin sahaja taujih saya ini kedengaran aneh yang canggung hati untuk menerimanya dan tidak menepati norma dalam periwayatanߨ lebih-lebih lagi jika dalam periwayatan hadis. Namunߨ bagi saya❟ inilah yang bersesuaian dengan apa yang diamalkan dalam pengijazahan hadis.

Ini semua kadangkalaܦ menjadi aspek yang sebahagian penerus tradisi ini tidak nampak padanya. Apabila tidak tahu apa yang mereka sebut dengan mengambil berkat serta tujuan untuk meneruskan apa yang dilakukan syeikhnya dan pendahulunyaߨ mereka tidak merasa kemanisan untuk tradisi ini dan hanya meneruskan sahaja dengan kekosongan dengan alasan mengambil berkat dan amalan para pendahulu zaman berzaman.

Yang lebih teruk ⁃kita berlindung kepada Allah daripada bencana ini⁃ adalah orang jemu untuknya dan memandang sebelah mata kerana tidak faham maqasid bagi tradisi ini.

Malang bagi umat ini adalah sebahagian orang yang adakalanya memandang remeh dengan majlis khusus untuk pengijazahan sanad melalui majlis dengar atau pembacaan atau pun pengijazahan secara umum. Yang berpandangan sebegini adalah orang dari kalangan yang diangkat sebagai ilmuwan.

Bagi mereka❟ tidak ada guna seseorang itu memiliki banyak jalur sanad kepada suatu kitabߨ tetapi tidak pernah baca kitab tersebutߨ apatah lagi memahami kandungannya. Mereka berkata lagi bahawa memiliki ijazah riwayat sama sekali tidak mencerminkan keilmuan seseorang.

Mereka juga berkata bahawa orang seperti ini hanya sibuk dengan berbangga ramainya masyayikh periwayatan dan mengejar dalam merebut pelbagai jalurߨ tetapi kurang pendampingan bersama guru dan kurang fokus untuk memantapkan keilmuan.

Mereka ini juga gemar untuk mengutip kata-kata an♮Nawawiyy yang mengutip kata-kata daripada Ibn aṣ♮Ṣolāḥ :

اعلم أن الرواية بالأسانيد المتصلة ليس المقصود منها في عصرنا وكثير من الأعصار قبله اثبات ما يروى إذ لا يخلو اسناد منها عن شيخ لا يدري ما يرويه ولا يضبط ما في كتابه ضبطا يصلح لان يعتمد عليه في ثبوته وإنما المقصود بها ابقاء سلسلة الاسناد التي خصت بها هذه الأمة زادها الله كرامة

|Ketahuilah bahawa riwayat dengan sanad-sanad yang bersambung ini bukanlah maksud daripadanya di masa kita dan kebanyakan daripada masa-masa sebelumnya adalah menyabitkan apa yang dia riwayat memandangkan tidak sunyi suatu isnad daripadanya dari seorang syeikh yang tidak mengetahui apa yang dia meriwayatkannya dan tidak juga berkejituan pada kitabnya dengan kejituan yang menjadi elok kerana bersanad kepadanya pada kesabitannya. Cumaߨ maksud dengannya adalah mengekalkan rantaian isnad yang terkhusus umat ini dengannya. Semoga Allah menambahkannya suatu kemuliaan|〖Al♮Minhāj Šarḥ Ṣoḥīḥ Muslim Ibn al♮Ḥajjāj﹇jilid 1﹇m/s 13﹇keluaran Dār al♮Kutub al♮ᵟArobiyy〗.

Kita semua akui kritikan tersebut dan ada benarnya pada realiti. Bahkanߨ saya sendiri juga dahulu termasuk dalam golongan ini, beranggapan bahawa keberkatan sebenar adalah kefahaman pada kandunganߨ bukan pada banyaknya jalur periwayatan kitab dan saya juga dahulu mengambil sambil lewa apabila ada program pembacaan dan dengar walaupun ketika saya di fasa iniܦ saya pernah menghadiri majlis itu dan memperoleh ijazah kitab bersanad.

Akan tetapiߨ setelah beberapa lama merenung semula pada maqasid tradisi iniޱ saya mula cakna bahawa semua kritikan yang kita kehadapankan ini bukan bermakna itu perlu membantutkan atau mematikan tradisi ini serta merta.

Tadi kita lihat bahawa antara kebaikan daripada tradisi pengijazahan ini adalah seseorang dapat mengenal para ulama daripada sanad yang diterima dan mereka yang berada di dalam sanad itu kebiasaannya akan dipandang baik yang mana mudah-mudahan ia menjadi doa kepada para penelitinya.

Tidakkah suatu kebanggaan jika guru yang kita hormati, sanjungi dan sayangi sebagai contoh termasuk dalam sanad periwayatan yang diriwayatkan oleh orang ramai di bawahnya. Namanya akan disenaraikan bersama rantaian para ulama yang meriwayatkan suatu riwayat dan dipandang baik oleh orang yang menatapinya. Tidakkah ini suatu keberkatan yang kita harap dari guru kita?

Bahkanߨ jika seseorang itu berketurunan al♮Ahdalޱ tidakkah sesuatu yang membanggakan jika ayahnya, datuknya, moyangnya dan semua yang di atas sering disebut ketika disampaikan sanad atau sering ditatap ketika penelaahan sanad atau sering didoa apabila mendapat ijazah sanad?

Sedar pada perkara ini sekurang-kurangnya fahamlah kenapa wajar untuk meneruskan tradisi ini dan sangat tidak patut memandang rendah kepadanya.

Malahߨ kebiasaannya adalah pengijazahan ini ada bersama dengan majlis yang khusus seperti majlis dengar atau pembacaan. Kalau pun tiada kupasan dan pengajaran daripada majlis tersebut terhadap kandungan kitab tersebutޱ sekurang-kurangnyaܦ yang dibaca adalah kandungan kitaab dan para hadirin yang sebahagiannya tidak pernah membaca isi kandungan kitab itu akan peka dengan kandungannya apabila didengarkan bacaannya dan bagi mereka yang sudah tahu❟ ia boleh menjadi ulangkaji untuk mereka.

Seolah-olah penganjur majlis seperti ini mengatakan kepada para hadirin: "Kamu belum baca kitab ini sekalipun sentiasa dengar kitab ini? Atau kamu tidak pernah dengar kitab ini sebelum ini? Tiada masalah. Kami akan membacakan isi teks untuk kamu supaya kamu dengar dan ambil tahu isi di dalamnya sebagai pendedahan".

Tidakkah sekurang-kurangnya ini dalam rangkuman fadilat majlis ilmu? Pengijazahan sanad adalah insentif supaya menggesa orang untuk hadir dan mengimarahkan majlis itu. Sama sahaja seperti penganjur majlis yang menawarkan insentif kepada para hadirin untuk mendapat buku gratis.

Bahkanߨ jika kita sangat sayang kepada seseorangޱ mendengar pembacaan kitab itu berulangkali pun sudah mengharumkan masa yang diperuntukkan walaupun tiada syarah untuknya. Adakah kita tiada kecintaan pada para ulama sehingga berasa tawar apabila mendengar suatu pihak mengadakan majlis dengar bacaan kitab ulama yang disayangi?

Teguran Kepada Pelajar Dan Penuntut Sanad

Tadi kita lihat ada kritikan dari sebahagian penuntut sanad yang berkecimpung dalam tradisi pengijazahan ini. Dalam kesempatan ini juga❟ meskipun saya mempertahankan tradisi ini dan menggalakkan kegiatannya sepertimana majlis pengajaran yang lainܦ saya juga ingin memperincikan dan mengambil kira kritikan yang diutarakan memandangkan kritikan itu ada tepat pada sasarannya.

Adakalanyaܦ pelajar tidak mahu hadir ke suatu kelas pengajian atau daurah walaupun percuma hanya kerana tidak disediakan sanad riwayat untuknya. Mereka ini tidak akan belajar apa-apa melainkan apabila adanya sanad. Seolah-olah kefahaman tidak ada makna tanpa ada sanad!

Sebahagian mereka juga bersikap tidak beradab dengan seorang guru atau pengajar dengan bertanya sama ada mereka mempunyai sanad atau tidak bagi kitab yang dijadikan bahan pengajaran sama ada secara eksplisit atau tidak.

Sememangnya betul bahawa meminta sanad untuk diijazahkan adalah amalan biasa yang dilakukan oleh para musnid dan perawi periwayatan ini. Ini boleh dilihat dalam sebahagian tsabat yang menyebutkan kenyataan perakuan daripada pengijazah bahawa penulis tsabat itu memohon sanad secara ijazah daripadanya.

Contohnya boleh dilihat dalam «al♮Baḥr al♮ᵟAmīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ♮Ṣiddīq» karya Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy dan «Sabīl at♮Tawfīq Fī Tarjamaẗ ᵟAbd፤llāh Ibn aṣ♮Ṣiddīq» karya ᵟAbd፤llāh bin Muḥammad bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy.

Sekalipun meminta sanad adalah amalan yang muliaܦ mereka semua tidak mengabaikan pembelajaran dan tafaqquh sehingga mahir, berkeahlian dan berkepakaran. Lihat nama-nama besar yang ada dalam sanad yang menjadi koridor kepada pelbagai jalur. Adakah mereka hanya menjadi ternama dan dijulang tinggi kerana mereka banyak mengumpulkan sanad dan meriwayatkan sanad?

Sama sekali tidak! Berbeza dengan sebahagian penuntut yang hanya sibuk mengumpulkan sanadߨ tetapi hanya ingin belajar apabila ada pengijazahan sanad sahaja dalam majlis pengajian itu. Apabila didapati guru atau pengajar itu tidak memiliki sanadޱ tampak reaksi mereka yang kecewa walaupun sedikit, kurang berminat untuk menyertaiߨ apatah lagi meneruskan pembelajaran dan yang lebih teruk adalah ada kata-kata buruk terhadap guru atau pengajar itu: "Orang ini tidak ada sanad untuk kitab ini rupanya walaupun bertahun-tahun mengajar atau berulang kali mengajarinya!".

Saya faham kenapa wujudnya teguran terhadap sebahagian aspek tradisi pengijazahan. Ini kerana jika seseorang guru atau pengajar tidak memiliki apa-apa sanad bagi kitab yang menjadi subjek yang diajarkanޱ ia sememangnya aib untuk guru atau pengajar tersebut. Bahkanߨ pertanyaan tentang sama ada memiliki sanad atau tidak adakalanya membuka kepada menggeladah aib orang lain tanpa disengajakan atau disedari.

Maha Suci Allah! Ketikamana mereka belajar membaca Quran dan belajar fiqih semasa kecilܦ mereka dahulu menjadi boleh baca Quran dan mahir fiqih walaupun asas untuk lepas fardu ain sama dari ibu bapa sendiri atau cikgu sekolah atau asatizah luar yang fokus mengajar budak dan praremaja tanpa ada sanad pun!

Tidakkah mereka berterima kasih kepada mereka semua yang memahamkan mereka tentang agama walaupun tiada ijazah sanad dan memandang jasa mereka sebagai kontribusi yang kecil dalam hidup mereka?

Sekarangܦ seorang guru atau pengajar ingin mengajarkan pelajar kitab aras yang lebih tinggi daripada ituᚗ pada kali ini❟ berkira sama ada pengajar atau guru itu ada sanad atau tidak? Tidak penting lagikah kefahaman didahulukan daripada sanad.

Bahkanߨ ada sahaja majlis pengajian yang bersiri yang tidak menyebutkan pengijazahan sanad di poster iklanߨ tetapi gurunya mengijazahkan sanad tanpa mereka tahu melainkan setelah habisnya majlis. Pada masa itu❟ barulah mereka sesal.

Itulah akibat kalau kefahaman dibelakangkan kerana sibuk untuk mencari sanad. Adakalanyaܦ ini sebagai peringatan untuk seseorang menghadiri majlis ilmu sekalipun tiada pengumuman pengijazahan sanad.

Boleh jadi Allah akan mengilhamkan guru atau pengajar itu mengijazahkan sanad pada akhir pengajian dan memudahkan pelajar untuk memperolehnya kerana guru atau pengajar memfokuskan untuk dedikasi dalam memahamkan pelajar dan pelajar pula komitmen untuk merebut kefahaman yang bermakna.

Ekoran ituܦ seyogianya bagi pelajar untuk tetap konsisten menuntut ilmu biarpun tiada sanad. Anggaplah sanad itu sebagai bonus dan yang paling penting adalah kefahaman yang kita ingin bina di dada akal kita dan di dada kita.

Kalaupun ingin menjadikan sanad sebagai keutamaanޱ pastikan ia seimbang dengan kefahaman. Lihat para ulama yang dari kalangan musnid dan rijal periwayatan. Kebanyakan daripada mereka adalah yang dikenali seseorang yang jaguh dalam bidang ilmuߨ di samping memiliki sanad yang banyak yang berkumpul pada mereka.

Jika tidak dapat pada aspek sanad punޱ biarlah kefahaman itu menjadi hadiah yang paling patut disyukuri dan dihargai dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Sebahagian orang juga amat kecewa jika tidak mendapat isnad tinggi dan rasa terhina dengannya apabila dibandingkannya dengan orang lain. Lihat bagaimana Aḥmad bin Ḥanbal terhadap sikapnya terhadap aš♮Šāfiᵟiyy dalam menanggapi ilmu hadis sepertimana yang disebutkan al♮Qōḍī ᵟIyāḍ. Dia berkata :

وقال أحمد بن حنبل لإسحاق بن راهويه: تعال حتى أريك رجلاً لم تر عيناك مثله. فأراه الشافعي. قال، وقال لي: جالسه يا شيخ. فقلت إن سنه قريب من سننا. أأترك ابن عيينة والمقبري؟ قال ويحك: إن ذلك لا يموت وذا يموت

|Aḥmad bin Ḥanbal berkata kepada Isḥāq bin Rōhūyaẗ: "Ke mari! Sehinggalah aku memperlihatkan seseorang yang dua mata engkau belum pernah melihat semisalnya". Laluߨ dia memperlihatkan aš♮Šāfiᵟiyy. Dia berkata: "Dia berkataku: ❝Berdampinglah dengannya wahai syeikh❞". Aku berkata: "Sesungguhnya usianya dekat dengan usia kita. Adakah aku patut meninggalkan Ibn ᵟUyaynaṭ dan al♮Maqburiyy?". Dia berkata: "Malang engkau! Sesungguhnya itu tidak mati dan ini akan mati".|〖Tartīb al♮Madārik Wa Tarīb al♮Masālik﹇jilid 3﹇m/s 181﹇Maṭbaᵟaṭ Faḍōlaṭ〗.

Pada zaman Aḥmad bin Ḥanbal pun tidak perlu dirisaukan pada terlepasya isnad tinggi ketika Ibn ᵟUyaynaṭ dan al♮Maqburiyy masih hidup. Sebegitu juga pada perawi berkredibiliti. Akan tetapiߨ yang lebih merisaukannya adalah apabila kehilangan kebijaksanaan akal yang tidak dapat mewariskan apa-apa periwayatan. Sepatutnya zaman kita pun lebih berhak sedemikian.

Isnad untuk zaman kini lebih sekadar untuk keberkatan sahaja. Kefahaman pula adalah permata yang paling berharga yang lebih patut seseorang untuk mengumpulkannya. Riwayat boleh diwariskanߨ tetapi akal hanya diperoleh ketika orangnya masih hidup. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk menimba kefahaman dan jangan tersibuk lagi terpedaya dengan isnad tinggi yang dibangga-banggakan orang.

Saya juga bersetuju dengan kenyataan seseorang yang berkata: "Berdamping dengan guru jauh lebih penting daripada sanad". Ini sama sahaja dengan kepentingan mendahulukan kefahaman berbanding sanad.

Tidak ada guna seseorang memiliki senarai masyayikh periwayatan yang berjela-jela namanyaߨ tetapi hanya kenal dengan sekadar nama sahaja dari sudut pengambilan riwayat dan tidak pernah memanfaatkan ilmu daripadanya walau sedikit punߨ apatah lagi ada khidmat untuknya.

Janganlah menyakiti guru atau bersikap tidak beradab dengan meminta ijazah sanad daripadanyaߨ lebih-lebih lagi mereka itu bukan dari kalangan musnid atau yang berkecimpung di dalamnya meskipun secara pasif atau langka. Teruskan belajar tanpa ada hasrat untuk meminta pun. 

Jika ingin meminta punޱ mintalah dari orang yang dikenali dalam pengijazahan sanad. Jangan pada selainnya kerana meminta pada bukan orangnya adalah sama bertanya kepada yang bukan ahlinya.

Jika dapat sanadޱ bersyukurlah kepada Allah ⁃Subḥānahu Wa Taᵟālā⁃ dan berterima kasih kepadanya. Jika tidakޱ jangan menyia-nyiakan persahabatan bersama guru. Biarlah terus tulus kerana Yang Maha Tinggiߨ bukan atas dasar kepentingan sanad.

Sebagai penutupܦ kita lihat apa yang Maḥmūd Saᵟīd Mamdūḥ sebutkan ini sebagai renungan bersama :

الفائدة الثامنة. المقصود الأعلى من الاشتغال بالحديث النبوي الشريف هو الجمع بين معريفتي الإسناد والمتن على طريقة المجتهدين وهم درجات. وهذه هي الدرجة العليا وهي على مراتب ودونها معرفة المقبول والمردود وما يلزم لذلك من أدوات كمعرفة القواعد والرجال والعلل والتاريخ والملل والنحل مع المقدرة على النظر الاستقلالي. وأدون منهما ما يقال له الْمُسْنِدُ وهم درجات وهو المشتغل بتحصيل طرق الإسناد إلى الصحاح والسنن والمصنفات والجوامع والمشيخات وكتب الفنون الأخرى والتعريف على لطائف الإسناد من مصافحة وإبدال وموافقة وتمييز العالي من النازل وتحصيل جملة وافرة من كتب الأثبات والفهارس والتميز فيها وتحمل المسلسلات بشروطها. وقد كنت مشتغلا بهذا النوع الثالث دون اقتصار عليه مقبلا عليه. وفي سنة ١٤٠١ جمعنى مجلس خاص في دار العلوم بمكة المكرمة ضم سيدي عبد الله بن الصديق الغماري وشقيقه سيدي عبد العزيز عليهما الرحمة والرضوان-. وكنت أذكر بعض العوالي المتصلة بعدد أثبات المتأخرين كالروداني والكوراني والبصري والعجيمي. فالتفت إلي سيدي عبد العزيز بن الصديق قائلا: "ما هذا يا شيخ محمود؟ تروي ثبت فلان بعلو وبينك وبين البصري ست وسائط وأعلى ما عندك للأمير والشنواني والشرقاوي ثلاثة وسائط بالعامة وبأربعة وسائط إلى ثبت فلان؟ ما فائدة هذا في الحديث؟ وما هي المحصَّلة النهائية من ذلك؟ إن المقصود من دراسة علوم الإسناد أن تعرف القواعد والرجال والعلل وتعرف الصحيح والسقيم ومن العيب أن تكون في مكتبة كبيرة وتترك النظر في علل الدارقطني وتاريخ بغداد ونصب الراية وتقصر نفسك على أثبات الأمير والدمنتي والشنواني". إلى نحو من هذا الكلام العالى والنصائح الكافية وطلب مني أن أكتفي بما عندي من أسانيد وسلسلات وضرب أمثلة لبعض من عاصرهم من الذين اشتغلوا بالإجازات والفهارس وقصروا أنفسهم عليها فخسروا كثيرا. ومن ذلك الوقت قبضت يدي عن هذا الفن واكتفيت بما عندي من شيوخ واكتفيت بالاتقاء ولم أتوجه لتصنيف كبير في الأثبات والفهارس. وتوجهت للأهم، ثم الاشتغال بالحديث لمعرفة المقبول والمردود. فشرح الله تعالى صدري لتحقيق قواعده والاشتغال بعلله والبحث في رجاله. والحمد لله على توفيقي ورضي الله عن مشايخي.

|Faedah kelapaan adalah tujuan yang tertinggi dari komitmen pada hadis nabi yang mulia adalah menghimpunkan antara penguasaan dua sanad dan matan atas jalanan mujtahid dan mereka ada beberapa darjat. Ini adalah darjat yang tertinggi dan ia di atas beberapa martabat. Di bawahnya pula adalah mengenal yang diterima, yang ditolak dan yang berlaziman untuk itu dari beberapa instumen seperti penguasaan kaedah-kaedah, rijal, illal, sejarah, anutannya dan sektenya bersamakemampuan untuk penalaran yang independen. Yang paling rendah daripadanya adalah apa yang dipanggil untuknya sebagai musnid dan mereka ada beberapa darjat. Dia adalah orang berkomitmen untuk memperoleh jalur-jalur isnad kepada sahih, sunan, ₍al♮Muṣonnaf₎, ₍al♮Jāmiᵟ♮₎, ₍al♮Mašyaḥoẗ₎ dan kitab-kitab seni yang lainވ, memperkenalkan elegansi isnad yang berupa berjabat tangan, pergantian, kesecocokan, pembezaan isnad tinggi dari isnad rendahވ, memperoleh kolektif yang lengkap dari kitab-kitab tsabat, fihris dan tamayyuz padanya dan menanggung terima musalsal dengan syarat-syaratnya.

Aku dahulu❟ termasuk berkomitmen pada bagai yang ketiga ini tanpa berpada kepadanya dalam keadaan berdedikasi kepadanya. Pada tahun 1401❟ suatu majlis khas mengumpulkan aku di 〈Dār al♮ᵟUlūm〉 di 〈Makkah al♮Mukarromaẗ〉 yang mana ia menghimpunkan penghuluku; ᵟAbd፤llāh bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy dan adiknya; ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz ⁃semoga rahmat dan keredhaan turun ke atas mereka berdua⁃. Aku menyebutkan beberapa sanad tinggi yang bersambung dengan beberapa tsabat mutaakhirin seperti ar♮Rowdāniyy, al♮Kūrōniyy, al♮Baṣriyy dan al♮ᵟAjīmiyy. Penghuluku; ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy berpaling kepadaku dengan berkata: "Apakah iniܩ wahai syeikh Maḥmūd? Engkau meriwayatkan tsabat fulan dengan dengan sanad tinggiߨ sedangkan antara engkau dengan al♮Baṣriyy ada enam orang yang menengahi. Yang lebih tinggi di sisi engkau adalah ada tiga orang yang menengahi secara am untuk al♮Amīr al♮Kabīr, aš♮Šanwāniyy dan aš♮Šarqōwiyy dan empat orang yang menengahi ke tsabat fulan. Apakah pencapaian yang hujung daripada itu? Sesungguhnya yang menjadi maksud dari kajian ilmu-ilmu isnad adalah engkau menguasai kaedah, rijal, illah serta engkau mengenali yang sahih dan yang kronik. Antara aib adalah engkau berada di perpustakaan yang besarߨ sedangkan engkau meninggalkan pemerhatian pada «ᵟIlal ad♮Dāroquṭniyy», «Tāriẖ Baġdād» dan «Naṣb ar♮Rōyaẗ» dan engkau berpada dengan tsabat al♮Amīr, ad♮Dimnatiyy dan aš♮Šanwāniyy" sehingga seumpama ini daripada bicaranya yang tinggi dan nasihat yang mencukupi.

Dia meminta daripada aku agar aku mencukupkan diri dengan apa yang di sisi dari isnad, rantaian dan kategori misal-misal untuk sebahagian orang yang bersemasa dengannya dari kalangan orang yang menyibukkan diri dengan ijazah dan fihrisߨ sedangkan mereka mengurangi diri mereka dan mereka rugi dengan banyak. Dari waktu itu❟ aku menggenggam tanganku untuk seni ini, mencukupkan diri dengan apa yang ada di sisiku dari para syeikh serta mencukupkan diri dengan pertemuan dan aku tidak menghadap untuk karangan yang besar dari tsabat dan fihris. Aku menghadap pada yang lebih penting. Kemudian, komitmen dengan hadis untuk mengenal yang diterima dan yang ditolak. Laluߨ Allah pun melapangkan dadaku untuk menskrutini kaedah-kaedahnya serta berkomitmen untuk illalnya dan membahaskan rijal. Segala puji bagi Allah atas mengkonsiliasikan aku dan semoga Allah meredhai para syeikhku.| 〖Tašhnīf al♮Asmāᄅ Bi Šuyūkẖ al♮Ijāzaẗ al-Asmāᄅ﹇m/s 53⇀55﹇Dār al♮Kutub al♮Miṣriyyaẗ〗.

Syarat Penerimaan Keabsahan Dahulu Dan Kini

Jika kita tinjau syarat keabsahan penerimaan periwayatanޱ ia sememangnya persis dengan syarat kesahihan hadis. Namunߨ ada aspek yang lain yang perlu diperhatikan sepanjang penyampaian dan penerimaan.

Dari aspek penyampai pulaߨ lebih-lebih yang menjadi perawi bagi riwayat yang dia terima❟ dia mestilah tahu kandungan yang ada di dalamnya secara tepat dari ejaannya, tatabahasanya, penyusunan perkataannya, tertib topiknya, lukisannya jika ada, barisnya jika ada dan seeloknya adalah dia tahu ada perbezaan periwayatan pada subjek yang ingin dia meriwayatkannya dan cakna untuk menentukan yang betul.

Dari aspek penerima pula❟ dia pula mestilah memerhati sebaik-baiknya apa yang disampaikan, merekodkannya dengan cermat, teliti dalam penukilan, fokus dalam pengambilan riwayat agar tidak terluput perkara yang penting atau tersilap dalam catatan dan menjaga kejituannya agar simpanannya tidak tertukar dan kekal sepertimana yang dia terima atau pada hakikatnya.

Perkara ini hampir mendekati dengan apa yang Ibn aṣ♮Ṣolāḥ membahaskan topik ₍al♮Munāwalaẗ₎؛ iaitu penitipan dalam kitabnya «Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ». Sebegitu juga Muḥammad bin Isḥāq bin Mandaẗ dalam «Iẖtilāf al♮Aᄅimmaẗ Fī al♮Qirōᄅaẗ Wa as♮Samāᵟ Wa al♮Munāwalaẗ Wa al♮Ijāzāẗ». 

Jika ditinjau dari sudut teoriޱ sememangnya ini yang paling ideal kerana inilah yang dicapai pada awal-awal pengijazahan sanadߨ apalagi periwayatan hadis kerana pada masa dahulu❟ tiada mesin cetak yang menyeragamkan kesemua salinan teks.

Pada masa itu❟ salinan bagi teks hanya disebarkan dan didapatkan melalui salinan semula dari penulis dan setiap penulis pula ada ragamnya tersendiri yang mana setiap penulis akan dikhuatiri akan menghasilkan salinan yang berbeza.

Sekarang iniߨ bahkan pada kebiasaannyaܦ ia tidak begitu diamalkan atau jika diamalkan punޱ ia tidak seberat sepertimana yang menjadi teori. Jika ada yang mengamalkan secara bulat-bulat atau lebih serius daripada teori iniޱ itu pun sedikit.

Ini adalah berfaktorkan dua aspek. Yang pertama adalah telah menjadi kebiasaan bahawa pengijazahan diberikan tanpa melalui proses majlis khas seperti penyemakan salinan dan perbandingan catatan agar selari dan konsisten sepertimana yang diwariskan zaman berzaman. Pengijazahan seperti ini sememangnya tidak lagi mempedulikan keselarian teks antara penerima dengan penyampai.

Paling nyata pada senario ini adalah pengijazahan seseorang kepada warga semasanya. Cukup seseorang itu menyambungkan sanadnya hanya kerana usianya adalah sezaman dengan penyampai ijazah itu walaupun tidak pernah membaca tsabatnya atau teks yang diwariskan.

Yang kedua adalah pada masa sekarangܦ majlis periwayatan sekarang bergantung kepada kitab yang telah dicetak pada masa kini. Jika penerbit dan pentahqiq tersalah sama ada pada ejaan, penyusunan teks dan lain-lainޱ maka penyampai dan penerima juga tersalah.

Namunߨ adakalanyaܦ penyampai ijazah sanad ini cakna dan berpengetahuan tentang perbezaan yang ada pada setiap satu daripada manuskrip. Mereka akan menjelaskannya dalam majlis dan mentarjihkan kandungan yang betul jika ada ruang untuknya.

Jika tidakޱ masing-masing dari pihak penyampai dan penerima hanya ikut apa yang dalam cetakan dan sekadar meneruskan tradisi yang longgar pengamalannya. Ini masih tidak dicela selagimana sesuai untuk maqasid pengijazahan pada masa kini.

Syarat Validiti Pada Perawi Ijazah

Sepertimana yang telah maklum dalam ilmu hadis bahawa perawi mestilah seorang yang bermoral, berkejituan dan tidak menyampaikan riwayat yang wujudnya illah padanya sehingga ditolak periwayatannya sama ada pada spesifik atau keseluruhannya.

Namunߨ buat masa sekarangܦ ia tidaklah seketat sepertimana syarat bagi perawi hadis. Cukup dengan seseorang itu tidak berdusta, ada penerimaan sanad daripada pengijazahnya yang bersemasa dengannya kendatipun tidak diketahui sama ada secara ijazah khusus atau umum, menyampaikan sanad dengan sebetulnya sepertimana yang diterima dan terhindar daripada kesilapan yang gamblang seperti meriwayatkan kitab yang tidak sah penisbahan kepada penulisnya dengan semata-mata periwayatan keseluruhan kitabnya sekalipun seseorang perawi itu dikenali dengan tidak bermoral, melakukan tadlis dan lain-lain yang tidak menjejaskan keabsahannya.

Saya menyatakan ini kerana saya pernah melihat seseorang yang menuduh Muḥammad Yāsīn al♮Fādāniyy melakukan tadlis dengan menjadikan isu periwayatan kitab «al♮Luᄅluᄅ Wa al♮Marjān» karya Muḥammad Fuᄅād ᵟAbd፤lBāqī secara ijazah dan kemusykilan pengijazahan Akrom bin ᵟAbd፤l♮Wahhāb padanya sebagai subjek perbincangan.

Antara kemusykilan yang ditimbulkan adalah Muḥammad Fuᄅād ᵟAbd፤l♮Bāqī tidak mempunyai ramai kawan dan jarang untuk keluar ke rumah melainkan melawat adik perempuannya atau membeli beberapa barang. Persahabatannya yang terkenal adalah bersama Rašīd Riḍō dan dia melaziminya sehingga kewafatannya. Begitu juga persahabatannya bersama Aḥmad Muḥammad Šākir.

Pun begituߨ tidak pula diketahui bahawa kedua-duanya mengijazahkan kepada yang lain sekalipun Aḥmad Muḥammad Šākir amat mengambil berat pada periwayatan dan begitu pula Muḥammad Fuᄅād ᵟAbd፤l♮Bāqī. Mereka juga mengutarakan bahawa atas sebab ini❟ Yūsuf al♮Marᵟašliyy tidak memasukkan Muḥammad Fuᄅād ᵟAbd፤lBāqī sebagai syeikh periwayatan bagi al♮Fādāniyy yang mencecah 700 orang. Begitu juga Yaḥyā al♮Ġowṯāniyy.

Dalam perbincangan itu juga❟ seseorang dari kalangan musnid juga mengomentari bahawa sebahagian pelajarnya dan mereka yang memperdalam periwayatan daripadanya menafikannya. Dia juga mengatakan bahawa al♮Fādāniyy juga menyebutkan syeikh periwayatan yang kurang martabatnya di sisinya. Laluߨ dia mempersoalkanܩ bagaimana mungkin Muḥammad Fuᄅād tidak dimasukkan?

Dalam perbincangan itu juga dinukilkan orang yang menafikannya seperti Badr፤d♮Dīn al♮ᵟUtaybiyy dan Muḥammad as♮Samṭiyy al♮Miṣriyy.

Begitu juga dalam perbincangan itu❟ antara contoh tadlis yang dikemukakan bbagi menguatkan penafian riwayat al♮Fādāniyy daripadanya adalah dia melakukan wijadah tanpa menjelaskannya atau meriwayatkan dari warga sezamannya tanpa menerangkannya.

Antara tuduhan lain yang dibawa dalam perbincangan itu adalah al♮Fādāniyy membawakan kepelikan yang banyak. Orang yang berkata itu mengatakan bahawa jika ada periwayatan yang ia bersendirian padanyaޱ maka tidak diriwayatkan daripadanya. Antara kepelikannya adalah periwayatan dariapda Šakīb Arsalān, H̱oyr፤d♮Dīn az♮Zirikliyy, Aḥmad al♮Ḥamālawiyy dan Manṣūr bin ᵟAliyy Nāṣif. Sebegitu juga kepelikannya adalah dia meriwayatkan daripada orang yang menyesatkan dan bermasalah dalam akidahnya seperti Jamīl Ṣidqiyy az♮Zahāwiyy yang mana keluarga az♮Zahāwiyy berlepas diri daripadanya.

Pun begituߨ ini semua tidak memudaratkan apa-apa melainkan jika telah sabit ia adalah periwayatan daripada orang yang tidak dikenali dengan meriwayatkan apa-apa atau mengijazahkan sesuatu sama ada karyanya sendiri atau periwayatannya.

Apabila kita tinjau syarat yang mencukupi sepertimana yang telah saya sebut di atasޱ memadai untuk menerima al♮Fādāniyy sebagai perawi yang berkredibiliti dan diterima periwayatannya.

Jika dia melakukan tadlis punޱ kesemasaan antara penerima dan penyampai sudah memadai sekalipun tidak diketahui bagaimana cara penerimaannya. Jika seseorang itu berkata: "Saya menerima sanad daripada syeikh ini" atau "Saya meriwayatkan sanad ini daripada syeikh fulan"ޱ tidak perlu lagi untuk mengorek sedalam-dalamnya.

Sama seperti seseorang berbinkan kepada ayahnya atau berbinkan ayahnya kepada datuknya yang dia tidak pernah jumpa. Apabila zahir pada ituޱ sudah cukup menerima penisbahan nasab kepadanya tanpa perlu memanjangkan pertikaian yang tidak valid.

Memadai jika orang itu tidak berdusta dan zahir wujudnya penerimaan sanad tersebut. Ditambah lagi perakuan bahawa al♮Fādāniyy bahawa sememangnya aktif menulis surat untuk meminta ijazah sanad dari semua musnid dan perawi sekalipun mereka yang lebih rendah martabatnya daripadanya.

Wajar kita sedari bahawa pengijazahan sanad seperti ini adalah semata-mata keberkatan sahaja. Tidak perlu serius sehingga dibedah perawi pada hari ini atau selepas fasal pertama dalam periwayatan hadis telah tamat sepertimana pembedahan rijal hadis. Menyibukkan perkara ini adalah pekerjaan yang sia-sia dan membuang waktu.

Kita bersyukur kepada Allah ⁃Taᵟālā⁃ kerana masih ada sebahagian pihak yang menyabitkan periwayatan al♮Fādāniyy daripadanya dalam perbincangan tersebut. Antara yang dinukilkan tentang mereka yang tidak mengingkarinya adalah al♮Ḥajjāj al♮ᵟAllāwiyy.

Sebahagian mereka berargumentasi bahawa asal bagi al♮Fādāniyy adalah berkredibiliti dan dipercayai. Jikalau sebaliknyaޱ maka perlu ditolak keseluruhan periwayatannya. Sebahagian yang lain berargumentasi dengan kesemasaan sepertimana yang telah saya jelaskan tadi. Ada juga yang menambah bahawa barangkali dia mendapatnya secara oral.

Darjat Ijazah Periwayatan

Sememangnya tidak dinafikan bahawa setinggi-tinggi darjat periwayatan adalah mereka yang menepati syarat kesahihan dalam hadis beserta dengan syarat yang perlu ada pada penyampai dan penerima sepertimana yang sudah dijelaskan tadi. Kemudianߨ mereka yang menepati syarat yang ada pada penyampai dan penerima.

Kemudianߨ mereka yang mendapat ijazah melalui majlis khas dengan mengikutinya secara keseluruhannya dan mendengarnya secara sepenuhnya dari awal hingga tamat. Kemudianߨ mereka yang mendapat ijazah dengan menghadiri majlis itu pada sebahagian dan diijazahkan sebahagiannya sebagai tampungan bagi waktu yang dia tidak menghadirinya.

Kemudianߨ ijazah dengan cara penitipan sanad yang spesifik secara langsung sama ada berbentuk helaian kertas atau buku khas bersama penyebutan oral atau secara tulisan atau secara isyarat tanpa melalui majlis khas. Kemudianߨ ijazah dengan perutusan sama ada surat dengan seseorang menghantar perutusan kepada syeikh yang diminta ijazah sebagai contohߨ lalu syeikh itu membalasnya dan mengijazahkan periwayatannya. Ia lebih kuat jika spesifik dan jika umumޱ maka kuranglah darjatnya.

Kemudianߨ ijazah secara umum sama ada tanpa melalui majlis yang khas atau pengijazahan itu berlaku secara sampingan pada suatu majlis seperti melakukan majlis ceramah umumߨ lalu diijazahkan semua periwayatanya secara umum atau melakukan majlis pembacaan satu kitab fiqih šāfiᶝianߨ kemudian diijazahkan kesemua kitab fiqih šāfiᶝian yang lain.

Kemudianߨ ijazah dari seorang syeikh melalui perantara atau wakil yang meminta ijazah bagi pihaknya seperti seseorang mewakilkan orang lain untuk meminta ijazah kepadanya atau seseorang mengkhabarkan kepadanya bahawa dia mendapat bahagian ijazah daripada seorang syeikh.

Semua ini adalah darjat secara umum dan tidak semestinya mutlak. Boleh jadi salah satu yang di bawah akan menjadi lebih kuat daripada yang di atas jika ada indikasi yang membantu untuk itu.

Setelah ituܦ kita lihat pula beberapa isu atau permasalahan yang berkaitan dengan darjat periwayatan.

Pertama꛶ adakah pengijazahan kepada warga semasanya adalah selemah-lemah periwayatan? Saya pernah melihat seseorang menulis hantaran di media sosial bahawa dia tidak akan mengambil riwayat melainkan melalui secara dengar atau majlis khas untuknya. Dalam masa yang sama❟ dia juga berpandangan bahawa pengijazahan kepada warga semasa adalah selemah-lemah darjat.

Saya pula berpandangan sebaliknya. Bahkanߨ ia setara dengan penitipan. Contoh senario yang boleh diberikan adalah seseorang yang datang kepada syeikhߨ lalu dia meminta ijazah daripadanya. Syeikh itu berkata: "Kamu tidak perlu datang kepada saya untuk minta ijazah sepertimana yang dilakukan oleh orang sebelum kamu. Cari buku saya di kedai atau di perpustakaan atau di media sosial saya atau pinjam catatan si fulan. Kemudianߨ riwayatkan sahaja daripada saya".

Inilah sebenarnya konsep ijazah kepada warga semasa yang ramai tidak cakna padanya. Adakalanyaܦ pengijazahan seperti ini adalah disebabkan seseorang itu terkenal di dunia dan terlalu ramai yang meminta daripadanya sehingga sulit untuk dia merespons satu persatu permintaan kepadanya. Cara yang paling mudah adalah mengumumkan pengijazahan kepada seluruh warga semasanya dari kalangan muslimin.

Cumaߨ saya faham kenapa ada wajah bahawa periwayatan sebegini dianggap lemah. Ini kerana seseorang itu berhak mendapat sanad itu sekalipun umur kelahirannya dan umur kewafatan pengijazahan itu hanya berbeza sehari sahaja selagimana tidak disyaratkan pengijazah kepada umur tertentu.

Sememangnya ini tampak kelihatan tidak adil. Periwayatan dari orang yang mengambil ijazah pengijazah kepada warga semasanya dan ditambah pula ia diwahamkan seolah-olah ia dapat secara langsung. Apabila diselidikޱ sangat tidak munasaabah seseorang yang baru sahaja dua bulan setelah kewafatan pengijazah itu ada meminta ijazah atau menerima ijazah dalam suatu majlis dalam keadaan bahawa dia berada dalam majlis.

Pada saya❟ masih tidak ada masalah dan kalau seseorang melakukan tadlis pada perkara ini punޱ tidaklah ia mencacatkan apa-apa sekalipun. Ini juga berbalik kepada persamaan kepada isu yang kedua tentang berkaitan dengan darjat periwayatan yang ingin dibincangakan.

Ia adalah adakah sah seseorang menjadi wakil untuk meminta ijazah kepada pengijazah kepada keluarganya atau rakannya sekalipun keluarganya atau rakannya tidak pernah terlintas di fikiran pun untuk mendapatkan ijazah daripada orang ituߨ apalagi meminta apa-apa pengijazahan sanad daripada pengijazah itu?

Jawapannya adalah sah untuk mewakilkan seseorang untuk meminta pengijazahkan mengijazahkan untuknya agar sanadnya terus bersambung. Bahkanߨ jika seseorang mewakilkan bagi seseorang yang tidak terlintas pun untuk meminta ijazah dari seorang syeikh punޱ ia tetap sah.

ᵟAbd፤llāh bin Muḥammad bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy contohnya dalam «Sabīl at♮Tawfīq Fī Tarjamaẗ ᵟAbd፤llāh Ibn aṣ♮Ṣiddīq »tidak sempat bertemu dengan Kamāl፤d♮Dīn Ibn Abū al♮Maḥāsin al♮Qōwuqjiyy sebelum dia sampai ke Al-Azhar. Namunߨ dia mendapat ijazah yang bersambung sanadnya terus melalui permintaan ijazah dari abangnya; Aḥmad al♮Ġumāriyy kepada Ibn Abū al♮Maḥāsin al♮Qōwuqjiyy bagi pihaknya.

Sebegitu juga ᵟAbd፤llāh al♮Ġumāriyy mendapat ijazah yang bersambung sanadnya terus dengan Ṣōliḥ bin al♮Faḍl at♮Tūnisiyy dengan permintaan ijazah dari kawannya; al♮Jalīl Muḥammad al♮Bāqir al♮Kattāniyy kepada Ṣōliḥ at♮Tūnisiyy bagi pihaknya.

Sebegitu juga ᵟAbd፤llāh bin Muḥammad bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy juga meminta ijazah bagi pihak abangnya kepada Muḥammad Roġīb bin Maḥmūd at♮Ṭobbāẖ.

Makaߨ orang yang tidak pernah terlintas pun untuk mendapatkan ijazah daripada seseorang yang lainߨ kemudian tiba-tiba sahaja salah seorang ahli keluarganya atau rakannya mengkhabarkan bahawa dia pun mendapat bahagian ijazah secara terus kepada seorang syeikh bersamaan adalah tetap sah kerana ia sesuai dengan maqasid pengijazahanߨ khususnya pengijazahan secara umum dengan bahawa ia menyambungkan pertalian seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar keredhaan.

Jika ia adalah perkhabaran atau perwakilan orang yang tinggi kredibilitinya dan diketahui sumber asalnya seperti alamat emel dan lain-lainޱ maka meritnya boleh jadi lebih kuat perutusan.

Jika seseorang itu meriwayatkan terus daripada syeikh ijazah dengan cara tanggung terima iniߨ tetapi tidak menyebutkan siapa wakilnya atau perantaranya atau dengan kata lain❟ seseorang itu melakukan tadlis dengannyaޱ itu tidak memudaratkannya.

Makaߨ fahamlah juga kenapa pengambilan ijazah dari pengijazahan kepada warga semasa juga sah dan tidaklah termasuk selemah-lemah darjat. Akan tetapiߨ sangat tidak relevan kalau seseorang menghubungkan sanad kepada orang yang dia baru sahaja berusia dua bulan ketika pengijazah itu meninggal dunia.

Seeloknya dicarikan orang yang ada mengambil sanadnya dengan ijazah secara langsung kepadanya. Jika tidak adaޱ carilah orang yang bersesuaian umurnya dengan jarak kematian pengijazah seperti orang tersebut berusia dua puluh tahun ketika pengijazah itu wafat pada usia lapan puluh tahun. Kemudianߨ mintalah ijazah daripada orang tersebutߨ lalu sambungkanlah sanad itu kepada orang tersebutߨ kemudian sambungkan orang itu kepada pengijazah yang dimahukan.

Sebagai pengetahuanܦ orang yang mengijazahkan kepada warga semasa adalah orang yang berharap bahawa namanya terus-menerus bersambung dalam silsilah isnadnya dalam periwayatan. Malahߨ ada situasi di mana orang ini sangat sibuk untuk merespons permintaan ijazah yang terlalu banyak sehingga dia tidak dapat memenuhi satu persatu dari pemintaan dan caranya adalah memberikan terus sesiapa sahaja yang mahu ambil periwayatan melaluinya.

Namunߨ orang yang mendegradasikan periwayatan ini mengajak orang ramai menjauhkannya dan bersangka buruk terhadap orang yang meriwayatkannya dari pengijazah ahli semasa atas pegangan ia adalah selemah-lemah periwayatan.

Bayangkan kalau pengijazah masih hidup. Tidakkah itu suatu penghinaan bahawa dia berharap namanya terus bersambung dalam silsilah sanad dan itu adalah kepemurahannyaߨ tetapi kepemurahannya dibalas dengan sikap yang mengajak untuk memboikot dari meriwayatkan daripadanya?

Ketiga꛶ bagaimana pula dengan wijadah? Saya bersetuju bahawa wijadah adalah selemah-lemah darjat. Bahkanߨ ia tertolak sama sekali. Ini kerana wijadah adalah seseorang yang menemukan catatan atau buku milik seseorang yang dipastikan kesabitannyaߨ lalu ia meriwayatkannya tanpa ada penerimaan keizinan langsung daripada pemiliknya untuk ia menjadi suatu riwayat daripadanya.

Jika begini keadaannyaޱ sesiapa sahaja yang membeli buku di kedai atau pinjam buku di perpustakaan dan penulisnya masih hidupߨ lalu dia meriwayatkan dengan rupa tradisi pengijzahan yang konvensional. Dengan kata lain❟ sesiapa sahaja boleh menjadi musnid dengan membeli buku atau meminjamnya di perpustakaanߨ lalu dia membacanya dan meriwayatkannya! Ini sama sekali tidak diterima.

Cumaߨ saya memahami kenapa ada wajah untuk ia dianggap ada nilai kepada periwayatan sepertimana cara pengijazahan yang lain. Kita ambil contoh pada seseorang yang membaca buku seorang penulis. Laluߨ orang itu berkata bahawa saya membaca buku ini dan di dalamnya menyebutkan sekian sekian. Laluߨ muridnya pula sebagai contoh akan berkata bahawa gurunya berkata bahawa di dalam buku karangan penulis itu menyebutkan sekian sekian. Seterusnya sedemikian sehingga beberapa lapisan generasi.

Ini memang tidak dinafikan bahawa ia serupa dengan periwayatan pengijazahan yang konvensional yang menjadi norma yang diterima. Jika sebeginiޱ ia sah digolongkan bersama dengan periwayatan yang darjatnya adalah sama seperti dengar secara langsung jika menepati kondisinya.

Ini memang mengingatkan perbahasan 〈Muṣṭolaḥ al♮Ḥadīṯ〉 tentang periwayatan yang dapat melalui perutusan tanpa ada ijazah periwayatan bersama sebagaimana yang Ibn aṣ♮Ṣolāḥ membahaskannya dalam «Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ». Sebahagian orang mempertikaikan periwayatan sebegini seperti al♮Māwardiyy sepertimana yang dibahaskanߨ manakala kebanyakan daripada muhaddits dan ahli ilmu menerimanya.

Ada wajah mengapa al♮Māwardiyy menolak periwayatan sebegini. Ini kerana apa sahaja yang diutuskan surat kepada seseorang boleh diriwayatkan dengan cara yang konvensional yang telah diamalkan sepanjang zaman.

Cumaߨ persoalannya adalah kalaulah perkara ini ditolakޱ bagaimana pula dengan orang yang mendengar dari perkataan seseorang dari syeikh tersebut dan tiada tujuan untuk menjadi pengijazahan secara bersanad pada kata-katanyaߨ lalu pendengar tersebut menjadikannya sebagai periwayatan yang diijazahkan?

Jika ini ditolakޱ sudah tentu kebanyakan hadis yang diperoleh dan disampaikan dengan dengar ditolak kerana tidak semua hadis yang disampaikan adanya pengijazahan bersama. Jika kita menerimanyaޱ mengapa tidak boleh pula untuk penulisan? Apa beza dapatan maklumat melalui penulisan dan dengar?

Namunߨ ada dua perkara yang penting yang perlu dibedah. Yang pertama adalah ia diterima apabila ada lapisan generasi yang meriwayatkannya yang mana sekurang-kurangnya terdiri daripada kandungan karya penulis, orang yang menukilkannya dan orang yang meriwayatkan penyebutan nukilan orang yang menukilkan itu daripadanya. Itu pun mesti dengan periwayatan atas jalan wijadah.

Yang kedua adalah yang menjadi pertikaian adalah apabila orang yang menukilkannya memberi waham bahawa dia seolah-olah menerima pengijazahan daripadanya. Ini tidak syak lagi bahawa ia adalah tadlis dan ia adalah tercela.

Ini kerana pengijazahan adalah simbol kepada keredhaan pada pihak penyampai sebagai pemberi izin untuk penerima meriwayatkan daripadanya dan sudi menyambungkan namanya kepada nama penerima dalam pertalian isnad. Ia juga ada keberkatan yang ingin dicapai bersama dalam rantaian sanad yang bersambung sehingga ke sumbernya. Ia sama seperti penyerahan hadiah dari tangan ke tangan.

Dengan kata lain❟ para musnid mendapatkan keredhaan dari penyampai ijazah sekalipun ijazah secara umum sama ada melalui proses pengijazahan terus kepada penerima atau proses pengijazahan secara umum seperti pengijazahan kepada warga semasanya.

Akan tetapiߨ pelaku wijadah ini sewenang-wenangnya mengambilnya tanpa ada proses mencapai redha daripada orang yang memiliki ijazah dan dia mengambilnyaߨ lalu dia meriwayatkannya sebegitu sahaja. Dengan semudah apa yang dia jumpa pada pembacaan❟ dia menjadikannya sebagai periwayatan seakan-akan ijazah dan menjadikan namanya menyambung kepada pemilik buku itu dalam suatu silsilah tanpa izinnya.

Saya tidak kata salah perbuatan wijadah ini secara mutlak memandangkan al♮H̱oṭīb al♮Baġdādiyy dalam «Tārīẖ Baġdād» ada meriwayatkan periwayatan seseorang perawi secara wijadah. Contohnya adalah ᵟAliyy bin al♮Ḥusayn bin Ḥibbān dari kitab penulisan ayahnya dalam qaul Yaḥyā bin Maᵟīn pada urusan tajrih dan taᶝdil perawi.

Saya hanya memfokuskan mereka yang di kondisi kedua ini yang mana dia meriwayatkannya secara waham seolah-olah metod konvensional؛ iaitu seolah-olah dia mendapatkan sanad itu dengan adanya izin daripada pemilik atau penulis atau pemegang sanad itu.

Untuk kes hadis pula❟ ia berbeza dengan pengijazahan pada zaman fasa pertama kerana ia diriwayatkan dengan tujuan untuk disebarkan dan disampaikan. Menyebut nama perawi adalah menyebutkan sumber ambilan hadis itu. Ia memiliki nilai pengijazahan secara khusus sekalipun tiada penyebutan ijazah atau isyarat kepadanya dalam periwayatannya. Ar♮Rōmaharmūziyy berkata :

وَقَالَ غَيْرُهُ مِنَ الْمُتَأَخِّرِينَ مِمَّنْ يَقُولُ بِالظَّاهِرِ: إِذَا دَفَعَ الْمُحَدِّثُ إِلَى الَّذِي يَسْأَلُهُ أَنْ يُحَدِّثَهُ كِتَابًا، ثُمَّ قَالَ: قَدْ قَرَأْتُهُ وَوَقَفْتُ عَلَى مَا فِيهِ، وَقَدْ حَدَّثَنِي بِجَمِيعِهِ فُلَانُ بْنُ فُلَانٍ عَلَى مَا فِي هَذَا الْكِتَابِ سَوَاءٍ حَرْفًا بِحَرْفٍ، فَإِنَّ لِلْمَقُولِ لَهُ مَا وَصَفْنَا أَنْ يَرْوِيَهُ عَنْهُ، فَيَقُولُ: حَدَّثَنِي أَوْ أَخْبَرَنِي فُلَانٌ أَنَّ فُلَانًا حَدَّثَهُ، وَلَا يَقُولُ حَدَّثَنِي فُلَانٌ أَنَّ فُلَانًا، قَالَ: حَدَّثَنَا فُلَانٌ، ثُمَّ يَسُوقُ الْحَدِيثَ إِلَى آخِرِهِ لِأَنَّ قَوْلَهُ: حَدَّثَنِي فُلَانٌ أَنَّ فُلَانًا قَالَ حَدَّثَنَا، حِكَايَةً تُوجِبُ سَمَاعَ الْأَلْفَاظِ وَهُوَ لَمْ يَسْمَعِ الْأَلْفَاظَ، وَسَوَاءٌ إِذَا اعْتَرَفَ لَهُ بِمَا وَصَفْنَا أَنْ يَقُولَ لَهُ قَدْ أَجَزْتُ لَهُ أَنْ تَرْوِيَهُ أَوْ لَا يَقُولُ لَهُ ذَلِكَ، لِأَنَّ الْغَرَضَ إِنَّمَا هُوَ سَمَاعُ الْمُخْبَرِ الْإِقْرَارُ مِنَ الْمُخْبِرِ، فَهُوَ إِذَا سَمِعَهُ لَمْ يَحْتَجْ إِلَى أَنْ يَأْذَنَ لَهُ فِي أَنْ يَرْوِيَهُ عَنْهُ، أَلَا تَرَى أَنَّ رَجُلًا لَوْ سَمِعَ مِنْ رَجُلٍ حَدِيثًا، ثُمَّ قَالَ لَهُ الْمُحَدِّثُ: لَا أُجِيزُ لَكَ أَنْ تَرْوِيَهُ عَنِّي كَانَ ذَلِكَ لَغْوًا، وَلِلْسَامِعِ أَنْ يَرْوِيَهُ أَجَازَهُ الْمُحَدِّثُ لَهُ أَمْ لَمْ يُجِزْهُ فَهَكَذَا أَيْضًا، إِذَا أَخْبَرَ أَنَّهُ قَدْ قَرَأَهُ، وَوَقَفَ عَلَى مَا فِيهِ، وَأَنَّهُ قَدْ سَمِعَهُ مِنْ فُلَانٍ كَمَا فِي الْكِتَابِ لَمْ يَحْتَجْ أَنْ يَقُولَ: ارْوِهْ عَنِّي، وَلَا قَدْ أَجَزْتُهُ لَكَ، وَلَا يَضُرُّهُ أَنْ يَقُولَ: لَا تَرْوِهْ عَنِّي، وَلَا أَنْ يَقُولَ: لَسْتُ أُجِيزُهُ لَكَ

|Berkata selainnya dari mutaakhirin dari kalangan mereka yang berpendapat dengan zahir itu: "Apabila muhaddits menyerahkan suatu surat kepada orang meminta untuk mengujarkannyaߨ kemudian dia berkata: ❝Aku telah membacanya dan aku mengetahui apa yang ada di dalamnya. Telah berujar fulan bin fulan kepadaku dengan keseluruhannya atas apa yang ada dalam kitab ini yang sama huruf demi huruf❞"ޱ maka sesungguhnya untuk apa yang dikatakan kepadanya adalah apa yang kami menyifatkan akan yang dia meriwayatkannya daripadanyaߨ lalu dia berkata: "Fulan telah berujar kepada kami atau mengkhabarkan kami bahawa fulan telah mengujarkan kami bahawasanya fulan berujar kepada kami". Tidaklah dia mengatakan: "Fulan telah berujar kepada kami bahawasanya fulan berkata: ❝Fulan telah berujar kepada kami❞"ߨ kemudian dia menyebutkan hadis itu hingga akhirnya kerana kata-katanya: "Fulan telah berujar kepada kami bahawa fulan telah berkata: ❝Dia telah berujar kepada kami❞" sebagai kutipan yang mendorong kepada dengarnya lafaz ituߨ sedangkan dia tidak mendengar lafaz itu. Sama sahaja apabila dia memperakui untuknya tentang apa yang kami menyifatkan akan yang dia berkata kepadanya: "Aku mengiajzahkan untuk engkau meriwayatkannya" atau dia tidak beerkata itu untuknya kerana objekifnya adalah bahawasanya ia adalah dengar orang yang dikhabarkan adalah perakuan daripada orang yang mengkhabarkan.

Makaߨ apabila dia mendengarnyaޱ tidaklah dia berhajat untuk dia mengizinkan kepadanya dalam meriwayatkannya dariapdanya. Adakah engkau tidak melihat bahawa seseorang kalau mendengar suatu hadis dari seseorang lainߨ kemudian yang mengujar berkata: "Aku tidak mengijazahkan untuk kamu meriwayatkannya daripadaku"ޱ maka ia adalah sia-sia? Untuk pendengar❟ dia meriwayatkannya sama ada pengujar itu mengijazahkannya atau tidak mengijazahkannya. Demikian juga yang ini. Apabila seseorang mengkhabarkannya bahawa dia telah membacanya dan mengetahui apa yang ada di dalamnya serta dia telah mendengarnya daripada fulan sepertimana yang ada dalam kitabޱ dia tidak berhajat untuk berkata: "Riwayatkanlah daripadaku" dan tidak pula: "Aku telah mengijazahkannya kepadamu". Tidaklah juga kata seseorang: "Jangan engkau meriwayatkannya daripada aku" dan tidak juga orang yang berkata: "Aku tidak mengijazahkan kepadamu" memudaratkannya.| 〖Al♮Muḥaddiṯ al♮Fāṣil Bayna ar♮Rōwī Wa al♮Wāᵟī﹇m/s 450﹇keluaran Dār al♮Fikr﹇tahqiq Muḥammad ᵟAjjāj al♮H̱oṭīb〗.

Ibn aṣ♮Ṣolāḥ menyimpulkan dengan berkata ketika berbicara tentang pendapat kebanyakan yang membenarkan periwayatan daripada pemakluman syeikh tentang periwayatannyaߨ tetapi tidak lafaz ijazah untuknya :

وَحَكَى الْقَاضِي أَبُو مُحَمَّدِ بْنُ خَلَّادٍ الرَّامَهُرْمُزِيُّ صَاحِبُ كِتَابِ (الْفَاصِلُ بَيْنَ الرَّاوِي وَالْوَاعِي) عَنْ بَعْضِ أَهْلِ الظَّاهِرِ أَنَّهُ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ، وَاحْتَجَّ لَهُ، وَزَادَ فَقَالَ: " لَوْ قَالَ لَهُ: هَذِهِ رِوَايَتِي، لَكِنْ لَا تَرْوِهَا عَنِّي، كَانَ لَهُ أَنْ يَرْوِيَهَا عَنْهُ، كَمَا لَوْ سَمِعَ مِنْهُ حَدِيثًا، ثُمَّ قَالَ لَهُ: لَا تَرْوِهِ عَنِّي، وَلَا أُجِيزُهُ لَكَ، لَمْ يَضُرُّهُ ذَلِكَ "

|Al♮Qōḍī Abū Muḥammad H̱ollād ar♮Rōmaharmūziyy; pemilik «al♮Fāṣil Bayna ar♮Rōwī Wa al♮Wāᵟī» mengutip dari sebahagian ahli zahir bahawa mereka berpandangan dengan itu dan berhujah dengannya. Kalau dia berkata: "Ini adalah riwayatkuߨ tetapi jangan dia meriwayatkannya dari aku"ޱ maka dia meriwayatkannya daripadanya sepertimana dia mendengar suatu hadis daripadanyaߨ kemudian dia berkata kepadanya: "Jangan meriwayatkannya daripada aku dan aku tidak mengijazahkannya kepadamu". Ini tidak memudaratkannya.|〖Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ﹇m/s 175﹇keluaran Dār al♮Fikr﹇tahqiq Nūr፤d♮Dīn ᵟItr〗.

Sebegitu juga dengan majlis dengar atau pembacaan. Akan tetapiߨ dia hanya mendapat apa yang dia dengar sahaja. Bahagian yang tidak dia dengar seperti dia tidak hadir tidak dia mendapatkan periwayatan itu.

Malahߨ sudah banyak hadis yang menyebutkan bahawa untuk disampaikan hadis setelah dipastikan kesahihannya. Kerana itulah dapat difahami bahawa tidak ada kemudaratan apabila seseorang berkata bahawa dia tidak mengijazahkan hadis itu disebabkan hadis sememangnya perlu disampaikan dan pemilik kalamnya; Rasulullah ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃ tidak menetapkan agar penerimaan sanad itu mesti dengan pengijazahan.

Sebegitu juga dengan kes lain pada perutusan dan penitipan tanpa ijazah yang ada ruang untuk terus meriwayatkannya kerana isu hadis berbeza dengan selainnya. Cumaߨ penyebutan cara terima ketika meriwayatkannya perlu jelas. Jika dia meriwayatkannya dengan perutusanޱ maka dia perlu menyebutkan dia menerima hadis itu melalui perutusan. Sebegitu seterusnya kerana masing-masing ada kekuatan kesabitannya.

Lagipunߨ dalam penyebaran hadis❟ menyandarkan nama perawi yang dia ambil daripadanya kerana ingin menyebutkan sumber ambilan. Sangat berbeza objektif pada periwayatan pada fasa pertama dan fasa kedua.

Untuk selain hadisߨ terutamanya untuk periwayatan pada fasa kedua❟ ia berbeza kerana ia adalah pemilikan yang khusus pada penuturnya atau penulisnya. Ia adalah hak pemilikan untuk membenarkan seseorang menyambungkan namanya kepada orang lain dalam rangkaian isnad. Sudah tentu untuk mengaitkan dirinya dengan orang lain perlu adanya keizinan dan redha. 

Pada kondisi ini❟ tidak memadai untuk seseorang mendapat ijazah dengan dengar semata-mata tanpa memenuhi syarat pengijazah. Sebegitu juga dengan penulisan.

Adapun wijadahޱ ia lebih sesuai menjadi periwayatan yang berupa nukilan yang disambung penyampaian penyebutannya ke generasi yang lain yang bersambung dengannya. Kedudukannya sama seperti anak angkatߨ tetapi masih tidak ada keistimewaan yang sama seperti anak kandung.

Jika kita ingin menjadikannya salah satu periwayatanޱ maka ia adalah periwayatan secara wijadah untuk suatu kitab. Bukan nisbah kepada periwayatan pemilikan kitab seperti sanad periwayatan kitab «aš♮Šamāᄅīl al♮Muḥammadiyyaẗ» karya at♮Tirmiḏiyy. Makaߨ ketika diriwayatkanܦ ia diriwayatkan dengan wijadah terhadap suatu kitabߨ bukannya riwayat bagi kitab itu sendiri.

Walau apapunޱ untuk seorang yang berkecimpung dalam tradisi pengijzahan ini sama ada sebagai musnid atau penuntut❟ tidak perlu seseorang itu membedah habis-habisan pada bagaimana perolehan sanad itu. Cukup bersangka baik sepertimana zahirnya yang dia menerima periwayatan itu.

Benar bahawa perbuatan ini tercela. Namunߨ sepertimana yang telah dijelaskan dalam maqasid pengijazahan iniܦ tidak ada keperluan untuk bersikap ketat dalam perkara ini memandangkan ia sekadar untuk mengambil berkat dan meneruskan amalan yang dilakukan oleh ilmuwan pada zaman berzaman.

Cumaߨ kita boleh kenal pasti indikasi bagi perbuatan tadlis ini dengan seseorang meriwayatkan dari orang yang tidak pernah dikenali langsung meriwayatkan apa-apa sama ada pengijazahan sanad atau pengijazahan karya miliknya. Itu pun jika nyata pada kondisi ini tanpa perlu mengoreknya.

Keempat꛶ seseorang itu menerima sanad secara ijazah umumߨ namun ketika dia meriwayatkannya kepada orang lainܦ dia mensyaratkan pula untuk diadakan majlis dengar supaya orang lain dapat pengijazahan sanad itu. Adakah ini dibolehkan?

Sebahagian orang berkata bahawa ini adalah perbuatan yang tidak adil kerana seseorang itu menerima secara ijazah semata-mata tanpa perlu melalui majlis yang khas. Akan tetapiߨ apabila orang lain memintanyaޱ dia disyaratkan pula untuk menghadiri majlis khas dari awal hingga habis. Dengan kata lain❟ orang yang menerima itu mendapat dengan mudahߨ tetapi orang yang meminta daripada orang yang menerima itu perlu melaui jalan susah payah.

Bagi saya❟ tidak ada masalah untuk perkara ini kerana sanad itu adalah milik pemegangnya dan dia berhak untuk meriwayatkannya dengan apa jua cara sekalipun. Ia juga terserah kepada pilihan dan pendirian seseorang memandangkan terdapat hak milik dalam menyambungkan namanya kepada orang lain dalam rantaian sanad secara redha dan atas sebab itulah seseorang itu berhak untuk menetapkan syarat walaupun dia memperoleh isnad itu tanpa ada syarat apa-apa yang dikenakan terhadapnya.

Sebahagian orang tidak mudah ingin membenarkan orang lain untuk menyambungkan namanya dalam rantaian isnad kerana dia lebih menekankan orang yang berkualiti di sisinya. Sebahagiannya terbuka untuk memberikan kepada sesiapa sahaja yang meminta.

Kita ambil contoh pada Muḥammad ᵟAwwaḍ al♮Manqūš dalam majlis pembacaan kitab «ar♮Riḍō ᵟAn፤llāh Bi Qoḍōᄅih Wa at♮Taslīm» karya Ibn Abū ad♮Dunyā di Malaysia. Dia menyebutkan bahawa dia mendapat ijazah kitab ini daripada ᵟAliyy bin Jumᵟaẗ tanpa melalui majlis dengar. Dia diijazahkan dengannya dengan ijazah umum.

Bahkanߨ dia memperakui bahawa kebanyakan sanad periwayatan daripada kitab Ibn Abū ad♮Dunyā adalah melalui ijazah umum. Namunߨ dia berharap dapat memulakan periwayatan dengan majlis dengar.〖Rujuk ᗒ https://www.facebook.com/100066814340822/videos/1257366391591687〗.

Adakalanyaܦ beberapa syarat diletakkan kerana menjaga harga sanad itu daripada diberikan dengan sembarangan sahaja dan menambah nilai tambah bagi penerima yang berbaloi untuk mengambilnya. Secara peribadiܦ saya sendiri meletakkan beberapa sebab dengan mengambil kira beberapa pertimbangan.

Yang pertama adalah saya hanya akan mengijazahkan kepada sasaran yang terfokus pada orang yang sudah menguasai sesuatu ilmuߨ tetapi tidak ada apa-apa sanad riwayat kitab turats daripadanya sebagai nilai tambah kepada mereka walaupun untuk sekadar sentimental sahaja atau sebagai hadiah untuk mereka yang sudah menguasai bagi sesuatu ilmu.

Contohnya adalah mereka yang sudah menguasai bahasa Arabߨ tetapi belum pernah mendapat apa-apa sanad ijazah pada kitab-kitab nahu dan sorof yang turats. Tambah lagi pula jika mereka adalah pengajar bahasa Arabߨ lebih-lebih lagi peringkat dewasa atau pelajar sekolah menengah yangn tinggi yang berpengkhususan dalam agama.

Sebegitu juga mereka yang sudah belajar kitab turats fiqih mazab šāfiᶝianߨ tetapi tidak memiliki apa-apa sanad untuknya. Walaupun sanad riwayat tidak mencerminkan kemampuan sebenar ilmu seseorangޱ sekurang-kurangnyaܦ sanad kitab akan memperhiaskan mereka dengan apa yang mereka telah belajar. Boleh juga dijadikan hadiah atas kesungguhan mereka untuk belajar.

Yang kedua adalah supaya saya menggalakkan pembelajaran pada kitab tertentu. Contohnya adalah saya akan beri sanad kitab mazhab fiqih šāfiᶝian sebagai galakan untuk orang belajar walaupun objektif utama mereka adalah untuk memperoleh ijazah sanad riwayat.

Yang ketiga adalah supaya sanad yang diijazahkan itu berbaloi dengan martabat orang yang tidak diterima. Sangat aneh untuk meriwayatkan kitab nahu dan sorof kepada orang yang tidak menguasai apa-apa pun dalam bahasa Arab.

Yang keempat adalah supaya majlis ilmu dihidupkan dan tidak menjadikan ijazah sanad ini sebagai skim pemasaran berbilang aras yang keuntungannya hanya tertumpu pada rekrut ahliߨ bukan penjualan produk atau servis melainkan sekadar semu sahaja. Sepatutnya pengijazahan sanad adalah menghidupkan majlis ilmu dan kegiatan ilmu. Bukan hanya menambah nama pengikut atau syeikh semata-mata.

Majlis ilmuᚗ selain seorang pengajar akan mengulangkaji pembelajaran atau belajar lebih banyak supaya mereka dapat mengajar dengan yang seeloknyaܦ pelajar juga akan mendapat manfaat ilmu daripadanya.

Bahkanߨ tradisi para ulama adalah sekalipun mereka ada fokus pada pengumpulan ijazah periwayatanܦ mereka pun mantap dalam ilmu mereka sama ada untuk satu bidang atau pelbagai bidang. Inilah yang kita ingin contohi.

Benar bahawa para pengajar mungkin mendapat sanad secara ijazahߨ bukan melalui majlis khas atau melalui pengajaran. Akan tetapiߨ mungkin sahaja pengajar itu sudah menguasai ilmu yang diperlukan bagi memahami isi kandungan kitab yang diajar sebelum dia memperoleh sanad itu seperti sebahagian orang yang menguasai bahasa Arab.

Kita lihat perakuan Muḥammad ᵟAwwaḍ al♮Manqūš untuk sanad periwayatan kitab «ar♮Riḍō ᵟAn፤llāh Bi Qoḍōᄅih Wa at♮Taslīm» karya Ibn Abū ad♮Dunyā. Biarpun dia mendapat sanad itu melalui ijazah secara umumܦ menghidupkan majlis ilmu adalah amalan mulia, dia juga termasuk orang sudah ada penguasaan ilmu dan menggalakkan orang untuk hadir bagi meneliti kandungan kitab tersebut.

Sedangkanߨ sebahagian yang meminta ini adakalanyaܦ dilihat bukan termasuk orang yang sedemikian dan orang yang tidak ada keseriusan untuk belajar lebih mendalam. Dikhuatiri jika diijazahkan secara umum bagi kitab ituޱ ia hanya sekadar penambah senarai periwayatan sahaja. Bukan mengamati isi kandungan tersebut.

Pengijazahan sanad pun ada nilai sentimental dan sememangnya dilihat tidak patut untuk memberikan kepada orang pada bagai ini. 

Kelima꛶ bagaimana pula dengan perutusan atau penitipan dari orang yang naif tentang ijazah, sanad dan tradisinya. Dia sama sekali tidak mengetahui apa-apa tentang ini dan sukar untuk memahaminya.

Jika dia dijelaskan punޱ ia adalah disebabkan faktor kurang kapasiti akal untuk mencernanya seperti faktor usia atau terlalu jahil dalam agama walaupun fardu ain sehingga sukar untuk faham perbahasan yang bersifat teknikal bagi tradisi. Kemudianߨ dia mengizinkan untuk pemintanya untuk membuat apa sahaja dengan apa yang dia terima daripadanya secara umum.

Senarionya adalah seseorang yang naif itu menerima sanad dari pengijazah ketika dia menghadiri suatu majlisߨ tetapi dia tidak tahu fungsi sanad yang dia terima kerana seseorang yang tidak pernah belajar ilmu hadis walaupun untuk asas dan dia adalah seorang warga tua yang sukar untuk mempelajari ilmu sebegini yang mana jika dijelaskan punޱ dia sulit untuk memahaminya.

Kemudianߨ yang menjadi kemusykilan adalah orang itu mengambil sanad dari orang yang tidak tahu apa itu sanad dan fungsi rantaian nama yang dia terima. Kemudianߨ dia diminta untuk meriwayatkan apa yang terkandung dalam teks yang berisi sanad sebagai contohߨ sedangkan dia sendiri tidak tahu apa itu periwayatan dan apa fungsi untuk aktiviti periwayatan.

Mungkin dia akan berkata kepada orang yang meminta itu: "Buatlah apa sahaja yang kamu mahu. Saya sama sekali tidak mengerti apa yang kamu membicarakannya". Kalau orang yang meminta sanad itu menyambungkan nama orang yang diminta itu kepada orang yang mengijazahkannyaޱ dia sendiri tetap tidak tahu apa tujuannya.

Kes ini sama seperti seseorang meminta kanak-kanak untuk mengijazahkan sanad yang dia dapat. Walaupun tua usianyaޱ kadar kapasiti akal untuk memahami tentang hakikat sanad sama seperti kanak-kanak. Cumaߨ perbezaannya adalah kesedaran untuk redha dalam pemberian.

Pada saya❟ masih sah untuk periwayatanߨ tetapi atas jalan penitipan atau perutusan sang naif dan ia tidak sekuat daripada pengijazahan yang biasa diamalkan sepertimana yang telah disebutkan tadi.

Kenapa ia tidak kuat? Kerana ia seumpama wijadah kerana mengambil terus daripadanya dan terus menghubungkannya dengan menjadikan ia sebagai periwayatan. Berbezanya adalah seseorang itu mendapatkan sanad dari orang yang tidak tahu apa-apa tentang ijazah.

Bahkanߨ dalam kes ini❟ ia juga sama seperti meminta sanad daripada kanak-kanak yang tidak faham apa-apa. Kalau pun kanak-kanak itu memberikannyaޱ kita sendiri tidak tahu apa status kesedaran redhanya samaߨ kita meriwayatkannya terus dengan menyambungkan namanya dalam sanadnyaޱ ia persis dengan wijadah yang mana seseorang itu terus mengutip kitab tanpa diketahui status keredhaannya.

Cumaߨ yang membezakannya adalah kesedaran untuk keredhaan antara yang tua dengan yang kanak-kanak sekalipun keredhaan ketika perutusan atau penitipan itu adalah umum dan tidak diketahui apa yang akan diperbuat oleh penerima. Itulah sebab ia tidak boleh disamakan secara mutlak dengan wijadah.

Pun begituޱ periwayatan sebegini sah kerana kerana statusnya sama seperti kedudukan pemakluman perawi tentang riwayatnya tanpa lafaz ijazah yang mana Ibn aṣ♮Ṣolāḥ dalam «Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ» menyebutkan bahawa ia diterima di sisi kebanyakan orang serta segolongan dari muhaddits dan fuqaha. Dia menyebutkan wajah penerimaan bagi mazhab ini :

وَوَجْهُ مَذْهَبِ هَؤُلَاءِ اعْتِبَارُ ذَلِكَ بِالْقِرَاءَةِ عَلَى الشَّيْخِ، فَإِنَّهُ إِذَا قَرَأَ عَلَيْهِ شَيْئًا مِنْ حَدِيثِهِ، وَأَقَرَّ بِأَنَّهُ رِوَايَتُهُ عَنْ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ، جَازَ لَهُ أَنْ يَرْوِيَهُ عَنْهُ، وَإِنْ لَمْ يَسْمَعْهُ مِنْ لَفْظِهِ، وَلَمْ يَقُلْ لَهُ: " ارْوِهِ عَنِّي، أَوْ أَذِنْتُ لَكَ فِي رِوَايَتِهِ عَنِّي

|Wajah mazhab ini adalah mengambil kira pembacaan syeikh kerana sesungguhnya apabila dia membaca sesuatu daripada hadisnya di hadapannya dan dia memperakui bahawanya ia adalah riwayatnya dari fulan bin fulanޱ harus baginya untuk meriwayatkannya daripadanya sekalipun dia tidak mendengarnya dari lafaznya dan tidak pernah berkata kepadanya: "Riwayatkanlah daripadaku atau aku mengizinkan untuk kamu meriwayatkannya daripadaku"|.〖Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ﹇m/s 175⇀176﹇keluaran Dār al♮Fikr﹇tahqiq Nūr፤d♮Dīn ᵟItr〗.

Sekalipun begituܦ dia memilih untuk tidak menerimanya. Saya juga berpendapat yang sama kerana ia sama seperti wijadah melainkan jika ia disampaikan dengan cara wijadah. Lagipula isu hadis berbeza dengan isu periwayatan yang umum seperti kitab dan lain-lain sepertimana yang telah saya sebut perkara tersebut.

Akan tetapiߨ penyerahan daripada orang yang naif pada riwayat ini bersama dengan keredhaan lebih kuat daripada pemberitahuan sebegini sekalipun ia memaksudkan keredhaan untuk yang lebih umum daripada itu.

Lagipunߨ penitipan daripada naif ini kepada orang yang menerima sebagai penyerahan untuk menguruskan pengisnadan menurut pertimbangannya sama seperti seseorang yang dikhabarkan kepadanya bahawa syeikh fulan telah mengijazahkan sanadnya kepada kamuߨ sedangkan orang yang dikhabarkan itu tidak pernah mengenal nama syeikh itu, tidak pernah bertemu dengannya dan jika dia ingin bertemu dengannya punޱ syeikh itu sudah pun meninggal dunia.

Jika yang menyampaikannya adalah dari kalangan orang kepercayaanޱ maka dia boleh meriwayatkan periwayatannya dengan menyambungkan rantaian sanadnya dari periwayatan kita sekalipun kita tidak tahu atau tidak pasti pada hakikatnya dan ini tidaklah sekuat dengan mengetahui secara langsung tentang pengijazahan itu dari penyampai itu sendiri.

Wajah persamaannya adalah seseorang yang dikhabarkan itu mendapat keizinan untuk menghubungkan dirinya dan syeikh itu melalui perkhabaran orang yang mengkhabarkan atas dasar kepercayaan dalam keadaan dia tidak tahu hakikatnya. Manakalaߨ sang naif yang menitipkan pula memberikan kepercayaan tanpa mengetahui hakikat yang dibuat pada urusan pengisnadan.

Kita bagi senario sebagai gambaran. Ia seperti seseorang yang berkata: "Aku mendapat teks rantaian nama ini daripada ayah saya dan dia pernah berkata bahawa dia mengijazahkanya serta membenarkan periwayatan daripadanyaߨ tetapi saya sendiri tidak tahu apakah ini". Laluߨ dia pun menyerahkannya kepada orang yang yang meminta. Jika iniޱ maka ia seumpama dengan apa yang dibahaskan pada pemakluman perawi atau penitipan tanpa disandingkan pengijazahan bersama.

Akan tetapiߨ orang yang meneliti sanad itu berkata: "Jadikanlah ia sebagai ijazah untukku agar saya dapat menghubungkan diri saya dengan ayahmu melalui perantaraan kamu melalui rantaian sanad. Setiap kali saya ingin meriwayatkan dan mengkhabarkan orang ramai tentang sanad iniޱ nama kamu akan disebut dan dipandang baik pada kebiasaannya". Laluߨ orang yang diminta itu berkata: "Terpulang pada kamu untuk berbuat apa-apa. Saya sama sekali tidak mengerti apa yang dibicarakan tentang sanad dan ijazah".

Ia diterima kerana wujudnya unsur redhaߨ lebih-lebih lagi untuk perkara yang baik dalam menyambungkan pertaliannya melalui rantaian sanad yang kelebihannya telah pun disebutkan sebelum ini sekalipun si naif itu tidak mengerti tentangnya.

Namunߨ untuk menguatkannya lagi❟ perlunya seseorang untuk berusaha menjelaskannya agar dia dapat memahaminya. Jika tidakޱ cubalah berkata kepadanya: "Izinkan saya ingin mengkhabarkan rantaian nama-nama ini kepada orang ramai dengan menyandarkan sumber ambilan saya adalah daripada kamu dan kamu pula membenarkannya untuk saya melakukan sedemikian" atau seumpamanya yang menyampaikan maksud yang serupa yang dapat difahami. Ini juga sudah memadai.

Jika ada yang membantah bahawa boleh jadi si naif itu pada masa akan datang akan dimudahkan kefahaman oleh Allahߨ lalu setelah dia mengetahuinyaܦ dia tidak mahu mengijazahkannya atas pertimbangannya tertentuߨ lalu ini menafikan keabsahan pengijazahan daripada sang naifޱ maka saya katakanܩ sama juga kalau seseorang yang mengijazahkan sanad kepada seseorang yang lainߨ lalu dia mendapati ada perkara yang dia tidak suka kepada orang yang diijazahkan itu dan dia ingin untuk menarik balik pengijazahannya. Kalau begitu❟ tidak sah juga untuk kondisi sebegini atas sebab yang sama dikemukakanߨ sedangkan ijazah yang sudah diberikan tidak boleh ditarik semula.

Keenam꛶ adakah periwayatan daripada kanak-kanak itu diterima? Makaߨ jawapannya adalah sepertimana yang telah saya tunjukkan di atas bahawa ia sama sekali tidak diterima kerana tiada pengetahuan tentangnya dan tiada keredhaan padanya. Sekalipun mumayyizܦ kesedaran dalam keredhaannya masih belum mantap sepertimana remaja atau dewasa.

Ketujuh꛶ adakah boleh seseorang itu menarik balik pengijazahannya kepada seseorang? Secara umumnya tidak boleh kerana ia seperti penyerahan pemilikan untuk kebenaran seseorang menyambungkan rantaian sanad dengan seseorang yang lain atas dasar redha.

Perbuatan ini sama seperti orang yang Rasulullah ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃ sifatkan dengan sabdanya :

العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ

|Orang yang kembali pada penaganugerahannya seperti orang kembali pada muntahnya|〖Ṣoḥīḥ al♮Buẖōriyy﹇no• 2412〗.

Rasulullah ⁃ṣollā⋄llāhu wa bāroka ᵟalayhi wa ālihi wasallama kamā ṣollā wa bāroka ᵟalā Ibrōhīma wa ᵟalā ālihi fil ᵟālamīna innaka ḥamīdun majīd⁃ bersabda :

لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السَّوْءِ، الَّذِي يَعُودُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَرْجِعُ فِي قَيْئِهِ

|Tiada untuk kami semisal orang yang buruk yang kembali pada penganugerahannya seperti anjing yang kembali pada muntahnya|〖Ṣoḥīḥ al♮Buẖōriyy﹇no• 2441〗.

Namunߨ jika ia di atas suatu syaratޱ maka dibenarkan untuk menarik balik. Contohnya adalah seseorang diizinkan untuk meriwayatkan daripadanya selagimana dia adalah ahli sunnah. Jika seseorang itu keluar daripadanyaޱ maka dia tidak mendapat hak lagi untuknya.

Ini sama seperti seseorang yang membenarkan seseorang yang lain mengajarkan kitab karangannya. Namunߨ setelah didapati dia menyampaikan yang silap dan merosakkan kefahaman yang ada di dalamnya sehingga mencemarkan namanya dengan bermacam-macam kesongsanganܦ dia pun tidak mengizinkannya lagi dan ini dibenarkan.

Kelapan꛶ adakah sah pengijazahan dalam talian? Ini juga ada perbincangannya memandangkan masing-masing antara pengijazah dan penerimanya dapat bertemu dari rantau yang jauh tanpa perlu bersusah-payah untuk bertemu secara berhadapan. Cukup melalui wahana dalam talian yang tersedia selagimana adanya capaian internet.

Saya pernah mendengar sebahagian orang yang berkata bahawa pengijazahan pada bagai ini tidak sah. Mereka ini kekal untuk rigid bahawa ijazah proses dan tradisinya perlu sepertimana cara klasik dengan cara bersetentang pertemuan dalam majlis secara fizikal.

Wahai sang dangkal! Alangkah eloknya kalau dia sekurang-kurangnya membaca kitab Ibn aṣ♮Ṣolāḥ yang berjudul «Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ» pada perbahasannya tentang ₍al♮Mukātabaẗ₎؛ iaitu perutusan dan perhatiankan penghujahan rasional dalam menjustifikasikan penerimaannya dan penyelesaian spekulatif daripadanya. Kalau pun dia sudah bacaޱ diharap agar dia membaca sekali lagi untuk berfikir. Sebegitu juga dengan uku «Ṯalāṯ Rosāᄅil Fī al♮Ijāzaẗ Fī al♮Ḥadīṯ» kumpulan Muḥammad bin ᵟAbd፤llāh al♮Mubārokiyy.

Saya tidak tahu sama ada orang ini jahil dalam ilmu hadis atau sememangnya jumud dalam praktik tradisi hadis atau membaca kitab «Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ» karya Ibn aṣ♮Ṣolāḥ tanpa mengerti apa intipati yang dibahaskan di dalamnya dan apa yang ingin dicapai dalam perbahasan bagi sesuatu topik bagi membenarkan penerimaan atau penolakan suatu riwayat.

Orang sebegini seperti orang yang membaca kitab turats fiqihߨ tetapi tidak mampu mampu memafaatkannya dalam isu-isu realiti lagipula semasa yang baru yang belum ada pada masa zamannya. Mereka membaca tentang illah yang dikemukakan oleh para fuqahaߨ tetapi itu sendiri tidak tembus ke kerongkongannya.

Kalaulah mereka mengerti apa yang dibahaskan pada topik perutusan dengan sebaik-baiknyaޱ sekurang-kurangnya periwayatan dalam talian ini ada kedudukan yang sama dengannya. Bahkanߨ jauh lebih kuat kepastian daripadanya kerana pengijazah itu dikenal pasti identitinya yang sukar untuk dipertikaikan berbanding surat yang diterima tanpa dapat dipastikan asal pemiliknya melainkan dengan sangkaan yang kuat.

Kalau ikut logik sang dangkal iniޱ perutusan melalui emel juga tidak sah kerana yang menjadi ketetapan dalam pengamalan perutusan dalam pengijazahan hadis adalah melalui tulisan tanganߨ bukan melalui perkakas elektronik kerana itu tidak dibincangkan dan tidak diamalkan sebelum ini!

Yang membarahkan keadaan lagi adalah orang ini juga terbawa-bawa kejumudannya dalam ilmu hadis dan apabila mereka mendengar kaedah penilaian hadis yang tidak konvensional kerana pandangan itu adalah pandangan yang terpencil atau pandangan yang baruޱ mereka terus mengingkarinya dengan sekeras-keras pengingkarannya.

Mereka membaca kitab Ibn aṣ♮Ṣolāḥ yang berjudul «Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ» seolah-olah tidak faham tujuan kenapa argumentasi diutarakan bagi membenarkan atau menolak sesuatu perkara. Mereka tidak menghayati dari pembacaan itu bahawa asas penyaringan hadis dan analisisnya terbina dengan kaedah yang rasional untuk dipraktikkan menurut dapatan dan ijtihad masing-masing.

Bagi mereka❟ tradisi ilmu hadis ini adalah taabuddi dan apa yang telah menjadi praktikߨ lebih-lebih lagi yang menjadi konvensional itu adalah sebahagian daripada agama dan tidak ada ruang sama sekali kritis terhadapnya. Seakan-akan beriman sahaja dan amalkan sepertimana yang diajarkan!

Sepatutnya jika mereka mengerti hulu bagi suatu justifikasiޱ ilmu hadis sebenarnya sangat relevan untuk sepanjang masa. Kita ambil contoh dengan kalau ingin dikembangkan lagi dari apa yang menjadi ޱ mengambil riwayat daripada video rakaman juga termasuk wijadah kerana ia sama sahaja mengutip riwayat daripada bukuߨ lalu diriwayatkan terus kerana sama titik persamaannya dengan perbahasan wijadah yang klasik.

Inilah yang dibahaskan oleh Ayyūb bin Saᵟīd bin al♮Makkiyy Fariyy ad♮Dukkāliyy al♮Bayḍōwiyy al♮Maġribiyy yang mengutip perbahasan Muḥammad as♮Sayyid Ismāᵟīl yang bertajuk «Ḥukm ar♮Riwāyaẗ Bi as♮Samāᵟ Ġoyr al♮Mubāšir»؛ hukum riwayat dengan dengar tanpa secara langsung di Facebook miliknya.〖Rujuk ᗒ https://www.facebook.com/groups/276025419509492/permalink/531047134007318〗.

Akan tetapiߨ kalau ilmu ini dapat bagi orang yang tidak cerdikޱ sebanyak mana pun ilmu yang dia mampu kumpulܦ ia tidak memberikan manfaat kepada masyarakatߨ terutamanya dalam mendepani kondisi dan isu semasa yang baru kerana terlalu rigid dengan dimensi yang klasik dan sentimen tradisi lama lagi tua. Orang begini sama sahaja seperti memiliki wang yang banyakߨ tetapi tidak faham bagaimana untuk melaburkannya dengan sebaik-baiknya.

Isnad Tinggi Dan Isnad Rendah

Sememangnya tidak dinafikan lagi bahawa isnad tinggi adalah kebaikan bagi para penerima dan menuntutnya adalah perkara yang mulia. Ibn aṣ♮Ṣolāḥ menukilkan daripada Aḥmad bin Ḥanbal yang berkata :

طَلَبُ الْإِسْنَادِ الْعَالِي سُنَّةٌ عَمَّنْ سَلَفَ

|Menuntut isnad yang tinggi adalah sunnah daripada pendahulu|〖Maᵟrifaẗ Anwāᵟ ᵟUlūm al♮Ḥadīṯ﹇m/s 256﹇keluaran Dār al♮Fikr﹇tahqiq Nūr፤d♮Dīn ᵟItr〗.

Pun begituߨ saya ada pandangan berbeza untuk isnad rendah dari kesemua orang yang menanggapi tentang isnad rendah sepertimana pandangan sufi yang Fāliḥ bin Muḥammad aẓ♮Ẓōhiriyy al♮Muhanwiyy dalam «Ḥusn al♮Wafā Li Ikẖwān aṣ♮Ṣofā» mengutipnya. Dia berkata :

اعلم أن المعتبر في الأسانيد الحديثية العلو وفي الأسانيد الصوفية النزول. فالأول ليقل الخطأ والثاني لتعم البركة لكثرة الرجال. كذا ذكره جماعة. والله الموفق.

|Ketahuilah bahawasanya yang muktabar dalam isnad hadis adalah yang tinggi dan dalam isnad sufi adalah rendah. Yang pertama adalah untuk mengurangkan kesilapan. Yang kedua adalah untuk memperumumkan keberkatan dengan banyaknya rijal. Seperti ini yang sekelompok menyebutkannya. Allah jualah pentaufik.| 〖Ḥusn al♮Wafā Li Ikẖwān aṣ♮Ṣofā﹇m/s 5﹇keluaran Dār al♮Bašāᄅir al♮Islāmiyyaẗ〗

Pertama꛶ pada saya❟ isnad rendah juga ada nilainya jika nama-nama yang ada di dalamnya adalah orang yang mulia, ilmuwan, soleh, dihormati dan disanjungi oleh orang yang menyebut namanya.

Sepertimana yang saya katakan tadi bahawa pengijazahan sanad ini adalah memperkenalkan nama-nama mereka yang begawan untuk seseorang mengenali nama-nama yang ada di rantaiannya kepada penerimanya. Bukankah bagus jika dimasukkan nama-nama ini supaya nama mereka tidak dilupakan atau disisihkan dan terus diingati oleh generasi sesudahnya?

Contohnya adalah sanad yang bersambung kepada Muḥammad ᵟAwwāmaẗ. Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendapatkannya secara terus daripadanya seperti saya❟ maka secukupnya bersambung dengan satu orang sahaja yang menengahinya dan inilah yang diharapkan daripada ahli hadis. 

Namunߨ saya boleh menyambungkan melalui Walīd bin Idrīs al♮Minīsiyyܒ daripada Yūsuf al♮Qoroḍōwiyyܒ daripadanya melalui dua perantara perawi kerana di sini❟ aspek kemurniannya adalah dengan memperkenalkan nama-nama ulama yang ada dalam silsilah isnad, menampakkan keagungannya kerana bersambung dengan pelbagai nama ilmuwan yang dikenali dan sekaligus mendoakan yang baik dengan memandang elok kepada namanya yang bersambung dalam silsilah ini. Inilah antara sisi kerohanian dan keberkatan yang dilihat oleh sufi.

Malahߨ dalam menampilkan isnad kekeluargaan❟ seseorang boleh meriwayatkannya dari cucunyaܒ dari anak saudaranyaܒ dari abangnyaܒ dari ayah mereka berduaܒ dari datuk mereka berduaܒ dari perawi yang ingin disambungkan walaupun cukup melalui dia dengan datuknya. Ini seperti seseorang menjadikan isnad sebagai permainanߨ tetapi ia juga boleh ditanggapi dengan salah satu seni dalam pengisnadan sepertimana taujih yang diutarakan Burhān፤d♮Ḏn al-Baqōᵟiyy dalam «an♮Nukat al♮Wāfiyaẗ Bi Mā Fī Šarḥ Alfiyyaẗ» dalam membela perlakuan tadlis al♮H̱oṭīb al♮Baġdādiyy dalam memperbanyakkan nama masyayikh periwayatannya bahawa ia adalah multiseni dalam ungkapanߨ bukan untuk memberikan tanggapan salah bahawa al♮H̱oṭīb al♮Baġdādiyy memiliki ramai syeikh.

Sebegitu juga isnad yang rendah lebih bernilai jika rijal yang ada padanya adalah orang yang lebih banyak berdamping, lebih lama berpaut dan lebih rapat perhubungan dengan syeikhnya berbanding sanad yang tinggiߨ tetapi penghubungnya hanya atas dasar ijazah sahaja dan tiada hubungan atau tiada interaksi yang rapat pun dengannya. 

Contohnya adalah Aḥmad berdamping dengan Ṣōliḥ selama 10 tahun, Ṣōlih pula berdamping dengan Fawzān selama 12 tahun dan Fawzān pula berdamping dengan Šākir selama 8 tahun. Namunߨ di sana ada isnad yang selain Aḥmad seperti Tābit menghubungkan kepada Šākir hanya dengan seorang sahaja dan itu pun melalui ijazah sahaja. 

Dalam kes ini❟ sudah tentu jika ditinjau dari sudut sentimental punޱ isnad Aḥmad lebih dikehadapankan berbanding berbanding Tābitߨ lebih-lebih seseorang itu telah mendampingi Aḥmad dengan masa yang lama.

Antara contoh yang ada pada saya adalah ijazah Raja Ahmad Mukhlis bagi kitab «al♮ᵟAqīdaẗ aṭ♮Ṭoḥāwiyyaẗ» kepada kami dalam suatu daurah dan  dia mengambilnya daripada Muḥammad ᵟAwaḍ al♮Manqūš. 

Hakikatnyaܦ riwayat saya boleh sahaja melalui terus ke Muḥammad ᵟAwaḍ al♮Manqūš tanpa perlu perantaraan Raja Ahmad Mukhlis dalam rantaian sanad jika saya secara literal ingin mengikut jejak ahli hadis dalam mementingkan isnad yang tinggi.

Namunߨ saya tetap mempamerkan nama Raja Ahmad Mukhlis dalam periwayatan kitab ini kerana hubungannya bersama Muḥammad ᵟAwaḍ al♮Manqūš adalah rapat dari segi persahabatan dan pendampingan berbanding saya dengan Muḥammad ᵟAwaḍ al♮Manqūš yang sebahagiannya hanya menghadiri majlisnya semata-mata untuk memperoleh isnad.

Inilah sisi kehalusan yang mungkin para pengejar isnad yang tinggi tidak terfikir untuk memerhatikannya dan mendapatkan hikmahnya. Sebahagian dari mereka berbangga-bangga dengan isnad tinggi dan adakalanyaܦ memandang lekeh terhadap mereka yang memperoleh isnad rendah dan membuangnya sahaja tanpa rasa ia bernilai yang agung.

Bagi seorang yang menyayangi ayahnya dan ayahnya pula meriwayatkan isnad dengan tiga perantara untuk sampai kepada fulanߨ lalu dia tidak menyebutkannya dalam tsabat atau dalam pemakluman isnad kerana ingin mendahulukan yang cukup dengan hanya perantaraan satu perawiޱ apakah ini sikap seorang anak terhadap pemberian bapanya yang dia sayangi?

Patutkah seusai habis pengkhataman sesi pembacaan «Ṣoḥīḥ al♮Buẖōriyy» bersama ijazah sebagai contohߨ lalu apabila gurunya memberi isnad yang rendahޱ sang murid mengherdik gurunya dengan berkata: "Duhai! Saya kecewa kerana kamu memberi isnad yang rendahߨ sedangkan saya berharap untuk mendapat isnad yang tinggi!" atau menyimpan perasaan seumpama ini dalam jiwanya? Tentu sangat tidak patut sikap sebegini terhadap orang yang memberi.

Inilah kehalusan pandang dari sang sufi tentang isnad yang rendah. Kita meriwayatkan dan mengijazahkan atau memaklumkan sanad yang rendah kerana itulah cara kita menghargai pemberian orang lainߨ lebih-lebih lagi dari orang yang dikenali pada reputasinya dan kedudukannya dalam masyarakat.

Kedua꛶ jika nama-nama yang dimasukkan adalah orang yang kurang dikenali atau tidak dikenali kerana pegijazahan sanad ini mungkin orang biasa di mata masyarakat atau kurang terlibat dengan urusan di publik atau sememangnya tidak ingin dikenaliޱ pada saya❟ tiada masalah untuk memasukkan nama mereka dalam rantaian sanad sekalipun generasi sesudahnya tidak mengenali nama-nama ini.

Sepertimana yang telah disebutkan tadi bahawa nama-nama yang dimasukkan dalam rantaiannya adalah orang yang dipandang elok dan mudah-mudahan ia adalah doa secara tidak langsung daripada para penatapnya. Malahߨ menyebut isnad yang rendah atau perawi yang tidak dikenali di dalam silsilah itu adalah cara untuk menghargai pemberian orang lain. Lagipunߨ keabsahan sesuatu periwayatan tidaklah disyaratkan seketat dalam praktikal ilmu hadis.

Sekalipun memasukkan nama ini menyebabkan isnad menjadi lebih panjang sehingga mencecah empat atau lima orang kepada suatu namaߨ sedangkan pada jalur yang lain❟ cukup hanya dengan seorang atau dua orangܦ tidak ada masalah jika mencapai matlamat yang disebutkan tadi.

Untuk kedua-dua yang disebutkan tadi❟ tetaplah digalakkan untuk menyebut isnad tinggi dan isnad rendah ketka meriwayatkan suatu riwayat. Inilah yang dilakukan oleh aš♮Šawkāniyy dalam «Itḥāf al♮Akābir Bi Isnād ad♮Dafātir» sebagai contoh yang mana dia juga menyebut pelbagai jalur yang tinggi isnadnya dan yang rendah isnadnya dalam menghubungkan satu orang yang sama.

Cumaߨ saya melihat sebahagian orang yang seringkali memandang leceh terhadap periwayatan isnad yang rendahߨ tetapi apabila kita memintanya untuk mengijazahkannya isnad yang tinggiޱ dialah paling kedekut untuk memberinya! Malahߨ dia sangat enggan untuk membantu untuk orang yang dia memperlecehkannya dalam mendapatkan isnad yang tinggi sama ada meminta ijazah dari syeikhnya secara wakil untuk orang itu atau seumpamanya.

Mereka juga termasuk orang yang kurang menyumbang dalam mengadakan majlis periwayatan supaya orang lain mendapat isnad yang tinggiߨ tetapi apabila orang yang memegang isnad yang rendah mengadakan majlis dan mempermudahkannyaޱ dia pula memperlecehkannya.

Orang ini hanya tahu mencela orang lainߨ tetapi tidak ada fungsi masyarakat dan komuniti pun dalam memudahkan dapatan isnad yang tinggi. Sama seperti seseorang yang mengeluh masalah akidah yang melanda dalam masyarakat kerana gampang mengambil akidah sembarangan dari orang luarߨ tetapi dia sendiri tiada tindakan yang proaktif untuk menawarkan pengajian akidah secara mudah dan menyertai pengajiannya pula perlu melalui jalan yang sukar.

Kenapa Majlis Pembacaan Dan Majlis Dengar Sangat Pasif Di Malaysia?

Majlis pembacaan dan majlis dengar sangat jarang dilakukan di Malaysia atau terlalu pasif jika ingin dibandingkan dengan negara Arab yang lain yang mana setiap mingguߨ bahkan hampir pada setiap hari❟ ada program seperti ini berjalan. Padahalߨ saya tidak merasakan kita terlalu kurang orangnya yang memegang sanad untuk suatu riwayat.

Saya berasumsi bahawa majlis seperti ini tidak giat dijalankan kerana tiga faktor. Yang pertama adalah sistem pembelajaran kita lebih banyak memfokuskan dirayat berbanding riwayat. Siri pengajian yang dianjurkan atau dilaksanakan lebih memfokuskan memahami kandungan kitab dengan seorang guru menjelaskannya, mengupasnya, membahaskannya dan membincangkannya.

Kita ambil contoh pengajian pondok. Kita jarang sekali untuk mendengar majlis riwayat kitab sebahagian kitab pondok secara bersanad. Jika ada sanad punޱ ia kurang diberi perhatian serta tidak direkodkan dan tidak disimpan sepertimana kitab Arab yang lain. Yang ada adalah pengajian berkitab yang mengambil beberapa siri atau daurah yang memfokuskan kepada dirayat.

Jika seseorang ada sanad sekalipun dan ingin membuat majlis pembacaan dan dengar bagi kitab pondok bersama dengan pengijazahan riwayatޱ ini sememangnya melawan arus dan melanggar tradisi pengajian kitab pondok yang lebih menekankan dirayat. Pastinya majlis seperti ini dicela oleh golongan pondok kerana kitab mereka dibaca tanpa ditekankan kefahaman kandungannya.

Yang kedua adalah berkemungkinan dikhuatiri bahawa sanad akan menjadi panjang kerana ada perantaraan yang panjang antara musnid di Malaysia dengan musnid yang ada di negara Arabߨ sedangkan musnid dari negara Arab masih hidup. Perkara ini dianggap memanjangkan isnad yang tidak diperlukan kerana menambahkan lagi perantara bagi suatu jalur yang mana jalur lain pula boleh dapat dengan tanpa perantara pun.

Jika beginiޱ saya faham kenapa majlis pembacaan dan dengar bersama dengan riwayat tidak dapat dijalankan. Lebih-lebih lagi jika sentimen isnad tinggi ini masih menebal dan sukar untuk dilepaskan status quonya.

Pada saya❟ ada cara lain untuk mengatasi masalah ini. Caranya adalah tetap meneruskan majlis pembacaan dan dengar dengan mengijazahkan riwayat di Malaysia walaupun melalui perantara dirinya yang mana para penerima itu hakikatnya boleh mendapat terus jika dapat bertemu dengan syeikh itu secara langsung.

Cumaߨ apabila selesai majlisޱ jika para pengijazah ada ruang untuk berkomunikasi dengan gurunya di negara lainޱ lakukanlah dan mintalah ijazah daripada syeikh itu agar terus mengijazahkannya kepada hadirin di majlis tersebut di Malaysia supaya ketersambungan sanad itu tanpa melalui perantara dirinya.

Ataupun jika pada suatu hari❟ syeikh itu datang ke Malaysiaޱ jika dia berpeluang untuk berbicara dengannyaޱ mintalah kepadanya agar terus diijazahkan kepada mereka yang pernah hadir ke majlisnya dengan proses pembacaan dan dengar tanpa melalui perantara dirinya.

Jika seseorang itu tidak dapatޱ biarlah isnad itu menjadi rendah kerana yang penting adalah hidupnya majlis ilmu dengan majlis pembacaan dan dengar serta ada kegiatan dalam pengijazahan.

Lagipunߨ jika periwayatan itu perlu melalui perantaranyaޱ anggaplah itu rezeki dari Allah untuk menghubungkan seseorang yang lain dengan namanya dan setiap kali namanya dipandang dalam rantaian sanadܦ dia dipandang baik dan mudah-mudahan ia akan menjadi doa kepadanya. Malahߨ menampilkan isnad yang panjang itu juga salah satu cara kita menghargai pemberian seseorang.

Kalau pun panjang rantaian sanad ituޱ siapa yang jamin bahawa ia akan selama-lamanya kekal panjang? Mungkin ia dilihat panjang buat masa sekarangߨ tetapi bagaimana pada masa akan datang jika kita diberikan kesempatan umur yang panjang oleh pengeran kita?

Boleh jadi pada usia kita yang 100 tahun nanti❟ isnad kita pula akan menjadi tinggi dan mungkin pula sukar untuk didapati melainkan dengan jalur kita. Dahulu❟ kita merasa terganggu dengan kita sebagai perantaraᚗ mungkin sahaja akan menjadi nama yang penting untuk mendapatkan isnad yang tinggi.

Jika kita tidak merasai kesempatan untuk umur yang panjangޱ barangkali periwayatan murid pula akan menjadi jalur yang tinggi melalui perantara kita apabila mereka melalui umur yang panjang.

Yang ketiga adalah kebiasaan kitab yang menjadi bacaan dalam majlis adalah bahasa Arab. Orang Malaysia rata-ratanya tidak menguasai bahasa Arab sehingga majlis ini hanya terpencil dan dimanfaatkan oleh orang yang ada penguasaan dalam bahasa Arab. Apabila majlis bacaan hanya mendengarkan kalimah Arab yang mereka tidak menguasainyaޱ majlis ini hanya membosankan mereka dan mereka tidak dapat manfaat dari majlis ini melainkan beberapa aspek sahaja.

Yang keempat adalah tidak cukup dengan rata-rata warga Malaysia tidak tahu bahasa Arab supaya dapat mengikuti majlis ini dengan baik. Rata-rata rakyat Malaysia juga tidak tahu atau tidak faham atau tidak biasa dengan tradisi ini pada tatamajlisnya.

Saya pernah menghadiri majlis yang sepatutnya boleh habis dalam masa kira-kira 15 minit sahajaߨ tetapi disebabkan rata-rata peserta tidak tahu atau tidak faham atau tidak terbiasa dengan majlis iniܦ majlis jadi terheret menjadi hampir satu jam kerana ingin menjelaskan apa itu riwayat, apa itu ijazah, apa itu musalsal dan pelbagai lagi sebelum masuk ke acaranya. 

Lebih menambahkan kerja lagi adalah rata-rata peserta tidak tahu bahasa Arab sehingga setiap satu riwayat hadis perlu disyarahkan satu persatu demi meraikan ramai peserta yang tidak tahu. Padahalߨ bagi yang sudah tahu❟ majlis ini tidak menekankan pengajaran dan pembelajaran sepertimana kelas pengajian sama ada bersiri atau daurah sehingga tidak perlu diperpanjangkan syarahan melainkan hanya komentar sedikit dari pengijazah atau orang yang berilmu yang menjadi panel.

Jika ini sudah terbiasa di Malaysiaޱ perkara ini tidak perlu dibahaskan panjang walaupun di ucaptama majlis. Namunߨ walaupun saya tetap memandang baik pada majlis yang saya hadiri itu walaupun perlu memanjangkan masa adalah kerana ia dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang tradisi ini.

Cumaߨ saya berharap bahawa perkara ini tidak berulang lagi seperti ini dengan kita semua menggembleng usaha untuk memahamkan masyarakat tentang tradisi ini dan supaya mereka menyertai majlis ini dengan faham maqasid dan perjalanan majlisnya pada masa akan datang.

Pada saya❟ ada dua perkara yang menjadi bicara di minda saya. Pertama꛶ walaupun ini adalah dilihat majlis eksklusifޱ tetap tidak ada masalah untuknya. Ia sama sahaja majlis yang dibuat khusus untuk mahasiswa atau pelajar yang berpengkhususan dalam agama atau majlis yang khas untuk para ulama. Ia tetap diteruskan walaupun hanya beberapa orang sahaja yang mendapat manfaat.

Ia juga menjadi dorongan kepada orang lain untuk menguasai bahasa Arab agar mereka dapat akses kepada majlis yang hanya orang yang memiliki penguasaannya dan manfaat besar hanya untuk bagai pumpunan ini. Walaupun majlis ilmu adalah sepatutnya untuk semua orangޱ namun setiap orang perlu ada persiapan yang sewajarnya untuk memperoleh kebaikan daripadanya sepertimana setiap orangada akses untuk mendaki bukitߨ tetapi bukan semua akan boleh mendakinya tanpa persiapannya.

Kedua꛶ ini menunjukkan bagaimana kerisauan kita terhadap penguasaan bahasa Arab di negara kita sehingga kita bimbang untuk menjayakan majlis ini kerana dikhuatiri tiada sambutan atau tidak semeriah sepertimana majlis yang lain.

Sememangnya kita semua patut menggembleng tenaga bersama untuk memperkasakan penguasaan bahasa Arab di masyarakat kita. Kita tidak akan mencapai sesuatu destinasi jika tiada usaha untuk memperbagus pada jalan yang menghubungkannya. Untuk menjayakan kegiatan majlis seperti ini❟ ia memerlukan pemerkasaan bahasa Arab.

Kita juga perlu pemerkasaan bahasa Arab kerana sumber keilmuan Islam dan untuk mencapai kefahaman yang teguh sememangnya perlu bahasa Arab. Ia bukan semata-mata untuk memenuhi impian dalam majlis dengar atau bacaan. Ia adalah untuk majlis pengajian dan pengajaran. 

Jika kita terlalu ingin memanjakan masyarakat dan mengikut rentak merekaޱ tentu bahasa Arab hanyalah untuk agamawan dan asatizah sahaja. Adakalanyaܦ kita perlu ada penggagahan sama ada secara halus atau nyata untuk memandaikan masyarakat biarpun itu bukan keinginan secara massa kerana agama ditegakkan dan diperkasakan bukan dengan memenuhi kepuasan hati mereka. 

Sampai bila kita ingin mengajar masyarakat dengan terjemahan dan merujuk hanya untuk terjemahan atau literatur yang berbahasa ibunda sahaja? Usah berbicara tentang majlis bacaan dan dengar. Majlis ilmu pun hanya akan kekal di takuk yang sama jika bahasa Arab tiada pemerkasaan sepertimana yang seberhaknya.

Cara Pengijazahan Riwayat Yang Belum Pernah Dibuatߨ Tetapi Berbaloi Dan Diterima

Antara cara lain yang boleh dibuat dalam pengijazahan riwayat yang belum pernah dibuatߨ tetapi ia berbaloi dan diterima adalah pengijazah itu mensyaratkan ijazahnya agar baca buku yang ingin diijazahkan atau cari guru yang boleh mengajar kitab itu sehingga habisߨ kemudian apabila dia menyempurnakan syaratnyaޱ dia boleh mengijazahkannya tanpa perlu majlis khas untuknya.

Pada saya❟ walaupun ini tidaklah sekuat majlis yang khasޱ ia lebih kuat daripada penitipan dan perutusan kerana penerima tersebut menjalankan syarat yang diminta yang berkaitan dengan riwayat yang ingin dia mendapatkannya seperti pembacaan kitab tertentu untuk mendapatkan sanadnya.

Mungkin akan timbul isu bahawa barangkali sahaja penerima itu pada hakikatnya tidak membuat apa-apa punߨ tetapi mendakwa dia telah melakukannya. Pada saya❟ itu terserah kepada Allah sepertimana kita tidak terlalu sibuk untuk mencari sama ada pengijazah itu benar-benar dapat ijazah daripada masyayikh yang diambil atau ia hanya sekadar wijadah atau selainnya.

Untuk menghidupkan majlis pembacaan dan dengar❟ mungkin memerlukan kos dan masa bersama. Adakalanyaܦ sebahagian orang yang berkemahuan untuknya tidak dapat hadir kerana kekangan masa atau kesibukan pada hari itu.

Inilah yang dibuat oleh Muḥammad Saᵟīd Bakr. Cara untuk mendapatkan ijazah sanad yang dia tawarkan adalah mendengar rakamannya pada pembacaan kitab dari awal sehingga habisߨ kemudian daftar di borang dan tanda perakuan bahawa yang mendaftar itu sudah mendengar dari awal sehingga habis atau menunaikan syaratnya.

Begini juga yang saya buat dalam projek pengijazahan terbuka yang menawarkan seseorang mendapatkan ijazah sanad melalui jalur saya dengan cara yang mudah dan pada bila-bila masa dengan menunaikan beberapa syarat seperti menonton rakaman syarahan kitab tertentu dari awal sehingga habis tanpa luputߨ kemudian isi borang untuk mendapatkan ijazah sanad secara rasmi dari saya.

Bahkanߨ antara cara yang lain adalah menggunakan perisian teks ke ucapan sama ada dengan yang berasaskan kecerdasan buatan atau selainnya dengan memasukkan teks yang ingin dibacaߨ kemudian perisian itu membacakan teks itu kepada pendengarnya. Ini juga dalam jalanan yang sama.

Oleh ituߨ cara ini dapat membantu mereka bagi mendapatkan ijazah dengan jalan penerimaan yang lebih kuat daripada perutusan dan penitipan secara fleksibel sekalipun tidak sekuat majlis khas. 

Kalau saya ingin menamakan kaedah periwayatan ini apabila seseorang menyebutkan cara pengujaran atau cara tanggung terima bagi periwayatan iniޱ mungkin boleh dinamakan dengan ijazah bagi penunaian janji dengan penunaian syarat. 

Bahkanߨ boleh juga untuk seseorang itu berkata kepada orang yang memegang sanad bahawa dia sudah menghabiskan pembacaan kitab sepertimana pembacaan untuk seseorang faham isi kandungannya secara mantap atau mempelajari kitab itu secara berguru sehingga khatamߨ tetapi dia tidak memiliki apa-apa sanad untuknya atau guru yang dia pelajari dengannya tidak mengijazahkan apa-apa sanad.

Contohnya adalah seseorang mempelajari «Matn al♮Ājurrūmiyyaẗ» dengan seorang guru dan menghabiskannyaߨ tetapi tidak memperoleh apa-apa ijazah sanad dari guru tersebut.

Makaߨ orang yang memegang sanad itu boleh mengijazahkannya dan jika saya ingin menamakan cara ujaran atau cara tanggung terima periwayatan iniޱ ia boleh dinamakan dengan ijazah mereka yang telah terdahulu pembelajarannya atau pembacaannya. 

Bagi sayaޱ ini juga lebih kuat daripada penitipan atau perutusanߨ bahkan lebih kuat daripada majlis khas atau setara dengan majlis pembelajaran. Ini kerana mereka membaca kitab atau mempelajarinya secara berguru dengan tujuan memperoleh kefahaman secara berfokus dan beredifikasi. 

Berbanding pula dengan majlis bacaan atau dengar yang mana ia lebih memfokuskan pendedahan isi bagi yang belum mengetahui isinya atau ulang kaji bagi yang sudah membaca atau jika ada kupasan punޱ ia tidak berfokus untuknya dan majlis itu sememangnya bukan untuk mendetilkan isi dalam kitab itu secara berfokus dan tidak bertujuan untuk proses pemantapan sepertimana majlis pengajaran.

Cara ini mungkin tidak konvensional buat masa sekarangߨ tetapi tidak ada masalah untuk memulakannya dan menjayakannya. Tradisi ini tidak semestinya perlu rigid sepertimana perlu dilakukan secara fizikal dan perutusan dengan hanya tulisan tangan sahaja. Jika ada ruang untuk membuat pembaharuan atau pengembangan metodޱ ia sudah memadai asalkan mencapai maqasidnya.

Puncak utama bagi meneruskan tradisi ini adalah menghidupkan budaya ilmu sama ada melalui suatu majlis khas atau di luarnya sama ada secara bersosial atau bersendirian dan pengijazahan sanad berperanan sebagai penghias yang penambah nilai kalau pun ia tidak mencerminkan kadar komptensi seseorang.

Jangan dilupakan tujuan ini. Jangan hanya kerana ia tidak konvensional dalam pengamalanᚗ terus diabaikan atau diingkari atau dicemuh. Lebih-lebih lagi jika puncak tujuan adalah untuk kegiatan keilmuan. Sangat tidak patut untuk seseorang yang mendakwa mencintai ilmu untuk bersikap sedemikian.

Wacana Baru Pada Format Tanggung Terima

Sepertimana yang disebutkan tadi bahawa apabila seseorang mendengarkan rakaman sama ada audio atau videoߨ lalu mengambil periwayatan dari situ tanpa ada keizinan daripada empunya periwayatanߨ maka ini adalah wijadah dan tidak diterima menjadi pengijazahan yang valid.

Cumaߨ bagaimana jika seseorang mendapat kebenaran dengan menunaikan syarat pengijazah untuk mendengar rakaman dari awal sehingga habis? Apakah format tanggung terima? Apakah dengar atau penitipan?

Saya berpendapat bahawa ia adalah dengar. Ini sama sahaja seperti mustamli; wakil suara untuk menyampaikan kata-kata penyampai kepada orang yang jauh dari penyampai yang tidak dapat didengari. Makaߨ walaupun seseorang itu mendengar dari mustamliߨ bukan langsung daripadanyaޱ maka dia tetap mendapat dengan format dengar atau tanggung terima dengan ujaran. Begitu juga seseorang mendengar dari lantunan suara yang bergema di guaߨ bukan langsung daripadanya. Ini juga tetap dikira dengar.

Sebegitu juga ada batu yang mampu menyimpan suara penyampai riwayatߨ lalu batu itu mengeluarkan kata-kata penyampai yang sama dengannya dengan diketuk. Kemudianߨ pengijazah mengijazahkan seseorang dengan syarat untuk mengetuk batu itu dan mendengarnya sehingga habis. Makaߨ ini juga boleh dikira dengar atau tanggung terimanya adalah ujaran.

Ini juga sama untuk seseorang yang datang kepada pengijazahߨ lalu seseorang itu duduk bersama pengijazah untuk mendengar rakaman suara pengijazah dari awal sehingga akhirޱ maka ini pun dikira dengar dan ujaran. Jika ia adalah rakaman dari suara orang lain yang dibacakan di hadapan pengijazahޱ maka tanggung terima ini adalah perkhabaran. 

Jika ia adalah rakaman yang diambil dari suatu sumber yang dia jumpa di suatu laman sesawangߨ lalu ia dijadikan bahan untuk pembacaan sebagai syarat penerimaan ijazahޱ maka tanggung terima ini adalah penitipan kerana rakaman pembacaan itu bukan untuk pengijazah ituߨ tetapi untuk orang lain. 

Sama seperti seseorang pembaca yang lain kepada pengijazah yang lainߨ tetapi mendapat ijazah sanad dari pengijazah yang lain di majlis yang berbeza. Makaߨ perolehan pengijazah yang pertama adalah perkhabaran dan perolehan pengijazahan yang kedua adalah dengan ijazah sahaja.

Akan tetapiޱ penitipan ini sama kuat dengan dengar atau bacaan kepada pengijazah jika pengijazah itu hadir bersama kerana sama maqasidnya؛ iaitu menjelaskan bunyi perkataan dalam pembacaan di hadapan pengijazah. Jika tidak hadir bersamaޱ maka kuranglah kekuatan darjat penitipannya.

Adapun seseorang yang menggunakan generator yang menukarkan teks kepada ucapan sepertimana yang terdapat pada perisian pada masa kiniޱ jika seseorang mensyaratkan untuk mendengar bacaan teks yang telah digeneratasikanޱ maka ini tidak dipanggil dengan format tanggung terima dengan dengar. Ia lebih sesuai dengan penitipan.

Ini kerana suara yang dihasilkan dari generator itu bukan suaranya. Ia seperti seseorang yang menyerahkan suatu buku dan jika ditekan perkataan dalam buku ituޱ maka ia mengeluarkan bunyi yang dihasilkan oleh generatorߨ bukan suaranya. 

Makaߨ jika dia mengijazahkan seseorang yang lain dengan syarat mendengar teks yang sudah digeneratasikan kepada bunyi dan pengijazah hadir di majlis ituޱ maka ini pun memerlukan perincian. 

Jika ia adalah dari teks yang ditulis oleh pengijazah sama ada karya karangannya atau karya orang lain yang disalin semula atau apa sahaja cara dengan usahanya sendiriߨ maka tanggung terimanya adalah dengar lagi ujaran. Ia sama seperti orang bisu yang ingin menyampaikan sesuatu dengan menggunakan mesin suara.

Jika ia salinan dan tampal dari teks orang lain atau sumber dari orang lainޱ jika ia adalah bersumberkan rakaman suara yang dibacakan di hadapan pengijazah atau teks yang dibentangkan kepada pengijazahޱ maka ini adalah perkhabaran. Jika ia adalah selainnyaޱ maka ini adalah penitipan. Namunߨ penitipan ini juga ada kekuatannya sepertimana yang telah dijelaskan pada rakaman.

Adapun suara yang disintesiskan melalui suaranya sebagaimana 〈Vocaloid〉ޱ maka ini perlu dilihat perinciannya. Jika ia dimainkan ketika pengijazah tiada di majlisޱ maka ini adalah pentitipan. 

Ini sama sahaja dengan seseorang yang menuliskan teks kepada seseorangߨ kemudian dia mewakilkannya untuk menyampaikan kepada seseorang yang lain yang di luar majlis secara langsung untuk dia membaca teks yang terkandung di dalamnya dan mengijazahkannya kepada orang yang mendengarnya. Ini juga lebih munasabah dengan dipanggil dengan penitipan. 

Jika penyampaian dengan suara yang disintesiskan ini berlaku di majlis khas secara langsung bersama dengan pengijazahޱ maka ini juga perlu melihat perinciannya lagi. Jika ia bersumber dari dirinyaޱ maka ini adalah ujaran. Jika ia bersumber dari orang lain yang ditujukan kepadanyaޱ maka ini adalah perkhabaran. Jika selain iniޱ maka ia adalah penitipan dan penitipan ini ada kekuatannya sepertimana yang telah dijelaskan tadi.

Adapun jika seseorang pengijazah membuat hologram yang serupa dengannya dan mempunyai suara dengannyaߨ lalu mengijazahkan kepada orang yang bertemu dengan hologramnya dan mendengar pembacaannya sehingga habisޱ maka ini ada beberapa sisi yang perlu diperhatikan.

Jika hologram itu bertindak sama sepertinya secara langsung dalam majlis khas sama seperti pengijazah dan pengijazah tidak berada di situߨ maka tanggung terimanya adalah ujaran dan ia sama sebagaimana paparan kamera yang seseorang lihat orang lain di majlis dalam talian. 

Jika hologram itu itu tidak bertindak sama dengan pengijazah dan pengijazah berada di situߨ  manakala hologram itu membacakan kepada seseorang yang lain dengan suaranyaޱ maka tanggung terima penerima ijazah adalah ujaran. Jika suara orang lainߨ maka ia adalah perkhabaran. Ini sama juga seperti burung kakak tua yang dibela yang ditugaskan untuk membacakan teks di hadapan pengijazah.

Jika hologram itu adalah pancaran yang dirakam tindakannya sepertimana rakaman audio atau videoޱ jika suaranya adalah suara pengijazahߨ maka tanggung terimanya adalah ujaran. Jika suara orang lainߨ maka ada perinciannya sepertimana yang telah dijelaskan tadi.

Apapunߨ selagimana ada ijazah langsung dari pengijazahܦ selagi itulah sah untuk dianggap sebagai periwayatan secara rasmi dan terbebas dari sebarang unsur wijadah. Apa sahaja perincian pada tanggung terima selebihnya tidak perlu dibimbangkan lagi.

Siapakah Musnid?

Kebiasaan kefahaman tetantang musnid adalah orang yang ada khidmat kepada periwayatan sanad dengan mengadakan majlis yang khas untuknya, memegang pelbagai jalur isnad dengan memiliki rekod simpanan untuknya, memiliki ramai masyayikh periwayatan dan menjadi tumpuan untuk mendapatkan sanad periwayatan. Ia seumpama sepertimana yang disebutkan oleh Maḥmūd Saᵟīd Mamdūḥ tadi.

Kefahaman ini tidaklah salah dan ada benarnya kerana realiti bagi mereka yang dipanggil musnid adalah orang yang ada ciri-ciri seperti ini. Namunߨ jika ditinjau pendefinisian dalam muṣṭolaḥ al♮ḥadīṯޱ ia lebih simpel daripada itu.

Jalāl፤d♮Dīn as♮Suyūṭiyy berkata :

الْمُسْنِدُ بِكَسْرِ النُّونِ وَهُوَ مَنْ يَرْوِي الْحَدِيثَ بِإِسْنَادِهِ، سَوَاءٌ كَانَ عِنْدَهُ عِلْمٌ بِهِ أَوْ لَيْسَ لَهُ إِلَّا مُجَرَّدُ رِوَايَةٍ، وَأَمَّا الْمُحَدِّثُ فَهُوَ أَرْفَعُ مِنْهُ.

|Al♮Musnid ⁃dengan mengkasrahkan ⁽an♮Nūn⁾⁃ dan dia adalah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada dia mempunyai tentangnya atau tidak ada untuknya melainkan semata-mata riwayat. Adapun muhadditsޱ maka dia lebih tinggi daripadanya.|〖Tadrīb ar♮Rōwī Fī Šarḥ Taqrīb an♮Nawawiyy﹇jilid 1﹇m/s 30﹇keluaran Dār Ṭoyyibaẗ﹇tahqiq Abū Qutaybaẗ Naẓor Muḥammad al♮Fāriyābiyy〗.

Pendefinisian ini turut diikuti oleh orang yang selepasnya yang menulis tentang ilmu 〈Muṣṭolaḥ al♮Ḥadīṯ〉 sama ada selafaz dengannya atau semakna dengannya.

Akan tetapiߨ jika musnid hanya semata-mata seseorang yang meriwayatkan suatu riwayatޱ maka orang yang ada satu sanad sahaja periwayatanߨ lalu dia mengijazahkannya kepada yang lain juga boleh dikira musnid mengikut definisi ini.

Pun begituߨ pendefinisian adakalanya bukan semestinya mencerminkan praktik pada tradisi. Ia tidaklah terlalu longgar sepertimana pendefinisian ini. Namunߨ yang menarik adalah Abū al♮Ḥasan al♮Mubārokfūriyy berkata dalam pendefinisian musnid :

المسند: بكسر النون، هو من يروى الحديث بسنده سواء كان عنده علم به أو ليس له إلا مجرد روايته، وتميز في ذلك حتى اشتهر فيه

|Al♮Musnid ⁃dengan mengkasrahkan ⁽an♮Nūn⁾⁃ adalah orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya sama ada di sisinya ada ilmu tentangnya atau tidak ada untuknya melainkan semata-mata riwayatnya dan dia terbeza pada itu sehingga dia menjadi masyhur dengannya.|〖Mirᵟāẗ al♮Mafātīḥ Šarḥ Miškāẗ al♮Maṣōbīḥ﹇jilid 1﹇m/s 397﹇keluaran Idāroẗ al♮Buḥūṯ al♮ᵟIlmiyyaẗ Wa ad♮Daᵟwaẗ Wa al♮Iftāᄅ﹇tahqiq Abū Qutaybaẗ Naẓor Muḥammad al♮Fāriyābiyy〗.

Katanya: "Dan dia terbeza pada itu sehingga dia menjadi masyhur dengannya" adalah membezakan bahawa orang yang benar-benar berkecimpung dalam komitmen seorang musnid dengan orang yang sekadar meriwayatkan satu isnad sahaja dan hanya dilakukan sekali sahaja dalam seumur hidup.

Samalah juga seperti seseorang yang menangkap gambar yang mana tidak semestinya itu menunjukkan bahawa mereka adalah jurukamera. Jurukamera bukan panggilan untuk yang hanya tangkap gambar sahaja. Ia adalah profesion yang mempunyai peraturan, tatakelola dan kemahiran tersendiri untuk dijuluki sebagai jurukamera.

Kemudianߨ setiap jurukamera pun ada martabatnya. Ada yang profesional, ada yang amatur, ada yang aktif, ada yang pasif, ada yang menjadikan ia sebagai komitmen utama dalam hidup, ada yang menjadikan ia sebagai sampingan sahaja dan ada yang menjadikan ia sebagai hobi sahaja. Makaߨ sebegitu juga dengan darjat musnid sepertimana yang disorehkan oleh Maḥmūd Saᵟīd Mamdūḥ.

Sekarang❟ permasalahannya adalah apa kriteria yang minimum untuk membolehkan seseorang itu dapat dipanggil musnid? Pada saya❟ cukup seseorang membuat pemakluman bahawa dia mempunyai pelbagai riwayat untuk setiap sumber yang banyaknya cukup untuk seseorang berkata bahawa dia memiliki bermacam-macam riwayat kepada sumber walaupun setiap satu daripadanya cuma berpusat pada satu jalur sahaja dan semua daripada riwayat itu hanya melalui seorang syeikh periwayatan sahaja sama ada pemakluman itu dengan mempamerkan tsabatnya atau menyebutkannya di tempat yang orang boleh mengetahui bahawa dia mempunyai riwayat sekalipun tidak pernah ada orang mengambil ijazah untuknyaߨ tetapi masih ada ruang untuk orang lain mendapatkannya dengan tanpa perlu susah payah dan dia pula terbuka untuk menginisiatifkan penyampaiannya sekalipun terlaksana secara pasif.

Daripada ini❟ tidak cukup seseorang itu memiliki pelbagai jalur hanya untuk suatu sumber sahaja seperti seseorang itu cuma ada satu periwayatan kitab sahaja walaupun periwayatan itu mempunyai puluhan jalur untuknya sama ada puluhan jalur itu adalah pada syeikhnya atau pada yang bercabang di atasnya.

Cumaߨ nisbah sedikit atau banyak itu mungkin berbeza bagi setiap orang dan martabat sama seperti mujtahid atau ulama atau wali di sisi sebahagian sufi. Bagi mereka yang dijuluki dengan Musnid ad♮Dunyā❟ sememangnya kriteria yang minimum tidak sama dengan kriteria minimum bagi musnid yang lain yang lebih rendah. Begitu juga nisbah Musnid al♮ᵟAṣr dengan musnid yang lain.

Mungkin ada yang berkata bahawa tiga puluh jalan periwayatan tidak cukup bagi kriteria minimum untuk seorang musnid. Namunߨ jumlah itulah yang ada di tangan ᵟAbd፤llāh bin Muḥammad bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy sepertimana yang dikumpulkan Maḥmūd Saᵟīd Mamdūḥ dalam «Irtišhāf ar♮Roḥīq Min Asānīd ᵟAbd፤llāh Ibn aṣ♮Ṣiddīq». Bahkanߨ adiknya; ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz al♮Ġumāriyy cuma ada 19 syeikh periwayatan sahaja sepertimana yang dikumpulkan Maḥmūd Saᵟīd Mamdūḥ dalam «Fatḥ al♮ᵟAzīz Fī Asānīd Sayyid ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz».

Berbeza pula dengan abang sulung bagi kedua-duanya; Aḥmad al♮Ġumāriyy yang mencecah seratus syeikh periwayatan sepertimana yang dia menyenaraikannya dalam «al♮Muᵟjam al♮Wajīz Li al♮Mustajīz». Bahkanߨ Muḥammad Yāsīn al♮Fādāniyy pula mencecah lebih daripada 250 syeikh periwayatan sepertimana yang dikumpulkan Maḥmūd Saᵟīd Mamdūḥ dalam «Tašhnīf al♮Asmāᄅ Bi Šuyūẖ al♮Ijāzaẗ Wa alẗAsmāᄅ».

Namunߨ pernahkah ᵟAbd፤llāh al♮Ġumāriyy dan adiknya; ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz al♮Ġumāriyy dipertikaikan untuk dijuluki sebagai musnid kerana terlalu sedikit syeikh periwayatannya? Tentu sama sekali tidak tanpa menafikan perbezaan darjat setiap satu dari musnid; iaitu antara ᵟAbd፤llāh al♮Ġumāriyy dan adiknya; ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz al♮Ġumāriyy dengan Aḥmad al♮Ġumāriyy dan al♮Fādāniyy. Begitu pula dengan Aḥmad al♮Ġumāriyy dengan al♮Fādāniyy.

Jika hanya ditinjau pada jumlah syeikh periwayatan bagi ᵟAbd፤llāh al♮Ġumāriyy dan adiknya; ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz al♮Ġumāriyyޱ ia mungkin sedikit di sisi sebahagian orang. Bahkanߨ kalau orang yang lebih rendah kedudukannya daripadanya memiliki jumlah yang sama atau lebih banyak sedikit daripada kedua-duanyaߨ lebih-lebih lagi jika orang itu adalah seteru bagi pihak lainޱ pasti akan dicemuh, diperlekehkan dan dinistakan.

Pun begituߨ setiap satu daripada kedua-duanya memiliki pelbagai jalur dan syeikh periwayatan. Sebahagiannya juga ada periwayatan untuk beberapa tsabat yang menjadi koridor kepada pelbagai jalur sanad yang lain untuk pelbagai kitab.

Oleh ituߨ pada saya❟ syarat kriteria yang minimum bagi seorang musnid adalah memadai apabila orang melihat jumlahnyaޱ ia memiliki beraneka riwayat yang memberi impresi kepada tanggapan banyak terhadapnya.

Barangkali ada yang mempertanyakan tentang mengapa saya mensyaratkan pada cukupnya seorang syeikh periwayatanߨ tetapi ia menyampaikan pelbagai riwayat kepada sumbernyaߨ manakala tidak cukup syarat pula jika seseorang memiliki ratusan syeikh periwayatanߨ tetapi ia menyampaikan kepada satu sumber sahaja.

Saya katakanܩ ini kerana objektif seorang musnid ialah menyampaikan kepada pelbagai sumber kitabߨ bukan mengumpulkan jumlah syeikhnya. Apa guna ramai syeikh periwayatan dan mengumpul banyak periwayatanߨ tetapi hujungnya adalah cuma satu sumber sahaja?

Dengan ini❟ jika seseorang mendapat sanad «Itḥāf al♮Akābir Bi Isnād ad♮Dafātīr» karya aš♮Šawkāniyy yang mana ia menghimpun riwayat ke pelbagai kitab sebagai contohޱ sudah memadai untuk seseorang itu menjuluki dirinya sebagai musnid apabila cukup kriterianya.

Orang lain mungkin akan lihat ia cuma satu periwayatan sahaja kerana semata-mata melihat pada kitab «Itḥāf al♮Akābir Bi Isnād ad♮Dafātīr» sahaja. Namunߨ jika dilihat pada periwayatan yang ada di dalamnyaޱ kita akan mendapati betapa banyak riwayat yang menyampaikan kepada sumbernya.

Namunߨ jika seseorang ada beratus-ratus jalur yang hanya sampai kepada «Matn al♮Ājurrūmiyyaẗ» karya aṣ♮Ṣonhājiyy sahajaޱ ini masih belum melayakkan seseorang itu sebagai musnid.

Begitu juga tidak cukup jika seseorang itu dikira musnid jika tidak membuat membuat apa-apa pemakluman tentang riwayatnya sekalipun dia menyimpan ratusan periwayatan kerana musnid perlu ada interaksi bersama orang lain supaya dia boleh menyampaikan riwayat itu.

Begitu juga tidak cukup untuk dikira sebagai musnid jika seseorang yang lain sukar untuk mendapatkan ijazah sanad daripadanya seperti seseorang itu membuat syarat yang membebankan untuk mendapatkan ijazah daripadanya atau mengenakan yuran yang terlalu tinggi untuknya atau enggan sama sekali untuk menginisiatif untuk mengijazahkannya kepada sesiapa sahaja selepasnya sekalipun didesak berkali-kali sehingga kematiannya.

Kenapa cukup seseorang itu memaklumkannya dan tidak disyaratkan ada seorang pun menerimanya? Ini kerana kadangkala seseorang itu ada halangan untuk mengijazahkannya seperti seseorang itu dipenjara secara zalim oleh pemerintah sebagai contoh dan dia mati di dalamnyaߨ tetapi tidak sempat untuk mengijazahkannya kepada sesorang yang lain pada hayatnya atau orang itu sudah mengumumkannya bahawa dia akan mengijazahkannya kepada seluruh warga semasanya dari kalangan musliminߨ tetapi Allah tidak merezekikannya dia terkenal sehingga tiada siapa tahu tentangnya walaupun orang itu sudah berusaha semampu yang mungkin untuk masuk ke pelbagai wahana untuk membentangkan kualifikasinya sebagai sanad.

Akan tetapiޱ pemakluman itu sudah mencukupkan bahawa seseorang itu ada kualifikasi sebagai musnid apabila orang melihatnya walaupun dari kelompok kecil. Kalaulah ketentuan Allah ⁃Tabāroka Wa Taᵟālā⁃ atas sebaliknyaޱ pasti dia berpeluang untuk menyampaikan ijazah kepada orang ramai dan menjalankan aktiviti itu meskipun secara pasif.

Begitu juga seseorang itu tetap perlu memaklumkan pada wahana yang orang lain boleh tahu sekalipun dari kalangan kelompok yang kecil dan menepati syarat utama bahawa seseorang itu memiliki pelbagai riwayat untuk pelbagai sumber meskipun hanya melalui dengan satu syeikhnya sahaja.

Ini kerana apabila jika Allah mengkehendaki untuk angkat halangannya seperti dibebaskan daripada tahanan atau bertemu peluang untuk menjadi popularޱ maka dia berpeluang untuk menjalankan kegiatannya sebagai musnid.

Sama sahaja seperti pengajar. Cumaߨ pengajar berbeza dengan guru kerana guru perlu adanya murid dan pengajar tidak semestinya demikian. Namunߨ kedua-duanya mesti ada usaha pendidikan yang membantu pelajar untuk capai suatu kemahiran tertentu secara berperingkat. Jika sekadar berkongsi ilmu sahajaޱ tidak dikira sebagai guru.

Pengajar mesti ada wahana untuk dia menyampaikan ilmu yang mana orang boleh mengaksesnya seperti rakaman di media sosial walaupun hanya sedikit sahaja yang mengambil manfaat daripadanya atau tiada orang langsung yang mengikutinyaߨ tetapi dia diketahui bahawa dia ada usaha untuk pendidikan dalam mencapai suatu kemahiran tertentu secara berperingkat.

Kemungkinan dia tidak mendapat murid mungkin kerana dia sememangnya dalam suratan takdir bahawa dia tidak terkenal atau mungkin ada halangan lain untuk dia mendapatkan murid seperti dia dikenakan perintah tahanan di rumah secara zalim oleh pemerintah dan dilarang mengajar secara terbukaߨ tetapi dia meninggalkan rakaman untuk generasi akan datang yang sesudahnya untuk mendapatkan pengajarannya atau sekelompok kecil mendapatkannya.

Malahߨ pemakluman ini juga sebagai bahan persediaan untuk periwayatan sepertimana seseorang mekanik kereta perlu menyediakan premis, bahan-bahan, perkakas dan kelengkapan untuk dia membuat kerja sebagai mekanik sebelum dia memanggil dirinya sebagai mekanik atau dijuluki dengannya.

Semasa dia menjadi pelajar sebagai contohܦ dia sendiri tidak dipanggil mekanik walaupun dia terlibat dengan praktikal dengan menjalankan beberapa kerja mekanik dan dia cemerlang sepertimana mereka yang sudah ada profesion dengan kerja mekanikal. Namunߨ pada peringkat ini❟ dia masih belum lagi boleh dipanggil sebagai mekanik.

Setelah dia keluar daripadanya seperti menamatkan pelajaran daripadanyaܦ untuk dia menjadi seorang mekanik sama ada secara pekerjaan atau hobiܦ dia perlu menyediakan semua yang diperlukan supaya dia boleh menjalankan kerjanya sebagai mekanik. 

Apabila seseorang yang lain melihat persediaan yang dia buat serta diakui ada tekad untuknya dan kemahirannyaޱ maka dia boleh memang boleh untuk dipanggil mekanikߨ tetapi ia adalah panggilan untuk mereka yang sudah berada di peringkat persediaanߨ bukan perlaksanaan lagi. Walaupun mungkin terhalang untuk merealisasikannya seperti banjirޱ dia masih boleh dijuluki sebagai mekanik sekalipun belum membuat apa-apa kerja yang berkaitan dengannya kerana melihat pada fasa persediaannya.

Sebegitu juga dengan seseorang yang sudah mendaftar sebuah institusi pengajian dan diterima sebagai pelajar. Makaߨ orang itu boleh dikatakan sebagai pelajar atau mahasiswa atau mahasiswi bagi institusi itu walaupun dia belum mula untuk kelas pertamanya kerana dilihat dari fasa awalnya pada penerimaannya dan persediaannya untuknya. Kalau dia ada halangan untuk menghadiri kelas pertama seperti institusi itu terbakarޱ dia masih tetap dikira sebagai pelajar.

Sebegitu juga dengan seseorang yang diterima untuk bekerja bagi suatu syarikat dan dia boleh dikatakan pekerja untuknya walaupun belum mula bekerja pada hari pertama lagi.

Sebegitu juga dengan musnid. Untuk seseorang itu dipanggil musnid❟ langkah awal yang dia perlu buat adalah membuat pemakluman agar diketahui oleh orang bahawa dia memiliki pelbagai periwayatan untuk pelbagai sumber. Walaupun mungkin tidak berkesempatan untuk memulakan kegiatannya disebabkan halangan yang menimpanyaޱ dia tetap dipanggil musnid bagi peringkat persediaan. 

Sudah tentu fasa bagi orang yang masih di peringkat persediaan dan yang sudah lama berkecimpung dengannya adalah berbeza. Itulah yang membezakan antara junior dengan senior dan masing-masing ada martabatnya sama ada dari segi tempoh berkecimpung dan kontribusinya.

Sememangnya tidak sama seseorang yang dipanggil mekanik bagi yang baru memulakannya dan sudah lama dengannya. Akan tetapiߨ itu tidak menafikan bahawa peringkat persediaan telah membolehkan seseorang itu dipanggil mekanik selagimana ada tekad untuknya yang mana jika tiada apa-apa halangan dan cukup sumbernyaޱ sememangnya dia akan melanjutkannya dan menjalakan kerja itu. Atas sebegitulah dia tetap dipanggil mekanik. Sebegitu juga dengan musnid.

Namunߨ jika semua daripada mereka ini berhadapan dengan halanganߨ tetapi masing-masing tidak ada tekad untuk meneruskannyaޱ maka tidak boleh untuk memanggil dirinya sebagai musnid, mekanik, pelajar atau pekerja. Ini kerana semua daripada ini mesti ada memasuki peringkat seterusnya؛ iaitu ada kegiatan dengannya walaupun secara pasif yang akan diterangkan.

Seseorang yang mendaftar sebagai pelajar bagi institusi yang berhadapan dengan halanganߨ kemudian tidak ingin meneruskan pembelajaran di institusi itu setelah ia pulih tidak layak untuk memanggil dirinya sebagai pelajar.

Atas sebab itulah mereka yang tidak hadir mana-mana kelas pun walaupun ada dalam senarai daftar masih tetap tidak dikira pelajar. Apabila seseorang itu mengatakan bahawa dia sudah sepuluh tahun mendaftar sebagai pelajarߨ tetapi tidak pernah menghadiri mana-mana kelas di institusi ituޱ maka dengan sendirinya❟ dia tidak layak digelar pelajar. 

Sebegitu juga orang yang menamatkan pelajaran di institusi tersebut dan tidak meneruskannya seperti sudah bergraduasi. Dia pun tidak dipanggil pelajar bagi institusi tersebut walaupun dipanggil sebagai bekas pelajar atau pelajar atas konteks melihat pada masa yang lalu.

Sebegitu juga dengan musnid yang jika dia tidak meneruskan kegiatannya setelah halangan itu diangkatޱ maka dia tidak dipanggil musnid melainkan dia kembali untuk menjalankan kegiatannya sekalipun pasif.

Kenapa kelompok kecil sudah memadai? Kalaulah ditakdirkan ada musnid yang besar dari kelompok kecil itu mengetahuinyaޱ pasti dia diiktiraf bahawa dia mempunyai pelbagai riwayat untuk sumbernya dan layak untuk dipanggil sebagai musnid dan pengiktirafan dari seorang ini sahaja sudah memadai.

Atau mungkin sahaja dia ada murid yang biasa-biasa sahaja pada awalnya. Namunߨ atas izin Allah❟ muridnya itu naik ke peringkat tertinggi sehingga dia menjadi seorang yang musnid yang jauh mengatasi gurunyaߨ tetapi dia memperakui bahawa gurunya walaupun tidak terkenal dan dilihat biasa-biasa sahajaޱ dia mendapat faedah pelbagai riwayat daripadanya untuk menjadi penambahan jalur yang dia terima.

Samalah juga untuk seseorang yang dipanggil sebagai pengajar yang faqih. Maka ini tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pengajar dan kemampunnya walaupun hanya beberapa murid sahaja yang ada bersamanya dan dia tidak terkenal di perhatian masyarakat. Asalkan dia sudah berkhidmat untuk penyampaian ilmu dan ada komitmen untuknya sudah memadai.

Kenapa pula disyaratkan untuk terbuka dalam menginisiatifkan pengijazahan sanad tanpa perlu susah payah? Ini kerana tiada manfaat apa-apa riwayat yang dimaklumkan sehingga diketahui oleh orang ramai kalau memperolehnya sahaja pun sangat sukar disebabkan syarat yang dikenakan sangat membebankan.

Seolah-olah walaupun diadakan majlis khusus yang bersiri yang lengkap dari awal kulit hingga khatam pun dan berulang berkali-kali pun masih sukar untuk dia memberikannya. Orang sebegini tidak layak untuk digelar musnid sama sekali kerana tidak terbuka untuk periwayatan kepada orang lain.

Sama seperti seseorang yang ingin dipanggil sebagai pengajarߨ tetapi untuk mendapatkan ilmunya❟ sangat sukar sekali. Orang sebegini tidak layak dipanggil pengajar kerana tiada penyampaian ilmu kepada orang lain.

Kenapa tidak disyaratkan dengan ada kegiatan yang aktif untuknya? Sama juga seperti pengajar. Tidak disyaratkan dia perlu sepenuh masa dalam pengajaran. Cukup dia ada komitmen untuknya yang pasif untuknya.

Komitmen di sini adalah membezakan seseorang yang hanya sekadar berkongsi ilmu seperti menyelit perbincangan ilmu di sembang kedai kopi. Sekadar ini sahaja tidak mencukupkan seseorang itu sebagai pengajar walaupun ada perkongsian ilmu yang membantu untuk pendengar.

Sama juga dengan musnid. Tidak hanya dengan periwayatan satu riwayat sahaja di suatu keadaanߨ lalu dia pun dipanggil musnid kerana itu. Dia mesti ada komitmen dan usaha untuk melaksanakan pengijazahan sekalipun secara pasif.

Sememangnya benar bahawa jika ditinjau dengan kriteria yang saya kemukakan ini tampak tidak melayakkan seseorang itu menjadi musnid pada kefahaman konvensional. Akan tetapiߨ sepertimana yang Maḥmūd Saᵟīd Mamdūḥ menyebutkan bahawa setiap musnid ada darjatnya. Tidakkah seyogianya untuk ada ketetapan kriteria yang minimum supaya seseorang itu seberhaknya dipanggil musnid?

Kalau kita tidak membenarkan pengamalan panggilan musnid dengan pendefinisian dalam 〈Muṣṭolaḥ al♮Ḥadīṯ〉ޱ mengapa pula kita ingin membiarkan sahaja syarat musnid itu dibiarkan dengan apa yang difahami secara konvensionalߨ tetapi tiada kriteria yang minimum untuknya?

Walaupun difahami bahawa musnid adalah dia adalah orang yang ada khidmat kepada periwayatan sanad dengan mengadakan majlis yang khas untuknya, memegang pelbagai jalur isnad dengan memiliki rekod simpanan untuknya, memiliki ramai masyayikh periwayatan dan menjadi tumpuan untuk mendapatkan sanad periwayatanޱ akan tetapiߨ ini adalah tanggapan umum tentang musnidߨ bukan kriteria. Seseorang perlu membezakannya dengan baik-baik.

Sama seperti yang difahami bahawa ulama adalah orang yang terkenal di mata masyarakat dengan kompetensinya dalam ilmunya, memiliki pelbagai penulisan, terlibat dengan pelbagai majlis ilmu dan sentiasa menjadi tempat pertanyaan masyarakat. Akan tetapiߨ ini bukan sama sekali kriteria. Ini kerana kriteria bagi seseorang ulama bukanlah mesti terkenal dan seterusnya sepertimana yang disebutkan.

Cukuplah seseorang itu dikenali oleh kelompok yang kecil sekalipun. Namunߨ keterkenalan itu hanyalah sekadar tanggapan yang tersebar tentang kefahaman pada yang disebutkan seseorang itu adalah ulamaߨ bukan kriteria sama sekali. Harap dapat dibezakan dengan sebaik-baiknya!

Semoga Allah memberikan mata yang terang lagi tajam untuk melihat kebenaran, memerhatikannya dan mengenal pasti yang betul kepada kita demi kemantapan ilmu dan kefahaman.

Bolehkah Menjadi Perawi Dalam Rantaian Yang Tidak Ingin Dikenali?

Mungkin sahaja ada seseorang tidak gemar kepada kemahsyuranߨ tetapi dia masih ingin menyampaikan ilmu dan menyebarkannya kepada umum. Perkara ini diterima dalam bidang ilmu. Kita lihat pada penulis kitab «a♮Manẓūmaẗ al♮Bayqūniyyaẗ»; ᵟUmar atau Ṭoha bin Muḥammad bin Futūḥ al♮Bayqūniyy sebagai contoh. Az♮Zarqōniyy berkata tentangnya :

ولم أقف له على اسم ولا ترجمة ولا ما هو منسوب إليه

|Tidak aku tahu untuknya pada nama, biografi dan tidak juga apa yang dinisbahkan kepadanya.|〖Al♮Manẓūmaẗ al♮Bayqūniyyaẗ Bi Šarḥ aš♮Šayẖ Muḥammad Ibn ᵟAbd፤l♮Bāqī az♮Zarqōniyy Maᵟa Ḥašiyaẗ aš♮Šayẖ ᵟAṭiyyaẗ al♮Ajhūriyy﹇m/s 228﹇keluaran Dār al♮Kutub al♮ᵟIlmiyyaẗ﹇tahqiq Ṣolāḥ Muḥammad ᵟUwayḍoẗ〗 .

Sebegitu juga dengan pengarang «Matn al♮Bināᄅ Wa al♮Asās»; Mullā ᵟAbd፤llāh ad♮Datfaziyy. Begitu juga dengan pensyarah kepada kitab «Ayyuhā al♮Walad» karya Abū Ḥamid al♮Ġozzāliyy yang tidak diketahui siapa penulisnya.

Sekalipun begituܦ ilmu mereka dimanfaatkan dan diberi perhatian yang tinggi kerana besar nilainya dalam kandungannya dan tidak ada apa-apa yang memudaratkan dalam penyampaian kendatipun ketidaktahuan identiti setiap seorang daripadanya.

Cumaߨ yang menjadi permasalahan adalah bagaimana pula jika seseorang itu ingin menjadi perawi yang meriwayatkan suatu riwayat dalam keadaan dirinya tidak ingin dikenali ramai dan tidak mahu menjadi perhatian sekeliling? Adakah ini sama keadaannya sepertimana menjadi seorang pengarang?

Pada saya❟ tidak ada masalah sama sekali kerana objektif periwayatan pada masa kini bukan lagi mementingkan piawaian yang sama sepertimana fasa pertama. Cukup dengan syarat minimum yang sudah disebutkan tadi.

Lagipunߨ berbalik juga pada maqasid kepada tradisi ini؛ iaitu mengambil berkat, meneruskan legasi para ulama terdahulu dan menghubungkan pertalian antara seseorang dengan seseorang yang lain dalam rantaian sanad. 

Semua ini bukan terhad untuk orang yang masyhur yang disebut-sebut dengan penuh gemilang, kenamaan yang dijulang di mana sahaja dia berada dan dipandang dengan penuh perhatian dari seantaro dunia.

Sesiapa sahaja boleh mempraktikkannya walau dalam komuniti yang kecil di kawasan kampung yang terpencil di hujung gunung pun antara ustaz kampung dengan penduduknya yang tidak pernah keluar daripadanya. Ia bukan milik sesuatu kelompok yang terkenal sahaja.

Benar bahawa sangat seeloknya jika seseorang mendapatkan sanad daripada orang yang ada namanya di tempat masyarakat, dikenali sosok identitinya dan diperakui meritnya kerana itu ada nilainya yang besar yang sekurang-kurangnya pada sentimental. 

Akan tetapiߨ setiap kota dan setiap desa ada bahagiannya masing-masing untuk menjayakan semangat tradisi ini dan mudah-mudahan Allah merahmati mana-mana sahaja yang menggiatkan aktiviti yang mulia ini.

Datuk seseorang itu mungkin kurang dikenali masyarakatߨ apalagi di dunia. Namunߨ ahli keluarganya dan beberapa orang yang mengenalinya secara rapat tahu tentang keadaan dirinya dari segi kebaikannya dan keberagamaannya. Patutkah orang luar meremehkan ijazah seseorang yang menerima dari datuknya hanya kerana dia kurang dikenali atau tidak diketahui identitinya di sisi mereka?

Untuk hal ini❟ ia mengingatkan saya tentang perbahasan tentang sosok perawi yang bernama Muḥammad bin Sinnaẗ al♮Fullāniyy yang merupakan antara syeikh periwayatan utama bagi Ṣōliḥ bin Muḥammad al♮Fullāniyy yang mana dia dipertikaikan kewujudannya oleh sebahagian pengkaji dan dia dituduh sebagai nama rekaan yang direka oleh Ṣōliḥ al♮Fullāniyy. 

Antara yang membangkitkan perkara ini adalah Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy dan dia menghasilkan karya khas tentangnya yang berjudul «al♮ᵟAtb al♮Iᵟlāniyy Li Man Waṯṯaqo Ṣōliḥaⁿ al♮Fullāniyy» serta mendedahkan sedikit tentang perkara ini dalam «al♮Muᵟjam al♮Wajīz Li al♮Mustajīz». Begitu juga ᵟAbd፤l♮Ḥafīz al♮Fāsiyy dalam «Muᵟjam aš♮Šuyūẖ» yang membahaskannya. ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz bin Fayṣol ar♮Rōjiḥiyy juga menambah keterangan panjang dalam «Hudā as♮Sārī Ilā Asānīd aš♮Šayẖ Ismāᵟīl al♮Anṣōriyy».

Saya tidak mahu berbahas tentangnya di sini. Jika kita memilih dalam bersangka sekalipun atas sebab kredibiliti Ṣōliḥ bin Muḥammad al♮Fullāniyyޱ sekurang-kurangnya Muḥammad bin Sinnaẗ al♮Fullāniyy adalah insan yang tidak dikenali dan sah untuk meriwayatkan daripadanya walaupun boleh untuk seseorang memilih untuk tidak meriwayatkannya daripadanya dalam mengelakkan pertikaian mengenainya.

Seperti ini juga riwayat Muḥammad bin ᵟAliyy as♮Sanūsiyy dari aš♮Šarīf ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz yang pernah singgah Habsyah yang mana dia didakwa hidup berusia 500 tahun lebih dan dia meriwayatkan terus dari Ibn Ḥajar al♮ᵟAsqolāniyy sepertimana yang disebutkan Aḥmad al♮Ġumāriyy dalam «al♮Muᵟjam al♮Wajīz Li al♮Mustajīz» dan ᵟAbd፤l♮Ḥayy al♮Kattāniyy dalam «Fahrosaẗ al♮Fahāris Wa Aṯbāt Wa Muᵟjam al♮Maᵟājim Wa al♮Mašyaẖōt Wa al♮Musalsalāt».

Tiada siapa pun menafikan keperibadian Muḥammad bin ᵟAliyy as♮Sanūsiyy sebagai seorang yang berkredibiliti. Mungkin sahaja insan ini benar-benar wujud kendatipun dia tidak dikenaliߨ tetapi kita tidak meriwayatkannya kerana mengelakkan pertikaian dan ia tidak dijadikan jalur utama dalam periwayatan kepada Ibn Ḥajar al♮ᵟAsqolāniyy.

Sikap Yang Melampau Yang Berkaitan Dengan Keberkatan

Antara isu yang selalu dimomokkan oleh sebahagian orang yang membawa tradisi ini adalah mana-mana kitab yang dipelajari tanpa sanadޱ maka pembelajaran itu kurang keberkatan. Ini sememangnya kata-kata yang berlebihan dan teralpa dalam memandang kepada realiti.

Ini kerana tidak semua kitab memiliki sanad yang jelasߨ tetapi masih menjadi pilihan untuk para ulama mengajarinya dan para penuntut ilmu mempelajarinya. Bahkanߨ buku itu menjadi rujukan dalam memahami suatu permasalahan, mengupas sesuatu itu, sandaran untuk pelbagai tesis atau jurnal dan menginspirasikan idea atau wacana yang baru dalam medan tersebut.

Cukup dengan kitab jawi di tanah air kita sebagai contoh. Boleh dikatakan kebanyakannya tidak mempunyai rekod silsilah untuk sanad bagi kitab itu. Namunߨ kitab-kitabnya menjadi warisan zaman berzaman dalam menjadi material pembelajaran di pondok dan semua yang berkecimpung dengan kitab ini mengerti bahawa untuk setakat ini❟ kitab itu telah berbakti kepada masyarakat dan silsilah ilmu itu terus mewarisi turun-temurun sekalipun tiada rekod pengijazahan bersanad daripadanya.

Sebegitu juga dengan kitab yang menjadi berupa tesis atau tesis yang dikitabkan atau tesis yang dimartabatkan seperti kitab. Karya-karya ini manfaatnya tersebar dan keberkatannya dirasai pada pengisian kitabnya, keagungan nilainya dan keunggulan penulisnya.

Apakah hanya kerana tiada sanad bagi kitab itu terus divonis dengan pembelajaran atau pembacaan kitab itu mengurangi keberkatan dari sudut kefahaman, faedah dan amalan yang meredhakan pengerannya? 

Sekalipun untuk memperkasakan tradisi iniܦ ia tetap tidak membenarkan sikap melampau sebegini. Amat dikhuatiri adalah apabila adanya sangkaan sebeginiޱ Allah benar-benar menyedikitkan berkat ke atas orang yang ada tanggapan seperti itu ketika dia mempelajari atau membaca kitab tersebut. Kita berlindung daripada Allah daripada kejahatan diri kita sendiri.

Sekurang-kurangnya kita sedar bahawa kitab atau tesis yang ditulis adalah ahli ilmu dan hal tersebut telah sabit tanpa ragu. Barangkali sahaja penulis adalah wali-Nya yang disayangi tanpa kita tahu. Jika tidak ada sanad bagi kitab tersebutޱ tidak bolehkah kita bersangka baik dan memuliakan kitab itu sebagai hasil dari tangan seorang ilmuwan?

Cuba bayangkan seseorang memiliki karya ayahnya dan ayahnya pula tidak pernah mengijazahkan karya itu kepada sesiapa dan anaknyaߨ lalu ada orang berkata kepadanya bahawa Kitab ayahnyakurang keberkatan kerana tiada ijazah daripadanya. Tidakkah ini suatu penghinaan kepada ayahnya?

Begitu juga seseorang yang berkata bahawa sesuatu sanad itu tidak berkat atau kurang berkatnya jika diambil dari orang yang tidak dikenali. Kalau begituޱ karya «a♮Manẓūmaẗ al♮Bayqūniyyaẗ», «Matn al♮Bināᄅ Wa al♮Asās» dan syarah kitab «Ayyuhā al♮Walad» tidak boleh diambil kerana penulisnya tidak diketahui sosoknya dan keperibadiannya! Sebegitu juga dengan kasus Muḥammad bin Sinnaẗ al♮Fullāniyy yang Ṣōliḥ bin Muḥammad al♮Fullāniyy mengambil daripadanya.

Cuba bayangkan seseorang mendapat ijazah daripada datuknya dan datuknya pula tidak dikenali oleh masyarakat. Malahߨ teman atau saksi yang sezaman dengannya untuk memberikan testimoni atau perakuan tentang keperibadiannya, keluhurannya dan jasa baktinya kepada ilmu telah pun meninggal dunia dan hanya sedikit sahaja orang seperti ini ketika hidupnya.

Kemudianߨ tiba-tiba orang luar datang kepadanya dan berkata sanad kamu tidak memiliki keberkatan atau kurang keberkatan kerana datuknya kurang dikenali atau tidak dikenali. Tidakkah ini suatu penghinaan terhadap datuknya?

Yang menghairankan adalah orang sebegini apabila kita cuba mendapatkan ijazah daripadanyaޱ dialah yang paling awal untuk bakhil dalam memberikannya dan berkeras untuk menunaikan permintaan sekalipun sudah diminta secara santun berkali-kali. Malahߨ untuk mendapatkannya darinya❟ perlu melalui susah payah.

Kemudianߨ apabila kita menuntut dari orang lainޱ mereka juga seringkali bersangka buruk dan sinis sebagai orang yang hanya mencari ahli ilmu semata-mata untuk sanad walaupun ahli ilmu itu tidak ada masalah untuk memberikannya secara umum bagi sesiapa yang meminta tanpa banyak berkira.

Jika mereka berkata bahawa perlunya seseorang itu ada hubungan erat bersama guru dan kefahaman dalam pengajian sebelum memperoleh sanadޱ ini sekaligus mereka akui bahawa akhirnya kedua-dua itu lebih diutamakan berbanding sanad dan inilah yang kami tekankan dan berpandangan dengannya. 

Kami menegaskan bahawa sanad cumalah tradisi yang menjadi nilai tambahޱ bukan keperluan utama untuk penuntut ilmuߨ hatta ulama itu sendiri pun sekalipun kami menggalakkan dan berusaha untuk memperkasakannya. Ia adalah pentingߨ tetapi tidak sepenting perhubungan dan kefahaman. Malahߨ nilai keberkatan kedua-dua ini jauh lebih besar dari memiliki sanad semata-mata.

Yang lebih ironi adalah sebahagian orang yang berkata sebegini adalah orang yang terbabit dengan kegiatan ini dan mereka sendiri akui bahawa mereka bukan dikenali pun berbanding musnid atau ilmuwan lain. 

Mereka terkenal pun hanya dengan indeks carian 〈Google〉 yang memaparkan profil media sosial mereka dan hantara mereka dan rakaman kuliah mereka di 〈Youtube〉 pun tidaklah mendapat sambutan sepertimana seberhaknya bagi orang yang mereka anggap sebagai bebas dari batasan insan yang tidak dikenali.

Tentu lagi yang lebih rendah daripada ini adalah lebih teruk sekali. Adakalanyaߨ Allah menyingkapkan sikap hipokrit ini sebagai balasan terhadap sikap buruk mereka terhadap orang lain.

Mengapa Saya Tidak Mengijazahkan Riwayat Saya Secara Umum Lagi Mutlak Lagi Sehabisan Dengan Mudah?

Mungkin sahaja pembaca yang membaca penulisan ini akan terdorong hati untuk meminta ijazah sanad daripada saya sama ada secara khusus atau secara umum lagi mutlak lagi sehabisan. Makaߨ saya merasakan saya perlu menjelaskannya di sini supaya dapat pendirian saya dan pilihan saya bersama sebabnya berkenaan dengan ini.

Untuk ijazah khusus bagi kitab tertentu sebagai contoh❟ saya sudah pun menjalankan beberapa majlis untuknya dan sebahagian peserta atau pelajar telah pun memperolehnya. Bagi yang mengikutinya atau memenuhi syarat saya❟ dia akan mendapatkannya.

Untuk pengijazahan semua periwayatan saya secara umum lagi mutlak lagi menyeluruh❟ saya juga ada hasrat untuk melakukannya sepertimana musnid yang lain yang mengijazahkan semua periwayatannya kepada saya.

Akan tetapiߨ saya tidak dapat melaksanakannya kerana ada beberapa sebab yang sebahagiannya adalah sebab peribadi. Pertama꛶ pemegang ijazah ada hak untuk tidak meriwayatkannya sepertimana Ibn Qutaybaṭ tidak mahu meriwayatkan hadis walaupun didesak kerana menurutnya❟ ada 800 orang muhaddits yang lain semisal gurunya di Baghdad sepertimana yang dikutip oleh aḏ♮Ḏahabiyy dalam «Siyar Alᵟām an♮Nubalāᄅ».

Bahkanߨ pemegang sanad boleh menetapkan syarat untuk tidak mengijazahkan kepada seseorang secara umum lagi mutlak lagi sehabisan melainkan setelah seseorang itu memenuhi syaratnya sepertimana yang dijelaskan tadi.

Malahߨ sememangnya ada sebahagian musnid yang tidak memberikan ijazah umum yang mutlak lagi sehabisan seperti ᵟAbd፤l♮Ḥakīm al♮Anīs. Seseorang hanya boleh mendapat sanad daripadanya hanya dengan melalui majlis khas sahaja. Bahkanߨ ini sememangnya tidak menghairankan kerana sebegini juga rata-rata musnid atau orang yang terlibat dengan ini.

Kedua꛶ ia sebagai keadilan bagi peserta lain atau pelajar saya dan menjaga perasaan mereka  yang bersusah payah mendapatkannya seperti mendengar sehingga habis, mengikutinya tanpa luput banyak, mengorbankan masa yang lama, membelanjakan wang yang banyak dan pelbagai lagi. Laluߨ orang lain di luar secara mudahnya mendapat dengan ijazah sebegitu sahaja? Apa perasaan mereka?

Ketiga꛶ untuk memperoleh ijazah sanad ini❟ saya juga berkorban dan mengharungi kesulitan sepertimana penerima dari kalangan peserta saya atau pelajar saya. Mengenangkan apa yang saya lalui dalam memperolehnya❟ saya belum terbuka hati untuk memberikan sebegitu sahaja tanpa peserta lain melalui apa yang saya laluiߨ lebih-lebih lagi mengenangkan wang yang telah saya memperuntukkannya dan masa yang telah saya labur untuk memperolehnya.

Keempat꛶ hidup saya bukanlah orang yang senang sepertimana kebanyakan musnid yang lain yang sekarang ini dapat kita mengatakan bahawa mereka ini hidup yang senang yang sekurang-kurangnya mereka tidak perlu fikir panjang tentang pendapatan dan kewangan. 

Saya juga perlu memikirkan kos sara hidup untuk ditampung, komitmen yang perlu didedikasikan dan mengharungi pelbagai lagi dugaan dalam hidup ini. Meskipun begituޱ saya tetap menghasilkan tsabat untuk mengumpulkan semua perolehan saya dan isnadnya kepada penghujungnya yang merupakan projek jangka panjang saya sepertimana para musnid yang lain. 

Cumaߨ disebabkan situasi yang saya lalui sekarangܦ saya belum terbuka jiwa untuk mengijazahkannya sebegitu sahaja. Penghasilan tsabat saya pun bukannya mudah dan mengorbankan banyak masa berharga saya. Ini juga antara sebab kuat saya tidak melakukan pengijazahan umum lagi mutlak lagi sehabisan.

Mungkin persepsi saya ini akan berubah jika suatu hari Allah ⁃Tabāroka Wa Taᵟālā⁃ melapangkan urusan saya, mengangkat kesempitan yang saya hadapi dan melimpahkan kurnia-Nya yang agung dari rahmat-Nya dan kesantunan-Nya.

Pun begituߨ saya boleh mengenepikan semua sebab ini dalam mengijazahkan apa yang saya miliki sama ada kesemuanya atau sebahagiannya apabila situasi yang menyenangkan saya. Contohnya adalah jika ada musnid lain yang ingin meminta ijazah dari saya, bertadabbuj bersama saya dan ingin meriwayatkan daripada saya atau seseorang membuat bayaran yang memuaskan saya untuk melakukannya atau seseorang membantu saya untuk melakukan kerja yang mereka berbaloi untuk saya menghargai mereka dengannya.

Malahߨ saya telah pun berwasiat bahawa semua warga semasa dengan saya mendapat ijazah semua periwayatan saya setelah kematian saya sebagai pengharapan agar nama saya terus bersambung dalam isnad. Oleh ituߨ semua orang tetap mendapat peluang mendapat ijazah daripada saya.

Sikap Jelek Sebahagian Orang Apabila Berseteru Dengan Orang Lain Dalam Isu Kepercayaan Terhadap Perolehan Isnad

Dalam mana-mana jua urusan kita pun❟ pasti kita akan mendepani dengan pelbagai sikap jelek sebahagian orang yang memiliki pelbagai wajah, perangai dan gelagat yang sememangnya terang-terangan ada permusuhan dengan kita.

Cukuplah untuk mejadikan saya sebagai subjek perbincangan untuk mangsa dari perangai jelek sebahagian orang yang berseteru dengan saya. Bagi yang mengenali saya❟ sememangnya saya membawa erotisisme di media sosial dan saya sudah biasa menghadapi kecaman sebahagian orang yang memandang jelek terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menjustifikasikan pilihan saya di sini.

Cumaߨ dalam perolehan isnad dan ijazah daripada masyayikh dari kalangan musnid❟ sebahagian mereka mengingkari kredibiliti saya bahawa saya benar-benar memperolehnya dan cara pembangkangan mereka memperlihatkan sikap hipokrit dan perangai jelek dalam perbalahan dan sebab utamanya adalah berlanjutan daripada isu erotisisme pada saya.

Sebahagian daripada mereka ini adalah orang berilmu dan dalam masa yang berperangai jahat dan sombong. Sebahagian daripada mereka juga ada dari kalangan jadong dan ia adalah akronim untuk jahat, bodoh dan sombong. Ia mengingatkan saya kepada kata-kata Abū Ḥāmid al♮Ġozzāliyy tentang golongan yang tidak menerima penyembuhan. Dia berkata :

أما الذى لا يقبل: فأحدها: من كان سؤاله واعتراضه عن حسد وبغض، فكلما تجيبه بأحسن الجواب وأفصحه، فلا يزيد له ذلك إلا بغضاً وعداوة وحسداً، فالطريق ألا تشتغل بجوابه، فقد قيل:

كل العداوة قد ترجى إزالتها ** إلا عداوة من عاداك عن حسد

 فينبغى أن تعرض عنه، وتتركه مع مرضه؛ قال الله تعالى: «فَأَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا». [سورة النجم : ٢٩] والحسود بكل ما يقول ويفعل، يوقد النار فى زرع علمه: «الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب».

|Adapun yang tidak menerimanyaޱ maka salah seorang daripadanya adalah orang yang bertanya kepadanya dan membangkangnya kerana hasad dan berang. Setiapkali engkau meresponsnya dengan sebaik-baik respons dan sefasih-fasihnyaܦ tidaklah itu menambahkan untuknya melainkan berang, permusuhan dan hasad. Lantasߨ jalannya adalah tidak menyibukkan diri untuk meresponsnya. Telah pun dikatakan :

Setiap permusuhan diharapkan kehapusannya # melainkan permusuhan orang yang memusuhimu kerana hasad

Sepatutnya bagi engkau untuk berpaling daripadanya dan meninggalkannya bersama sakitnya. Allah Taᵟālā berfirman: {Berpaling daripada orang yang berundur dari peringatan kami dan tidaklah dia berkemahuan melainkan kehidupan dunia}. [Surah an♮Najm ayat 29]. Hasad dengan setiap apa yang dia berkata dan yang dia buat menyalakan api pada tanaman ilmunya. Hasad memakan setiap kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar.|〖Ayyuhā al♮Walad﹇karya Abū Ḥāmid al♮Ġozzāliyy﹇m/s 67﹇keluaran Dār al♮Minhāj〗.

Golongan pertama ini yang paling ramai sekali. Pertama sekali adalah apabila mereka tidak berpuas hati dengan saya kerana memiliki isnad untuk pelbagai kitabޱ mereka mendesak saya habis-habisan untuk memaparkan bukti bahawa saya menerima ijazah sama ada dalam bentuk sijil perakuan, sijil ijazah dan sebagainya.

Soalannya adalah kenapa dengan saya❟ mereka berhabis-habisan dan bermati-matian meminta dari saya? Kenapa tidak buat yang sama untuk syeikh, para ulama dan para musnid di 〈Universiti Al-Azhar〉, 〈Universiti Al♮Qorowiyyīn〉, 〈Dār al♮ᵟUlūm〉 dan yang ada di serata dunia? Pernahkah mereka bertanya soalan yang sama seumpama mereka bertanya kepada saya? Pernakah mereka desak untuk memaparkan bukti mereka dapat atau dengar?

Selagimana mereka tidak buat yang sama pada syeikh mereka atau ulama yang ada di serantau duniaߨ lalu memenuhi permintaan merekaܦ selagi itulah saya tidak akan melakukannya. Bahkanߨ para syeikh dan musnid pun jika mereka desak habis-habisan untuk menunaikan tuntutan merekaޱ tetap tidak akan dilayan dan diendahkan. Malahߨ orang itu akan dimarahi dan disinggung kerana itu cerminan sikap tidak beradab disebabkan suka menggeladah lebih dari apa yang menjadi batasan privasi mereka. 

Malahߨ kalau saya desak mereka sendiri seumpama yang mereka lakukan kepada sayaޱ mereka sangat enggan untuk melakukannyaߨ bahkan merasa berang kerana seolah-olah privasi diganggu. Kenapa pula desak saya jika mereka sendiri tidak mahu melakukannya jika didesak yang sama? Semoga Allah membalas kejelekan apa yang mereka perbuat.

Mereka sendiri tidak pernah sama sekali pun mempersoalkan riwayat yang masyayikh mereka peroleh sama ada absah atau sebaliknya. Mereka hanya sebut: "Kami terima ijazah syeikh kami" tanpa sedikit pun terlintas untuk bertanya sebagaimana mereka tuntut saya sehabis-habisnya sepertimana mereka tuntut hutang daripada saya.

Ini sangat jelas sikap hipokrit mereka dan menampakkan mereka adalah golongan pertama yang bertanya kepada saya atas dasar hasad, berang dan permusuhan. Malahߨ kalau saya memperkenankan untuk merespons mereka dengan menghidangkan apa yang mereka mahuޱ terubatkah sengketa mereka pada saya dan sangsi mereka terhadap saya? Silalah jamin dengan nama Allah bahawa tercapai semua ini apabila saya memenuhi permintaan mereka.

Sebagai contoh adalah jika saya membuktikan bahawa saya mendapat cop dari Aḥmad Marwaziyy bin Muḥammad Ṣiddīq al♮Batāwiyy yang saya dapat daripadanya melalui majlis periwayatan khasޱ mereka ini mungkin tuduh saya mencuri teks ijazah yang kosong namanya yang entah dari siapa kepunyaan penulisnya dan saya menulis nama saya di situߨ lalu saya mendakwa bahawa saya ambil riwayat daripadanya. 

Itulah perkara yang boleh diagak dari gelagat mereka ini. Semoga Allah membalas yang sama terhadap mereka bahawa mereka juga akan dipertikaikan kepercayaan mereka sekalipun mereka menampilkan bukti dari sisi mereka dan saya berharap agar apabila mereka ditimpa dalam situasi iniޱ mereka akan teringat dengan apa yang mereka buat pada saya.

Sedangkanߨ hidup ini aman jika kita menghindarkan diri dari perangai golongan pertama ini. Sekalipun musuh sayaܦ saya akan usaha juga untuk mendapatkan sanad daripada mereka. Cukup saya bertanya kepadanya sama ada dia memiliki ada sanad atau tidak untuk suatu periwayatan. Jika tidak adaޱ saya beredar. 

Jika adaޱ saya akan minta sama ada dia sudi mengijazahkannya kepada saya tidak. Saya sama sekali tidak akan mempersoalkan sama ada dia betul-betul mendengarnya secara penuh jika dia berkata bahawa dia memperolehnya dengan mendengar atau memaparkan bukti ijazah daripada syeikhnya jika ia dapat melalui ijazah atau saya tidak akan membuang masa untuk mempersoalkan keabsahan perolehannya atau tidak sekalipun saya ada perseteruan sengit dengannya. Jika tidak sudi ingin mengijazahkannya atau dia mensyaratkan dengan jalan yang sukar untuk sayaޱ saya beredar. Sebegini simpel sahaja proses saya.

Hidup ini sentosa tanpa memikirkan pertelingkahan yang tidak sepatutnya. Namunߨ apabila hasad dan permusuhan membara, sebati, berakar dan berkecamuk dalam diriޱ saya jika tiada sanadޱ mereka menyindir dan memperlecehkan saya. Jika saya ada sanadޱ mereka berdedikasi sehabisnya untuk mencemarkan saya dan menjatuhkan saya. 

Semoga Allah memberi rasa kepahitan kepada mereka melalui orang lain dengan apa yang mereka buat yang sama terhadap saya dan selain saya.

Yang lebih menghairankan lagi adalah golongan pertama ini sibuk mempertikaikan saya yang memiliki sanad dengan limpah kurnia daripada Allah ⁃Subḥānahu Wa Taᵟālā⁃ߨ tetapi mereka sendiri tidak ada sanad langsung atau sedikit sekali sanad mereka walaupun merekalah orang yang paling gemar berceloteh tentang sanad. Namunߨ mereka mendakwa apa yang mereka belajar ada sanad dengan bersangkaan sahaja bahawa gurunya ada sanad dan tidak pernah sedikit pun usaha untuk bertanya sama ada gurunya ada sanad atau tidak. 

Mereka selalu mencanangkan: "Guru saya ada sanad dan saya belajar dengannya secara bersanad" dengan sepenuh sangkaan baik. Akan tetapiߨ apabila dimintaޱ mereka enggan untuk memenuhinya. Sekarang❟ mereka sendiri pun buat apa yang mereka benci ketika saya melakukannya.

Tidak pernah sedetik untuk bertanyaߨ apatah lagi mempersoalkannya dan mempertikaikannya. Cukup hanya dengan sangka baik atas sebab tiada konflik bersama dengan gurunya atau orang lain. Namunߨ jika dengan sayaޱ nampaklah perangai hipokrit dan gelagat golongan pertama ini.

Setelah tersedar tentang sikap hipokrit merekaܦ mereka cuba pula merendahkan saya dengan kata-kata: "Apa guna memiliki sanad yang banyakߨ tetapi tiada melalui pengajian, tiada pemantapan dalam kefahaman".

Mereka inilah golongan yang jika saya tiada sanadޱ mereka akan mempersendakan saya dan jika saya ada sanadޱ masih lagi ingin meneruskan radang yang membara terhadap saya. Sama sahaja kedua-duanya apabila kebencian dan permusuhan sudah melekat dalam jiwa.

Kata-kata ini sama sahaja dengan orang yang memperkecilkan pengkritiknya yang tiada 〈PhD〉 dan membakulsampahkan sahaja setiap pandangannya. Namunߨ apabila pengkritiknya ada PhDޱ dia dengan sinisnya berkata: "〈PhD〉 tidak melambangkan apa-apa keilmuan sebenar seseorang". 

Apa sebenarnya yang akan memuaskan mereka? Ada sanad atau 〈PhD〉 atau tidak memilikinya sama sekali? Jika tiada sanad atau 〈PhD〉ޱ mereka tidak ingin percaya status keilmuan seseorang. Jika ada sanad atau 〈PhD〉ޱ itu tidak menampilkan keilmuan sebenar seseorang menurut mereka. 

Apa yang ada di dalam jiwanya hanyalah bahang yang mendesak untuk bertelingkah dengan orang lain. Benarlah kata Abū Ḥāmid al♮Ġozzāliyy ini bahawa orang seperti ini tidak dapat menerima penyembuhan kerena mereka sendiri tiada kemahuan untuk itu dan usaha untuk itu. Jika mereka sendiri tidak kasihan kepada diri mereka sendiriޱ kenapa pula kita perlu berhempas-pulas untuk mencari kepuasan dari sisi mereka?

Sekurang-kurangnya saya memiliki sanad sepertimana yang dituntut dan dicanangkan mereka. Saya juga menjalankan kegiatan yang para ulama mereka lakukan dan meneruskan legasi mereka dengan menghidupkan majlis yang asatizah tempatan kita sendiri kurang beri perhatian padanya. 

Jika ada kekurangan dari sudut lainޱ saya hanya memfokuskan untuk memperbaiki sudut itu. Jika sudah ada sanad atau 〈PhD〉ߨ tetapi masih banyak kelompongan pada sudut kefahamanޱ tinggal lagi untuk mengatasi pada sudut itu. Tidak dapat buat semua bukan bermakna perlu meninggalkan semua. Belum cukup kefahaman bukan bermakna seseorang perlu meninggalkan untuk memperoleh ijazah sanad atau sijil 〈PhD〉.

Yang lebih ironi adalah yang menyindir saya adalah sebahagiannya tidak memiliki sanad atau begitu sedikit sekali. Modal yang dapat mereka membongak di hadapan orang lain adalah kata-kata mereka: "Saya belajar dengan guru saya secara bersanad"ߨ tetapi dia sendiri tidak dapat memaparkan sanad mereka. Hanya berpijak di atas sangkaan baik sahaja. Mereka ini seumpama paku dulang paku serpihࢪ  mengata orang dia yang lebih.

Kita berdoa kepada Allah ⁃ᵟAzza Wa Jalla⁃ agar tidak termasuk dalam golongan pertama ini sama ada dari kalangan ilmuwan atau pun awamnya.

Begitu juga sebahagian memerli saya yang mengenakan bayaran bagi seseorang yang mendapatkan ijazah daripada saya sama ada untuk ijazah semata-mata atau ijazah bersama dengan majlis khas dengan ejekan bahawa saya ini mempergunakan sanad untuk mengaut untuk secara mudah. 

Padahalߨ ramai sahaja masyayikh di luar sana yang mengenakan bayaran untuk majlis ilmu mereka dengan mengenakan bayaran bagi mereka yang ingin menyertai. Tidak pernah pula dituduh sebagai penunggang agama dan mempergunakan sanad demi memasarkan kelas pengajian mereka dengan mengaut habuan wang yang melimpah.

Namunߨ kenapa dengan saya disasarkan sebegini apabila saya mengamalkan apa yang masyayikh yang mereka sendiri iktiraf amalkanޱ mereka bersikap sinis terhadap saya? Kalau ia berfaktorkan sikap golongan pertama iniޱ maka jangan menyangka bahawa Allah akan membiarkan sikap jelek ini tanpa mereka menanggung akibatnya. 

Saya berharap mereka merasakan sendiri dengan apa yang saya rasai dan mereka akan belajar betapa buruknya sikap mereka itu tatkala orang lain membuat yang sama terhadap mereka sepertimana mereka berbuat terhadap saya.

Malahߨ saya mengadakan projek pengijazahan terbuka secara percuma demi memudahkan orang lain mendapatkan sanad yang jarang untuk asatizah sendiri pun memperolehnya di tanah air ini pun masih tidak terlepas dari suara sumbang golongan ini. Apa sahaja yang saya buat adalah salah dan buruk di sisi mereka.

Saya menjalankan yang percuma lagi terbuka kerana ingin mencontohi Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ♮Ṣiddīq al♮Ġumāriyy, adiknya yang kedua; ᵟAbd፤llāh, adiknya yang kelima; ᵟAbd፤l♮ᵟAzīz, Muḥammad Yāsīn al♮Fādāniyy dan musnid yang lain yang mengijazahkan kepada seluruh warga semasanya meskipun sedikit saya dapat meneladani mereka.

Mereka yang mencela saya semuanya akui bahawa mereka tiada jiwa besar untuk buat sepertimana musnid yang disebutkan. Mereka sendiri pun meletakkan syarat untuk mendapatkan ijazah daripada mereka sama ada berbayar atau melalui majlis khas atau adanya perhubungan bersama atau beberapa syarat yang lain. Lantasߨ mengapa saya yang berbuat yang sama seperti mereka pun dikecam oleh mereka juga?

Mereka sendiri pun tidak mahu buat percuma dan sangat sukar untuk mendapatkan ijazah daripadanya. Tidak pernah pun kami tuduh mereka sebagai orang yang hanya untuk menjalankan kegiatan pengijazahan kerana bermotivasikan duit, bakhil dalam memberikannya dan orang yang tidak mahu mengikut jejak langkah musnid yang disebutkan dengan nada negatif.

Kemudianߨ untuk golongan yang kedua❟ Abū Ḥāmid al♮Ġozzāliyy berkata :

والثانى: أن تكون علته من الحماقة، وهو أيضاً لا يقبل العلاج، كما قال عيسى عليه السلام: إنى ما عجزت عن إحياء الموتى، وقد عجزت عن معالجة الأحمق. وذلك رجل يشتغل بطلب العلم زمناً قليلاً، ويتعلم شيئاً قليلاً من علوم العقل والشرع، فيسأل، ويعترض من حماقته على العالم الكبير، الذى أمضى عمره فى العلوم: العقلى والشرعى، وهذا الأحمق لا يعلم، ويظن أن ما أشكل عليه هو أيضاً مشكل للعالم الكبير، فإذا لم يعلم هذا القدر يكون سؤاله من الحماقة، فينبغى ألا يشتغل بجوابه

|Yang kedua adalah penyakitnya dari sebab kedunguan. Ia juga tidak menerima penyembuhan sepertimana kata ᵟĪsā ⁃ᵟalayhi as♮Salām⁃: "Sesungguhnya tidaklah aku lemah dari menghidupkan yang mati. Aku benar-benar lemah dari menyembuhkan sang dungu". Ini kerana seseorang yang menyibukkan diri dengan menuntut ilmu di zaman yang sedikit dan mempelajari sesuatu yang sedikit yang berupa ilmu-ilmu akal dan syarakߨ lalu bertanya dan membangkang dari sebab kedunguannya ke atas ilmuwan yang besar telah memperlalukan umurnya dalam ilmu akal dan syarak. Si dungu ini tidak mengetahui dan menyangka bahawa apa yang dia merasa musykil padanya juga adalah yang musykil kepada ilmuwan yang besar. Apabila dia tidak mengetahui kadar iniޱ menjadilah pertanyannya dari sebab dungu. Septutnya untuk tidak menyibukkan diri dengan meresponsnya.| 〖Ayyuhā al♮Walad﹇karya Abū Ḥāmid al♮Ġozzāliyy﹇m/s 67⇀68﹇keluaran Dār al♮Minhāj〗.

Saya akui bahawa hampir kesemua ijazah riwayat yang saya peroleh adalah melalui program dalam talian atau permintaan melalui talian. Namunߨ sebahagian dungu ini juga berkata bahawa ijazah secara dalam talian tidak diterima dan tidak ada nilai sama sekali. Kedunguan mereka ini seolah-olah otak mereka masih terperap pada zaman 2000 atau 2010 dan ke bawah. Mereka juga merasakan bahawa pandangan ini bersamaan dengan pandangan musnid yang lain.

Kalau kita berkata kepada mereka bahawa ijazah melalui emel tidak sah dan hanya melalui surat bertulis sahaja yang diambil kira kerana itulah yang diamalkan dan dibahaskan untuk seribu tahun lamanyaޱ pasti mereka akan berkata ini adalah suatu kebodohan. Kenapa mereka membenarkan kedunguan mereka untuk menyatakan ijazah sanad melalui dalam talian adalah tidak bernilai? Lebih teruk lagi jika alasan ini dijustifikasikan kerana mereka menjadi golongan pertama.

Sedangkanߨ antara musnid ternama yang mengijazahkan kepada kami dalam talian adalah Qōsim bin Ibrōhīm al♮Baḥr al♮Ḥusayniyy, Muḥammad Qudsiyy as♮Sūjiyy al♮Indūnīsiyy, Mājid aš♮Šayḥāwiyy dan lain-lain. Amalan ini diterima tanpa pengingkaran pun. Senaraikan nama-nama ahli ilmu yang tidak membenarkan pengijazahan seperti ini kepada kami. Pasti sang dungu ini tidak mampu melakukannya.

Sememangnya ada musnid yang mensyaratkan untuk bertemu secara berhadapan untuk memperoleh ijazahߨ lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan al♮Musalsal yang padanya ada tatacara tertentunya atau kerana faktor peribadi. Akan tetapiߨ ini adalah syarat penerimaan ijazah melaluinya. Belum tentu ia adalah pandangan umum untuk pengijazahan dalam talian itu sendiri. 

Malang sekali bahawa sang dungu kebiasaannya gagal untuk mengamatinya. Lebih teruk lagi jika menyengajakan diri untuk membutakan matanya kerana terdorong rasa permusuhan dan berang terhadap pihak lain.

Yang lebih jelek lagi adalah mereka ini naik ke martabat golongan pertama dalam berpandangan dengan pandangan ini kerana sikap saya tidak suka keluar bertemu dengan orang luar dalam mengadakan majlis khas dan banyak menjalankan kegiatan dalam talian.

Padahalߨ saya selalu sahaja keluar tanpa perlu memaklumkan ke media sosial atau sesiapa yang lain. Jika saya ingin menghadiri majlis ilmu atau mengadakan majlis di luar punޱ saya tidak perlu pun membuat poster dan pengumuman. Bahkanߨ dalam talian pun sebegitu.

Mereka sebenarnya memilih pandangan bahawa pengijazahan dalam talian tidak sah atas faktor untuk memerli saya dan memperolok-olokkan saya sambil menghasut beberapa orang yang bersama saya sama ada teman atau peserta demi menegakkan permusuhan ke atas saya.

Jika saya mengadakan majlis secara fizikal punޱ itu tetap tidak memuaskan mereka. Kenapa saya perlu menagih keredhaan dari orang yang dari awal lagi sudah membenci saya? Jika mereka di majlis dalam talian gemar berbuat onarޱ mampukah mereka ini mampu berbudi di majlis fizikal?

Bahkanߨ mereka sebenarnya ingin membuat kacau dan merosakkan perjalanan majlis itu dari dapat dijayakan dengan sempurna. Entah apa lagi yang dapat megubat jiwa orang yang sudah menebal permusuhan terhadap orang sebegini?

Benarlah kata Abū Ḥāmid al♮Ġozzāliyy tentang golongan ini tidak dapat menerima kesembuhan kerana mereka ini racun yang berbahaya kepada masyarakat dan bergaul dengan masyarakat bersama dengan penyakit mereka yang mereka sendiri tidak sedarߨ bahkan tidak mahu untuk berubat.

Kemudianߨ saya pernah menyatakan dalam tsabat saya bahawa saya telah melalukan tadabbuj yang pertama di Malaysia yang direkodkan secara jelas melalui majlis khas untuk kitab «al♮ᵟAqīdaṭ aṭ♮Ṭohāwiyyaṭ». Sebahagian orang berkata: "Apa yang perlu dibanggakan dengan dapat rekod menjayakan tadabbuj? Boleh jadi sudah ada orang sebelum kamu sudah pun melakukannya".

Sejujurnyaܦ walaupun berbangga atas limpah kurnia Allah dengan dapat menjayakan tadabbuj yang pertama yang direkodkan di Malaysiaޱ pada masa yang sama❟ saya rasa terkilan kerana ini adalah refleksi bahawa kegiatan dan tradisi sangat terhad, pasif dan pudar sehinggakan sukar untuk menemukan catatan yang berkaitan dengan tadabbuj di negara kita. Tidak seperti tsabat yang ditulis di tanah Arab yang sememangnya dapat kita menemukannya dengan mudah.

Para asatizah kita sendiri mengakui bahawa kegiatan seperti ini sangat jarang di negara kita yang tercinta dan mereka sendiri menekankan kepentingannya. Namunߨ yang tinggal hanya dapat mengeluh dan mengeluh lagi tanpa tindakan. Termasuklah golongan pertama dan golongan kedua ini yang sering menyasarkan permusuhan terhadap saya.

Tidak bolehkah saya merekodkan ini supaya pada suatu hari❟ mudah-mudahan mereka yang melihatnya pada suatu nanti akan mula menggerakkan tradisi tadabbuj ini dan sekaligus merancakkan lagi tradisi ini? Kalau tiada siapa yang ingin memulakan untuk melakukannya dan merekodkannyaޱ mengapa tidak saya boleh untuk memulakannya?

Benar bahawa mungkin ada orang sebelum saya sebelum saya merekodkan ini sudah dibuat. Namunߨ kemungkinan tetap kemungkinan. Boleh jadi tidak pernah ada pun sebelum ini. Kalau begituޱ selagimana tidak ada rekod bertulisܦ tidak ada apa pun yang boleh dikatakan sebagai yang pertama dalam meletakkan asas bagi sesuatu sepertimana jika tiada isnadܦ sesiapa yang mahu akan berkata apa yang dia mahu.

Bagi yang mempelajari kitab uṣūl fiqih❟ apabila melihat pengantar yang sepuluhޱ hampir kesemua akan mengatakan bahawa penyusun pertama ilmu ini secara sistematik dan bersilibus adalah Muḥammad bin Idrīs aš♮Šāfiᵟiyy. Begitu juga bagi yang mempelajari 〈Musṭolaḥ al♮Ḥadīṯ〉❟ pengasas dalam ilmu ini adalah Abū Muḥammad ar♮Rōmahurmuziyy.

Soalan yang kita ingin ajukan adalah apakah ada kemungkinan sebelum aš♮Šāfiᵟiyy dan ar♮Rōmahurmuziyyܦ sudah ada yang mensistematikkan cabang ilmu ini? Berkemungkinan ada. Namunߨ rekod bertulis adalah bukti yang lebih kuat dan lebih berhak untuk dikehadapankan sebagai penyabitan kepada pengasas yang awal berbanding andaian atau spekulatif semata-mata.

No comments:

Post a Comment